You are on page 1of 16

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2018/2019

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN / SVM

KOD/KURSUS MTK 4043 UJIAN MUSNAH DAN UJIAN TANPA MUSNAH

01. MELAKSANAKAN UJIAN MUSNAH: LENTUR MUKA, LENTUR PUNCA DAN LENTUR SISI
KOMPETENSI
02. MELAKSANAKAN UJIAN MUSNAH: KELAR PATAH (SAMBUNGAN TEMU DAN KAMBI T)

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

1.1 Mengenal pasti ujian lentur muka, lentur punca dan lentur sisi
1.2 Mengenal pasti blue print bagi ujian musnah
1.3 Melaksanakan ujian lentur muka, lentur punca dan lentur sisi
1.4 Mengenal pasti jenis kerosakan permukaan pada sambungan temu selepas ujian
lentur muka, lentur punca dan lentur sisi
KOMPETENSI 1.5 Menilai hasil ujian
PEMBELAJARAN 2.1 Mengenal pasti ujian kelar patah
2.2 Mengenal pasti blue print bagi ujian kelar patah
2.3 Melaksanakan ujian kelar patah
2.4 Mengenal pasti jenis kerosakan permukaan pada sambungan temu selepas ujian
kelar patah
2.5 Menilai hasil ujian

NO KOD MTK 4043


MUKA : 01 DARIPADA 15
NO KOD JPK MC-024-3-2012

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 1 drp : 15

TAJUK : PERALATAN DAN PENGUJIAN UJIAN BENGKOK DAN KELAR PATAH

Ada berbagai -bagai jenis dan cara pemeriksaan dan pengujian untuk menentukan kekuatan ,kekerasan
dan sifat kerja kimpalan. Kebanyakan cara ini memerlukan penggunaan alat kelengkapan khas yang
dikendalikan oleh pekerja mahir.Ada juga cara yang mudah saperti cara ujian bengkokan yang dibuat
dengan menggunakan tukul. Ujian ini boleh dijalankan oleh pelatih dengan mudah .

Cara menguji dan memeriksa kerja kerja kimpalan boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan besar :

(I) memeriksa kerja kimpalan dengan cara melihat,

(ii) menguji kerja kimpalan dengan membuat ujian pemusnah,dan


(iii) menguji kerja kimpalan dengan membuat ujian tanpa musnah.

Menguji kerja kimpalan dengan membuat ujian pemusnah

Ujian ini melibatkan ujian yang memusnahkan kerja kimpalan yang dibuat. Ujian ini dibuat terhadap
contoh daripada sebahagian kimpalan yang telah siap dibuat. Sifat mekanik dan kimia logam akan dapat
diketahui.

Jenis ujian yang tergolong ke dalam ujian jenis ini ialah :

(I) Ujian bengkokan;

(ii) Ujian hentaman;

(iii) Ujian rengangan;

(iv) Ujian patahan takik;

(v) Ujian kekerasan;

(vi) Ujian punaran.

Ujian Bengkokan

Ujian ini boleh dilakukan untuk mengetahui sifat kimpalan termasuklah sifat kemuluran, penembusan
kimpalan ,kekuatan regangan dan keleburan logam. Ujian ini dapat dilakukan dengan mudah .

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 2 drp : 15

Dibawah adalah contoh kimpalan itu telah pun diuji dengan menggunakan ujian bengkokan.

Dua jenis ujian bengkokan asas ialah :

(a) Ujian bengkokan berpanduan

- Ujian bengkokan muka kimpalan;

- Ujian bengkokan punca kimpalan

(b) Ujian bengkokan bebas

Semua ujian bengkokan berpaduan dijalankan pada jigs khas. Permukaan contoh sesuatu kimpalan
yang hendak diuji dicanai supaya licin. Semua pengukuhan pada permukaan kumai hendaklah di buang.
Kemudianm contoh ini diletakan pada cetak penyokong dan contoh itu dibengkokan dengan
menggunakan pelocok sehingga membentuk bengkokan yang berbentuk U.

Sekiranya kita menjalankan ujian bengkokan muka kimpalan , maka contoh sambungan hendaklah
diletak pada cetak penyokong dengan muka kimpalan berada dibawah. Jika kita menjalankan ujian
bengkokan punca kimpalan, maka punca kimpalan berada dibawah. Tujuan ujian bengkokan punca
ialah untuk menentukan darjah penembusan kimpalan. Tujuan ujian bengkokan muka kimpalan pula
ialah untuk menentukan sifat kimpalan termasuklah jumlah keliangan, keleburan, keselitan terak dan
keretakan. Kimpalan yang kecacatanya melebihi 4 mm biasanya dianggap sebagai kimpalan yang tidak
baik.

Ujian bengkokan bebas pula dilakukan untuk menguji kemuluran logam kimpalan. Ia boleh
dijalankanpada sebarang jenis mesin yang sesuai atau pada ragum bangku yang boleh menahan daya
mampatan yang kuat.

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 3 drp : 15

Peratus pemanjangan didapati dengan cara berikut:

(i)Ukur jarak diantara garis yang dibuat selepas contoh tadi dibengkokan. Tandakan jarak itu sebagai
‘ y ‘;

(ii) Cari perbedaan diantara y dengan x ;

(ii) Bahagi perbedaan y dengan x ini dengan x ;

(iii) = y - x

(iv) Darabkan y - x dengan 100

y - x

= ______ X 100

Lihat gambarajah di bawah ini:

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 4 drp : 15

Gambarajah diatas ini menunjukan sebuah jigs yang sedang digunakan untuk membuat ujian
bengkokan berpaduan.

Contoh yang akan di uji

Penandaan tanda yang perlu

Tekanan yang di kenakan

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 5 drp : 15

Peratus pemanjangan mestilah lebih daripada 15% jika tidak kimpalan itu dikira sebagai gagal
menjalani ujian bengkokan bebas. Disamping itu contoh kimpalan yang diuji itu mestilah tidak
mengalami keretakan yang lebar lebih dari 2mm.

Dibawah ini adalah mesin ujian bengkokan dimana menunjukan cara untuk membina dan bagaimana
ujian ini dilakukan keatas kepingan dari berbagai jenis bahan dan minimum kekuatan takat alah serta
berbagai ketebalan nya.

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 6 drp : 15

Ujian Patah takik

Ujian Patah Takik dijalankan untuk mengetahui keleburan, keliangan, dan juga keselitan sangga dalam
kimpalan. Contoh kimpalan yang akan diuji dipotong kepada saiz tertentu dan pada kedua-dua hujung
kimpalan dibuat lurah dengan mengunakan gergaji besi.Dalam lurah ini adalah kira -kira 8 mm hingga
12mm dan dibuat ditengah-tengah logam kimpalan.

Logam ini diletakan pada keadaan tegak dengan kedua-dua hujungnya bersangga. Dengan
menggunakan tukul yang beasr , logam ini diketuk dibahagian yang berlurah itu sehingga patah ( lihat
gambarajah dibawah ini) . Patahan itu dan diteliti samada terdapat keliangan atau kecacatan lain.

Beban yang dikenakan

Contoh yang akan


diuji

Lurah gergaji

Sangga

KEGUNAAN KEDUA-DUA UJIAN INI

Kegunaan ujian jenis ini amat perlu diketahui mahupun dilakukan bagi mana mana juru kimpal supaya
dapat mengetahui akan tahap dan kemahiran seseorang jurukimpal. Ini juga adlah salh satu jenis ujian
yang murah dan cepat mendapat keputusan.

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 7 drp : 15

SOALAN

1) Sila huraikan tiga jenis kumpulan besar dalam kerja memeriksa kerja-kerja kimpalan

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

2) Apakah yang dapat di kenalpasti jenis kecacatan pada ujian bengkokan . Sila namakan tiga

daripadanya

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

3) Dalam ujian patahan takik berapakah dalam lurah takik dibuat ,

a) 6mm b) 10mm

c) 8mm d) 8 - 12 mm

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 8 drp : 15

TAJUK : UJIAN LENTUR (BEND TEST) DAN UJIAN KELAR PATAH.

TUJUAN :

Merupakan salah satu ujian yang terdapat dalam satu ujian musnah ( Destructive test )yang mana ujian
ini akan membuktikan keupayaan pengimpal bagi melihat kecacatan logam kimpal.

PENERANGAN :

UJIAN MELENTUR :

Ujian melentur ,melintang dan membujur.

Ujian ini menentukan kekuatan logam kimpalan,simpanan dan zon terkesan haba juga menentukan
kemuluran zon kimpalan. Bentuk dan dimensi sample uji untuk ujian lenturan melintang ditunjukan pada
rajah 20.7 dan rajah 20.8 pula menunjukkan bentuk dan sample uji untuk ujian lentur membujur. Lebar
sample tidak boleh kurang daripada 1.5a dengan nilaian minima 20mm. Terdapat dua kaedah ujian
melentur ia itu :-

a) Ujian lentur dengan menggunakan pembentuk.


b) Ujian lentur dengan menggunakan penggelek.

Bagi ujian melentur dengan mengunakan pembentuk , sample dilentur dengan mengunakan pergerakan
pembentuk yang berdiameter D. Bahagian sample yang hendak di tegangkan dan sudut lenturan
bergantung kepada arahan borang permohonan ( lihat Rajah 1 dan rajah 2 )

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 9 drp : 15

Rajah 1 Cara menguji sample uji untuk ujian lenturan melintang

Rajah 2 Cara menguji sample uji untuk ujian lenturan membujur

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 10 drp : 15

1.5

L/2
a

b
90

Rajah 3 Ujian melentur dengan menggunakn penggelek

Bagi ujian melentur dengan mengunakan penggelek pula , satu hujungnya dilampirkan dengan kukuh
pada kelengkapan ujian yang mempunyai dua penggelek selari (lihat Rajah 3 ). Dengan memutarkan
sample penggelek luar, sampel ujian dilenturkan. Sudut lenturannya juga bergantung kepada arahan
borang permohonan.

Laporan ujian ini termasuk maklumat tentang sudut lenturan , kaedah yang digunakan pemanjangan
dan arahan lenturan. Retakkan yang terjadi tidak boleh melebihi 1.5mm secara bersententang dan
3mm secara melintang.

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 11 drp : 15

Ujian Bengkokkan : -

Ujian ini boleh dilakukan untuk mengetahui sifat kimpalan termasuklah sifat kemuluran,
penembusan kimpalan, kekuatan regangan dan keleburan logam. Ujian ini dapat dilakukan dengan
mudah ( lihat rajah 3). Contoh kimpalan itu telah pun diuji dengan menggunakan ujian bengkokan.

Dua jenis ujian bengkokan asas ialah:-

a) Ujian bengkokan berpanduan


a. Ujian bengkokan muka kimpalan.
b. Ujian bengkokan punca kimpalan.

b) Ujian bengkokan bebas :-

Semua ujian bengkokan berpanduan dijalankan pada sebuah jig khas. Permukaan contoh sesuatu
kimpalan yang hendak diuji dicanai supaya licin. Semua pengukuhan pada permukaan kumai
hendaklah dibuang. Contoh kimpal ini diletakkan pada cetak penyokong dan contoh itu dibengkokan
dengan mengunakan pelocok sehingga membentuk U * lihat gambarajah 5. Sekiranya kita
menjalankan ujian bengkokan muka kimpal , maka contoh sambungan kimpalan hendaklahlah
diletakan pada cetak penyokong dengan muka kimpalan berada di bawah.

Tujuan ujian bengkokan punca kimpalan ialah untuk menentukan darjah penembusan kimpalan ,
sifat termasuklah jumlah kelingan , keleburan , keselitan terak dan keretakan.Kimpaln yang
kecacatanya melebih 4mm biasanya dianggap sebagai tidak baik. Ujian bengkokan bebas pula
ldilakukan untuk menguji kemuluran logam kimpalan. Ia boleh dijalankan padasebarang jenis mesin
yang sesuai pada ragum bangku yang boleh menahan daya mampatan yang kuat.

Contoh kimpalan yang yang hendak ujian mestilah dimesin supaya perrmukaanya bersih dan
pengukuhan kimpalanya terhapus . Mula – mula tandakan garis yang jaraknya 2mm dari tepi kimpal
bagi permukaan yang hendak dimesin itu. Jarak kedua – dua garisan itu dinamakan X sebagai
rujukan ( lihat gambarajah 4 ). Jarak ini diukur dan dicacatkan ukuranya. Kemudian bengkokan
contoh itu pada 30 darjah , mestilah dibuat disepanjang bahagian tengah kimpal. Bengkokkan
contoh itu sehingga terjadi keretan yang lebih daripada 2mm.

Peratus pemanjangan didapati dengan cara berikut :-

a) Ukur jarak diantara garis yang dibuat selepas contoh tadi dibengkokan.
b) Tandakan jarak itu sebagai Y.
c) Cari beza diantara Y dengan X.

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 12 drp : 15

iii) Bahagikan perbezaan y – x bahagi x :-

=Y-X

iv) Darabkan Y – X dengan 100

= Y–X X 100

Rajah 4 UJIAN BENGKOK

Muka kimpalan Punca kimpalan P/3

RAJAH 5 UJIAN BENGKOKAN BEBAS

Ujian bengkokkan

y-x X 100 = peratus


pemanjangan

x
Contoh yang telah diuji

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 13 drp : 15

UJIAN KELAR PATAH – NICK BREAK

Sambungan dipatahkan melalui sambungan kimpalan supaya permukaan patah dapat diperhatikan
Demensi dan bentuk sempel uji ditunjukkan pada rajah 6 satu pemotongan kecil gergaji dibuat dan
diikuti ujian dengan menggunakan pembentukan. Kita dapat memerhatikan bahawa kimpalan lebihan
dan manik kimpalan tidak kikir. Laporan ujian ini mestilah termasuk pemerhatian permukaan dan
sebarangan kecacatan yang terdapat.

Kimpal lebihan dan


manik tidak
disingkir
Potongan gergaji
1.5a

penyokong

200 min

Bahagian yang sama

Rajah 6 Cara mematah sample uji dengan ujian kelar patah – nick break

UJIAN KELAR PATAH KIMPALAN KAMBI

Uijan ini dibuat dengan tujuan yang sama seperti ujian kelar patah – nick break. Daya mematah diarah
seperti yang tujukkan pada rajah 7. Demensinya juga ditunjukkan pada rajah yang sama . Laporannya
ditulis sama seperti laporan ujian kelar patah – nick break.

Potong dengan
gergaji

Rajah 7. Dua cara ujian kelar patah kimpalan kambi.

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 14 drp : 15

SOALAN

1). Sebutkan dua jenis ujian bengkokan bebas .

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

2). Apakah tujuan utama ujian bengkokan bebas.

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

3). Takrifkan nama dua jenis ujian bengkokan bebas.

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

4). Mengapakah ujian kelar patah dilakukan.

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ


NO. KOD MTK 4043 Muka : 15 drp : 15

5) Namakan jenis ujian bengkok berpanduan dibawah ini dengan betul .

1. …………………………………………. 2. …………………………………………

6) Terangkan secara ringakah cara dan kaedah untuk melakukan ujian bengko bebas.

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

………………………………………………………………………………………………...................................................

-Tamat-

JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN 2018 MSZ

You might also like