You are on page 1of 35

SPPE 3222

KIMPALAN GAS

ASAS KIMPALAN GAS

NUR FAZLIANA BT YAACOB


DARSHINI BALAKRISHNAN
VIDEO
DEFINISI KIMPALAN GAS
OKSI-ASETILENA

Satu proses penyambungan logam dengan


kaedah memanaskan kedua-dua bahagian logam
yang hendak disambung sehingga cair dan
bercantum menjadi satu.
PENGENALAN KIMPALAN GAS

• Telah lama diamalkan dalam industri terutama


dalam bidang fabrikasi logam yang ketebalannya
melebihi daripada 1.0 mm sehingga 3.0mm.
• Contoh bidang kerja melibatkan proses kimpalan
gas:
a) kerja membaikpulih badan kenderaan
b) kerja-kerja fabrikasi logam yang
melibatkan kepingan logam nipis.
OKSIGEN

2 JENIS GAS YANG


DIGUNAKAN

ASETILENA
GAS OKSIGEN

Sejenis gas yang tidak mempunyai warna, rasa, dan bau

Membantu proses pembakaran dan mudah sebati dengan benda-


benda yang peka kepada oksigen serta berupaya mengaratkan keluli

Udara mengandungi 21% isipadu oksigen. Ia kerap digunakan di


hospital untuk tujuan perubatan.

Digunakan oleh para penyelam untuk tujuan pernafasan di dalam air


serta tujuan mengimpal.
GAS ASETILENA

Tidak berwarna dan peka kepada api (terbakar serta merta).

Lebih rendah daripada selinder oksigen dan diameter lebih


besar

Bahagian bawah tapak silinder dilengkapi dengan sejenis


peranti keselamatan dikenali sebagai palam boleh lebur

Undang-undang keselamatan asetilena tidak boleh digunakan


pada tekanan Iebih daripada 6.7 kg. per meter persegi.
(meletup)
I. KIMPALAN GAS TEKANAN RENDAH
Kimpalan gas tekanan rendah menerima bekalan gas dari janakuasa
gas asetilena yang mempunyai tekanan kurang dari 1.0 psi atau 1.0 Bar

JENIS-JENIS
KIMPALAN GAS

II. KIMPALAN GAS TEKANAN TINGGI


Kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa
gas asetilena yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15 bar.
KESELAMATAN KIMPALAN GAS

Tiga kategori keselamatan, iaitu:


1. Keselamatan diri
2. Keselamatan di bengkel
3. Keselamatan kimpalan gas
KESELAMATAN KIMPALAN GAS
KOMPONEN-KOMPONEN ALAT
PEMASANGAN OKSI-ASETILENA

- Silinder gas oksigen


- Silinder gas asetilena.
- Pengatur gas
- Hos gas
- Badan sumpitan
- Sumpitan api
- Injap pencegah nyala
balas oksigen dan
asetilena
SILINDER GAS OKSIGEN &
SILINDER GAS ASETILENA
• Ia diperbuat daripada keluli bermutu tinggi atau
tidak berkelim dan diuji kekuatan tekanan udara
3360psi.

• Ia juga dilengkapi dengan injap tekanan tinggi.

• Terdapat tiga saiz silinder oksigen :-


i. Besar - 6905 liter oksigen
-digunakan di institusi pengajian tinggi dan
dibengkel-bengkel kimpalan.
ii. Sederhana - 3452 liter oksigen
iii. Kecil - 2264 liter oksigen
PENGATUR GAS

• Alat ini berfungsi menentukan tekanan isipadu


gas yang diperlukan bagi sesuatu proses kimpalan

• Menerima gas pada tekanan tinggi dan mengurangkan


tekanan untuk tekanan kerja yang boleh dikawal
HOS GAS

• Hos adalah tiub getah yang berlapiskan benang

• Tahan api dan tahan pada tekanan tinggi

• Ia juga untuk mengalirkan gas dari silinder ke


sumpitan api
SUMPITAN GAS

• Saiz hujung penyumpit bergantung pada garis pusat lubang


saluran gas.

• Hujung penyumpit gas ini perlu dibersihkan apabila hendak


menggunakannya

• Mempunyai dua injap yang berfungsi untuk mengawal keluaran


gas oksigen dan asetilena

• Merupakan alat yang digunakan untuk mengeluarkan nyalaan


oksi-asetilena dalam keadaan terkawal
BAHAGIAN SUMPITAN API

• Pemilihan saiz muncung sumpitan api adalah bergantung


kepada ketebalan logam yang hendak dikimpal serta tekanan
gas yang digunakan.
Injap pencegah nyala balas oksigen
dan asetilena

• Alat pencegah nyala balas


Dipasang pada alator atau pangkal hos yang bertujuan
untuk menutup saluran gas bila berlaku nyala balas.

• Alat pencegah aliran berbalik


Dipasang pada hujung hos atau saluran masuk gas ke
sumpitan api untuk menghalang gas dari mengalir
berbalik ke hos atau alator akibat dari tekanan gas
yang berbeza antara gas asetilena dan gas oksigen.
AKSESORI KIMPALAN GAS

- Apron kulit
- Gogal
- Sarung Tangan kulit
- Pemetik api
- Pencuci muncung
- Berus dawai
APRON KULIT

• Apron kulit digunakan untuk melindungi bahagian


badan pengimpal
• diperbuat daripada kulit.
GOGAL

• Digunakan untuk melindungi mata pengimpal.


• Terdapat dua jenis gogal, iaitu:
I.Cermin jernih untuk melakukan kerja-kerja mencanai.
II.Cermin gelap dengan darjah kegelapan No.8 sesuai
digunakan untuk kerja-kerja kimpalan oksiasetilena.
SARUNG TANGAN KULIT

• Digunakan untuk melindungi tangan


pengimpal.
• Diperbuat daripada kulit
PEMETIK API

• Digunakan dalam proses mendapatkan


nyalaan dalam kimpalan oksiasetilena.
PENCUCI MUNCUNG

• Digunakan untuk membersihkan orifis


muncung sumpitan diperbuat daripada keluli
liat yang tahan panas.
BERUS DAWAI

• Digunakan untuk membersihkan permukaan


pada benda kerja dan sambungan kimpalan
daripada percikan bahan lakur dan segala
kekotoran selepas mengimpal.
LANGKAH-LANGKAH
PEMASANGAN OKSIASETILINA
1. Silinder oksigen dan silinder asetilena hendaklah didirikan dan
diikat pada dinding atau di atas troli. Sebelum memasang
pengatur pada salur keluar injap silinder, buka injap silinder
sedikit dan tutup dengan segera untuk mengeluarkan habuk dan
kotoran (Gunakan kunci injap untuk membuka injap silinder)

2. Pasang pengatur oksigen (bebenang ke kanan) pada silinder


oksigen dan pengatur asetilena (bebenang ke kiri)pada silinder
asetilena. Longgarkan skru pelaras pengatur. Kemudian,
putarkan injap silinder sebanyak satu pusingan. Ketatkan skru
pelaras pengatur untuk membuang kotoran didalam pengatur
sebelum memasang hos. Kemudian, longgarkan skru pelaras
pengatur

3. Pasang injap pencegah nyala balas pada pengatur oksigen dan


asetilena
4. Pasang nat penyambung oksigen dan asetilena pada hos asetilena
(nat penyambung asetilena mempunyai sempak dan bebenang ke
kiri)

5. Pasang hos oksigen dan asetilena yang telah dipasang nat


penyambung aliran gas aliran keluar pada alat pencegah nyala
balas. Kemudian, ketatkan alat pencegah nyala balas dengan
menggunakan spanar

6. Pasang hos pada salur masuk oksigen untuk hos oksigen dan salur
masuk asetilena pada hos asetilena pada sumpitan api

7. Pasang bahagian pencampur ke badan sumpitan dan kemudian


pasang muncung sumpitan ke bahagian pencampur
PENGUJIAN KEBOCORAN
• Langkah Menguji Kebocoran Pada Pemasangan Oksi-
Asetilina

1. Pemeriksaan kebocoran hendaklah dibuat dengan


menggunakan buih air sabun.
2. Perkara-perkara yang perlu diuji kebocoran adalah
seperti yang berikut:
a. Uji pada injap silinder oksigen dan asetilena
b. Uji pada penyambung pengatur asetilena dan
oksigen
c. Uji pada semua sambungan yang terdapat pada
sumpitan kimpalan
PENGENDALIAN ALATAN
KIMPALAN GAS
OKSIASETILENA

1. Hos getah adalah bertetulang. Walaupun begitu, hos-


hos tidak harus ditekan oleh roda-roda troli atau
dibebani dengan benda berat kerana akan
menyebabkan hos tersebut rosak dan bocor

2. Logam yang panas juga tidak harus menyentuh hos


kerana akan melebur dan membocorkannya.
3. Jangan gunakan tiub kuprum dalam sistem panca
rongga asetilena kerana akan berlaku tindak balas
kuprum dengan asetilena yang dipanggil kuprum
astelida. Bahan kimia ini tidak stabil dan boleh
menyebabkan berlakunya letupan.

4. Pelajar digalakkan menggunakan kimpalan


oksiasetilena di tempat yang mempunyai
banyak pengaliran udara

5. Pelajar juga harus memeriksa kesemua hos


untuk memastikan tidak ada kebocoran
sebelum menggunakan kimpalan oksiasetilena
PENYENGGARAAN ALATAN
KIMPALAN
TUKUL
PLAYAR
BERUS DAWAI

You might also like