You are on page 1of 9

PRAKTIKAL 1: BAHAN API Tujuan : Untuk menyiasat penyulingan berperingkat petroleum.

Bahan-bahan/alat radas : Petroleum, serpihan porselin, kertas turas, kaki retort, condenser Liebig, kelalang penyulingan, kelalang kon, kasa dawai, tungku kaki tiga, piring penyejat, dan penunu Bunsen.

Prosedur: A: Penyulingan berperingkat petroleum.

1. Alat radas dan peralatan dipasangkan seperti yang ditunjukkan di rajah 1. 2. Petroleum di dalam kelalang penyulingan dipanaskan secara perlahan-lahan. 3. Pecahan petroleum pada peringkat pertama dikumpulkan pada suhu 30-80 oC. 4. Pemanasan diteruskan dan hasil penyulingan dikumpulkan dalam kelalang kon yang berbeza pada julat suhu yang berbeza iaitu 80-120oC, 120-160OC, dan 160 200oC.

B: Ciri-ciri pecahan penyulingan yang berbeza.

1. Warna petroleum diperhatikan pada setiap peringkat. 2. Kelikatan petroleum diperhatikan dengan mencondongkan kelalang kon. 3. Hasil penyulingan pada setiap peringkat suhu dimasukkan ke dalam piring pengewapan dan dipanaskan. Warna nyalaan api dan jelaga diperhatikan. 4. Pemerhatian direkodkan.

Keputusan:

Pecahan Julat suhu (0C) 1 30-80

Warna

Kelikatan

Kebolehbakaran

Kandungan jelaga

Kuning muda

Tidak likat/cair.

Sangat terbakar

mudah Sangat kurang

80-120

Kuning muda yang agak terang

Kurang likat

Mudah terbakar

Kurang

3 4

120-160 160-200

Kuning Kuning tua

Likat Sangat likat

Susah terbakar Sangat terbakar

Banyak

susah Sangat banyak

Gambar-gambar:

Gambar 1: Proses penyulingan bermula dan petroleum yang dipanaskan menghasilkan wap yang kemudiannya terkondensasi di kondenser Liebig.

Gambar 2: Empat hasil pecahan yang diperolehi daripada proses penyulingan berperingkat petroleum yang dijalankan. Dapat dikenalpasti perbezaan warna diantara pecahan-pecahan tersebut.

Gambar 3: Ujian yang dijalankan bagi menguji kebolehbakaran pecahanpecahan petroleum yang terhasil.

Gambar 4: Langkah yang digunakan untuk menguji kelikatan pecahan petroleum yang terhasil dimana tabung uji yang mengandungi pecahan dicondongkan.

Perbincangan : Dengan melakukan penyulingan pecahan, minyak mentah akan diasingkan kepada beberapa pecahan berdasarkan julat suhu takat didih. Semasa eksperimen, terdapat empat pecahan petroleum. Setiap pecahan mempunyai sifat-sifat yang

tersendiri terhadap suhu takat didih, kelikatan, warna pecahan, warna nyalaan dan kuantiti jelaga yang terhasil apabila dibakar. Berdasarkan keputusan eksperimen yang diperolehi, didapati sifat-sifat yang terdapat pecahan petroleum yang terhasil berubah selari dengan pertambahan takat didih pecahan tersebut. Semakin tinggi takat didih pecahan itu, semakin likat pecahan tersebut kerana panjang rantai hidrokarbon pecahan semakin bertambah dan daya tarikan antara molekul- molekulnya semakin kuat. Pecahan petroleum yang mempunyai takat didih yang tinggi juga semakin sukar untuk terbakar serta kuantiti jelaga yang terhasil daripada pembakaran pecahan tersebut juga semakin tinggi kerana peratus karbon per molukel semakin bertambah dengan bertambahnya takat didih pecahan itu. Bagi pecahan pertama, ia mempunyai takat didih pada julat suhu 30-80oC. ini menunjukkan pecahan pertama mempunyai takat didih paling rendah berbanding pecahan-pecahan lain. Pecahan pertama berwarna kuning muda dan merupakan warna paling cerah bagi pecahan petroleum. Pecahan pertama mempunyai kelikatan yang sangat rendah dan sangat cair. Kebolehbakaran bagi pecahan pada peringkat ini adalah sangat mudah terbakar dan ia menghasilkan sangat kurang jelaga apabila dibakar. Pecahan 2 yang mempunyai takat didih pada julat suhu daripada 80-120C Warna bagi pecahan ini adalah kuning muda yang agak terang jika dibandingkan dengan pecahan 1 tetapi masih cair. Kelikatan bagi pecahan ini ialah lebih likat daripada pecahan 1. Apabila pecahan 2 dibakar, kuantiti jelaga yang dihasilkan adalah lebih banyak berbanding jelaga yang terhasil di pecahan pertama. Kebolehbakaran bagi pecahan ini adalah mudah terbakar tetapi agak lambat jika dibandingkan dengan pecahan yang pertama. Pecahan 3 mempunyai takat didih di antara julat suhu 120-160C. Warna bagi pecahan ini adalah kuning dan mempunyai kelikatan yang lebih tinggi daripada pecahan pertama dan kedua. Pecahan ketiga ini lebih likat berbanding pecahan pertama dan kedua. Kebolehbakaran bagi pecahan ketiga adalah agak susah untuk terbakar jika dibandingkan dengan pecahan pertama dan kedua. Kuantiti jelaga yang dihasilkan daripada pembakaran pecahan peringkat ketiga ini juga lebih banyak.

Pecahan 4 mempunyai takat didih yang julat suhunya daripada 160-200C. Pecahan ini mempunyai warna kuning tua dan merupakan pecahan yang paling pekat diantara semua pecahan lain yang diperolehi. Pecahan ini adalah yang paling likat. Disamping itu, kebolehbakaran bagi pecahan keempat ini adalah sangat susah terbakar serta kuantiti jelaga yang dihasilkan apabila pecahan dibakar adalah paling banyak jika dibandingkan dengan semua pecahan lain. Namun begitu, semua pecahan tersebut mempunyai beberapa ciri yang sama iaitu, keterlarutan dalam air dimana semua pecahan petroleum yang terhasil tidak larut dalam air. Semua pecahan petroleum juga adalah bersifat neutral . Pecahan juga mempunyai hasil pembakaran sama iaitu semua pecahan petroleum yang terbakar menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Melalui rujukan yang dijalankan dapat dikatakan bahawa nama bagi setiap ialah nafta bagi pecahan pertama, gasolin pada peringkat kedua, paraffin pada peringkat ketiga dan diesel bagi pecahan keempat. Dapat dirumuskan bahawa ciri-ciri yang terdapat pada setiap pecahan adalah bergantung pada panjang rantai dan jumlah karbon yang terdapat pada molekul hidrokarbon pecahan tersebut. Terdapat beberapa langkah keselamatan yang harus dipatuhi semasa menjalankan amali ini antaranya ialah dengan memastikan alatan radas telah diketatkan dengan baik serta getah paip yang digunakan untuk mengalirkan air tidak bocor. Selain itu, pengudaraan makmal hendaklah dalam keadaan baik disamping pengendalian peralatan kaca dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan. Akhir sekali, produk atau hasil pecahan turasan hendaklah diletakkan jauh daripada api kerana ianya merupakan bahan yang mudah terbakar.

Kesimpulan : Petroleum boleh disediakan melalui proses penyulingan berperingkat

berdasarkan takat didih tertentu. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin gelap warna pecahan tersebut. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat pecahan tersebut. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin kurang tahap

kebolehbakarannya dan semakin banyak kuantiti jelaga yang terhasil.

Soalan Penggayaan: 1. Bincangkan kebolehbakaran bagi setiap pecahan petroleum.

Pecahan petroleum bagi peringkat pertama lebih mudah terbakar berbanding pecahan petroleum yang keempat. Dapat diperhatikan bahawa kadar kebolehan petroleum untuk terbakar semakin menurun walaupun takat didih dan jumlah rantai molekul hidrokarbon bertambah. Hal ini demikian kerana semakin panjang rantai hidrokarbon, semakin banyak tenaga haba yang diperlukan untuk memecahkan rantai hidrokarbon tersebut.

2. Bincangkan hubungan takat didih pecahan dengan:

a) Warna pecahan. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin terang warna pecahan

petroleum yang terhasil bagi setiap peringkat. Warna yang terhasil bergantung pada saiz molekul. Jika saiz molekul besar, maka, warna pecahan petroleum menjadi lebih terang, bermula dari kuning muda pada peringkat pertama, kuning muda yang agak terang pada peringkat kedua, kuning pada peringkat ketiga, dan akhir sekali kuning tua.

b) Kelikatan pecahan Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat pecahan petroleum

yang terhasil. Hal ini demikian kerana rantai ikatan molekul hidrokarbon yang panjang akan menjadikan pecahan yang terhasil adalah likat manakala pecahan petroleum yang mempunyai ikatan yang ringkas dan pendek agak kurang likat atau cair. Oleh itu, semakin panjang rantai hidrokarbon didalam pecahan petroleum yang terhasil, semakin likat pecahan tersebut. Pecahan petroleum yang mempunyai mempunyai jumlah hidrokarbon yang lebih panjang mempunyai takat didih yang lebih tinggi.

c) Jumlah jelaga yang dihasilkan pada setiap pecahan. Semakin tinggi takat didih pecahan tersebut, semakin banyak jumlah

kuantiti jelaga yang dihasilkan apabila dibakar. Pecahan petroleum pada peringkat keempat menghasilkan lebih banyak jelaga jika dibandingkan dengan pecahan petroleum pada peringkat pertama. Hal ini demikian kerana, pecahan yang mempunyai takat didih yang tinggi mempunyai kuantiti karbon yang lebih banyak dalm rantai hidrokarbon, maka daya tarikan antara molekul semakin tinggi. Jumlah karbon yang banyak akan menyebabkan

menyebabkan banyak jelaga yang terhasil.

3. Pecahan X ialah C6H14. Ramalkan warna, kelikatan dan jumlah jelaga yang dihasilkan oleh X.

Berdasarkan formula, pecahan X adalah heksana. Oleh itu, pecahan X akan mempunyai warna kuning muda dengan kelikatan yang rendah atau cair serta menghasilkan sedikit jelaga apabila dibakar.

4. Tulis persamaan kimia seimbang tindak balas yang mewakili pembakaran gasolin (C6H18) 2C8H18 + 25O2 16CO2 + 18H2O 5. Pembakaran yang tidak sempurna bagi gasolin membebaskan gas beracun iaitu karbon monoksida dan oksida nitrik. Tuliskan persamaan kimia untuk menunjukkan tindak balas tidak sempurna gasolin tersebut. 2C8H18 + 17O2 16CO + 18H2O 6. Apakah yang dimaksudkan dengan biodiesel? Biodiesel merupakan suatu nama dari Alkyl Ester iaitu etil ester yang dihasilkan daripada minyak sayuran atau lemak haiwan yang bertindakbalas dengan

methanol atau etanol. Biodiesel dapat digunakan sebagai bahan bakar pada mesin yang menggunakan diesel untuk beroperasi. Biodiesel mempunyai sifat kimia yang hampir serupa dengan petroleum mahupun diesel sehingga ianya dapat digunakan terus pada mesin diesel atau dicampur dengan petroleum diesel. Biodiesel tidak menghasilkan gas yang berbahaya seperti sulphur dioksida kerana ianya tidak mengandungi sulfur dan lebih bersih serta lebih mudah ditangani jika dibandingkan dengan petroleum diesel. Oleh itu, biodiesel dijadikan sebagai bahan bakar alternatif masa depan dan ianya boleh digolongkan dalam sumber yang boleh diperbaharui. Penggunaannya boleh mengurangkan pencermaran yang dihasilkan oleh bahan bakar dari petroleum.

7. Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding pecahan petroleum? Salah satu daripada kelebihan yang terdapat pada biodiesel adalah ianya boleh diperbaharui kerana biodiesel dihasilkan daripada minyak sayuran dan lemak haiwan yang mana ianya boleh diperolehi dengan mudah seperti minyak masak yang telah digunakan. Ia juga lebih mesra alam daripada diesel kerana membebaskan lebih sedikit karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan zarah-zarah lain yang menjejaskan alam sekitar. Biodiesel juga lebih cekap bahan api petroleum kerana ianya mempunyai kandungan cetane yang lebih tinggi daripada bahan api petroleum. Kurang berbau kerana mengeluarkan aroma makanan bergoreng atau aroma barbeku apabila digunakan.

Bibliografi :

Addison Keith. Biodiesel. (2012). Dari http://journeytoforever.org/biodiesel.html

Freudenrich Craig. How Oil Refining Works. (2001). Dari http://science.howstuffworks.com/environmental/energy/oil-refining4.htm

Toh Kim Kau. SPM Kimia. (1999). Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

You might also like