You are on page 1of 3

OBJEKTIF

Soalan aneka piihan

Penilaian ini adalah untuk menilai pencapaian di akhir pengajaran


meliputi keseluruhan bahan sepanjang kursus pengajaran.
1. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah jenis ujian bagi penilaian ini?
A

diagnostik

formatif

penempatan

sumatif

Jawapan:

Sumatif

Aras Kognitif: Tahap 1 Pengetahuan (Knowledge)


Masa Diperuntukan: 1 minit
Markah: 1 markah

2. Nominal ialah angka yang hanya digunakan untuk membeza ciri-ciri sesuatu objek
atau kelas. Skala nominal boleh diertikan sebagai
I

salah satu jenis skala pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan data, angka
atau skala.

II pemberian angka atau nilai tidak membawa sebarang maksud selain memberi
label kepada pelajar atau objek lain.
III skala yang membezakan objek, orang atau kelas mengikut susunan pangkatan dari
tinggi ke rendah atau sebaliknya.
IV skala yang membezakan objek atau orang kepada kategori yang diskrit secara
kualitatif bukan kuantitatif.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Jawapan:

B I, II dan IV

Aras Kognitif: Tahap 1 Pengetahuan (Knowledge)


Masa Diperuntukan: 1 minit
Markah: 1 markah

Subjektif
Respon Struktur
1) Nyatakan langkah-langkah yang digunakan untuk membuat Jadual Penentuan Ujian (JPU).
a. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
b. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
c. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
d. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Jawapan:
a. dengan berpandukan pada sukatan, tuliskan bahan pengajaran dari atas ke
bawah, di sebelah kiri jadual dan tuliskan tahap kognitif dari kiri ke kanan, di
sebelah atas jadual berdasarkan Taksonomi Bloom
b. penuhkan jadual dengan menentukan bilangan soalan dalam bentuk nombor
untuk setiap tajuk. Jumlah soalan melambangkan kepentingan tajuk tersebut
dalam pengajaran guru.
c. penentuan peratusan untuk setiap tajuk dibuat di sebelah kanan jadual dan
untuk tahap kognitif di buat di sebelah bawah. Penentuan peratusan kadangkala
dibuat lebih awal daripada penentuan jumlah item.
d. akhir sekali nyatakan jenis butiran untuk setiap soalan. Perlu diingat bahawa
jumlah markah berdasarkan jumlah soalan.
Aras Kognitif: Tahap 1 Pemahaman (Comprehension)
Masa Diperuntukan: 10 minit
Markah: 8 markah

You might also like