You are on page 1of 7

Tajuk

Eksperimen sel tumbuhan dan sel haiwan (Mengkaji dan memerhati struktur sel tumbuhan
dan sel haiwan).

Tujuan

1. memerhati, mengenalpasti dan melabel struktur sel dengan

menggunakan mikroskop cahaya.

2. membandingan struktur sel haiwan dan sel tumbuhan seperti yang

diperhatikan.

Pengenalan

Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam suatu sistem yang besar bagi

suatu organisma dipanggil sel. Sel sangat penting kepada sistem kehidupan Biologi. Semua

organisma diperbuat daripada sel-sel dimana organisma terbentuk melalui susunan yang

bermula dari sel, tisu, organ, sistem hingga organisma.

Sel adalah hidupan yang paling ringkas yang boleh hidup. Kebanyakan organisma

kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel. Sel sangat sukar dilihat

dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah sangat halus dan boleh menjadi

terlalu kompleks. Oleh itu, sel boleh dilihat menggunakan mikroskop cahaya

ataupun lebih tepat pemerhatiannya adalah dengan menggunakan mikroskop elektron.

Sel ialah unit binaan asas bagi semua organisma. Sel terdiri daripada komponen yang

hidup, iaitu protoplasma (sitoplasma dan nukleus) yang diselaputi membran plasma.

Membran plasma adalah lapisan nipis yang mengelilingi protoplasma. Sel terbahagi

kepada dua iaitu sel tumbuhan dan sel haiwan. Sel tumbuhan diselaputi lapisan selulosa

yang kuat, iaitu dinding sel di bahagian luar membran plasma. Di dalam sitoplasma sel,

terdapat beberapa jenis organel. Organel ialah struktur halus sel yang melakukan suatu
fungsi yang khusus. Contoh organel ialah nukleus, mitokondrian, kloroplas, vakuol,

ribosom, jasad Golgi dan jalinan endoplasma. Sel tumbuhan dan sel haiwan

mempunyai sifat struktur yang sama tetapi terdapat juga beberapa perbezaan di antara sel

haiwan dan sel tumbuhan.

Hipotesis

Kita dapat melihat dengan lebih jelas struktur-struktur dalaman sel dengan menggunakan

mikroskop cahaya. Di dalam sel haiwan, kita dapat melihat membran sel, nukleus dan

sitoplasma manakala sel tumbuhan mempunyai dinding sel, membran sel, nukleus dan

sitoplasma. Ini dapat membezakan struktur-struktur dalaman antara sel haiwan dan sel

tumbuhan.

Radas dan Bahan

( i ) Sel sisik bawang (sel tumbuhan)

Mikroskop cahaya, slaid dan kaca penutup, skapel, pisau, larutan iodin, bawang besar.

( ii ) Memerhati sel pipi manusia (sel haiwan)

Mikroskop cahaya ,slaid dan kaca penutup, ,metilena biru, pencungkil gigi,sel pipi.

Prosedur

( i ) Memerhati sel tumbuhan

1. Dengan menggunakan skalpel, sehelai daun sisik bawang dikeluarkan daripada


sebiji bawang besar.

2. Menggunakan skalpel, epidermis lutcahaya ditanggalkan dari sebelah dalam sisik itu.

3. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca.

4. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca.

5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa

rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.

( ii ) Memerhati sel pipi ( Haiwan )

1. Berkumur dengan air bersih.

2. Sebelah dalam pipi dikikis secara perlahan-lahan dengan menggunakan

sebatang pencungkil gigi.

3. Letakkan lapisan nipis sel pipi itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca.

4. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca.

5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menggunakan mikroskop cahaya dengan kuasa

rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.


Pemerhatian ( i )Sel epitelium bawang ( Tumbuhan )

4x10 10x10
-Dinding sel -Membran sel
-Sitoplasma -Nukleus
Pemerhatian ( ii ) Sel pipi ( Haiwan )

4x10 10x10
-Membran sel
-Sitoplasma -Nukleus

Perbincangan

Dua eksperimen telah dijalankan iaitu antara sel tumbuhan(bawang) dan sel haiwan(sel

pipi manusia). Hasil perbincangan tentang eksperimen telah dikumpulkan.

Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikiskan bahagian sebelah pipi secara

perlahan-lahan menggunakan sebatang pengcungkil gigi yang tumpul. Berdasarkan

eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas sel menunjukkan

keputusan yang berbeza pada pembesaran yang berlainan. Pada pembesaran 40

menggunakan mikroskop cahaya, sel pipi manusia dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas

berbanding sel pipi manusia yang dilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan.

Dalam pemerhatian,sel pipi manusia tidak mempunyai bentuk yang tetap. Metilena biru yang

diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplasma dan nukleus pipi menjadi biru. Di

bawah mikroskop cahaya, struktur sel pipi yang kelihatan ialah membran plasma,
sitoplasma, dan nukleus.

Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis bawang telah

digunakan. Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel epidermis bawang

dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel epidermis bawang yang dilihat pada

pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap.

Larutan iodin mewarnakan bahagian nukleus sel menjadi perang. Sel bawang tidak

mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodin tidak menjadi biru hitam kerana tidak

terdapat bintil kanji pada sel bawang. Struktur yang boleh dilihat dibawah mikroskop cahaya

ialah dinding sel, membran plasma, nukleus dan sitoplasma.

Masalah yang sering timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah gelembung

udara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup akan mengganggu sel-sel

yang ingin dilihat menerusi mikroskop. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan

daripada gelembung udara tersebut berada pada bawah kaca penutup adalah dengan

menelangkup kaca penutup secara perlahan-lahan menggunakan pencungkil gigi agar

gelembung udara tidak wujud. Larutan iodin adalah pewarna umum yang digunakan bagi

sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang digunakan oleh sel

manusia dan haiwan.

Kesimpulan

Sel haiwan iaitu sel pipi tidak mempunyai yang bentuk tetap dan terdiri daripada membran

plasma,sitoplasma dan nukleus. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel , membran

plasma ,nukleus dan sitoplasma serta mempunyai bentuk yang tetap.

Jadi, ini menunjukkan bahawa sel haiwan dan sel tumbuhan merupakan unit asas bagi

suatu organisma dan kedua-dua sel ini mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu

sama lain.
Refleksi

Pada 4 Ogos 2016, pensyarah telah mengarahkan kami untuk

menjalankan eksperimen untuk mengkaji struktur sel tumbuhan dan haiwan. Eksperimen

kami berjalan dengan lancar dan jayanya disebabkan oleh tugas yang dibahagikan mengikut

ahli kumpulan yang sedikit sebanyak mempercepatkan eksperimen kami.

Cabaran utama kami semua sewaktu eksperimen dijalankan ialah pegawai makmal tidak

menyediakan alat radas yang mencukupi.Sebagai contoh, mikroskop cahaya yang

disediakan untuk melihat struktur sel pipi dan tumbuhan hanya ada 4 biji. Ini menyebabkan

kami terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya dan ini memakan sedikit masa

eksperimen kami.

Selain itu, cabaran yang seterusnya yang dihadapi oleh kami adalah ketiadaan kertas

turas. Jadi, kami tidak dapat melakukan teknik pengairan. Dengan alternatif lain iaitu

menggunakan pencungkil gigi, kami dapat mengurangkan gelembung udara yang terbentuk

sewaktu ditelangkupkan dengan penutup kaca.

Sebagai refleksi daripada saya ke atas eksperimen ini ialah saya berasa begitu bersyukur

kerana mempunyai rakan sekumpulan yang saling bekerjasama mengembleng tenaga bagi

menjayakan eksperimen ini dan saya dapat bertukar pendapat dengan mereka. Selain itu,

saya dapat memahirkan diri saya terutamanya sewaktu mengendalikan radas-radas seperti

mikroskop cahaya dengan bantuan rakan-rakan yang lebih mahir. Akhir sekali, dapat saya

simpulkan bahawa penggunaan internet amat berguna kepada kami ekoran segala

maklumat ada dihujung jari kita selaras dengan peredaran zaman dan teknologi. Ini kerana

penggunaan internet memastikan setiap prosedur yang kami lakukan adalah tepat.

You might also like