You are on page 1of 24

Bab 2 : Fundamentals of Combustion, Flame and Explosion

Combustion (Pembakaran)
Tindakbalas cepat antara bahan api dan oksigen, membebaskan haba dan menghasilkan hasil pembakaran. Keperluan utama untuk pembakaran ialah: Bahan api (fuel)

Oksigen (O2)

Haba (heat)

Hasil pembakaran ialah : o Hasil pembakaran biasanya ialah H2O (air), CO2 (karbon dioksida) dan CO (karbon monoksida) NO (Nitrogen Oksida) boleh terhasil jika terdapat gas Nitrogen dalam pembakaran serta suhu pembakaran tersebut tinggi. SO2 (Sulfur Dioksida) akan terhasil jika terdapat Sulfur di dalam pembakaran tersebut.

2 jenis pembakaran: 1. Pembakaran sempurna (complete combustion) Berlaku apabila kuantiti gas oksigen yang dibekalkan mencukupi untuk bertindakbalas dengan bahan api yang dibekalkan. Hasil pembakaran untuk complete combustion ialah CO2 dan H2O. 2. Pembakaran tidak sempurna (incomplete combustion) Berlaku apabila kuantiti gas oksigen yang dibekalkan tidak mencukupi untuk bertindak balas dengan bahan api yang dibekalkan.

Hasil pembakaran untuk incomplete combustion ialah CO dan H2O. Tiga kategori pembakaran : 1. Pembakaran stoikiometrik (stoichiometric combustion) Bermaksud kuantiti oksigen dan bahan api (fuel) adalah tepat untuk pembakaran sempurna. Hasil pembakaran ialah CO2 dan H2O. 2. Pembakaran lebihan bahan api (excess fuel combustion). Bermaksud bahan api (fuel) yang dibekalkan untuk pembakaran adalah lebih dari stoikiometri menyebabkan pembakaran tidak sempurna berlaku (incomplete combustion). Hasil pembakaran ialah CO dan H2O. Pembakaran ini sama dengan pembakaran kurang O2/udara. 3. Pembakaran lebihan udara/oksigen (excess air combustion). Bermaksud udara/oksigen yang dibekalkan lebih dari stoikiometri untuk memastikan pembakaran sempurna terhasil. Hasil pembakaran ialah CO2, H2O dan O2 (yang tidak bertindak balas)

Flame (nyalaan)
Tindakbalas yang cepat, eksotermik (membebaskan haba), mengambil ruang, biasanya menghasilkan cahaya, pada halaju subsonic (kurang dari halaju bunyi). Perambatan nyalaan bergantung kepada gas yang belum terbakar Nyalaan terbahagi kepada 4 jenis 1. Laminar premixed Pembakaran bahan api dan udara yang telah dicampurkan lebih awal. Pembakaran adalah laminar. Contoh: penunu bunsen dan dapur gas

Biasa digunakan pada peralatan domestic (rumah) Mempunyai 3 zon berbeza:

Mantle luar (jika udara tidak cukup sahaja) Flame front Preheat zone

o o

Prehat zone pembakaran bermula. Sedikit haba dibebaskan Flame front / reaction zone semua tindak balas pembakaran berlaku. Banyak haba dibebaskan Mantle luar hanya wujud jika ada bahan bakar belum bertindak balas sahaja. Bertindak balas dengan udara sekeliling

Warna nyalaan: o o Jika udara berlebihan, reaction zone berwarna biru Jika udara kurang dari stoikiometrik, reaction zone berwarna biru-hijau Jika udara sedikit, warna pembakaran ialah kuning-oren

2. Turbulent premixed Pembakaran bahan api dan udara yang telah dicampurkan lebih awal. Nyalaan adalah bergelora kerana: o o Halaju gas campuran meningkat, atau Diameter nozzle lebih besar

Re = VD

o o

Biasa digunakan pada burner industry Cirri-ciri nyalaan seperti preheat zone, reaction zone, mantle luar dan warna nyalaan adalah sama seperti laminar premixed.

3. Laminar diffusion Pembakaran bahan api adan oksigen yang tidak dicampurkan lebih awal. Cuma bahan api ddibekalkan manakala oksigen diambil dari udara sekeliling. Oksigen meresap (diffuse) masuk ke dalam aliran gas dan terbakar. Resapan adalah perlahan Nyalaan berwarna kuning Nyalaan adalah laminar (tenang) Bentuk nyalaan adalah bergantung kepada kuantiti udara dibekalkan

4. Turbulent diffusion Nyalaan yang sama seperti laminar diffusion tetapi mampunyai halaju yang lebih tinggi atau diameter nozzle yang lebih besar, menyebabkan nyalaan menjadi turbulent (bergelora)

Explosion (letupan)
Tindak balas pembakaran premixed gas yang sangat cepat, menyebabkan peningkatan tekanan dan isipadu gas yang sangat cepat, menghasilkan haba yang sangat tinggi dan merosakkan semua benda di sekeliling. Terdapat 2 jenis letupan:

1. Deflagration arus pembakaran bergerak pada halaju subsonic (kurang dari halaju bunyi) 2. Detonation arus pembakaran bergerak pada halaju supersonik (lebih dari halaju bunyi)

Terdapat 3 klasifkasi letupan: 1. Confined gas explosion letupan di dalm ruang tertutup seperti tangki, paip dan bilik tertutup. Juga dikenali sebagai letupan dalaman. 2. Partially-confined gas explosion letupan dalam ruang yang sebahagiannya terbuka seperti bilik yang mempunyai tingkap terbuka. 3. Unconfined gas explosion letupan di ruang terbuka

Letupan deflagration boleh menjadi detonation jika: 1. Berlaku di ruang tertutup (confined space) 2. Jet flame walaupun unconfined space (large fuel-air cloud)

Assignment 2:
1. Apakah perbezaan diantara pembakaran, nyalaan dan letupan? 2. Terangkan 4 jenis nyalaan yang kamu telah pelajari. 3. Apakah perbezaan di antara letupan deflagration dan detonation? 4. Terangkan 3 klasifikasi letupan.

BAB 3: Analisis Gas Serombong (Flue Gas Analysis)


Tujuan analisis dibuat ialah untuk: 1. Safety (for fuel burning equipment) 2. Energy saving (economy) 3. Reduce pollution Kandungan flue gas: 1. H2O 2. N3 3. CO2 4. CO (incomplete combustion) 5. H2 (incomplete combustion) 6. O2 (due to excess air) 7. NO and NO2 (due to high temperature) 8. SO2 (due to S2 presence) 9. Uncombusted fuel and ash Flue gas juga akan membawa pergi tenaga haba bersamanya. Sankey diagram digunakan untuk menggambarkan secara visual aliran tenaga haba yang terlibat dalam proses pembakaran Contoh :

Combustion Effiency dikira untuk memastikan alat pembakaran mencapai optimum performance Efficiency(kecekapan pembakaran) % = useful output X 100 = gross input total losses X 100 Gross input gross input

Efficiency % = 100 Qs (stack flue loss) Dimana, Qs = k(Tg - Ta) CO2 Di mana, k = factor mengikut jenis bahan api Tg = flue gas temperature Ta = supplied air temperature CO2 = % CO2 terhasil (perlu diukur)

Secara teori, untuk mendapatkan kecekapan pembakaran 100% (100% combustion efficiency), suhu gas serombong mestilah sama dengan suhu bilik. Dengan kata lain, seluruh haba yang terhasil dari proses pembakaran telah diserap untuk digunakan. Factor-faktor yang mempengaruhi kecekapan pembakaran: 1. Gangguan gas nitrogen. Di dalam udara terdapat gas N2 yang mengganggu tindakbalas di antara bahan bakar (fuel) dan O2. Oleh sebab itu, suhu pembakaran udara dengan bahan api lebih rendah berbanding bahan api dengan oksigen sahaja.

2. Pembakaran berlebihan. Kuantiti bahan api atau udara ditambah untuk menghasilkan suhu lebih tinggi atau haba lebih banyak. Bagaimanapun haba berlebihan itu tidak dapat diserap sepenuhnya oleh peralatan yang ada menyebabkan ia terlepas ke serombong.

3. Kipas udara yang kuat (high air draft).

Angin yang kuat akan meningkatkan halaju gas serombong. Keadaan ini akan mengurangkan masa resapan haba oleh peralatan pembakaran.

4. Peralatan permukaan yang kotor. Permukaan kotor akan menghalang proses resapan haba yang efektif.

3 faktor yang perlu diukur untuk mengira kecekapan pembakaran: 1. Suhu gas serombong (flue gas temperature) Suhu gas serombong akan menunjukkan berapa banyak haba yang dibazirkan/dilepaskan ke asmosfera. Secara teori, untuk mendapat kecekapan pembakaran 100% (100% combustion efficiency), suhu gas serombong mestilah sama dengan suhu bilik. Dengan kata lain, seluruh haba yang terhasil dari proses pembakaran telah diserap untu digunakan.

2. Kuantiti CO2 pada gas serombong Pembakaran sempurna hanya akan menghasilkan gas CO2

3. Kuantiti CO Kewujudan CO menunujukkan pembakaran yang tidak sempurna atas sebab kekurangan udara atau percampuran udara-bahan api yang tidak sempurna.

Graf berikut menunjukkan kesan penambahan udara kepada proses pembakaran:

Daripada graf di atas, penambahan udara atau O2 sebanyak 50% akan mengurangkan kuantiti CO2 yang terhasil serta menurunkan suhu pembakaran dari 1950 kepada 1435C. C

Terdapat 3 jenis graf yang boleh digunakan untuk menetukan kecekapan pembakaran: 1. Graf pertama (Chart A-1) Contoh: a) Kira kecekapan pembakaran ga s asli yang mempunyai ciriciri berikut: CO2 terhasil = 9.5% Suhu gas serombong (flue gas temperature) = 365C Suhu bilik (room temperature) = 15C

b) Kira lebihan udara yang digunakan dalam pembakaran di atas. Kaedah penyelesaian: a) 1) Kira perbezaan suhu gas serombong dengan suhu bilik: 365C-15C = 350C

2) Buat satu garisan menegak pada kuantiti CO2 = 9.5% 3) Buat satu garisan melintang pada suhu = 350C 4) Titik pertemuan dua garisan menunjukkan kecekapan pembakaran 74% atau 75%. b) 1) Buat garisan menegak dari kandungan CO2 = 9.5% ke bawah. % lebihan udara yang digunakan adalah 20%.

2. Graf kedua (Chart A-3) Contoh: Sebuah boiler menghasilkan 9.5% CO2 pada gas serombong. Suhu gas serombong ialah 470F manakala suhu bilik ialah 70F. Tentukan: a) Kecekapan pembakaran b) % lebihan O2 c) % lebihan udara

Kaedah penyelesaian:

a) Kecekapan pembakaran 1) Kira beza suhu gas serombong dengan suhu bilik: 470F - 70F = 400F

2) Buat satu garisan menegak dari peratus CO2 = 9.5% sehingga bertemu garisan suhu 400F 3) Buat satu garisan melintang dari titik pertemuan tadi untuk mendapat kecekapan pembakaran. % kecekapan pembakaran ialah 80%

b) % lebihan O2 1) Buat garisan menegak dari %CO2 = 9.5% ke bawah hingga bertemu garisan O2. 2) Buat garisan melintang dari titik pertemuan untuk mendapatkan peratus O2. Peratus lebihan O2 ialah 4.5% c) % lebihan udara 1) Buat garisan menegak dari %CO2 = 9.5% ke bawah sekali. % lebihan udara ialah 25%

3. Graf ketiga (chart A-4) Contoh: Kira kecekapan pembakaran yang mempunyai ciri-ciri berikut: CO2 terhasil = 2.5% Suhu gas serombong = 315F Suhu bilik = 65F Kaedah penyelesaian: 1) Kira perbezaan suhu gas serombong dengan suhu bilik: 315F - 65F = 250F

2) Buat satu garisan dari %CO2 = 2.5% ke suhu 250F. bacaan peratus kerugian ialah 29%. 3) Kecekapan pembakaran: = 100% - %rugi = 100% - 29% = 71%

Untuk menentukan kandungan gas serombong, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. 2 kaedah yang mudah digunakan ialah: 1. Fyrite analyser

Analyser ini boleh mengukur satu jenis gas pada astu-satu masa dengan ketepatan ukuran lebih kurang 0.5% Cara penggunaan: 1) Sampel gas pada kuantiti tertentu dimasukkan 2) Valve di tutup untuk memerangkap sampel gas

3) Analyser diterbalikkan beberapa kali untuk mencampuradukkan gas dan cecair penyerap. 4) Isipadu gas yang telah diserap dapat diukur dari peningkatan cecair penyerap. 5) Untuk mengkaji gas yang berlainan, cecair penyerap yang lain perlu digunakan.

2. Draeger tube analyser

Analyser ini mudah digunakan serta boleh mengukur beberapa jenis gas pada satu-satu masa. Ketepatan ukuran adalah lebih kurang 10%. Cara penggunaan:

1) Gas dimasukkan ke dalam tiub pada kuantiti tertentu. 2) Kandungan ga sdiukur berdasarkan kepada kepudaran warna analyser.

Kaedah-kaedah gas sampling yang lain yang digunakan di dalam industry ialah: 3. Paramagnetic oxygen analyser Mengukur kandungan O2 berdasarkan sifat magnetiknya. Ketepatan ukuran ialah 1% 4. Thermal conductivity gas analyser

Mengukur kuantiti gas CO2 berdasarkan sifat kebolehaliran haba (thermal conductivity) Ketepatan ukuran ialah 0.1% 5. Infrared gas analyser Mengukur kuantiti gas berdasarkan kepada panjeng gelombang cahaya(wavelength) mereka. Boleh mengukur gas CO, CO2, CH4 dan NO.

Assignment 3:

1. Apakah tujuan analisis gas serombong dibuat? 2. Senaraikan gas-gas yang terkandung di dalam gas serombong (flue gases) 3. Apakah fungsi Sankey Diagram? 4. Jelaskan maksud kecekapan pembakaran (combustion effiency) 5. Huraikan factor-faktor yang mempengaruhi kecekapan pembakaran 6. Tentukan kecekapan pembakaran gas asli yang mempunyai ciri-ciri berikut. a) CO2 terhasil = 9% Suhu gas serombong (flue gas temperature) = 300C Suhu bilik (room temperature) = 50C b)

CO2 terhasil = 9% Suhu gas serombong (flue gas temperature) = 650F Suhu bilik (room temperature) = 50F

Kemudian, tentukan kandungan % lebihan udara dan % lebihan O2 untuk pembakaran tersebut: 7. Terangkan 5 kaedah yang digunakan untuk menentukan kandungan gas serombong.

Bab 4 : Penstabilan Nyalaan (Flame Stabilisation)


Nyalaan akan menjadi stabil jika halaju gas belum terbakar sama dengan halaju pembakaran.

Nyalaan yang tidak stabil boleh menyebabkan flashback (nyalaan ke belakang) ataupun blowoff (terpadam). Untuk mendapatkan nyalaan yang stabil, combustion diagram boleh digunakan.

Berdasarkan combustion diagram di atas: A tiada udara dibekalkan adan nyalaan berwarna kuning. B nyalaan tidak lagi berwarna kuning Antara C dan D flashback boleh berlaku Selepas E udara terlalu banyak hingga menyebabkan udara terpadam

Bab 5 : Peralatan Pembakaran


Burner (pembakar) ialah alat untuk mengubah bahan api menjadi tenaga haba Fungsi burner ialah untuk: 1. Mengawal aliran bahan api (fuel) 2. Mengawal aliran udara untuk pembakaran 3. Mencampurkan udara dengan bahan api 4. Mengawal hasil pembakaran 5. Memindahkan tenaga haba yang terhasil ke peralatan yang disediakan Burner terbahagi kepada pembakar pepejal, pembakar cecair dan pembakar gas Perbezaan ketiga-tiga jenis burner ini teletak pada cara penyediaan pracampur bahan api dan udara Untuk gas burner, bahan api gas dan udara dicampuradukkan sebelum dibakar. Untuk liquid burner (pembakar cecair), cara penyediaan seperti berikut: 1. Liquid atomization bahan api cecair dispray supaya menjadi bijian cecair halus.

2. Vaporization of atomized liquid sedikit haba dibekalkan untuk mengubah bijian cecair halus tadi menjadi gas. Bijian cecair mudah untuk menyerap haba tersebut kerana saiznya yang kecil 3. Mixing of vaporized atomized fuel with air - bahan api gas dicampurkan dengan udara sebelum dibakar Untuk solid burner, cara penyediaan seperti berikut: 1. Fuel pulverization bahan api seperti arang batu dihancurkan dahulu 2. Devolatisation of pulverized fuel serbuk bahan api itu kemudiannya dikeringkan sekering-keringnya. 3. Mixing of volatile with air serbuk kering tersebut dicampurkan dengan udara sebelum dibakar.

Klasikfikasi solid burner : 1. Short flame and turbulence untuk bahan api yang banyak air 2. Short flame untuk bahan api yang kurang air 3. Long flame untuk bahan api kering

Klasifikasi liquid burner : 1. Vaporizing 2. Atomizing

Klasifikasi gas burner : 1. Non aerated bahan api dan udara tidak dicampurkan lebih awal 2. Partially aerated sebahagian sahaja bahan api dan udara dicampurkan 3. Fully aerated percampuran sepenuhnya bahan api dan udara

Burner valve train system ialah suatu siri penyambungan peralatan-peralatan gas untuk memastikan keselamatan proses pembakaran dan kawalan ke atas kadar pembakaran. 4 bahagian yang penting pada valve train ialah:

Manual isolating valve digunakan untuk menyalur atau menahan gas ke burner Pressure regulator digunakan untuk mengawal kuantiti gas yang masuk ke burner Safety shut-off valve digunakan untuk menutup saluran gas secara automatik jika berlaku kecemasan atau keadaan bahaya. Air-gas ratio control digunakan untuk menetapkan nisbah udara dan bahan api yang sesuai untuk pembakaran

You might also like