You are on page 1of 11

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

AMALI 1: BAHAN API

TUJUAN : Menyiasat Penyulingan Berperingkat Petroleum TEORI Bahan api adalah apa saja bahan yang dibakar atau diolah untuk mendapatkan tenaga bagi memanaskan dan menggerakkan objek. Bahan api membebaskan tenaga melalui tindakbalas kimia seperti pembakaran atau cara nuklear. Sifat penting dalam penggunaan bahan api ialah tenaga yang disimpan hanya akan dikeluarkan apabila diperlukan dan dikawal supaya boleh dimanfaatkan untuk penghasilan kerja. Contohnya metana, petrol, minyak. Bahan api fosil tidak boleh diperbaharui. Arang, minyak, dan gas asli adalah semua jenis bahan api fosil. Petroleum adalah bahan api fosil. Ia dikenali sebagai minyak mentah, atau "emas hitam". Ia terbentuk daripada sisa-sisa tumbuhan dan haiwan yang mati berjuta-juta tahun yang lalu, dikebumikan di bawah beribu-ribu kaki sedimen. Campuran organik menjalani haba dan tekanan yang melampau dan kimia berubah dalam sebatian hidrokarbon. Sifat- sifat bahan api Ciri-ciri Peringkat pelbagai bahan api: i. Warna pecahan bergantung kepada saiz molekul yang dikandungi. ii. Apabila molekul menjadi lebih kecil, warna pecahan menjadi lebih cerah, daripada perang gelap kepada coklat muda, oren / kuning dan jernih.

Minyak mentah (petroleum) Petroleum dari kerak bumi hanya boleh digunakan selepas mengalami proses pengasingan kepada komponen-komponen hidrokarbonnya. Petroleum juga terdiri daripada campuran hidrokarbon yang mempunyai saiz molekul yang berbeza.
SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API) 1

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

Penyulingan berperingkat merupakan satu cara untuk mengasingkan cecair-cecair yang berlainan di dalam satu campuran yang mempunyai takat didih yang berbeza. Bagi mendapatkan pengasingan yang sempurna, julat perbezaan suhu mestilah besar. Petroleum mentah yang merupakan cecair yang pekat, hitam, melekit dan likat dipanaskan di dalam relau pada suhu 400 oC. Wap yang terhasil dilalukan melalui turus penyulingan untuk mengumpulkan pelbagai pecahan. Pecahan yang berbeza terkondensasi dan dikumpulkan pada ketinggian turus yang berbeza mengikut takat didih pecahan. Sebatian-sebatian yang mempunyai rangkaian karbon yang pendek akan mendidih terlebih dahulu kerana takat didihnya yang rendah. Setiap pecahan yang terkumpul mempunyai kegunaan dan sifat-sifatnya yang tersendiri. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat, gelap, sukar menyala dan terbakar dengan lebih berjelaga.

BAHAN / RADAS: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Petroleum Porselin cip Kertas turas Kaki retort Thermometer (-10 36 oC) Kelalang penyulingan Kondenser Liebig Kelalang kon Kasa dawai Tuku kaki tiga Piring penyejat Penunu Bunsen

SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API)

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

PROSEDUR: A. Penyulingan berperingkat Petroleum 1. Alat radas dipasangkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Thermometer

Distillation flask Liebig condenser

Water out Petroleum Porcelain chips Water in Distillate

2. Petroleum dipanaskan perlahan-lahan dalam kelalang penyulingan. 3. Pecahan pertama petroleum dikumpulkan pada suhu 30 - 80 C. 4. Pemanasan dan pengumpulan penyulingan diteruskan dalam termos kon berasingan dan berbeza julat suhu pada 80 - 120 C, 120 - 160 C dan 160 200C. B. Ciri-ciri pecahan penyulingan berperingkat 5. Warna setiap pecahan diperhatikan. 6. Kelikatan pecahan diperhatikan dengan mencondongkan kelalang kon.
SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API) 3

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

7. Setiap hasil pecahan dituangkan sedikit ke dalam piring , disejat dan dipanaskan.Warna nyalaan dan jelaga yang dihasilkan diperhatikan. 8. Pemerhatian direkodkan. KEPUTUSAN

Pecahan 1 (Nafta) 2 (Gasolin) 3 (Minyak paraffin) 4 (Diesel)

Julat suhu (0C) 3080 80120 120160 160200

Warna

Kelikatan

Kebolehakaran Warna nyalaan Biru Jingga Merah cair Merah pekat Kandungan jelaga Sangat kurang Kurang

Kekuningan cair Kekuningan Kekuningan hijau

Sedikit Lebih

Melekat

Banyak Sangat banyak

Kuning

Tebal

PEMERHATIAN

Kuning muda dan sedikit likat

Tidak berwarna dan tidak likat

SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API)

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

Rajah 2 warna dan kelikatan

Mudah terbakar dengan sedikit jelaga Rajah 3- jumlah jelaga yang dihasilkan

Mudah terbakar tanpa jelaga

Terbakar lama

Terbakar sekejap

Menghasilkan banyak jelaga

Menghasilkan sedikit jelaga

Rajah 4- masa yang diambil untuk terbakar PERBINCANGAN

Rajah 5- jumlah jelaga yang dapat dikesan.

Dengan melakukan penyulingan pecahan, minyak mentah akan diasingkan kepada beberapa pecahan berdasarkan julat suhu takat didih. Semasa eksperimen, terdapat empat pecahan petroleum. Setiap pecahan mempunyai sifat-sifat yang tersendiri terhadap suhu takat didih, kelikatan, warna pecahan, warna nyalaan dan kuantiti jelaga yang terhasil apabila dibakar. Daripada keputusan eksperimen , didapati sifat(ciri) pecahan berubah dengan pertambahan takat didih pecahan tersebut. Semakin tinggi takat didih pecahan itu, semakin likat pecahan tersebut kerana saiz molekul pecahan semakin besar dan daya tarikan antara molekul- molekulnya semakin kuat menyebabkan molekul- molekul sukar untuk bergelongsor antara satu
SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API) 5

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

sama lain. Pecahan yang mempunyai takat didih yang tinggi juga semakin sukar untuk terbakar dan kuantiti jelaga semakin tinggi kerana peratus karbon per molukel semakin bertambah dengan bertambahnya takat didih pecahan itu. Bagi pecahan pertama, ia mempunyai takat didih pada julat suhu 30-80 oC. ini menunjukkan pecahan pertama mempunyai takat didih paling rendah berbanding pecahan-pecahan lain. Pecahan pertama berwarna kekuningan cair, hamper tiada warna dan ia merupakan warna paling cerah bagi pecahan petroleum. Pecahan pertama mempunyai kelikatan yang sangat rendah dan lebih cair. Warna api bagi pecahan pertama adalah biru dan ia menghasilkan sangat kurang jelaga apabila dibakar. Pecahan 2 yang mempunyai takat didih pada julat suhu daripada 80-120C Warna bagi pecahan ini adalah kekuningan dan bermakna warna tersebut lebih gelap daripada pecahan 1 tetapi masih cair. Warna nyalaan api untuk pecahan 2 adalah jingga dan ia lebih likat daripada pecahan 1. Apabila pecahan 2 dibakar, kuantiti jelaga yang dihasilkan adalah lebih tinggi berbanding jelaga pecahan 1. Pecahan 3 mempunyai takat didih di antara julat suhu 120-160C. Warna bagi pecahan ini kekuningan hijau dan bermakna lebih pekat daripada pecahan 1 dan 2. Pecahan 3 lebih likat berbanding pecahan 1 dan 2. Warna nyalaan api untuk pecahan 3 adalah merah. Kuantiti jelaga yang dihasilkan banyak apabila pecahan 3 dibakar. Pecahan 4 mempunyai takat didih yang julat suhunya daripada 160-200C. Pecahan ini berwarna jingga kekuningan dan paling pekat berbanding pecahan lain. Pecahan ini adalah yang paling likat. Warna nyalaan apinya merah dan kuantiti jelaga yang dihasilkan apabila pecahan dibakar adalah lebih berbanding pecahan lain. Namun begitu, semua pecahan tersebut mempunyai beberapa ciri yang sama iaitu, keterlarutan dalam air kerana semua pecahan petroleum tidak larut dalam air. Semua pecahan petroleum juga adalah bersifat neutral . Pecahan juga mempunyai hasil pembakaran sama iaitu semua pecahan terbakar dalam udara berlebihan untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air.

SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API)

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

Langkah berjaga-jaga: 1. Elakkan memanaskan kelalang penyulingan jika tidak terdapat cecair di dalamnya.

2. Pastikan alatan radas telah ketat dan getah paip yang digunakan untuk mengalirkan air tidak bocor.

3. Gunakan cermin mata keselamatan semasa melakukan aktiviti makmal.

4. Memastikan pengudaraan adalah baik sebelum memulakan eksperimen.

5. Jangan menarik nafas secara terus daripada petroleum.

6. Mengendalikan alatan kaca dan panas berhati-hati.

7. Dua atau tiga porselin cip ditambah dalam kelalang penurasan untuk mengelakkan pemanasan yang berlebihan dan hentaman.

8. Produk atau hasil pecahan penurasan hendaklah diletakkan jauh daripada api di mana ia merupakan bahan mudah terbakar.

KESIMPULAN Petroleum boleh disediakan melalui proses penyulingan berperingkat berdasarkan takat didih tertentu. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin gelap warna
SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API) 7

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

pecahan tersebut. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat pecahan tersebut. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin kurang tahap kebolehbakarannya dan semakin banyak kuantiti jelaga yang terhasil

Soalan:
1. Bincangkan kebolehnyalaan pecahan petroleum.

Pecahan petroleum peringkat pertama lebih mudah terbakar berbanding pecahan petroleum yang keempat. Kadar kebolehan petroleum untuk terbakar semakin menurun walaupun takat didih dan jumlah molekul bertambah.

2. Bincangkan hubungan di antara tahap didih pecahan dengan:

a) Warna pecahan.

Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin gelap warna pecahan yang terhasil. Warna yang terhasil bergantung pada saiz molekul. Jika saiz molekul besar, maka, warna pecahan petroleum menjadi gelap, daripada tiada warna, kekuningan, jingga, coklat cair dan coklat gelap warna coklat gelap.

b) Kelikatan pecahan

Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat pecahan tersebut. Rantaian ikatan molekul hidrokarbon yang besar adalah sangat ketat dan tidak mudah
SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API) 8

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

untuk menggelongsor. Pecahan yang mempunyai molekul lebih kecil mempunyai ikatan yang ringkas dan renggang antara satu sama lain. Oleh itu, molekul yang besar lebih likat kerana mempunyai molekul yang lebih padat. Semakin panjang rantai hidrokarbon didalam pecahan petroleum, semakin likat pecahan tersebut. Pecahan petroleum yang mempunyai mempunyai jumlah hidrokarbon yang panjang mempunyai takat didih yang lebih tinggi.

c) penghsasilan jelaga

Semakin tinggi takat didih pecahan tersebut, semakin banyak kumlah kuantiti jelaga yang dihasilkan apabila dibakar. Hal ini kerana, pecahan yang mempunyai takat didih yang tinggi mempunyai kuantiti karbon yang lebih banyak, maka daya tarikan antara molekul semakin tinggi..

3. Pecahan X mempunyai formula C6H14. Ramalkan warna, kelikatan dan jelaga yang dihasilkan oleh X. Pecahan X adalah hexane. Ia berwarna kekuningan cair , lebih sedikit kelikatannya dan sedikit jelaga yang dihasilkan apabila dibakar.

4. Tulis persamaan seimbang untul mewakilkan pembakaran gasolin (C 8H18)

C8 H18 + O2 ---- CO2 + H2O = 2C8H18 + 25O2 16CO2 + 18H2O

5. Pembakaran tidak lengkap gasolin menyebabkan pembuangan gas beracun iaitu karbon monoksida dan nitrik oksida. Tuliskan persamaan seimbang untuk mewakilkann pembakaran gasolin yang tidak lengkap ini. (C8H18).

SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API)

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

2C8H18 + 17O2 16CO + 18H2O

6. Apakah biodiesel?

Biodiesel ialah bahan api diesel yang berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil,propil atau etil) ester. Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindakbalas kimia lipid seperti minyak sayuran, lemak haiwan dan alkohol. Sebagai contoh, minyak sawit ditindakbalaskan dengan methanol dengan kehadiran mangkin untuk menghasilkan biodiesel. Istilah biodiesel adalah piawai sebagai mono-alkil-ester di Amerika Syarikat. Biodiesel kerap digunakan dalam enjin sama ada secara sendiri atau digabungkan dengan petrodiesel. 7. Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding dengan bahan api petroleum?

Ketika biodiesel dibakar, ianya menghasilkan signifikan output karbon yang minimum dan racun pada tahap yang paling rendah. Ini menyebabkan biofuel menjadi bahan alternatif yang lebih selamat untuk memelihara atmosfera disamping menurunkan kadar pencemaran udara. Pada waktu yang sama, biofuel juga lebih bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pembebasan gas rumah kaca jika dibandingkan dengan bahan bakar yang biasa digunakan pada pengangkutan konvensional.

Bibliografi :

Fractional Distillation. (2011, Jun 3). Retrieved Julai 7, 2011, from wikipedia.org: http://en.wikipedia.org/wiki/Fractional_distillation

SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API)

10

NOR HANANI BINTI SAAID (700310-02-5674)PPG SCE B 0611/2434

2012

Gas Asli. (n.d.). Retrieved Julai 7, 2011, from edu.my: http://www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/gas_asli.htm

Hidrokorbon. (n.d.). Retrieved Julai 7, 2011, from edu.my: http://www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/eksperimen.htm

Hortono, M. B. (2008, Februari). Pengertian Biodiesel. Retrieved Juali 7, 2011, from blogspot.com: http://pematangpanggang.blogspot.com/2008/02/pengertianbiodiesel.html

SCE 3103 - LAPORAN AMALI 1 (BAHAN API)

11

You might also like