You are on page 1of 9

Saturday, February 21, 2009

NOTA KIMPALAN GAS I

KIMPALAN GAS

3.0 Pengenalan

Kimpalan ialah mencantum dua kepingan logam sama ada dengan melebur atau tidak melebur
dengan menggunakan haba. Kimpalan yang digunakan melebihi takat suhu lebur dan logam
itu melebur dikenali kimpalan lebur. Kimpalan yang tidak melebihi takat suhu lebur, tetapi
menghampiri hingga logam itu mula berfungsi sebagai plastik disebut kimpalan tidak lebur.
Keluli lembut melebur pada suhu 1400C. Logam yang mempunyai takat lebur rendah boleh
dikimpal dan dilebur pada suhu yang lebih rendah. Berikut adalah contoh suhu takat lebur
nagi setiap keluli. Keluli 327C, aluminium 850C hingga 1000C, loyang 900C-1020C,gangsa
960C, perak 960C dan kuprum 1080C

Kimpalan Gas merupakan kimpalan yang menghasilkan tautan di mana bahan dipanaskan
dengan menggunakan nyala api gas bahan api oksi dengan atau tanpa penggunaan tekanan
atau dengan tanpa logam pengisi.

3.1 peralatan untuk kimpalan gas

3.1.1 Penyumpit Gas


Merupakan alat yang digunakan untuk mengeluarkan nyalaan oksi-asetilena dalam keadaan
terkawal. Campuran oksi-asetilena dinyalakan di bahagian hujung sumpitan kimpalan gas itu.
Penyumpit gas mempunyai dua injap yang berfungsi untuk mengawal kedua2 jenis gas
(Oksigen dan Asetilena). Saiz hujung penyumpit bergantung pada garispusat lubang saluran
gas. Hujung penyumpit gas ini perlu dibersihkan apabila hendak menggunakannya.

3.1.2 Regulator

Ia merupakan alat kawalan pengaliran gas yang keuar dari selinder atau paip manifold. Alat
ini berfungsi menentukn tekanan isipadu gas yang diperlukan bagi sesuatu proses kimpalan.
Regulator menerima gas pada tekanan tinggi dan mengurangkan tekakanan untuk tekanan
kerja yang boleh dikawal.

Prinsip asas kendalian bermula dari satu pegas yang diketatkan pada skru pelaras. Apabila
skru pelaras diputarkan mengikut arah jam bahagian hujung batang skru menolak gegedang
yang dihubungkan dengan satu sauran masuk ke tempat kerja. Injap salur gas yang terkeluar
ke tempat kerja terbuka dan melepaskan pengaliran gas yang terkawal.

3.1.3 Gas Oksigen


Gas oksigen adalah sejenis gas yang tidak mempunyai warna, rasa, dan bau. Gas oksigen ini
banyak membantu proses pembakaran dan mudah sebati dengan benda-benda yang peka
kepada oksigen serta berupaya mengaratkan keluli. Ia juga unsur sangat penting kepada
manusia dan benda-benda hidup. Udara mengandungi 21% isipadu oksigen. Ia kerap
digunakan di hospital untuk tujuan perubatan. Selain itu juga digunakan oleh para penyelam
untuk tujuan pernafasan di dalam air serta tujuan mengimpal. Dalam kerja kimpalan gas ia
lebih dikenali dengan alatan yang bernama Selinder Oksigen.

3.1.4 Selinder Oksigen


Ia diperbuat daaripada keluli bermutu tinggi ata tidak berkelim dan diuji kekuatan tekanan
Udara 3360psi.. Ia juga diperlengkapi dengan injap pengumpar tekanan tinggi.
Terdapat tiga saiz :-
i. Besar - 6905 liter oksigen - digunakan di institusi pengajian tinggi dan di
bengkel-bengkel kimpalan.
ii. Sederhana - 3452 liter oksigen
iii. Kecil 2264 liter oksigen

3.1.5 Gas Asetilena


Gas bahan api (asetilena) = kalsium karbida + air Mempunyai bau tersendiri tidak berwarna
dan peka kepada api (terbakar serta merta).
. Lebih rendah drp. selinder Oksigen dan diameter lebih besar.
. Di perbuat drp.keluli bermulu tinggi dan dilengkapi dengan wheel valve.
. Undang-undang keselamatan asetilena tidak boleh digunakan pada tekanan Ibh. Drp
6.7 kg. per meter persegi. ( meletup)
• Selinder ini di isikan dgn serpihan-serpihan habuk-habuk seperti asbestos, simen, arang kayu
dll. yg. dikcnali sebagai jisim telap. Kemudian, dikimpal & dlbakar hingga jisim telap itu
cukup kering dan terbentuk liang-liang bg. membolehkan cecair aseton diserap ke dim. jisim
telap.
• 1 isipadu cecair aseton boleh menyerap 25 isipadu asetilena.
• Bahagian tapak - dilengkapi dgn safety device ( palam keselamatan) yang merupakan satu
pasak yang mengandungi pateri khas yg segera lebur pd suhu Ibh drp 100 °C penting
menjauhkan nyalaan api dr terkena selinder asetilena
• Selinder ini mengandungi aseton yang mudah. mengalir jika dibaringkan. Ia harus sentiasa
didirikan.
• Gas asetilena mengandungi racun. Jika terhidu akan menyebabkan pening kepala iaitu
disebabkan gangguan urat saraf.
3.2 Cara-Cara Mengendalikan Peralatan Kimpalan Gas
3.2.1 Membuang Habuk Pada Bahagian Cagak
a) Pusingkan bahagiancagak ke sebelah kiri anda
b) Buka dan tutup (lakukan 1 hingga 2 kali) dengan cepat injap silinder.
c) Pasangkan pemegang injap ke injap silinder oksigen.

3.2.2 Memasang Pengatur Oksigen


a) Periksa pengalas pengatur jika ada kerosakan
b) Pasangkan pengatur pada silinder supaya liang keluar gas dan injap keselamatan tidak
mengahadang bahu silinder.
c) Ketatkan nat pengikat dengan sempurna dan cermat dengan perengkuh boleh laras.

3.2.3 Memasang Pengatur Asetilena

a) Periksa pengalas masuk cagak jika terdapat kerosakan.


b) Jauhkan liang masuk gas pengatur kira-kira 20 mm dari apitan.
c) Condongkan pengatur kira-kira 45 darjah.
d) Ketatkan tuas pengetat dengan sempurna.
3.2.4 Melonggarkan Tuas Pelaras
a) Longgarkan tuas laras sehingga ia dapat berpusing dengan mudah.

3.2.4 Membuka Injap Silinder

a) Jangan berdiri di hadapan pengatur.


b) Pusing tuas injap kira-kira satu pusingan penuh secara perlahan-lahan.
c) Periksa silinder dengan tolok tekanan tinggi.
d) Tinggalkan tuas injap yang terpasang pada injap silinder.

3.2.5 Memeriksa Kebocoran Gas

a) Periksa kebocoran dengan menggunakan pemeriksa bocor atau air buih sabun,
b) Periksa bahagian-bahagian berikut:
I. Injap silinder.
II. Cagak pengatur.
III. Punca tuas pengatur.
IV. Cagak tolok tekanan tinggi.

3.3 Proses Kimpalan Gas

Kimpalan gas adalah suatu proses kimpalan yang menghasilkan tautan bahan dipanaskan
dengan menggunakan nyala api gas bahan api oksi dengan atau tanpa penggunaan tekanan
atau dengan atau tanpa logam pengisi.

Selain mengimpal gas, bahan api digunakan untuk memotong , melakukan rawatan haba
seperti pengerasan dan sepuh pindap, membengkok atau melurus.Terdapat tiga proses yang
biasa dilakukan seperti Kimpalan oksi- asetilena, Kimpalan oksi – hidrogen, dan kimpalan
tekanan gas.

3.4 Haba

Dalam proses kimpalan gas, haba yang digunakan biasanya daripada pembakaran campuran
gas asetilena dan oksigen. Haba itu dikawal dan dihalakan kepada bahagian yang hendak
disambungkan supaya bahagian-bahagian itu akan menjadi lebur dan disambungkan dengan
rod penambah. Nyalaan pembakaran oksi-asetilena paling tinggi berbanding suhu kepanasan
bahan api lain ialah (3316 C) dan amat sesuai untuk kerja mengimpal.

3.5 Suhu

Suhu-suhu kepanasan bagi nyalaan gas-gas bahan api dengan oksigen:


a) Oksi-asetilena 3100 – 3500 C
b) Udara-asetilena 2300 – 2500 C
c) Oksi-hidrogen 2200 – 2382 C
d) Oksi-gas arang batu 1982 – 2182 C

3.6 Pelarasan Nyalaan Kimpalan Gas


3.6.1 Terdapat tiga jenis nyalaan utama iaitu :

Selain daripada itu , pelajar dinasihatkan untuk memakai pakainan perlindungan bagi tujuan
keselamatan.

i. Menyalakan nyalaan

1. Buka injap asetilena kira-kira ½ putaran


2. Buka Injap oksigen kira-kira ¼ putaran
3. Berjaga-jaga terhadap arah inhalan tersebut

1. Nyalakan dengan pemetik api khas

ii. Melaraskan nyalaan


Buka injap asetilena lebih sedikit untuk mendapatkan teras nyalaan yang panjang
Buka injap oksigen perlahan-lahan dan laraskan nyalaan dalam kenyalaan teras untuk
mendapatkan nyalaan cuali .

iii. Memadamkan Nyalaan


1. Tutup injap asetilena perlahan-lahan
2. Tutup injap oksigen perlahan-lahan.

iv. Akibat-akibat nyalaan yang berlainan


(a) Nyalaan terpotong.
(i) Tekanan oksigen yang finggi.
(ii) Nyalaan terlalu besar.
(iii) Kemancaran tersekat pada liang muncung sumpitan.

(b) Meletup pada nyalaan.


(i) Pengekzosan gas campuran tidak sepenuhnya.
(ii) Tekanan gas oksigen yang tinggi.
(iii) Agihan asetilena tidak mencukupi.
(iv) Muncung sumpitan dibesarkan atau dibentuk.

(c) Nyalaan belakang atau letup padam


(i) Muncung sumpitan terlalu panas.
(ii) Tekanan gas yang tidak cukup.
(iii) Kemancaran tersekat pada liang muncung sumpitan
(iv) Jarum injap yang berlainan

V. Cara-cara menggunakan jarum pencuci


Gunakan jarum pencuci mengikut garis pusat liang in muincung sumpitan

Lubang garis pusat dan nombor kimpalan (mm)

3.6.2 Mengendalikan Sumpitan Api Kimpalan

1. Bersihkan permukaan logam asas dengan berus dawai


2. Gores garis-garis tandaan pada logam asas dengan pensel ’slate’
3. Berikan sedikit ruang dengan mengalas antara batu-bata dan logam asas.

i. Menggayakan kedudukan

1. Buka lilitan hos getah


2. Pegang sumpitan kimpal dengan membuka sesiku
3. Letakkan tangan kiri diatas lutut

ii. Meletakkan sumpitan api

1. Nyala dan laraskan nyalaan pada nyalaan cuali


2. Letakkan muncung sumpitan kimpalan dan selarikan dengan nyalaan kearah penanda
garisan yang dibuat

iii. Mengangkat sumpitan api

1. Kekalkan muncumg sumpitan api kira-kira 45°


2. Kekalkan jarak kira-kira 2-3 mm antara teras nyalaan dan benda kerja

iv. Mencairkan logam asas

1. Perhatikan proses pencairan.ketinggian teras nyalaan.


2. Periksa arah teras nyalaan, sudut muncung kimpalan dan

V. Kedudukan teras nyalaan


Kedudukan pengimpal adalah faktor penting untuk meng¬hasilkan kimpalan yang baik. Oleh
itu, faktor yang lebih pen¬ting ialah kedudukall teras nyalaan. hni adalah komponen arahan
teras nyalaan, sudut dan tinggi. Setkan dengan betul mengikut rajah di bawah.
Bagaimanapun , nyalaan agak sukar dilihat dari pengimpal. Ia mernerlukan latihan yang rapi
untuk memerhatikan keadaan ini.

3.6.3 Mengendalikan Sumpitan Api Kimpalan

i. Membuat kawah leburan

1. Buatkan kawah leburan pada garis-garis persilangan di garis-garis persilangan di garis


penanda
2. Jangan biarkan kawah mendidih dan elakkan percikan.

ii. Gerakkan sumpitan api

1. Gerakkan teras nyalaan ke kiri dengan ketinggian yang sama


2. Tentukan arah teras nyalaan, sudut dan ketinggian yang betul

iii. Ulangai langkah 1 dan 2

1. Gerakkan kelajuan yagn seimbang, sementara itu kawal lebar kawah yag seragam
2. Tambahkan kelajuan gerakkan sehingga sumpitan menghampiri penghujung bahan kerana
penghujung bahan mudah terbakar

iv. Semakan

Semak perkara-perkara berikut :

1. Saiz bagi kesan lakuran


2. Cengkung bagi kesan lakuran
3. Darjah pengoksidaan bagi kesan lakuran
4. Lubang bagi kesan lakuran
5. Lebar kumai
6. Kelurusan kumai
7. Kebakaran

v. Mengimpal Menggunakan "Filler Rod"


1. Mulakan kawah leburan pada kedudukan 5 mm dari tepi.
2. Berhati-hati semasa melakukannya dan elakkan tepi logam daripada terbakar terus
3. Setkan rod kimpalan kira-kira 45º
4. Lakurkan rod kimpalan dan lebar endapan dan tetulang kumai
i. Membentuk kumai

1. Gerakkan rod kimpalan keatas dan ke bawah


2. Letakkan rod kimpalan di tengah-tengah kawah tersebut
3. Jangan gerakkan hujung rod kimpalan bahagian nyalaan
4. Teruskan menggerakkan sumpitan api sementara mengawal lebar kawah dengan seimbang.
5. Condongkan atau jauhkan sedikit muncung sumpitan apabila logam asas kira-kira hendak
terbakar terus

3.6.4 Sambungan Tindih (Lap Joint)

i. Mengimpal Titik

- Kepitkan kedua-dua kepingan keluli dengan ragum tangan dan ambil 25 mm basian tindih
- Kimpal dua titik kedudukan di tepi kepingan tersebut

ii. Kimpalan Kumai

a) Arahkan tengah-tengah teras nyalaan ke titik 1 – 2 mm kehadapan punca

4.0 Rumusan
Kimpalan adalah salah satu cara untuk menyambungkan 2 keping logam dan biasanya melalui
proses pemanasan. ‘Manufactures’ menggunakan kaedah ini untuk membuat berbagai-bagai
jenis bahan antaranya kereta, peralatan rumah, dan perabot. Sektor pembinaan pula
menggunakannya dalam membuat bangunan, menyambungkan bahagian-bahagian tertentu
dan sebagainya.

Subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini bertujuan membekalkan kami dengan pengetahuan
dan kemahiran dalam pelbagai jenis kerja kimpalan. Sepanjang tempoh dalam menyiapkan
projek, sangat penting untuk mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja
kimpalan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan tangan dan mesin. Kemahiran yang
dipelajari termasuk proses mengimpal dengan menggunakan gas oksi-asetelina, proses
penyediaan bahan dan sambungan serta mengimpal plat dan Melalui mata pelajaran ini kami
dapat memahami perajalanan dalam industri yang terlibat dengan kerja kimpalan dan industri-
industri yang terlibat sama.

Projek dalam fabrikasi logam telah dapat kami siapkan mengikut tempoh masa yang diberi.
Sepanjang masa membuat kerja-kerja ini,kami telah belajar untuk membaca plan, membentuk,
memasang kepingan logam dengan cara mengimpal, merivet, memotong, melipat, dan cara-
cara lain mengikut piawaian industri masa kini. Kami juga telah diajar mengenai asas logam,
mengukur, memotong, mengikir. Sepanjang itu juga, kami melihat untuk perlu lebih kreatif
dalam menentukan langkah-lagkah kerja agar tidak tersilap dan kerja-kerja dapat disiapkan
dengan mudah. Banyak juga proses-proses yang melibatkan penggunaan peralatan tangan dan
mesin pelbagai bagi memudahkan kemahiran merancang dan mereka bentuk kerja-kerja.
Dalam melakukan aktiviti ini kita dapat mempelajari mempelajari teknik-teknik yang betul
dalam mengendalikan mesin-mesin kimpalan di bengkel. Pendedahan meluas oleh instrutor
berpengalaman seperti En. Iskandar adalah sangat terperinci memudahkan bagi kami
melakukan aktiviti ini sendiri dengan mudah. Walaubagaimanapun, kekurangan peralatan
menyebabkan pelajar terpaksa bergilir-gilir mengunakan alat kimpalan, menyebabkan tidak
banyak aktiviti dapat dijalankan. Pendedahan yang di berikan dapat membantu kami untuk
lebih berkeyakinan semasa berdepan pelajar pada masa depan kerana subjek ini boleh
dikategorikan sebagai subjek yang agak sukar dan mempunyai banyak risiko yang mungkin
terjadi.
Kemahiran-kemahiran yang kami dapat dari pengajaran yang diberi sangat memuaskan. Dari
sebelum ini, kami tidak berani untuk memegang sekalipun peralatan-peralatan kimpalan
sehinggalah kami mampu menyiapkan tugasan yang diberi dengan yakin dan jayanya. Subjek
ini telah banyak memberi kami kemahiran dan ilmu melalui latihan teori dan amali untuk
kerja-kerja mengimpal, menyambung logam menggunakan pelbagai proses, kemahiran
merancang dan mereka bentuk kerja-kerja kimpalan. Dalam pembelajaran ini juga kami
memandang serius faktor keselamatan diri dan alatan kerja. Kerja mengimpal ini adalah suatu
kerja yang berisiko tinggi kerana melibatkan penggunaan alatan-alatan yang berkuasa tinggi
yang boleh mendatangkan kecederaan serius.
Secara keseluruhannya, banyak boleh diperkatakan sepanjang tempoh sesi pembelajaran
untuk subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini. Bagaimana suatu kerja yang sukar dapat kami
miliki kemahirannya seperti mengimpal arka dan gas. Pada pandangan kami sebelum ini,
kerja ini adalah sangat merbahaya tetapi sebaliknya jika selagi kita mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
Posted by nobita at 2:44 PM

8 comments:

hafidz said...

hai.. x de ke dalam versi english?


menarik la article nie... i want it in english version.. can i...?

March 3, 2010 1:01 AM

Anonymous said...

yes..assighment aku dh nk siap...tanks...NOBITA,,,doremon mna..kim salam ek kt


dier..suh laa wt cter bwu lak..

April 3, 2010 7:30 PM

hik said...

aku nk siap dah tq3 doremon/// eh silap lak..nobita..


April 3, 2010 9:48 PM

cenDOi bASie said...

jenis2 nyalaan mna nobita.???


try tnya doremon tgok...
cpat sket...
esok nk antar dah.,..

April 4, 2010 12:19 AM

mamat said...

TQ NOBITA...
t tulis la bdn2 yg brkaitan ngan kejuruteraan lg...huhuhuhuhu

April 4, 2010 11:35 PM

Anonymous said...

crita ckit kimpal dalam air nobita???

April 13, 2010 11:34 PM

Anonymous said...

lu mcm haram

July 27, 2010 3:12 PM

Anonymous said...

eh mane contoh2 gambar projek kimpal yang dh ciap??????????????? na bt assigment


nh susah uh na cari xd seyh....bergaya beb xde eak!!!!!

August 1, 2010 12:59 PM

You might also like