You are on page 1of 6

Eksperimen 1: Fuel

Teori

Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon. Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli( wikipedia-petroleum) Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat .(wikipedia petroluem) Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.( wikipedia oil refinery )

Tujuan: untuk menyiasat penyulingan berperingkat bagi petroleum

Bahan-bahan dan peralatan: Petroleum, cips porselin, kertas turas, kaki retort, termometer (-10 360 C), kelalang penyulingan, Liebig condenser, kelalang konikal, kasa dawai, tunku kaki tiga, mangkuk pijar and penunu Bunsen.

Langkah-langkah:

A. Penyulingan berperingkat bagi petroleum 1. Sediakan peralatan seperti gambar rajah 1. 2. panaskan kelalang penyulingan yang mengandungi petroleum secara perlahan.. 3. kumpulkan hasil yang diperolehi daripada suhu 40-80.

4. teruskan proses pemanasan dan kumpul hasil penyulingan di dalam kelalang konikal yang berbeza pada suhu yang berbeza iaitu 80 120 C, 120 160 C and 160 200 C.

B. Ciri-ciri pecahan yang terhasil

5. Perhatikan warna bagi bagi setiap pecahan. 6. perhatikan kelikatan bagi setiap pecahan dengan menggoncangkan kelalang konikal. 7. Bagi setiap pecahan, tuangkan sedikit ke dalam mangkuk pijar dan nyalakan setiap pecahan tersebut. Perhatikan warna nyalaan dan juga jumlah jelaga yang terhasil. 8. Rekodkan pemerhatian tersebut.

Thermometer

Distillation flask Liebig condenser

Water out Petroleum Porcelain chips Water in Distillate

gambar rajah 1: proses penyulingan berperingkat

Keputusan:

Pecahan 1 2 3 4

Julat suhu 40-80 80-120 120-160 160-200

Warna Tidak berwarna Kuning muda Kuning tua Perang

Kelikatan cair Pekat sedikit Agak pekat Pekat

kebolehbakaran Mudah terbakar Mudah terbakar Susah terbakar Amat susah terbakar

Soalan

1. bincangkan kebolehbakaran pecahan tersebut. Kebolehbakaran pecahan tersebut semakin menurun apabila semakin tinggi takat didih pecahan tersebut. Pecahan yang mempunyai takat didih yang rendah mempunyai molekul yang lebih kecil. Saiz yang kecil menyebabkan pecahan cepat terbakar kerana pecahan yang mempunyai saiz yang kecil mempunyai peratusan karbon yang kurang.

2. bincangkan hubungkait takat didih pecahan dengan:

a. warna pecahan semakin tinggi takat didih semakin gelap warna pecahan tersebut

b. kelikatan pecahan semakain tinggi takat didih pecahan semakin likat pecahan tersebut

c. jumlah jelaga yang dihasilkan oleh pecahan. Semakin tinggi takat didih pecahan tersebut semakin tinggi jumlah jelaga yang terhasil daripada pembakaran pecahan tersebut

3. Pecahan X mempunyai formula C6H14. Ramalkan warna, kelikatan serta jumlah jelaga yang dihasilkan oleh pecahan X Pecahan x merupakan heksana. Heksana diramalkan sebagai tidak berwarna, cair serta hanya sedikit jelaga yang terhasil kerana peratusan karbon di dalam molekul yang rendah.

4. Tuliskan persamaan kimia bagi proses pembakaran gasolin (C8H18). 2C8H18 + 25O2 ~> 16CO2 + 18H2O

5. Pembakaran gasoline yang tidak lengkap menyebabkan pembebasan gas beracun seperti karbon monoksida serta nitric oksida such. Tuliskan persamaan kimia bagi proses pembakaran gasoline (C8H18) yang tidak lengkap. C8H18 + (17/2)O2 ---> 8CO + 9H2O

6. Apakah biodiesel? Biodiesel merupakan satu tenaga alternatif kepada tenaga yang berasaskan petroleum. Biodiesel mempunyai persamaan sifat kimia dengan diesel yang dihasilkan daripada petroleum sehinggakan boleh menggantikan diesel sebagai bahan bakar bagi enjin. Sebahagian besar biodiesel dihasilkan daripada hasil pertanian perladangan seperti gandum, tebu, pokok kelapa sawit dan banyak lagi. Molekul biodiesel terdiri daripada 12 sehingga 20 karbon serta mempunyai oksigen. Ini bermakna komposisi molekul biodiesel tidak sama dengan komposisi molekul diesel.

7. Apakah kelebihan biodiesel berbanding bahan bakar berasaskan petroleum?

Aspek

Biodiesel

Diesel berlaku

Penghasilan wap bahaya pada Tidak berlaku suhu bilik karsinogenik Penghasilan gas beracun Mudah terbakar Boleh diuraikan Tidak Sedikit Tidak Ya

Ya Banyak Ya Tidak

Perbincangan Sifat Pecahan-Pecahan Petroleum Yang Diperolehi 1) Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu ; -makin kurang likat pecahan itu -makin cerah warnanya -makin mudah pecahan itu terbakar -makin bersih nyalanya ( kurang berjelaga ) 2) Makin tinggi takat didih pecahan petroleum itu ; -makin likat pecahan itu -makin gelap warnanya -makin sukar pecahan itu terbakar -makin berjelaga nyalanya.

Kesimpulan

Produk petroleum yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat akan mempunyai warna yang gelap, tahap kelikatan yang tinggi serta banyak jelaga terhasil sekiranya takat didihnya semakin meningkat.

Bibliography
alkana. (n.d.). Retrieved july 4, 2011, from malaysia wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Alkana baik buruk biofuel. (n.d.). Retrieved july 5, 2011, from greenradion.fm: http://www.greenradio.fm/technology/91-bio-energy/399-baik-buruk-biofuel biodiesel. (n.d.). Retrieved july 5, 2011, from a brief of my project: http://earprojects.blogspot.com/2008/08/apakah-biodiesel-itu.html gasoline. (n.d.). Retrieved july 5, 2011, from wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Gasoline hidrokarbon. (n.d.). Retrieved july 5, 2011, from sabah.edu: http://www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/ naptha. (n.d.). Retrieved july 5, 2011, from wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Naphtha oil refinery. (n.d.). Retrieved july 4, 2011, from wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Oil_refinery petroluem. (n.d.). Retrieved July 4, 2011, from wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Petroleum sifat sifat kimia alkana dan alkena. (n.d.). Retrieved july 5, 2011, from sabah.edu: http://www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/sifat_fizik_dan_kimia.htm

You might also like