You are on page 1of 10

KOLEJ VOKASIONAL SG.

BULOH

KM 22, JLN SG. PLONG,SG. BULOH, SELANGOR

MODUL KIMIA II

KOD DAN NAMA WSA 6032 : KIMIA II


PROGRAM

SEMESTER SEMESTER 2

NO DAN TAJUK 2.0 HIDROKARBON

Mengaplikasikan konsep dan prinsip kimia dengan betul


dalam kehidupan harian
STANDARD
Memanipulasikan kemahiran saintifik dalam menyelesaikan
PEMBELAJARAN
permasalahan kimia dengan tepat.

Kertas penerangan ini sebagai modul pelajar untuk


menambahkan kefahaman pelajar mengenai topik yang
TUJUAN
dipelajari.

NO KOD WSA 6032 Muka: 1 Drp: 10

NAMA PELAJAR

KURSUS PERAKAUNAN

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH JUN 2017


NO KOD : WSA 6032 MODUL KIMIA II Muka: 2 Drp: 10

2.0 HIDROKARBON
2.1 Pengelasan hidrokarbon.
1. Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen sahaja.
2. Sumber utama hidrokarbon ialah petroleum dan gas asli.
3. Petroleum dan gas asli ini berasal daripada pereputan bangkai haiwan dan
tumbuhan.
4. Hidrokarbon boleh dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu ; alkana, alkena,
alkuna dan hidrokarbon aromatik.
5. Alkana, alkena dan alkuna dikenali sebagai hidrokarbon alifatik .
6. Hidrokarbon alifatik adalah sebatian yang mengandungi atom karbon dan hidrogen
yang diikat secara rantai lurus, rantai bercabang atau bukan gelang .
7. Hidrokarbon aromatik ialah sebatian yang mengandungi gelang / cincin benzena
dalam strukturnya.

Hidrokarbon

Alkana Alkena Alkuna Aromatk


(memp.ikatan C-C) ( memp.ikatan C=C) (memp. Ikatan C=C) (memp. Gelang
Benzena)

Alifatik hidrokarbon

8. Alkana disebut hidrokarbon tepu. Sebatian ini mempunyai ikatan kovalen tunggal
dan unsur-unsur lain tidak boleh ditambahkan lagi kepada rantai karbonnya.
9. Alkena dan alkuna disebut hidrokarbon tak tepu. Sebatian tak tepu mempunyai
sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua atau ganda tiga. Sebatian tak tepu
masih boleh mengambil unsur-unsur lain untuk dimasukkan ke dalam rantainya.
NO KOD : WSA 6032 MODUL KIMIA II Muka: 3 Drp: 10

2.2 Alkana

1. Formula umum alkana ; CnH2n + 2 ; ( n=1,2,3.............)


2. Hujungan nama alkana ( -ana)
3. Merupakan hidrokarbon tepu kerana hanya mengandungi ikatan tunggal .
4. Contoh-contoh alkana;

Bil.karbon (n) Formula Nama alkana Takat didih(oC) Keadaan fizik pada
Suhu bilik
1 CH4 metana -162 Gas
2 C2H6 etana -89 Gas
3 C3H8 propana -42 Gas
4 C4H10 butana -0.5 Gas
5 C5H12 pentana 36 Cecair
6 C6H14 heksana 69 cecair

5. Struktur dan nama alkana (mengikut tatanama IUPAC).


a) rantai lurus ;
H H H H H H H H H H
H –C-- H H --C—C-- H H-- C—C—C-- H H—C—C—C— C—H
H H H H H H H H H H
n-metana n-etana n- propana n-butana

H H H H H H H H H H H
H—C—C—C— C—C—H H—C—C—C— C—C—C—H
H H H H H H H H H H H
n-pentana n-heksana

b) cabang isomer;

H H H
Metil propana merupakan
H—C—C—C— H
struktur bagi isomer butana
H H
H—C— H
H
Metil propana
NO KOD : WSA 6032 MODUL KIMIA II Muka: 4 Drp: 10

H H H H
H—C—C—C— C—H H—C—H
H H H H
H— C—H H—C—C—C— H
H H H
2- metilbutana H-- C—H
H
2,2-dimetilpropana / dimetilpropana

 Struktur 2-metilbutana dan dimetilpropana adalah merupakan isomer bagi


pentana.
 Isomer ialah molekul-molekul yang mempunyai susunan atom yang berbeza
dimana formulanya adalah sama @
Formula molekul sama tetapi formula struktur yang berbeza.

Tatacara penamaan rantai cabang bagi alkana;


1. Pilih rantai karbon yang terpanjang dan dijadikan induk.
2. Nomborkan atom-atom karbon bermula dari yang terdekat dengan kumpulan
bercabang.
3. Penamaan dimulakan dengan nombor karbon dimana terdapatnya cabang, diikuti
nama cabang dan akhirnya nama rantai induk
4. Contoh;
5 4 3 2 1
CH3 – CH2 – CH2 – CH— CH3

CH3
Cabang – CH3 disebut metil, maka nama struktur di atas ialah: 2-metil pentana.

Uji diri 1:
Lukiskan semua struktur yang mungkin
dan berikan nama, bagi heksana
NO KOD : WSA 6032 MODUL KIMIA II Muka: 5 Drp: 10

6. Ciri-ciri fizikal alkana;


a) Alkana tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik.
(Pelarut organik seperti toluena, eter dan benzena)
Cadangan tunjukcara / eksperimen:
 Heksana dicampurkan dengan air dan digoncang ,kemudian biarkan seketika.
Didapati terbentuk dua lapisan iaitu : lapisan atas ialah heksana dan lapisan
bawah ialah air. Ini menunjukkan heksana / alkana tidak larut dalam air.
 Heksana dicampurkan dengan toluena dan digoncang, kemudian biarkan
seketika. Dua lapisan cecair tidak akan terbentuk. Ini menunjukkan heksana
larut dalam toluena / pelarut organik
b) Alkana terdiri daripada molekul-molekul yang neutral, maka alkana tidak
mengkonduksi elektrik.
c) Takat didih alkana bertambah apabila jisim molekul bertambah. Metana, etana,
propana dan butana wujud sebagai gas manakala pentana dan heksana wujud
sebagai cecair.
Penerangan :
Apabila jisim bertambah, daya tarikan antara molekul-molekul akan bertambah.
Maka tenaga yang lebih banyak diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara
molekul-molekul.
d) Ketumpatan alkana bertambah apabila jisim molekul bertambah.
Penerangan :
Jisim molekul bertambah, daya tarikan antara molekul-molekul bertambah kuat.
Molekul-molekul menjadi semakin rapat, maka ketumpatan bertambah.

2.3 Alkena

1. Formula umum alkena ; CnH2n ( n=,2,3.............)


2. Hujungan nama alkena ( -ena)
3. Merupakan hidrokarbon tak tepu kerana mengandungi sekurang-kurangnya satu
ikatan ganda dua (ikatan dubel).

\
NO KOD : WSA 6032 MODUL KIMIA II Muka: 6 Drp: 10

4. Contoh-contoh alkena;

Bil.karbon (n) Formula Nama alkana Takat didih(oC) Keadaan fizik pada
Suhu bilik
2 C2H4 etena -104 Gas
3 C3H6 propena -47 Gas
4 C4H8 butena -6 Gas
5 C5H10 pentena 30 Cecair
6 C6H12 heksena 64 Cecair

5. Struktur dan nama alkena (mengikut tatanama IUPAC)


a) rantai lurus ;.

H H H H H H H H H H H H
H—C—C = C H—C—C—C = C H—C—C—C— C = C
H H H H H H H H H
etena but -1-ena Pent-1-ena

H H H H H H
H—C—C—C— C—C = C
H H H H H
heks-1-ena

- Terdapat juga struktur alkena rantai lurus lain (yang merupakan isomer).
- Contoh 1;

H H H H
H—C—C = C— C—H
H H
but-2-ena But-2-ena adalah merupakan
isomer bagi but-1-ena.
Pent-2-ena merupakan isomer
- Contoh 2; bagi pent-1-ena.

H H H H H
H—C—C = C— C—C –H
H H H
pent-2-ena
NO KOD : WSA 6032 MODUL KIMIA II Muka: 7 Drp: 10

b) cabang isomer;

H H 2-metilprop-1-ena adalah isomer


kepada but-1-ena.
H—C—C = C –H
3 -metilbut-1-ena dan 2 –metilbut-2-ena
H
adalah isomer kepada pent-1-ena.
H—C—H
H
2- metilprop-1-ena
H H H
H H H H H—C—C = C – C –H
H—C—C— C = C –H H H
H H—C –H
H—C –H H
H 2-metilbut-2-ena
3-metilbut-1-ena

Tatacara penamaan alkena


1. Pilih rantai karbon terpanjang yang mengandungi ikatan ganda dua, dan jadikan rantai
induk. Tentukan nama induk.
2. Nomborkan karbon dalam rantai induk bermula dari yang terdekat dengan ikatan ganda
dua.
3. Tentukan nama bagi rantai tersebut.

6. Tindak balas pendehidratan;

 Etanol boleh di dehidratkan untuk membentuk etena.


 Proses pendehidratan boleh dilakukan melalui dua cara;
a) Secara memanaskan etanol bersama asid sulfurik pekat yang berlebihan.

Asid sulfurik
Etanol etena
- air

b) Secara mengalirkan wap etanol melalui aluminium oksida atau periuk telap yang panas.
 Pada mulanya periuk telap dipanaskan dengan kuat.
 Kemudian kapas asbestos yang dibasahi dengan etanol dipanaskan.
 Ketika ini , pendehidratan berlaku dan gas etena dikumpulkan.
 Gas etena yang dikumpulkan mempunyai sifat-sifat berikut;
i) Berbau wangi
ii) Mudah terbakar dengan nyala kuning dan berjelaga
iii) Melunturkan warna perang air bromin
iv) Melunturkan warna ungu larutan kalium permanganat.
NO KOD : WSA 6032 MODUL KIMIA II Muka: 8 Drp: 10

Periok telap panas

etena

Kapas kaca yang


direndam dalam
etanol

Gambarajah 1 : Pendehidratan alkohol hasilkan etena

Cadangan aktiviti dalam topik ini

1. Lukiskan semua struktur yang mungkin dan namakan bagi hidrokarbon berikut;
a) butana c) pentana e) heksana
b) butena d) pentena f) heksena

2. Jalankan eksperimen untuk membezakan hidrokarbon tepu dan tak tepu.

Heksana Heksena

Air bromin

Campuran dalam tabung uji digoncang.

Pemerhatian ;
Heksana tidak melunturkan warna perang air bromin manakala heksena melunturkan warna
perang air bromin.
Heksena campur air bromin, air bromin menjadi tidak berwarna.

Kesimpulan;
Heksena merupakan hidrokarbon tak tepu dan boleh mengambil unsur-unsur lain masuk ke
dalam rantainya.
(Heksena hidrokarbon tak tepu mengalami tindak balas penambahan)
NO KOD : WSA 6032 MODUL KIMIA II Muka: 9 Drp: 10

KUIZ

1. Mengapakah alkena dikatakan hidrokarbon tak tepu?


Kerana alkena mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan gandadua (antara atom
karbon).
2. Apakah formula umum bagi alkena?
CnH2n ( n= 2,3,4…..)
3. Lengkapkan jadual berikut untuk ahli alkena;

Bil n Formula Nama


2 C2H4 etena
3
4
5
6

4. Lukiskan semua struktur yang mungkin bagi heksena dan berikan nama bagi setiap struktur.
NO KOD : WSA 6032 MODUL KIMIA II Muka: 10 Drp: 10

EKSPERIMEN.
TAJUK : Hidrokarbon
TUJUAN : Membandingkan hidrokarbon tepu dan tak tepu.
HIPOTESIS : Heksana adalah hidrokarbon tepu, manakala heksena adalah hidrokarbon tak
tepu.
BAHAN dan RADAS : Air bromin, heksana, heksena, tabung uji, penitis.
KAEDAH :
1. Sebanyak 2 cm3 heksana dituang ke dalam tabung uji.
2. Sebanyak 2-3 titis air bromin ditambahkan ke dalam heksena.
3. Campuran di goncang , kemudian biarkan seketika dan pemerhatian dicatatkan.
4. Langkah 1-3 diulang menggunakan heksena.

PEMERHATIAN :
Eksperimen Pemerhatian
Heksana + air bromin Warna perang air bromin tidak berubah
Heksena + air bromin Warna perang air bromin menjadi tanpa warna /
dilunturkan

PERBINCANGAN :
Mengapakah warna air bromin menjadi tidak berwarna apabila dicampurkan kepada heksena?
Heksena mempunyai satu ikatan gandadua antara atom karbon, --C=C--. Apabila air bromin
ditambah ke dalam heksena , ikatan gandadua ini terputus dan bromin masuk dalam rantai
karbonnya (mengalami tindak balas penambahan).

KESIMPULAN :
Heksana adalah hidrokarbon tepu dan heksena merupakan hidrokarbon tak tepu.

 Nota : eksperimen hendaklah dijalankan dalan kebuk wasap.

You might also like