You are on page 1of 32

4.

4: HUKUM GAS
Mari kita berlajar !!!!
Hasil Pembelajaran

Di akhir pelajaran ini, pelajar boleh:

• Menentukan hubungan antara isi padu dan suhu bagi suatu gas
berjisim tetap pada tekanan malar.

• Menentukan hubungan antara tekanan dan suhu bagi suatu gas


berjisim tetap pada isi padu malar.

• Menyelesaikan masalah melibatkan tekanan, suhu dan isi padu suatu


gas berjisim tetap dengan menggunakan rumus dari Hukum- hukum
Gas.
✓ IMBAS KEMBALI
✓ Hukum Boyle ( hubungan antara
tekanan dan isipadu pada suhu
malar)

𝑃1 𝑉1 = 𝑃2 𝑉2
JADUAL KWL
KNOW WHAT LEARNED

Kotak 2 Kotak 3
Kotak 1 PELAJAR MENCATAT APA PELAJAR MENCATAT
PELAJAR MENCATAT YANG PELAJAR INGIN HASIL PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN SEDIA KETAHUI / HASIL YANG DI CAPAI PADA
ADA PEMBELAJARAN YANG AKHIR KELAS
INGIN DICAPAI
Mari kita • Mengapakah bola pingpong yang kembali menjadi bulat apabila
kongsi idea. direndam di dalam air panas?

✓ Suhu bertambah, isipadu gas bertambah. Tekanan gas


dimalarkan. Hukum Charles.
HUKUM CHARLES
Hukum Charles menyatakan bahawa isi padu adalah
berkadar terus dengan suhu mutlak bagi suatu gas
berjisim tetap pada tekanan malar.

V∝T T = suhu mutlak (K)


V = isipadu gas (𝐦𝟑 )

Apabila V meningkat, maka T akan meningkat , (V , T )

Apabila V menurun, maka T akan menurun, ( V ,T )

𝑉1 𝑉2
=
𝑇1 𝑇2
Jacques Charles
(1746-1823)

• Seorang ahli fizik dan kimia Perancis telah


menyiasat bagaimana isi padu gas bergantung
pada suhu gas.

• Justeru, beliau dapat membina belon hidrogen


yang pertama dan berjaya menaiki belon itu
sehingga ketinggian 3.2 km.
Simulasi Phet

https://phet.colorado.edu/sims/html/gas-
properties/latest/gas-properties_en.html
Pertukaran Unit [°C -> K ]
• Penukaran unit antara darjah Celsius, °C dengan kelvin, K boleh dilakukan
melalui persamaan yang berikut:

T = θ + 273

T dalam kelvin, K θ dalam °C

CONTOH 1: CONTOH 2:
Tukarkan 30 ° C kepada kelvin, K. Tukarkan 160 ° C kepada kelvin, K.
T= 30 + 273 T= 160 + 273
= 303 K = 433 K
Latihan
Tukar unit bagi suhu di bawah:

Degree Celsius, ° C Kelvin, K [°C kepada K ]


47 T = θ + 273
373

-200

Kelvin Degree celsius


[ K kepada °C ]
175 T = X - 273
375
T dalam °C X dalam kelvin, K
1000
Isi Padu dan Suhu bagi Suatu Gas
Persoalan:

Persoalan ini boleh


terjawab dengan
Adakah suhu suatu gas melakukan
mempengaruhi isipadu gas ? eksperimen. Jadi mari
buat eksperimen!!!!
Apakah hubungan antara suhu
dengan isi padu bagi suatu
gas?
Hubungan antara Isi Padu dengan suhu bagi Suatu Gas

Video Eksperimen

https://drive.google.com/drive/fol
ders/1_teOPLSbDghQWJjlNk5Lj
H0T16H6awXv
Analisis data :
• Plotkan graf panjang turus udara, L melawan Suhu, θ.
Paksi-θ hendaklah meliputi julat 0°C hingga 100°C.

• Ekstrapolasi graf L melawan θ sehingga


θ = 0°C.

• Plotkan semula graf L melawan θ dengan paksi-θ


meliputi julat –300°C hingga 100°C.

• Ekstrapolasi graf L melawan θ sehingga


L = 0 cm.
Pada suhu –273°C, molekul-molekul gas tidak lagi bergerak Takat Suhu Suhu, θ / °C Suhu, T / K

dan tidak dapat memenuhi ruang. Oleh itu, isi padu gas Sifar mutlak -273 0
menjadi sifar. Suhu –273°C ialah suhu paling rendah yang
Aid Lebur 0 273
mungkin dan dikenali sebagai sifar mutlak. Pada skala kelvin,
Stim 100 373
sifar mutlak diberi nilai 0 kelvin atau 0 K. Suhu yang
dinyatakan dengan unit kelvin ialah suhu mutlak.
Kesimpulan :
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

Isipadu gas bertambah apabila suhu gas bertambah. Hipotesis diterima

Perbincangan:

1. Mengapakah air perlu sentiasa dikacau semasa dipanaskan?

✓ Untuk pastikan suhu air adalah seragam.

2. Apakah andaian yang perlu dibuat supaya panjang turus udara yang terperangkap di dalam tiub
kapilari boleh mewakili isi padu udara tersebut? V= AL
[Petunjuk: Isi padu turus udara, V = panjang turus udara, L × luas keratan rentas tiub kapilari, A]

✓ Luas keratan rentas tiub kapilari adalah seragam. Oleh itu V α L.


HUKUM GAY- LUSSAC (hukum tekanan)
Hukum Gay-Lussac menyatakan bahawa tekanan
adalah berkadar terus dengan suhu mutlak bagi suatu
gas berjisim tetap pada isi padu malar.

P∝T P = tekanan (Pa)


T = SUHU MUTLAK (K)

Apabila P meningkat, maka T akan meningkat , (P , T )

Apabila P menurun, maka T akan menurun, ( V ,T )

𝑃1 𝑃2
=
𝑇1 𝑇2
Joseph Louis Gay-Lussac
(1778–1850)

• seorang ahlifizik dan kimia Perancis yang


membuat pengajian kuantitatif tentang ciri- ciri
gas

• Beliau juga menyiasat medan magnet Bumi dan


komposisi atmosfera pada altitud tinggi.

• Selain itu, beliau menemui dua unsur baharu,


iaitu boron dan iodin.
Simulasi Phet

https://phet.colorado.edu/sims/html/gas-
properties/latest/gas-properties_en.html
Tekanan dan Suhu bagi Suatu Gas
Persoalan:

Persoalan ini boleh


terjawab dengan
Adakah suhu suatu gas melakukan
mempengaruhi tekanan gas ? eksperimen. Jadi mari
buat eksperimen!!!!
Apakah hubungan antara suhu
dengan tekanan bagi suatu
gas?
Hubungan antara Tekanan dengan suhu bagi Suatu Gas

Video Eksperimen

https://drive.google.com/drive/fol
ders/1_teOPLSbDghQWJjlNk5Lj
H0T16H6awXv
Analisis data :
• Plotkan graf tekanan, P melawan suhu, θ.
Paksi-θ hendaklah meliputi julat –300°C
hingga 100°C.

• Ekstrapolasi graf itu sehingga P = 0 kPa.


Tentukan nilai suhu apabila tekanan, P = 0
kPa.
Graf P melawan θ menunjukkan bahawa tekanan gas bertambah secara
linear apabila suhu gas itu dinaikkan. Pada suhu 0 °C, molekul gas masih
bergerak dan gas itu mempunyai tekanan. Pada suhu –273 °C, iaitu sifar
mutlak, molekul gas tidak lagi bergerak dan tidak berlanggar dengan
dinding bekas. Tekanan gas itu menjadi sifar.
Kesimpulan :
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

Tekanan udara bertambah apabila suhu gas bertambah . Hipotesis diterima

Perbincangan:
1. Apakah kelebihan menggunakan kelalang dasar bulat untuk pemanasan udara?

✓ Kelalang dasar bulat digunakan untuk mendapatkan isi padu dan jisim udara
yang lebih besar supaya perubahan tekanan yang diperoleh lebih tinggi.

2. Termometer direndam di dalam bikar besar berisi air. Apakah andaian yang perlu dibuat
supaya bacaan termometer ialah suhu udara di dalam kelalang dasar bulat?

✓ Termometer menyukat suhu air sekeliling kelalang dasar bulat. Diandaikan


bahawa terdapat keseimbangan terma antara udara dalam kelalang dengan air
sekelilingnya. Oleh itu, bacaan termometer ialah suhu udara di dalam kelalang
dasar bulat.
❑ Menyelesaikan masalah melibatkan rumus Hukum Gas

✓ Hukum Boyle 𝑃1 𝑉1 = 𝑃2 𝑉2

Hukum Charles 𝑉1 𝑉2
=
𝑇1 𝑇2

Hukum Gay- Lussac 𝑃1 𝑃2


=
𝑇1 𝑇2
Contoh 1:
Satu silinder mengandungi 200 𝐜𝐦𝟑 gas pada suhu 27 ⁰C. Gas itu dipanaskan
sehingga suhunya meningkat sebanyak 30 ⁰C. Jika omboh silinder mengembang
di bawah tekanan yang malar, berapakah isi padu akhir gas?

𝑉1 𝑉2
=
𝑇1 𝑇2
Contoh 2:
Sebuah silinder tertutup mengandungi gas pada tekanan 4 atmosfera dan suhu
pada 27 ⁰C. Cari tekanan gas dalam bekas jika suhu dinaikkan ke 102 ⁰C.

𝑃1 𝑃2
=
𝑇1 𝑇2
RUMUSAN BAB 4
✓ Menerangkan hubungan antara isipadu, tekanan dan suhu gas.

✓ Terdapat tiga Hukum Gas iaitu:

1. Hukum Boyle ( hubungan antara tekanan dan isipadu pada suhu malar)

2. Hukum Charles ( hubungan antara suhu dan isipadu pada tekanan malar)

3. Hukum Gay- Luussac ( hubungan antara tekanan dan suhu pada isipadu malar)
Apakah yang anda telah pelajari
hari ini?

• Sebutkan hukum gas yang kamu telah


pelajari ?

• Apakah yang dimalarkan dalam Hukum Boyle?

• Apakah yang dimalarkan dalam Hukum Charles?

• Apakah yang dimalarkan dalam Hukum Gay-Lussac?


JADUAL KWL
KNOW WHAT LEARNED

Kotak 2 Kotak 3
Kotak 1 PELAJAR MENCATAT APA PELAJAR MENCATAT
PELAJAR MENCATAT YANG PELAJAR INGIN HASIL PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN SEDIA KETAHUI / HASIL YANG DI CAPAI PADA
ADA PEMBELAJARAN YANG AKHIR KELAS
INGIN DICAPAI
TAMAT BAB 4

TERUSKAN USAHA, DEMI


KEJAYAAN PADA MASA
HADAPAN

You might also like