You are on page 1of 30

BAB 4 HABA

4.1 Keseimbangan Terma (Thermal equilibrium)

Suhu  Suhu ialah darjah kepanasan suatu objek.


Temperature  Unit SI ialah Kelvin, K.
 Suatu objek panas mempunyai suhu yang lebih tinggi
daripada objek sejuk.
 Suhu suatu objek bergantung kepada purata tenaga kinetik
molekul-molekul dalam objek itu. Semakin tinggi tenaga
kinetik molekul-molekul dalam suatu objek, semakin tinggi
suhunya.

Haba  Haba ialah satu bentuk tenaga.


Heat  Unit ukurannya ialah Joule, J
 Haba dipindahkan dari objek yang lebih panas kepada objek
yang lebih sejuk.
 Apabila satu objek dipanaskan, ia akan menyerap tenaga
haba dan suhu objek akan meningkat.
 Apabila objek disejukkan, ia akan membebaskan tenaga
haba dan suhu objek akan berkurang.

Sentuhan terma  Dua objek berada dalam keadaan sentuhan terma apabila
Thermal contact tenaga haba boleh dipindahkan di antara mereka.
Keseimbangan
terma Sebelum keseimbangan terma dicapai
Thermal
equilibrium Objek Objek
A B
Haba

Apabila dua objek A dan B diletakkan berhampiran, tenaga haba


akan mengalir daripada jasad A yang lebih tinggi suhunya ke
objek B yang lebih rendah suhunya sehingga objek A dan B
mencapai suhu yang sama.

Apabila keseimbangan terma tercapai


Objek Objek
A B
Haba

Haba

Apabila objek A dan B mencapai suhu yang sama, kadar


pemindahan tenaga haba dari objek A ke objek B dan dari objek
B ke objek A adalah sama.
Apabila keadaan ini berlaku, objek A dan B dikatakan berada
dalam keadaan keseimbangan terma antara satu sama lain.

Apabila keseimbangan terma dicapai pada dua objek, maka tiada


haba bersih (0 J) yang mengalir antara keduanya iaitu kadar
penyerapan tenaga haba adalah sama dengan kadar
pembebasan tenaga haba pada suhu yang sama.

112
Contoh situasi yang melibatkan keseimbangan terma
Meletakkan tuala basah di atas dahi pesakit demam panas.
Pada permulaan suhu tuala basah lebih rendah berbanding
suhu badan pesakit demam panas. Tenaga haba
dipindahkan dari dahi pesakit ke tuala basah sehingga
keseimbangan terma dicapai.
Dengan cara ini, tenaga haba mampu disingkirkan daripada
pesakit dan dapat menurunkan suhu badan pesakit demam
panas.

Minuman sejuk
Minuman yang panas boleh disejukkan dengan
menambahkan beberapa ketul ais ke dalam minuman
tersebut. Haba dari minuman panas akan dipindahkan
kepada ais sehingga keseimbangan terma antara ais dan air
dicapai. Suhu minuman dan ais adalah sama apabila
keseimbangan terma dicapai.

Mengukur suhu badan pesakit


Apabila termometer klinik digunakan untuk menyukat suhu
badan pesakit, tenaga haba dipindahkan dari badan ke
cecair alkohol dalam termometer menyebabkan
pengembangan alkohol dalam tiub kapilari.
Apabila alkohol dan badan pesakit mencapai keseimbangan
terma, pengembangan cecair alkohol dalam tiub kapilari
terhenti dan termometer memberikan bacaan suhu badan.

Termometer Cecair-Dalam-Kaca

Ciri-ciri cecair yang 1. Mudah dilihat atau cecair berwarna legap


digunakan dalam termometer 2. Mengembang dengan seragam apabila dipanaskan
cecair-dalam-kaca 3. Tidak melekat pada dinding kaca
4. Konduktor haba yang baik
5. Takat didih tinggi dan takat beku rendah.

Bagaimana termometer  Bebuli termometer mengandungi cecair merkuri


cecair-dalam-kaca dengan jisim tetap. Isipadu merkuri bertambah
berfungsi? apabila ia menyerap haba.

 Cecair merkuri mengembang dan meningkat naik


di dalam tiub kapilari. Panjang turus merkuri
dalam tiub kapilari dapat menunjukkan nilai suhu
sesuatu objek.

cecair

Bebuli
Tiub kapilari

113
Termometer makmal
Bagaimana termometer  Skala suhu dan unit suhu diperoleh denga memilih
ditentuukur? dua suhu yang dikenali sebagai takat tetap atas
dan takat tetap bawah.
 Takat tetap bawah adalah suhu ais yang melebur
Takat dan diambil sebagai 0C.
100 C  Takat tetap atas adalah suhu stim di atas air yang
didih
mendidih pada tekanan atmosfera 76 cm Hg dan
diambil sebagai 100C.

L100
Tiub
kapilari L0
Ais
melebur Air
mendidih

Merkuri
 Untuk menentukan suhu sesuatu objek lain
dengan menggunakan termometer tanpa
sesenggat, rumus berikut digunakan:

Takat Lθ  L0
didih
0C =  100  C
L100  L0

Bebuli
Di mana L adalah panjang turus merkuri pada
suhu,  tertentu yang belum diketahui.

Prinsip kerja termometer berdasarkan prinsip keseimbangan terma


 Apabila termometer dimasukkan dalam air panas,
 haba mengalir daripada air panas ke termometer.
 Apabila berlaku keseimbangan terma kadar pemindahan
haba bersih adalah sifar.
 Suhu termometer adalah sama dengan suhu air panas.
 Oleh iu bacaan termometer ketika itu adalah merupakan
suhu air panas.

Ciri-ciri merkuri yang sesuai digunakan sebagai cecair dalam termometer:


 Konduktor haba yang baik.
 Takat didih tinggi iaitu 357 C.
 Mengembang secara seragam bila dipanaskan dan mengecut secara seragam bila
disejukkan.
 Warna legap (Tidak boleh ditembusi cahaya) dan mudah dilihat.
 5. Takat beku rendah iaitu -39 C, oleh itu ia tidak sesuai digunakan di kawasan
bersuhu kurang daripada ini seperti di kutub selatan.
Kepekaan termometer merkuri dapat ditingkatkan dengan cara:
 Menggunakan tiub kapilari yang lebih kecil/halus.
 Menggunakan bebuli kaca yang berdinding nipis
 Menggunakan bebuli kaca yang lebih besar daripada tiub kapilarinya.

114
Latihan 4.1 Keseimbangan terma (Thermal equilibrium)

(1) Rajah menunjukkan sebuah termometer


merkuri.
(a) Nyatakan ciri P dan Q yang membantu
meningkatkan kepekaan termometer itu.
Diameter P kecil
P :............................................................. Dinding Q nipis
Q : ........................................................

(b) Apakah prinsip yang digunakan dalam termometer ini semasa mengukur suhu
suatu objek?
Prinsip keseimbangan terma
..................................................................................................................................................

(c) Semasa menentukurkan termometer ini didapati panjang turus merkuri apabila
dimasukkan dalam ais lebur dan stim adalah 12 cm dan 20 cm masing-masing.
Hitungkan;
(i) Panjang turus merkuri jika termometer (ii) Suhu suatu bahan jika panjang
ini dimasukkan ke dalam bahan yang turus merkuri menjadi 10 cm
bersuhu 20o C. apabila termometer dimasukkan
dalam bahan itu.
L0  12 cm, L100  20 cm,   20  C
L0  12 cm, L100  20 cm, θ  10 cm
L  L0
  100  C
L100  L0 L  L0
  100  C
Lθ  12 L100  L0
20   100  C
20  12 10  12
  100  C
 20  8  20  12
L     12
 100 
 13.6 cm  - 25  C

(2) Sebuah termometer merkuri yang belum


ditentukurkan mempunyai panjang merkuri L0  5 cm, L100  25 cm, θ  12 cm
5 cm dan 25 cm apabila dimasukkan dalam
ais lebur dan stim masing-masing. Apabila L  L0
dimasukkan dalam suatu cecair didapati   100  C
panjangnya menjadi 12 cm. Berapakah L100  L0
suhu cecair tersebut? 12  5
  100  C
25  5

 35 C
(3) Panjang turus merkuri sebuah
L0  8 cm, L100  20 cm, θ  50  C
termometer adalah 20 cm dan 8 cm
masing-masing apabila dimasukkan dalam
stim dan ais lebur. Berapakah panjang L  L0
turus merkuri apabila dimasukkan dalam   100  C
o L100  L0
suatu bahan bersuhu 50 C?
L  8
50   100  C
20  8
L  14 cm

115
4.2 Muatan Haba Tentu (Specific heat capacity)

Muatan haba Muatan haba suatu bahan ditakrifkan sebagai kuantiti haba
yang diperlukan untuk menaikkan suhu bahan itu sebanyak
1C atau 1 K.

Unit muatan haba ialah J C-1 atau J K-1.


Menjana idea tentang muatan haba
Hubungan antara Jika kedua-dua bikar itu dipanaskan selama 5 minit dengan
jenis bahan dengan Penunu Bunsen yang sama, didapati kenaikan suhu parafin
muatan haba adalah lebih tinggi daripada kenaikan suhu air.
Termometer
Kesimpulan:
Eksperimen ini menunjukkan bahan-bahan yang berlainan
mengalami kenaikan suhu yang berbeza jika kuantiti haba
yang sama dibekalkan dan jisim bahan-bahan itu adalah
1 kg 1 kg
parafin air
sama.

Hubungan antara jisim Jika air dalam bikar A dan bikar B dipanaskan selama 5 minit
bahan dengan muatan dengan menggunakan Penunu Bunsen yang sama, kenaikan
haba suhu air dalam bikar A lebih tinggi daripada kenaikan suhu
Termometer air dalam bikar B.

Kesimpulan:
Eksperimen ini menunjukkan bahawa kenaikan suhu suatu
bahan bergantung kepada jisim bahan itu jika kuantiti haba
Bikar A Bikar B
yang dibekalkan adalah sama.

Hubungan antara Jika air dalam bikar C dipanaskan selama 1 minit dan air
kuantiti haba dengan dalam bikar D dipanaskan selama 5 minit dengan
muatan haba menggunakan Penunu Bunsen yang sama, kenaikan suhu air
Termometer dalam bikar C didapati lebih kecil daripada kenaikan suhu air
dalam bikar D.

Eksperimen ini menunjukkan bahawa kenaikan suhu suatu


bahan bergantung kepada kuantiti haba yang dibekalkan, jika
Bikar C Bikar D jisim bahan itu adalah sama.

Kesimpulan: Muatan haba suatu bahan bergantung kepada jenis bahan,


jisim bahan dan kuantiti haba yang dibekalkan.

Muatan Haba Tentu Muatan Haba Tentu sesuatu bahan ialah kuantiti haba yang
diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan sebanyak 1C.
Simbol: c
Formula muatan haba tentu:
Unit SI bagi Q
muatan haba tentu, c c=
m
= J kg-1 C-1
Q = Haba diserap atau dibebaskan, unit J
m = Jisim bahan, unit kg
 = Perbezaan suhu bahan awal dan akhir, unit C.

116
Kuantiti haba yang
diserap atau
dibebaskan oleh
Q = mc
bahan, Q
Apakah maksud 900 J tenaga haba diperlukan oleh 1 kg aluminium bagi
muatan haba tentu menghasilkan kenaikan suhu sebanyak 1C.
aluminium =
900 J kg-1C-1
Apakah maksud
muatan haba tentu air 4200 J tenaga haba diperlukan oleh 1 kg air bagi
..................................................................................................................
=4200 J kg-1C-1
Menghasilkan kenaikan suhu sebanyak 1 C.
..................................................................................................................

Latihan 4.2 Muatan Haba Tentu

(1) Hitungkan jumlah tenaga haba yang


diperlukan untuk memanaskan 2 kg keluli Q = mc
dari suhu 30 C kepada suhu 70 C. = 2 (500) (70 – 30)
(muatan haba tentu keluli =
500 J kg-1C )
-1
= 40 000 J

(2) Sebuah pemanas rendam berlabel 2


Q = Pt = 2000 × 480 = 960 000 J
kW, 240 V digunakan untuk memanaskan
4 kg air. Berapakah suhu air apabila air
Q 960 000
itu dipanaskan selama 8 minit. Suhu awal    57.14 C
mc 4  4200
air ialah 28 C.
(Muatan haba tentu air = 4200 J kg-1 C-1)
Suhu air = 28 C + 57.14 C = 85.14 C
8 minit = 8 × 60 s = 480 s
(3) 4 kg air membebaskan haba sebanyak
8.4 x 105 J apabila disejukkan daripada Q
c
suhu 90 C kepada suhu 40 C. Hitung m
muatan haba tentu air. 8.4  10 5

4 (90  40)

 4 200 J kg -1 C -1
(4) 420 kJ haba dibebaskan apabila 2 kg
Q 420 000
air disejukkan dari suhu 70 C. Berapakah    50 C
mc 2  4.2  10 3
suhu akhir air?
(muatan haba tentu air =
4.2 x 103 J kg-1 C )
-1 Suhu akhir air = 70 C – 50 C = 20 C

(5) Hitung jumlah tenaga haba yang


dibebaskan apabila suatu logam X Q = mc
berjisim 5.0 kg disejukkan dari suhu 30 C
= 5 (500) (30 – 20)
ke 20 C.
(muatan haba tentu logam X = = 25 000 J
500 J kg C-1)
-1

117
(6) 0.2 kg air panas pada suhu 100 C
dicampurkan dengan 0.25 kg air sejuk Qdibebaskan  Q diserap
pada suhu 10 C. Berapakah suhu akhir m air panas c  m air sejuk c
campuran?
m air panas (100   akhir )  m air sejuk (  akhir  10)
Air panas membebaskan haba 0.2 (100   akhir )  0.25 (  akhir  10)
20  0.2 akhir  0.25 akhir  2.5
Air sejuk menyerap haba
0.25  akhir  0.2 akhir  20  2.5
Campuran kedua-dua air mencapai 0.45  akhir  22.5
keseimbangan terma dan
 akhir  50 C
mencapai suhu akhir yang sama.

(7) (7) 600 g air sejuk berada pada suhu


40C. Apabila air panas berjisim 400 g
pada suhu 90 C dicampurkan kepada air Qdibebaskan  Q diserap
sejuk, tentukan suhu akhir campuran.
m air panas c  m air sejuk c
m air panas (90   akhir )  m air sejuk (  akhir  40)
Jisim Air sejuk = 600 g = 0.6 kg
Jisim Air panas = 400 g = 0.4 kg 0.4 (90   akhir )  0.6 (  akhir  40)
36  0.4 akhir  0.6 akhir  24
0.6 akhir  0.4 akhir  36  24
 akhir  60 C

(8) Cecair M berjisim 0.5 kg berada pada suhu 40 C dimasukkan dalam sebuah bikar
yang mengandungi 2 kg cecair N yang berada pada suhu 25 C. Hitung suhu akhir
campuran cecair M dan cecair N.
( muatan haba tentu cecair, M = 8.4 x 10 J kg-1C )
3 -1

( muatan haba tentu cecair, N = 4.2 x 103 J kg-1C )


-1

QM  Q N
Qdibebaskan  Q diserap
mM c M  M  mN cN  N
QM  QN
0.5(8.4  10 3 )(40   akhir )  2(4.2  10 3 )(  akhir  25)
4200 (40   akhir )  8400(  akhir  25)
QM  m M c M  M
168000  4200 akhir  8400 akhir  210 000
QN  m N c N  N
8400 akhir  4200 akhir  168000  210000
378 000
 akhir 
12 600
 30 C

118
Eksperimen: Menentukan muatan haba tentu suatu pepejal
(Bongkah Aluminium)
Termometer
Bongkah Aluminium

Kapas
12 V bekalan kuasa a.u

Minyak

Pemanas rendam
25W Asbestos

 Catatkan kuasa pemanas rendam yang


Kuasa Pemanas, P = .................. Watt digunakan = P Watt

Jisim bongkah Al, m = ................. kg  Timbang jisim bongkah aluminium = m

Suhu awal bongkah Al, 1 = ............ C  Catatkan suhu awal bongkah aluminium =
1.
Suhu akhir bongkah Al, 2 = ............ C
 Hidupkan pemanas rendam dan serentak
Masa pemanasan, t = ................ s dengan itu mulakan jam randik.

Tenaga yang dibebaskan oleh  Selepas masa, t, matikan pemanas rendam


pemanas, Q = Pt dan catatkan suhu maksimum bongkah
aluminium = 2
Q = ............................ J
 Hitung tenaga haba yang dibebaskan oleh
Muatan haba tentu bongkah pemanas, Q = Pt.
Aluminium =
Pt  Tenaga haba, Q yang diserap oleh bongkah
c =
m(θ 2  θ1 ) Q = mc(2-1)

 Dengan menganggap tiada kehilangan haba


ke persekitaran, tenaga haba yang
dibebaskan oleh pemanas = tenaga haba
yang diserap oleh bongkap aluminium.

Pt = mc(2-1)
Pt
c =
m(θ 2  θ1 )

Langkah berjaga-jaga:
Balutkan bongkah aluminium dengan kapas/tisu untuk mengurangkan kehilangan
haba ke sekeliling.

119
Eksperimen: Menentukan muatan haba tentu suatu cecair
(air)

Termometer

Penutup plastik

12 V bekalan kuasa a.u

Air

Cawan polisterin

Pemanas rendam 25 W
 Catatkan kuasa pemanas rendam yang
Kuasa Pemanas = .................. Watt digunakan = P Watt

Jisim cawan kosong, m1 = ................. kg  Timbang jisim cawan kosong = m1

Jisim cawan + air, m2 = ................ kg  Masukkan air dalam cawan polisterin


dan timbang jisimnya = m2
Jisim air, mair = m2 – m1 = ................... kg
 Catatkan suhu awal air = 1
Suhu awal air, 1 = ............... C
 Hidupkan pemanas rendam dan
Suhu akhir air, 2 = ............... C serentak dengan itu mulakan jam
randik.
Masa pemanasan, t = ..................s
 Selepas masa, t, matikan pemanas dan
Tenaga yang dibebaskan oleh pemanas, catatkan suhu maksimum air = 2
Q = Pt
 Hitung tenaga yang dibebaskan oleh
Q = ............................ J pemanas, Q = Pt
Muatan haba tentu air, cair =
 Tenaga haba yang diserap oleh air, Q =
Pt mair c (2 – 1)
c =
m air (θ 2  θ1 )
 Dengan menganggap tiada kehilangan
haba ke persekitaran, tenaga haba yang
dibebaskan oleh pemanas = tenaga
haba yang diserap oleh air.

Pt = mairc(2 –1)
Pt
c =
m air (θ 2  θ1 )

Langkah berjaga-jaga:
Kacau air setiap masa supaya suhu air sentiasa seragam pada semua bahagian.

120
Perbandingan nilai muatan haba tentu, c yang didapati eksperimen dan nilai teori
 Nilai muatan haba tentu, c yang diperolehi daripada eksperimen adalah lebih
besar daripada nilai teori.
 Ini disebabkan kehilangan haba ke persekitaran menyebabkan kenaikan suhu
menjadi lebih kecil.

Aplikasi muatan haba tentu dalam kehidupan seharian


Perbezaan sifat fizikal Muatan haba Apabila Apabila
bahan-bahan yang tentu dipanaskan disejukkan
mempunyai muatan haba Kecil Suhu meningkat Suhu menurun
tentu yang berbeza. dengan cepat dengan cepat
Besar Suhu meningkat Suhu menurun
dengan perlahan dengan perlahan

Sifat bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang kecil

baik.
1. Bahan ini merupakan penyerap haba yang ........................
meningkat dalam masa yang ......................
Suhu bahan ......................... singkat apabila dipanaskan
menurun
dan ........................... singkat
dalam masa yang ........................ apabila disejukkan.
aloi piuter aluminium tembaga
Contoh logam seperti ......................, ......................... dan ...................... digunakan
dipanaskan
sebagai periuk dan kuali. Ini kerana logam ini boleh ............................ dengan
cepat.
peka
2. Bahan ini ............................. terhadap perubahan suhu.
merkuri dalam termometer mempunyai muatan haba tentu
Contoh: Logam .......................
kecil
yang ....................... yang membolehkannya menyerap dan membebaskan haba
dengan cepat.

Sifat bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang besar

lemah.
1. Bahan ini merupakan penyerap haba yang ........................
meningkat panjang
Suhu bahan ............................... dalam masa yang ....................... apabila
menurun panjang
dipanaskan dan ............................ dalam masa yang ............................. apabila
disejukkan.
menyerap besar
2. Bahan ini .............................. tenaga haba dalam kuantiti yang ....................... tanpa
tinggi.
mengalami peningkatan suhu yang ..........................
Air
Contoh:....................... digunakan sebagai ajen penyejuk dalam radiator kenderaan.

121
Contoh aplikasi dan situasi melibatkan muatan haba tentu dalam kehidupan harian

1. Periuk dan kuali diperbuat daripada logam seperti


tembaga dan aluminium yang mempunyai muatan
rendah.
haba tentu yang ...................

2. Ini membolehkan periuk dan kuali dipanaskan


dengan cepat bagi mengurangkan penggunaan
bahan api.

3. Pemegang periuk dan kuali diperbuat daripada


bahan bukan logam seperti plastik dan kayu yang
tinggi.
mempunyai muatan haba tentu yang ......................

4. Ini memastikan pemegang periuk dan kuali tidak


mudah menjadi panas dan mudah dikendalikan.

Fenomena bayu laut 1. Daratan mempunyai muatan haba tentu yang lebih
rendah
....................... berbanding lautan. Maka suhu daratan
cepat
meningkat dengan lebih ................ berbanding suhu
lautan di waktu siang.
panas dan naik ke
2. Udara di daratan menjadi ..................
atas.
sejuk
3. Udara yang lebih ................ daripada lautan bergerak
menuju ke arah daratan sebagai bayu bayu laut.
..............

Fenomena bayu darat 1. Lautan mempunyai muatan haba tentu yang lebih
tinggi berbanding daratan. Maka, suhu lautan
...............
lambat berbanding suhu daratan
menurun lebih ....................
di waktu malam.
panas akan
2. Udara di atas permukaan lautan yang ..............
naik ke atas.
sejuk daripada daratan akan
3. Udara yang lebih ..............
darat.
bergerak ke arah lautan sebagai bayu ................

Air sebagai agen penyejuk


dalam radiator kenderaan tinggi.
1. Air mempunyai muatan haba tentu yang ..............
Oleh itu, ia digunakan sebagai agen penyejuk dalam
radiator kenderaan.
diserap oleh air
2. Haba yang terhasil daripada enjin .................
yang mengalir di sepanjang ruang luar enjin. Air
tinggi
boleh menyerap tenaga haba yang .................
kecil.
dengan peningkatan suhu yang ......................

3. Air yang telah dipanaskan dialirkan melalui sirip


penyejuk dan dibantu oleh kipas untuk menurunkan
kembali suhu air. Air yang telah disejukkan dialirkan
semula ke ruang dinding enjin.

122
4.3 Haba Pendam Tentu (Specific latent heat)

Haba pendam Haba yang diserap atau haba yang dibebaskan pada suhu
tetap semasa perubahan keadaan jirim suatu bahan
tertentu.

Menjana idea tentang haba pendam


Pendidihan air  Apabila air dipanaskan, suhunya akan meningkat
sehingga ia mencapai takat didih.

 Semasa pendidihan, suhu air sentiasa tetap pada suhu


100 C walaupun air itu terus dipanaskan.

 Semasa pendidihan, air (cecair) bertukar kepada wap air


(gas).

Peleburan ais  Ais melebur pada takat lebur 0 C. Apabila ais melebur,
tenaga haba diserap daripada persekitaran.

 Semasa ais melebur, suhu ais sentiasa tetap pada suhu


0 C walaupun ais itu masih menyerap haba daripada
persekitaran.

 Semasa proses peleburan, ais (pepejal) bertukar kepada


air (cecair).

Perbincangan:

 Semua proses perubahan keadaan jirim berlaku tanpa sebarang perubahan suhu.

 Oleh kerana proses perubahan keadaan jirim berlaku tanpa perubahan suhu, haba
yang diserap atau yang dibebaskan oleh bahan itu seolah-olah terpendam atau
tersembunyi.

 Haba yang diserap atau dibebaskan semasa proses perubahan jirim tanpa
sebarang perubahan suhu disebut haba pendam.

Haba pendam

Diserap apabila Dibebaskan apabila

(a) Ais bertukar menjadi air (a) Stim bertukar menjadi air
pada takat leburnya. pada takat kondensasi.

(b) Air bertukar stim pada (b) Air bertukar menjadi ais
takat didihnya pada takat bekunya

123
Perubahan keadaan jirim dan haba pendam

Peleburan Pengewapan

Pepejal Gas (stim)


Pembekuan Cecair Kondensasi
 Apabila suatu pepejal melebur, haba pendam pelakuran diserap pada suhu tetap
yang dikenali sebagai takat lebur.
 Apabila suatu cecair membeku, haba pendam pelakuran dibebaskan pada suhu
tetap yang dikenali sebagai takat beku.
 Apabila cecair mendidih, haba pendam pengewapan diserap pada suhu tetap yang
dikenali sebagai takat didih.
 Apbila gas terkondensasi, haba pendam pengewapan dibebaskan pada suhu tetap
yang dikenali sebagai takat kondensasi.

Lengkung pemanasan
(Tenaga haba diserap)
Suhu/ C Takat
didih
Pendidihan
Cecair Gas

Takat
lebur Cecair
Peleburan
Pepejal cecair

Pepejal

Masa/ t

Lengkung penyejukan
(Tenaga haba dibebaskan)
Suhu/ C

Gas Kondensasi
Gas cecair

Takat Cecair Pemejalan


kondensasi Cecair pepejal

Takat Pepejal
beku
Masa/ t

124
Ciri-ciri sepunya  Suatu bahan mengalami perubahan keadaan jirim apabila
keempat-empat mencapai suhu tertentu (takat).
perubahan  Tenaga haba dipindahkan semasa perubahan keadaan jirim.
keadaan jirim  Semasa perubahan keadaan jirim, suhu adalah tetap
walaupun pemindahan haba masih berlaku.

Hubungan suhu  Suhu bahan bertambah apabila tenaga kinetik purata zarah
suatu bahan dalam bahan bertambah.
dengan tenaga  Suhu bahan berkurang apabila tenaga kinetik purata zarah
kinetik zarah dalam bahan berkurang.
dalam bahan  Suhu bahan tetap apabila tenaga kinetik purata zarah dalam
bahan tidak berubah.

Kenapa suhu  Semasa perubahan keadaan jirim, pemindahan tenaga haba


bahan tetap tidak menyebabkan perubahan kepada tenaga kinetik zarah
semasa perubahan dalam bahan.
keadaan jirim  Semasa proses peleburan, tenaga haba yang diserap
berlaku? digunakan untuk memutuskan ikatan antara zarah-zarah
dalam pepejal.
 Zarah-zarah terbebas daripada kedudukan tetapnya dan
bergerak lebih bebas. Dalam keadaan ini bahan pepejal
bertukar kepada cecair.
 Semasa pendidihan, tenaga haba yang diserap digunakan
untuk memutuskan ikatan antara zarah-zarah dalam cecair
dengan sempurna bagi membentuk gas (wap).

Haba pendam Haba pendam tentu suatu bahan ialah jumlah tenaga haba yang
tentu, L diperlukan untuk mengubah keadaan jirim 1 kg bahan pada suhu
tetap.

Q = mL
unit Q Q
Unit L  L=
unit m m
J
 Q ialah tenaga haba yang diserap atau dibebaskan
kg
m ialah jisim bahan
 J kg -1 L ialah haba pendam tentu
-1
Unit S.I bagi Haba pendam tentu ialah J kg .

Haba pendam Haba pendam tentu pelakuran, Lf:


tentu pelakuran Tenaga haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan
daripada keadaan pepejal kepada cecair (atau sebaliknya) pada
suhu tetap.

Haba pendam Haba pendam tentu pengewapan, Lv:


tentu pengewapan Tenaga haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan
daripada keadaan cecair kepada wap (atau sebaliknya) pada
suhu tetap.

125
Pengiraan jumlah tenaga haba yang diserap dalam lengkung pemanasan
/ C

3 Pendidihan

Peleburan
2

1 t/ s
Q1 = mc(2-1) Q2 = mLf Q3 = mc(3-2) Q4 = mLv
Jumlah tenaga haba yang diserap, Q = Q1 + Q2 + Q3 + Q4

Pengiraan jumlah tenaga haba yang dibebaskan dalam lengkung penyejukan

/ C

3

Kondensasi
2

Pembekuan
1

t/s
Q1 = mc(3-2) Q2 = mLv Q3 = mc(2-1) Q4 = mLf

Jumlah tenaga haba yang dibebaskan, Q = Q1 + Q2 + Q3 + Q4

Latihan 4.3 Haba pendam tentu

(1) Berapakah jumlah tenaga haba yang


diperlukan untuk menukarkan 0.1 kg ais
menjadi air pada takat leburnya.
Q  mLf
(Haba pendam tentu pelakuran ais =
3.34 x 105 J kg-1)  0.1(3.34  10 5 )
 33 400 J

126
(2) Berapa banyak haba yang terbebas
apabila 0.5 kg stim terkondensasi menjadi
air pada 100 C?
Q  mLv
(Haba pendam pengewapan air = 2.26 x
106 J kg-1)  0.5(2.26  10 6 )
 1130 000 J

(3) Cecair X yang mendidih kehilangan


Pt
jisimnya sebanyak 4 kg apabila Lv 
dipanaskan dengan sebuah pemanas m
rendam 240 V, 10 kW selama 5 minit. 10 000 (5  60)

Tentukan haba pendam pengewapan 4
cecair itu dalam unit kJ kg-1.  7500 000 J kg -1
Q = Pt
 7500 kJ kg -1
(4) 400 g air dalam bikar berada pada
suhu 100 C. Berapakah tenaga haba yang
Q  mLv
diperlukan untuk menukarkan
keseluruhan air ini kepada stim?  0.4(2.3  10 6 )
(Haba pendam tentu pengewapan air  920 000 J
=2.3 x 106 J kg-1 )

(5) Jika haba pendam tentu pelakuran ais


ialah 3.3 x 105 J kg-1, hitungkan jumlah
tenaga haba yang dibebaskan semasa Q  mL f
300 g air pada suhu 0 C membeku?  0.4(3.3  10 5 )
 990 000 J

(6) Berapakah jumlah tenaga haba yang


diperlukan untuk memanaskan 2 kg ais Q  mL f Q  mc
hingga menjadi air pada suhu 80 C?  2(3.34  10 5 )  2(4.2  10 3 )(80)
-1
(Muatan haba tentu air = 4.2 x 103Jkg-1C ,  668 000 J  672 000 J
Haba pendam tentu pelakuran ais =
-1
3.34 x 105 J kg )
Jumlah tenaga haba = 668 000 + 672 000

= 1340 000 J

(7) Berapakah kuantiti haba yang


diperlukan untuk menukarkan 20 g ais Q  mL f Q  mc
pada 0C kepada air pada suhu 40 C?  0.02(3.34  10 5 )  0.02(4.2  10 3 )(40)
(Muatan haba tentu air
 6 680 J  3 360 J
= 4.2 x 103 J kg-1C-1
Haba pendam tentu pelakuran ais
= 3.34 x105 Jkg-1)
Jumlah tenaga haba = 6 680 + 3 360

= 10 040 J

127
Aplikasi Haba Pendam Tentu
Ketulan ais ditambah ke dalam air minuman untuk
menurunkan suhu air minuman. Ais melebur dengan
menyerap tenaga haba daripada air minuman. Apabila
tenaga diserap oleh ais untuk melebur, maka suhu
minuman dapat dikurangkan.

Ais diletakkan di atas permukaan ikan atau makanan


laut bagi memastikan kesegarannya dapat dikekalkan.
Ais melebur dengan menyerap tenaga haba daripada
ikan menyebabkan suhu ikan menurun. Suhu ikan yang
rendah iaitu menghampiri suhu takat lebur ais
mengakibatkan aktiviti bakteria dapat diberhentikan
atau diperlahankan.

Air mempunyai haba pendam tentu pengewapan yang


tinggi. Apabila wap air terkena pada makanan yang
lebih sejuk suhunya, maka wap air akan terkondensasi.
Makanan yang dimasak akan menyerap haba yang
dikeluarkan oleh wap air semasa proses kondensasi.
Ini menyebabkan makanan akan masak dengan lebih
cepat kerana menyerap tenaga haba dengan banyak
dalam keadaan tertutup.

Eksperimen: Menentukan haba pendam tentu pelakuran ais


Kaki Pemanas rendam Kaki Pemanas
retort retort rendam ditutup
Ais Ais
Corong
Corong
turas
turas

Bekalan
elektrik

(a) (b)
Radas (a) digunakan untuk Radas (b) ialah radas kawal
menentukan haba pendam tentu ais
Prosedur: Prosedur:
1. Timbang jisim bikar (a). 1. Timbang jisim bikar (b).
2. Pemanas berkuasa 25 W digunakan 2. Ais dibiarkan melebur dengan
untuk mencairkan ais selama 5 minit. menggunakan haba persekitaran selama 5
3. Timbang jisim bikar (a) + air. minit.
4. Ukur jisim ais yang dileburkan oleh 3. Timbang jisim bikar (b) + air.
pemanas. 4. Ukur jisim ais yang dileburkan oleh haba
5. Ukur nilai haba pendam persekitaran.
Q ialah haba yang dibekalkan oleh
Q Pt pemanas rendam.
Lpelakuran ais = = = m ialah jisim ais yang dileburkan oleh
m m
pemanas sahaja.
t ialah masa pemanasan.

128
4.4 Hukum-hukum Gas

Kuantiti-kuantiti fizik gas


 Terdapat empat kuantiti fizik yang melibatkan gas iaitu tekanan, isi padu, suhu dan
jisim gas.
 Bagi gas yang berjisim tetap, perubahan pada satu kuantiti fizik akan
menyebabkan perubahan pada kuantiti-kuantiti fizik yang lain.
Tekanan gas

 Tekanan gas adalah disebabkan oleh daya per unit luas


dihasilkan oleh molekul-molekul gas apabila ia berlanggar
dengan dinding bekas yang mengandunginya.
 Menurut teori kinetik jirim, molekul-molekul gas sentiasa
bergerak secara rawak dan sentiasa berlanggar antara satu
sama lain dan dengan dinding bekas.
 Apabila molekul-molekul gas berlanggar dengan dinding bekas, ia
akan terpantul balik dengan laju yang sama tetapi dalam arah yang
bertentangan. Perubahan momentum yang berlaku semasa perlanggaran
menyebabkan satu daya impuls dikenakan ke atas dinding bekas.
 Daya yang bertindak pada satu luas dinding bekas menghasilkan tekanan gas.
 Semakin besar kadar perlanggaran (kekerapan) molekul-molekul gas per unit luas
permukaan dinding bekas, semakin besar tekanan gas dihasilkan.
 Kekerapan perlanggaran molekul-molekul gas pula bergantung kepada
ketumpatan gas dan suhu gas.
 Apabila ketumpatan gas bertambah, bilangan molekul gas seunit isi padu
bertambah, dan dengan itu kekerapan perlanggaran antara molekul-molekul gas
dengan dinding bekas bertambah.

Tekanan Tekanan
gas tinggi gas rendah

Ketumpatan tinggi Ketumpatan rendah

 Apabila suhu gas bertambah, halaju molekul-molekul gas bertambah dan dengan
itu kekerapan perlanggaran molekul-molekul gas dengan dinding bekas
bertambah. Maka, tekanan gas bertambah.

Molekul gas Molekul gas


bersuhu rendah bersuhu tinggi

129
Hukum Boyle
 Hukum Boyle menyatakan bahawa bagi suatu gas yang jisimnya tetap, tekanan
gas, P berkadar songsang dengan isi padunya, V jika suhu gas, T adalah malar.

1 1
P , P = pemalar  , PV = pemalar
V V

 Menurut hukum Boyle, jika tekanan dan isi padu awal suatu gas yang jisimnya
tetap ialah P1 dan V1, dan nilai akhirnya bertukar menjadi P2 dan V2 dengan syarat
suhu gas itu adalah malar.

P1 V1 = P2V2

Tekanan, P1

Tekanan, P2

Isi padu, V1 Isi padu, V2

Hukum Boyle berdasarkan Teori kinetik jirim


 Pada suhu malar, tenaga kinetik purata molekul-molekul gas adalah malar.
 Jika isi padu suatu gas berjisim tetap dikurangkan, bilangan molekul seunit isi
padu akan bertambah (ketumpatan gas bertambah).
 Peningkatan bilangan molekul seunit isi padu akan meninggikan kadar
perlanggaran antara molekul dengan dinding bekas dan dengan itu meningkatkan
daya yang dikenakan ke atas dinding bekas.
 Apabila daya yang bertindak ke atas dinding bekas bertambah, tekanan gas akan
turut bertambah.
 Oleh itu, tekanan suatu gas yang jisimnya tetap akan bertambah, apabila isi
padunya berkurang dengan syarat suhu gas itu adalah malar.

Tekanan gas tinggi,


Isi padu gas rendah

Tekanan gas rendah,


Isi padu gas tinggi

130
Latihan: Hukum Boyle
P1 V1 = P2V2

(1) Suatu gas mempunyai tekanan 3 × (2) Suatu gelembung udara terbentuk di
104 Pa dan berisipadu 0.4 m3. Gas itu dasar sebuah laut yang dalamnya 40 m.
mengalami pengembangan sehingga Isipadu gelembung ketika itu ialah 2.0 cm3.
tekanannya menjadi 6 × 104 Pa. Berapakah isipadu gelembung itu apabila
Berapakah isipadu gas itu sekarang? tiba di permukaan?
(Tekanan atmosfera = 10 m air laut)
P2 V 2  P1V1 P1 = Patm + h = 10 m + 40 m = 50 m
P1V1 V1 = 2 cm3
V2 
P2 P2 = Patm =10 m
(3  10 4 )(0.4) P1V1
 V2 
6  10 4 P2
 0.2 m 3 (50 m )(2 cm 3 )

10 m
 10 cm 3
(3) Sebiji belon berisipadu 5 cm3 diisikan (4) Satu gelembung udara berisipadu 0.1
dengan udara pada tekanan 1 × 105 Pa. cm3 berada di dasar sebuah tasik. Jika
Apabila belon ditiup sehingga isipadu 20 kedalaman tasik adalah 20 m dan tekanan
cm3, berapakah tekanan gas dalam atmosfera ialah 10 m air, hitungkan
belon itu dalam bentuk piawai? isipadu gelembung udara apabila tiba di
P1 = 1 × 105 Pa, V1 = 5 cm3, V2 = 20 cm3 permukaan air?
P1 = Patm + h = 10 m + 20 m = 30 m
P1V1 V1 = 0.1 cm3
P2 
V2 P2 = Patm = 10 m air
(1  10 5 )(5 cm 3 )

20 cm 3 P1V1
 25 000 Pa V2 
P2
 2.5  10 4 Pa (30 )(0.1)

10
 0.3 cm 3

(5) Sebuah bikar 500 cm3 ditelangkupkan (6) Berapa dalamkah sebiji belon perlu
di permukaan air dan ditenggelamkan ditenggelamkan dalam air supaya isi
sedalam 2.5 m. Berapakah isipadu air 2
yang masuk pada kedalaman tersebut. padunya menjadi isipadu asalnya.
5
(Tekanan atmosfera= 10 m air) (Tekanan atmosfera= 10 m air)
P1 = Patm = 10 air, V1 = 500 cm3 5
P2 = Patm + h = 10 m + 2.5 m = 12.5 m V1 = , P1 = Patm = 10 m air
5
P1V1 2
V2  V2 = , P2 = Patm + h
P2 5
P2 V2  P1V1
(10 )(500) 2
 (10  h)( )  10 ( 1)
12.5 5
 400 cm 3 2
4  h  10
5
Vair = V1 – V2 = 500 – 400 = 100 cm3
h  15 m

131
merkuri udara 30 cm
4 cm

h cm udara
udara 10 cm h cm

merkuri 24 cm
(7) Rajah menunjukkan satu tiub kaca (a) (b)
yang diisi 4 cm merkuri untuk (8) Rajah (a) di atas menunjukkan turus
memerangkap 10 cm udara. Merkuri udara terperangkap sepanjang 30 cm oleh
ditambah sehingga panjang turus udara h cm merkuri dalam sebuah tiub kapilari.
terperangkap menjadi 8 cm. Berapakah Tiub kapilari kemudiannya diufukkan
panjang merkuri, h2 ketika itu? sehingga panjang udara terperangkap
(Tekanan atomosfera = 76 cm Hg) menjadi 24 cm seperti rajah (b). Tentukan
P1 = h1 + Patm = 4 + 76 = 80 cm, V1 = 10 cm panjang merkuri, h dalam unit S.I.
P2 = h2 + Patm = h2 + 76 cm, V2 = 8 cm (Tekanan atomosfera = 76 cm Hg)
Rajah (a) : P1 = Patm – h
P2 V 2  P1V1 P1 = 76 cm – h cm
(h2  76)(8)  80 (10) Rajah (b) :P2 = Patm = 76 cm Hg
8h2  608  800 P1V1  P2 V 2
8h2  800 - 608 (76 - h) (30)  76(24)
192 2280 - 30h  1824
h2 
8 30h  2280 - 1824
h2  24 cm
30h  456
456
h
30
h  15.2 cm  0.152 m
(9) Terangkan mengapa isi padu gelembung udara semakin bertambah semasa ia
bergerak dari bawah ke permukaan air.
Air laut Gelembung
udara
Pam udara

Akuarium

Tekanan yang bertindak ke atas gelembung udara adalah hasil tambah tekanan
..................................................................................................................................................
atmosfera dan tekanan air yang disebabkan oleh kedalamannya. Semasa gelembung
..................................................................................................................................................
udara naik ke atas, kedalamannya berkurang menyebabkan tekanan yang bertindak
..................................................................................................................................................
ke atasnya berkurang. Maka isi padu udara dalam gelembung udara bertambah.
..................................................................................................................................................

132
Eksperimen Hukum Boyle

Graf Hukum Boyle


Graf P melawan V
P
Hubungan graf P melawan V:
Tekanan udara, P berkadar songsang
.......................................................................
dengan isi padu udara, V.
.......................................................................
1
P
V
.......................................................................
V .......................................................................
0

1 1
Graf P melawan Hubungan graf P melawan :
V V
P
Tekanan udara, P berkadar terus
.......................................................................
1
dengan .
V
.......................................................................
1
P
V
.......................................................................

1 .......................................................................
0
V

133
Hukum Charles
 Hukum Charles menyatakan bahawa bagi suatu gas yang berjisim tetap,
isi padu gas, V berkadar terus dengan suhu mutlaknya, T jika tekanan gas itu
adalah malar.
V
VT V = pemalar  T = pemalar
T
 Menurut hukum Charles, jika isi padu dan suhu awal suatu gas yang jisimnya tetap
ialah V1 dan T1 dan nilai akhirnya bertukar menjadi V2 dan T2 , maka

V1 V2

T1 T2

dengan syarat tekanan gas itu adalah malar.

Isi padu gas (V1) Isi padu gas (V2)

Suhu gas (T2)


Suhu gas (T1)

Hukum Charles berdasarkan Teori kinetik jirim


 Apabila suhu suatu gas ditambah, molekul-molekul gas akan bergerak dengan
halaju yang lebih tinggi oleh kerana tenaga kinetik purata molekul bertambah.

 Jika isi padu gas kekal malar, tekanan gas akan bertambah kerana molekul-molekul
gas dengan halaju yang lebih tinggi akan berlanggar dengan dinding bekas dengan
lebih kerap dan lebih kuat.

 Jika tekanan gas perlu dikekalkan, isi padu gas terpaksa bertambah supaya
bilangan molekul seunit isi padu dikurangkan dan dengan itu mengekalkan
kekerapan perlanggaran antara molekul-molekul gas dengan dinding bekas.

 Oleh yang demikian, isi padu suatu gas yang jisimnya tetap akan bertambah
apabila suhunya bertambah dengan syarat tekanan gas itu adalah malar.

Suhu gas rendah, Suhu gas tinggi,


isi padu gas rendah isi padu gas tinggi

134
Skala Suhu Mutlak

 Menurut hukum Charles, graf isi padu melawan


suhu (dalam unit C) ialah satu garis lurus yang
Isi padu,V tidak melalui asalan. Jika graf ini
diekstrapolasikan graf ini akan memotong paksi
suhu pada suhu -273 C.

 Suhu -273 C merupakan suhu terendah yang


mungkin dicapai oleh suatu gas.

 / C  Pada suhu ini, tenaga molekul gas adalah


-273C minimum.

 Suhu -273 C dikenali sebagai suhu sifar mutlak.

Isi padu, V
 Skala Kelvin atau Skala mutlak digunakan dalam
penyelesaian masalah melibatkan hukum-hukum
gas.
 Suhu-suhu yang dicatatkan dalam unit Kelvin
disebut suhu mutlak.
 Sifar mutlak ialah titik sifar pada skala Kelvin,
T/K iaitu bersamaan dengan -273 C.
0 0 K = -273 C
 Maka, skala mutlak dan skala Celsius boleh
dihubungkan mengikut persamaan:
 C = ( + 273) K

Penukaran unit C kepada Contoh penukaran unit daripada C kepada K:


Kelvin (K) -273 C = (-273 + 273) K = 0 K
0 C = (0 + 273) K = 273 K
100 C = (100 + 273) K = 373 K
 C = ( + 273) K
Penukaran unit ini penting dalam menyelesaikan
masalah melibatkan hukum Charles dan hukum
tekanan.

Latihan : Hukum Charles


V1 V2

T1 T2
T ialah nilai suhu dalam unit Kelvin

(1) Suatu jisim gas tertentu pada tekanan tetap mempunyai isipadu 4.0 m3 pada suhu
30 C. Berapakah isipadu gas pada suhu 60 C?
V1 = 4 liter, T1 = 30 + 273 = 303 K, T2 = 60 + 273 = 333 K
V1 4
V2   T2   333  4.4 liter
T1 303

135
(2) Jadual di sebelah menunjukkan nilai-
nilai isipadu dan suhu suatu gas pada V /cm3 150 300
tekanan tetap. Hitungkan nilai X.
V1 V 2 T / oC -23 X

T1 T2
150 300 T1 = -23 + 273 = 250 K

250 T2
150 T2  300  250
75 000
T2   500 K Suhu dalam unit oC = 500 – 273 oC = 227 oC
150
(3) Satu salur kaca memerangkap udara
sepanjang 29 cm pada suhu 17 C dengan
menggunakan merkuri. Berapakah panjang
udara yang terperangkap bila salur kaca ini merkuri
dipanaskan sehingga suhu 57 C?
V1 = 29 cm, T1 = (17 + 273) K = 290 K,
T2 = (57 + 273) K= 330 K 29 cm
udara
V1
V2   T2
T1
29
V2   330  33 cm
290

(4) Rajah menunjukkan turus udara terperangkap


sepanjang 10 cm oleh sejalur merkuri 5 cm pada suhu
27C. Hitung suhu,  dalam unit C yang perlu dicapai
apabila dipanaskan supaya panjangnya menjadi 12 cm?
V1 = 10 cm,
T1 = (27 + 273) = 300 K merkuri
V
V2 = 12 cm T2  2  T1
V1 udara 10 cm
12
T2   300  360 K
10

Suhu,  dalam unit C = (360 – 273)C = 87 C

(5) Rajah menunjukkan udara terperangkap oleh merkuri.


Panjang turus udara yang terperangkap pada suhu 15 oC ialah
24 cm. Berapakah panjang turus udara yang terperangkap
pada suhu 80 oC?
T1 = (15 + 273) K =288 K merkuri
V1 = 24 cm
T2 = (80 + 273) = 353 K
V2 = ? udara

V1 24 cm
V2   T2
T1
24
V2   353  29.42 cm
288

136
Eksperimen Hukum Charles

Asid sulfurik
turus udara, L pekat
Panjang
Udara
terperangkap

Graf Hukum Charles


Graf isi padu udara melawan suhu mutlak
Hubungan graf V melawan suhu
Isi padu udara, V
mutlak, T:
Isi padu udara, V berkadar terus
................................................................
dengan suhu mutlak, T.
................................................................
VT
................................................................
0 Suhu mutlak, T/K ................................................................

Graf isi padu udara, V melawan suhu, (C)


Isi padu udara, V Hubungan graf V melawan suhu, :
Isi padu udara, V bertambah secara
................................................................
linear dengan suhu dalam unit C.
................................................................
Apabila diekstrapolasi, garis graf
................................................................
memotong paksi suhu pada -273 C.
Suhu, /C ................................................................
-273 C

137
Hukum Tekanan
 Hukum Tekanan menyatakan bahawa bagi suatu gas yang jisimnya tetap, tekanan
gas, P berkadar terus dengan suhu mutlaknya, T jika isi padu gas itu adalah
malar.

P
P T P = pemalar  T  pemalar
T

 Menurut hukum tekanan, jika tekanan dan suhu awal suatu gas yang jisimnya
tetap ialah P1 dan T1, dan nilai akhirnya bertukar menjadi P2 dan T2, maka

P1 P2

T1 T2
dengan syarat isi padu gas itu adalah malar.

Hukum tekanan berdasarkan Teori kinetik jirim


 Apabila suhu suatu gas dinaikkan, molekul-molekul gas akan bergerak dengan
halaju yang lebih tinggi.

 Jika isi padu gas kekal malar, molekul-molekul gas dengan halaju yan lebih tinggi
akan berlanggar dengan dinding bekas dengan lebih kerap dan lebih kuat.

 Dengan itu molekul-molekul gas mengenakan daya yang lebih besar ke atas
dinding bekas yang mengandunginya.

 Apabila daya yang dikenakan ke atas dinding bekas bertambah, tekanan gas akan
turut bertambah.

 Oleh yang demikian, tekanan suatu gas yang jisimnya tetap akan bertambah
apabila suhunya bertambah dengan syarat isi padu gas itu malar.

Apabila suhu Apabila suhu


berkurang, maka bertambah, maka
tekanan udara tekanan udara
berkurang bertambah

138
Latihan: Hukum Tekanan
P1 P2

T1 T2
T ialah nilai suhu dalam unit Kelvin
(1) Sebuah bekas kedap udara (2) Tekanan udara dalam sebuah tayar
mengandungi udara pada tekanan 1 kereta sebelum memulakan perjalanan
atm. Suhu awal udara dalam bekas itu adalah 22 kPa. Pada ketika itu suhu udara
ialah 27 C. Berapakah tekanan udara di dalam tayar adalah 30 C. Tekanan udara
dalam bekas itu jika suhu udara di di dalam tayar meningkat menjadi 25 kPa
dalamnya ditingkatkan menjadi 87 C? selepas perjalanan jauh. Berapakah suhu
udara di dalam kereta pada ketika itu?
P1 = 1 atm, T1 = (27 + 273) = 300 K Anggap isi padu tayar tidak berubah.
P2 = ? , T2 = (87 + 273) = 360 K P1 = 22 kPa, T1 = (30 + 273) = 303 K
P2 = 25 kPa , T2 = ?
P1
P2   T2
T1 P2
T2   T1
1 P1
  360
300 25
 1.2 atm   303
22
 344.3 K  344.3 - 273  71.3 C

Eksperimen Hukum tekanan

139
Graf Hukum Tekanan

Graf tekanan, P melawan suhu mutlak, T Hubungan graf tekanan, P melawan


suhu mutlak, T:
Tekanan, P
Tekanan udara, P berkadar terus
................................................................
dengan suhu mutlak.
................................................................
PK
................................................................

................................................................
0 Suhu mutlak/K

Graf tekanan, P melawan suhu,  (C) Hubungan graf tekanan, P melawan


Tekanan, P suhu:
Tekanan udara, P bertambah secara
................................................................

linear dengan suhu,  (C).


................................................................
Apabila graf diekstrapolasikan, graf
...............................................................
memotong paksi suhu pada -273 C.
................................................................
Suhu/C
- 273

Gambar rajah susunan radas eksperimen Hukum-hukum gas


Eksperimen Hukum Boyle Eksperimen Hukum Charles

Udara terperangkap Termometer

Tolok Bourdon Tiub kapikari

Injap
Minyak L
Getah gelang

Pam angin
Eksperimen Hukum Tekanan

Termometer Tiub getah


Tolok
Bourdon
Air

Udara

140
141

You might also like