Tajuk Amali
Sebatian Organik
Tujuan
Mengkaji sifat bagi alkana dan alkena
Hipotesis
a. Kejelagaan bagi alkena lebih banyak berbanding alkana apabila dibakar.
b. Alkena akan menukarkan air kapur menjadi keruh manakala alkana tidak akan
menukarkan air kapur menjadi keruh.
c. Alkena menukarkan warna kalium manganat (VII) asid daripada ungu kepada tiada
warna manakala alkana tidak menukarkan warna kalium manganat (VII).
d. Alkena lebih reaktif berbanding alkana.
Pemboleh ubah
Dimanipulasi : heksana dan heksena
Bergerak balas : a. kejelagaan
b. kelunturan warna air bromin
c. perubahan warna kalium manganat (VII) berasid
Dimalarkan : isipadu heksana dan heksena yang digunakan
Bahan dan radas
Cecair heksana (C6H14), cecair heksena (C6H12), air bromin, larutan kalium manganat (VII)
berasid, asid sulfurik cair, kertas turas, mancis, tabung uji, kayu uji, penunu Bunsen, mangkuk
penyejat dan penitis.
1
Teori
Alkana dan alkena merupakan sebatian yang terdiri daripada unsur hidrogen dan karbon sahaja
iaitu merupakan hidrokarbon. Kumpulan berfungsi bagi alkana adalah -ana manakala kumpulan
berfungsi baru alkena adalah -ena. Kedua-dua sebatian organik alkana dan alkena dapat
diperolehi daripada petroleum dan gas asli dan kebiasaannya digunakan sebagai gas untuk
memasak. Sebatian ini tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik kerana ia terdiri
daripada ikatan kovalen.
2
Prosedur
a. Pembakaran
I. Cecair heksana disukatan sebanyak 5 cm3 dengan menggunakan silinder
penyukat.
II. Cecair heksana diletakkan ke dalam mangkuk penyejat
III. Cecair heksana dinyalakan dengan menggunakan mancis
IV. Kertas turas diletakkan berdekatan dengan nyalaan heksana tersebut.
V. Kehitaman jelaga yang terhasil di kertas turas diperhatikan dan direkodkan
VI. Eksperimen diulang dengan menggunakan cecair heksana sebanyak 5 cm3
b. Tindak balas dengan air klorin
I. Cecair heksana disukat sebanyak 5 cm3 menggunakan silinder penyukat.
II. Cecair heksana dituangkan ke dalam tabung uji.
III. Dalam bekas kebuk udara, beberapa titis bromin dititiskan ke dalam tabung uji.
IV. Tabung uji ditutup menggunakan gabus dan direkodkan.
V. Eksperimen diulang menggunakan cecair heksana sebanyak 5 cm3.
c. Tindak balas dengan kalium manganat (VII) berasid
I. Cecair heksana disukat sebanyak 5 cm3 menggunakan silinder penyukat.
II. Cecair heksana dituang ke dalam tabung uji
III. 3 cm3 larutan kalium manganat (VII) berasid dicampurkan dengan heksana.
IV. Beberapa titis asid sulfuric cair diletakkan ke dalam tabung uji.
V. Tabung uji digoncangkan.
VI. Perubahan warna kalium manganat (VII) diperhatikan dan direkodkan.
VII. Eksperimen diulang menggunakan cecair heksana sebanyak 5 cm3.
3
Keputusan
Eksperimen Pemerhatian
Heksana Heksena
Pembakaran Kurang jelaga Banyak jelaga
Tindak balas air Bromin Tiada perubahan warna Warna air Bromin luntur
Tindak balas Kalium Tiada perubahan warna Berubah dari warna ungu ke
Manganat (VII) dan asid jernih
sulfuric cair
Pengiraan Peratusan Karbon
Sebatian Heksana Heksena
Peratusan Karbon ( 12× 6 ) ( 12 ×6 )
×100 × 100 %
( 12× 6 ) (1 ×14 ) ( 12× 6 ) (1 ×12 )
=83.72 % =85.71 %
Pengiraan
Perbincangan
Heksana merupakan sejenis sebatian yang tergolong dalam kumpulan berfungsi alkana
manakala heksena merupakan sebatian yang tergolong dalam kumpulan berfungsi alkena.
Oleh kerana heksena dan heksana ini wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas pada suhu
bilik, maka ia telah dipilih untuk memudahkan pemerhatian untuk eksperimen ini.
Menurut Tan Yin Toon, secara umumnya formula am bagi molekul alkana merupakan
CnH2n+2, dan mempunyai ikatan tunggal yang menjadikan sebatian alkana merupakan sebatian
hidrokarbon yang tepu. Berbeza dengan alkana, alkena mempunyai formula am iaitu CnH2n dan
mempunyai ikatan ganda dua yang menyebabkan ia sebatan hidrokarbon yang tidak tepu.
Dalam tindak balas pembakaran, heksena menghasilkan lebih banyak jelaga
berbanding heksana kerana heksana mempunyai peratusan karbon per molekul yang tinggi
berbanding heksana. Peratusan karbon boleh dihitung dengan menggunakan formula:
4
Jumlah jisim atomrelatif unsur
Peratusan karbon= ×100 %
Jisim molekul relatif sebatian
Kesimpulannya, heksena mempunyai peratusan karbon yang lebih banyak berbanding
heksena menyebabkan jelaga yang dihasilkan adalah lebih banyak. Berdasarkan pengiraan
peratusan karbon, heksana dan heksena mempunyai perbezaan peratusan karbon iaitu
sebanyak 1.99%. Perbezaan yang kecil ini sahaja sudah cukup untuk menunjukkan kesan yang
besar kepada Peratusan karbon yang tinggi akan meningkatkan kejelagaan nyalaan.
Bagi tindak balas bahan ujikaji iaitu heksana dan heksena dengan air Bromin, air
Bromin merupakan satu sebatian halogen. Apabila heksena bertindak balas dengan air Bromin,
ia akan menghasilkan heksil bromida iaitu sejenis sebatian haloalkana.
C6H12 + Br2 → C6H13Br2
Rajah 4: 2,3-dibromoheksana
Hal ini terjadi kerana heksena mempunyai ikatan ganda dua yang reaktif dan ini
memberikan heksena sifat tidak tepu. Keadaan ini berbeza dengan alkana kerana alkana hanya
mempunyai ikatan tunggal dan tidak mudah terputus menyebabkan heksana bersifat tepu dan
tidak mengubah warna perang air Bromin kepada tanpa warna. Ikatan tunggal dalam heksana
adalah tidak reaktif dan kurang stabil jika dibandingkan dengan heksena. Tindak balas ciri
alkena ialah penambahan elektrofilik.
Dalam tindak balas ini, ikatan ganda dua dalam alkena memainkan peranan penting
sebagai nukleofil. Dwikutub teraruh akan terbentuk pada molekul bromin kerana ketumpatan
cas yang tinggi wujud dalam ikatan ganda dua. Maka, satu hujung molekul bromin menjadi
positif separa dan bertindak sebagai elektrofil lalu cas negatif bergerak kea rah atom bromin
yang bercas positif separa. Pada waktu yang sama, ekejtron-elektrin dalam ikatan Br-Br ditolak
dan bergerak ke arah bromin yang bercas separa.
C6H12 + H2O → C6H12(OH)2
5
Heksana tidak menukarkan warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid kepada
[O]
tanpa warna kerana heksana merupakan sebatian yang tepu dan mengandungi ikatan kovelen
tunggal antara atom-atom karbon. Hal ini berbeza dengan heksena kerana heksena
menukarkan warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid kepada tanpa warna. Hal ini
[O] tidak tepu kerana mempunyai ikatan ganda
adalah kerana heksena merupakan sebatian yang
dua di antara atom karbon -C=C-. tindak balas yang lengkap berlaku apabila heksana
dicampurkan dengan larutan kalium manganat (VII) berasid menghasilkan heksanadiol.
Persamaan bagi tindak balas heksena dengan larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO4,
C6H12 + H2O C6H12(OH)2
Contoh: 2,3-heksanadiol
Eksperimen ini harus dijalankan dalam kebuk asap kerana ia melibatkan bahan
berbahaya seperti Bromin. Cecair bromin bersifat mudah meruap dan merupakan kumpulan 17
yang bersifat menghakis dan meruap yang bahaya untuk kesihatan. Cecair bromin perlu
dikendalikan dengan berhati-hati dan sepatutnya pelajar perlu memakai sarung tangan yang
khas bagi mengelakkan cecair daripada terkena kulit.
Kesimpulan
Heksena terbakar dengan lebih berjelaga berbanding heksana kerana mempunyai peratus
karbon yang lebih tinggi berbanding heksana yang mempunyai peratus karbon yang lebih
rendah. Heksena menyahwarnakan air bromin dan larutan kalium manganat (VII) berasid
manakala heksana tidak menyahwarnakan air bromin dan larutan kalium manganat (VII)
berasid kerana heksena adalah tidak tepu yang mempunyai ikatan dubel dan boleh membentuk
ikatan yang baru.
6
Rujukan
Tan Yin Toon (1998). Kimia Fizik STPM. Shah Alam. Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Toon T. Y. (1999). Kimia Organik STPM Edisi Kedua. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Kheng Y. T. (2013). eNotes Chemistry SPM. Kuala Lumpur: Pearson Sdn. Bhd.