You are on page 1of 56

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

=Memberi nasihat berkenaan mengenai langkah-langkah untuk mempastikan


keselamatan dan kesihatan pekerja dan membantu menyelaras program
keselamatan dan kesihatan pekerja.
=memeriksa tempat kerja dan mengambil bahagian didalam pemeriksaan yang
dijalankan oleh pihak majikan.
=Menyiasat kemalangan serius, kejadian merbahaya dan penyakit yang disebabkan
oleh pekerjaan.
=Membantu penyelia di dalam penyiasatan kemalangan, memeriksa lapuran dan
pelaksanaan langkah pencegahan risiko.
=Menyimpan statistik kemalangan, penyakit dan kejadian merbahaya di tempat
kerja.
=Bertindak sebagai setiausaha dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja.
HAZARD KIMPALAN

Asap kimpalan merupakan campuran zarah-zarah halus (fumes) dan gas. Berpunca dari
pembakaran dan cairan flux dari elektrod kimpalan dan gas-gas lain yang berpunca
dari logam utama atau lapisan logam utama. Kesan kesihatan daripada pendedahan
aktiviti kimpalan adalah sukar dihuraikan kerana wasap mungkin mengandungi banyak
kandungan yang diketahui merbahaya. Sesetengah komponen asap kimpalan boleh
memberi kesan kepada mana-mana bahagian anggota badan, termasuk paru-paru,
jantung, ginjal, Central Nervous System CNS.
Pengimpal yang mana merokok mempunyai risiko kesihatan lebih tinggi berbanding
pengimpal yang tidak merokok, walaubagaimanapun semua pengimpal dan orang
berdekatan terdedah kepada risiko.
Pendedahan kepada asap kimpalan mempunyai kesan jangka pendek dan kesan jangka
panjang (short term and long term).
Kesan jangka pendek (acute)
Boleh menyebabkan batuk, nafas berbunyi, sesak nafas, bronchitis,pulmonary edema
(paru-paru berair) dan pneumonitis (bengkak dalam paru-paru).

Kesan Gastrointestinal, seperti mual, hilang selera makan, muntah, kekejangan otot
perut dan penghadaman yang lembab. Semua ini ada bersangkutan dengan aktiviti
kimpalan.
Sesetengah wasap welding, contohnya Cadmium, boleh membunuh dalam masa yang
singkat. Gas dibebaskan dari proses kimpalan juga boleh sangat merbahaya. Sebagai
contoh; sinaran ultraungu yang dibebaskan bertindakbalas dengan oksigen dan
nitrogen oksida . Gas-gas ini membunuh dengan kadar dos yang tinggi ketika
pendedahan dan juga menyebabkan radang pada hidung, tekak dan penyakit paruparu yang serius.
Sinaran ultraungu yang dibebaskan dari aktiviti kimpalan boleh bertindakbalas dengan
larutan Chlorinated Hydrokarbon, contohnya Trichloroethylene, 1,1,1trichloroethelene, methylene chloride, dan Perchloroethylene untuk membentuk gas
phosgene. Walaupun dengan kadar yang amat sedikit. Gas Phosgene mungkin
mengambil 5-6 jam untuk terbentuk. Arka kimpalan harus dibentuk dalam lingkungan
200 kaki dari pelarut.

Hazard Kimpalan Bhgn 2


Kesan jangka panjang (Chronic)
Kajian telah dibuat menunjukkan, pekerja kimpalan yang mempunyai risiko yang
tinggi untuk mendapat kanser paru-paru, dan berkemungkinan besar mendapat kanser
kotak suara; larynx dan kanser urinary.
Keputusan kaijian ini jelas tidak memberi impak yang mengejutkan kerana kuantiti
toxicant yang besar dalam asap kimpalan mengandungi agen penyebab kanser
(carcinogenic) seperti Cadmium, Nikel, Beryllium, Chromium dan Arsenic.
Mangsa yang terlibat dengan penyakit pernafasan yang kronik, mempunyai symptom
seperti Bronchitis, Asthma, Pneumonia,Emphysema, Pneumoconiosis (berdasarkan
kepada penyakit berkaitan habuk dan debu), kapasiti paru-paru berkurang, silicosis,

siderosis (penyakit berkaitan dengan debu yang disebabkan dengan Iron Oksida dalam
paru-paru).
Masalah kesihatan lain yang berkaitan kimpalan adalah:
Penyakit Jantung
Penyakit Kulit
Hilang Pendengaran
Chronic Gastritis (bengkak dalam perut)
Gastroduodenitis (bengkak dalam perut dan usus kecil)
Ulser di perut dan usus kecil
Pengimpal yang terdedah kepada logam berat seperti Chromium dan Nikel berisiko
tinggi untuk penyakit buah pinggang.
Aktiviti kimpalan juga memberi kesan kepada sistem pembiakan. Kajian terbaru
menemui bahawa pengimpal yang terdedah terutama yang bekerja dengan
keluli stainless berisiko memberi kesan kemiskinan Sperma berbanding dengan jenis
kerja yang lain. (James, L. B. and Philip L. W. 1985. Male Reproductive Toxins
Industrial Toxicology, Safety And Health Applications In The Workplace, 346-347.

Hazard Kimpalan Bhgn 3


Terbakar
Kekerapan haba dan percikan api yang disebabkan oleh aktiviti kimpalan boleh
menyebabkan kebakaran jika bahan mudah terbakar atau bahan bakar ada di dalam
kawasan kimpalan dan berhampiran. Kimpalan dan potongan haruslah dilakukan di
kawasan yang mana bebas dari bahan bakar (combustible material), termasuklah
sampah, kayu, kertas, kain, plastik, bahan kimia dan minyak. Dan juga dari bahan
mudah terbakar seperti, cecair ethylene dan sebatian alkohol lain. Percikan api ini
boleh menjangkau kepada bahan-bahan ini dan mula terbakar. Kemudian berlakunya
tindakbalas sekunder seperti letupan dan kemusnahan fizikal dan harta benda.
Melecur juga salah satu kesan dari kerja panas yang biasanya disebabkan oleh cairan
logam atau spatter yang berterbangan.

Percikan api boleh menjangkau beberapa meter dan menyebabkan kebakaran.


Kejadian ini biasa berlaku apabila aktiviti kimpalan dilakukan di kawasan tinggi yang
mana percikan api berterbangan. Pengalaman telah menunjukkan zarah-zarah
terbakar ini boleh terbang 20 meter melalui udara dan menyebabkan nyalaan api.
Acythlene dan oksigen biasanya digunakan dalam gas kimpalan. Selalunya percikan api
ini, punca utama letupan kepada silinder gas.
P O S T E D B Y P R O F. D A E N G J ATI

KIMPALAN ARKA TUNGSTEN GAS LENGAI (TIG/GTAW)


Pengenalan
Kimpalan Arka Tungsten Gas Lengai atau Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) dikenali
juga sebagai Tungsten Innert Gas (TIG) Kimpalan TIG digunakan secara meluas
dalam industri kerana kimpalan TIG sesuai untuk mengimpal berbagai jenis logam.
Selain keluli karbon, kimpalan TIG juga digunakan untuk mengimpal Aluminium,
aluminium aloi, keluli kalis karat (Stain less steel) dan berbagai keluli aloi lain.
Kimpalan TIG menggunakan elektrod tungsten sebagai punca haba manakala gas
argon atau helum atau campuran gas argon dan helium digunakan sebagai gas
pelindung.

Prinsip Asas Kimpalan TIG


Dalam kimpalan TIG,arka elektrik terjadi apabila arus elektrik dialirkan kepada
elektrod tungsten. Jarak antara hujung elektrod tungsten dan permukaan bendakerja
akan menyebabkan aliran elektron . Aliran elektron pula menghasilkan arka dan haba
yang tinggi untuk meleburkan logam.

Kimpalan TIG dilakukan dalam atmosfera yang dikawal dengan menggunakan elektrod
tungsten yang berfungsi menghasilkan arka untuk meleburkan logam. Arus terus atau
arus ulang alik berfrekuensi tinggi digunakan bertujuan membolehkan arka terhasil
berterusan dan stabil tanpa perlu elektrod menyentuh pada permukaan logam. Arka
dinyalakan dengan menekan suis penghidup yang terletak pada pemegang sumpitan
api. Rod pengisi perlu disuap dan dienapkan kedalam kawasan kawah leburan
sebagai logam penambah. Semasa mengimpal gas lengai yang disalurkan dari silinder
gas melalui sumpitan berfungsi sebagai perisai bagi melindungi kawah leburan
daripada udara atmosfera terperangkap didalamnya.
Mesin Kimpalan
Lazimnya mesin kimpalan TIG boleh membekalkan samada arus terus atau arus ulang
alik ke elektrod kimpalan. Pemilihan jenis mesin kimpalan TIG bergantung kepada ciriciri kimpalan yang dikehendaki. Terdapat logam yang boleh dikimpal menggunakan
arus ulang alik dengan mudah manakala ada juga logam yang memerlukan arus terus
untuk menghasilkan kimpalan yang lebih baik.

Gambar foto : Mesin Kimpalan TIG dan aksesori


mesin kimpalan TIG arus Ulang Alik (AU)

Voltan litar terbuka (OCV) pada mesin kimpalan ini mestilah tidak kurang dari
100 volt. Volta litar terbuka bermaksud mesin kimpalan telah dihidupkan tetapi kerja
kimpalan belum dilakukan.

Nisbah daya kepanasan pembahagian haba semasa mengimpal ialah 1/2


kepanasan pada elektrod tungsten dan 1/2 kepanasan lagi pada benda kerja. (rujuk
gambarajah)

Memulakan arka dengan voltan dan frekuensi yang tinggi akan menghasilkan
haba yang tinggi tanpa perlu menyentuh hujung elektrod dan benda kerja. Situasi ini
dapat mengelakkan hujung elektrod rosak.

Sistem penyejukan air.


mesin kimpalan TIG paduan Arus Ulang Alik/ Arus Terus . (AU/AT)

Mesin kimpalan ini menggunakan kemasukan arus ulang alik (AU) dan
mengeluarkan arus terus (AT).

Menggunakan sistem penyejukkan air atau udara. Pemilihan sistem penyejukkan


bergantung kepada pengeluar dan keperluan kerja kimpalan yang hendak dilakukan.

Alat penerus (rectifier) digunakan untuk menukarkan AU kepada AT

Mesin jenis ini boleh disetkan kepada dua kekutuban


i - Kekutuban Terus
Kekutuban Balikan
Kekutuban Terus (DCEN atau DCSP)

ii -

1. Litar kekutuban terus menunjukkan bahagian elektrod adalah negatif


disebabkan disambung pada punca negatif manakala bendakerja disambungkan
kepunca positif.
2. Aliran elektron adalah dari elektrod kepada bendakerja menyebabkan
bendakerja cepat panas.
3. Kekutuban terus menghasilkan nisbah kepanasan 2/3 pada bendakerja
manakala pada bahagian elektrod pula ialah 1/2.
4. Kekutuban ini amat sesuai untuk mengimpal menggunakan elektrod berdiameter
kecil
5. Logam yang sesuai dikimpal ialah jenis logam yang mempunyai takat lebur yang
tinggi seperti keluli karbon, keluli tahan karat dan kuprum.
6. Mengimpal dengan kekutuban terus akan menghasilkan kawasan leburan yang
kecil tetapi penusukan dalam disebabkan pengunaan elektrod berdimeter kecil.
Kekutuban Berbalik (DCEP atau DCRP)
1. Litar kekutuban berbalik menunjukkan bahagian elektrod adalah positif
disebabkan disambung pada punca positif manakala bendakerja disambung
kepunca negatif.
2. Aliran elektron pula dari bendakerka kepada elektrod menyebabkan penumpuan
haba lebih pada hujung elektrod.
3. Kekutuban berbalik menghasilkan nisbah kepanasan 2/3 pada elektrod tungsten
manakala pada bendakerja ialah 1/3.
4. Situasi ini menyebabkan lebih sesuai mennggunakan elektrod yang berdiameter
besar. tujuanya adalah bagi mengelakkan hujung elektrod tungsten cepat lebur.
5. Logam yang sesuai dikimpal ialah seperti aluminium, keluli tahan karat dan
magnesium.
6. Mengimpal dengan kekutuban berbalik akan menghasilkan kawasan leburan
yang lebar tetapi penusukan yang lebih cetek disebabkan oleh penggunaan
elektrod berdimeter besar dan arus rendah . Haba juga lebih tetumpu bada
bahagian hujung elektrod.

Elektrod
Elektrod ini diperbuat daripada tungsten tulen atau aloi tungsten disebabkan takat
leburnya yang tinggi. Selain itu elektrod jenis aloi tungsten yang mengandungi 1% - 3%
thorium atau zirkonium mampu meningkatkan aliran elektron serta keupayaan arus.
Lazimnya elektrod tungsten dibekalkan dalam tiga saiz iaitu berdiameter 1.5mm, 2mm
dan 3mm. Jenis-jenis elektrod tungsten adalah:(i) - elektrod Tungsten Tulen.
(ii) - Elektrod aloi tungsten:-

gambar foto: elektrod tungsten

Jenis thiriated

Jenis zirconium

Jenis cerium
Pemilihan dimeter elektrod adalah berdasarkan faktor pemilihan arus, besar arus
yang digunakan, jenis logam dan juga ketebal logam yang hendak dikimpal. Untuk
menghasilkan kimpalan yang bermutu bentuk hujung elektrod hendaklah betul. Secara
umumnya apabila menggunakan arus terus hujung elektrod yang sesuai digunakan
adalah yang ditajamkan hujungnya. Untuk arus ulang alik sesuai menggunakan hujung
elektrod yang berhujung bulat.

gambar foto:hujung elektrod tungsten sentiasa tajam


Rod Penambah
Rod penambah digunakan bagi menguatkan sambungan kimpalan dengan

mengenapkan leburan rod penambah kedalam kawah leburan . Bentuknya adalah


sama dengan rod penambah kimpalan oksiasetilena. secara amnya pemilihan diameter
rod penambah hendaklah sama dengan ketebalan bahan kecuali jika logam

gambar foto : mengasah hujung elektrod tungsten


yang lebih tebal hendaklah dibuat beberapa larian kimpalan. Sifat fiziknya hendaklah
sama dengan logam yang hendak dikimpal supaya hasil kimpalan adalah bermutu.
Gas Pelindung
Gas lengai yang biasa digunakan sebagai gas pelindung ialah gas argon, helium atau
campuran gas argon dan helium. Gas argon digunakan secara lebih meluas kerana
ianya lebih murah berbanding gas helium. Gas argon juga lebih 1.4 kali lebih berat
dari udara atmosfera manakala gas helium beratnya 0.1 kali berat gan argon dan lebih
ringan dari udara. Sifat gas argon yang lebih berat menyebab ia dapat melindungi
kawasan kimpalan dengan lebih mudah berbanding dengan helium. sifat-sifat lain gas
argon:

Gas argon boleh menyeliputi kawasan kimpalan dengan lebig sempurna kerana
sifatnya yang lebih berat dari udara atmosfera.
Tidak membentuk kabus yang menganggu pengelihatan pengimpal.

Berfungsi sebagai agen pembersihan apabila mengimpal aluminium atau


magnesium menggunakan arus ulang alik.

Mudah memulakan arka dan penghalilan atka adalah lebih lancar dan senyap
jika dibandingkan helium

Kawalan arka adalah lebih mudah dan stabil apabila mengimpal dalam
kedudukan tegak atau atas kepala. Jika kelajuan mengimpal adalah sama zon
terkesan haba juga adalah labih kecil.
Gas helium kerap digunakan sebagai gas pelindung apabila mengimpal kelajuan
tinggi, seperti mengimpal kompenan yang besar, mengimpal menggunakan robot atau
mengimpal logam yang mempunyai takat lebur yang tinggi. Voltan arka yang dihasilkan
apabila menggunakan gas helium adalah lebih tinggi manakala arus yang rendah boleh

digunakan bagi mendapatkan arka yang sama kuasanya dengan yang sepatutnya
tanpa berlaku susutan voltan yang ketara.
Campuran gas Argon dan helium pula digunakan apabila mengimpal logam yang
memerlukan masukan haba yang lebih tinggi.
Kelebihan Kimpalan TIG
Diantara kelebihan kimpalan TIG ialah:1. Sambungan kimpalan adalah lebih kuat kerana dapat merintangi karatan
dengan lebih berkesan serta lebih mulur.
2. Perisai gas memudahkan memulakan serta dapat mengawal arka dengan lebih
stabil.
3. Kurang berlaku udara terperangkap (keliangan), tiada pencemaran bahan lakur
dan tiada berlaku sanga teperangkap pada bahagian dalam sambungan.

gambar foto: Hasil kimpalan TIG lebih bersih


4. Sambungan lebih bersih, tiada percikan arka dan tiada sanga pada bahagian
sambungan.
5. Gas pelindung tidak berkabus dan kurang asap semasa memudahkan
jurukimpal melihat kawasan kimpalan dengan baik dan
6. Proses mengimpal adalah lebih cepat dan sesuai mengimpal dalam berbagai
kedudukan.
7. Kimpalan yang dihasilkan lebih licin dan tidak memerlukan sebarang
proseskekemasan.
8. Kurang berlakunya herotan .
Aksesori kimpalan TIG

1. Pengatur dan Meter Alir


Terdapat tiga bahagian utama iaitu bahagian pengatur, tolok tekanan silinder dan
meter alir.

gambar foto: pengatur meter alir

Meter alir berfungsi sebagai tolok pengukur gas bagi kadar tekanan kerja yang
diperlukan.

Terdapat bacaan pada bahagian luar tiub kaca manakala bahagian dalamnya
terdapat bebola pelampung yang akan digunakan untuk mementukan aras tekanan
kerja yang diperlukan.

Bacaan meter akan diambil pada bahagian tengah bebola ata pada bahagian
atas bebola.
2. Hos
Hos digunakan untuk mengalirkan gas dari silinder ke muncung sumpitan. Hos juga
digunakan untuk mengalirkan air penyejuk ke sumpitan
3. Sumpitan (Torch)
Bahagian-bahagian sumpitan terdiri daripada:-

gambar foto: sumpitan kimpalan TIG

1. Topi (Cap)
2. Kolet (Collet)
3. Badan sumpitan (Torch body)
4. Badan kolet (Collet body
5. Muncung (Nozzel)
6. Elektrod tungsten (Tungsten) dan
7. Suis

Proses Kimpalan TIG

gambar foto: asas proses kimpalan TIG

Pengenalan
Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan
menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini
melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai
pengikat diantara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan
juga digunakan disamping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan
pematerian, yang Cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan,
dan bukan struktur itu sendiri.
Terdapat dua jenis kimpalan iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Kimpalan dilakukan dengan
menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan
dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser,tembakan
elektron dan ultrabunyi.Kimpalan arkaKimpalan arka dijalankan secara mengalirkan tenaga
elektrik daripada elektrod ke atas logamasas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga
haba yang tinggi. Tenaga baba inidigunakan untuk melebur logarn elektrod, logam tambahan
atau logam penyambung yangakhirnya menghasilkan satu sambungan kimpal. Pada asasnya,
banyak tenaga elektrik diperlukanuntuk mencapai suhu tertentu bagi melebur logam dalam
jangka masa yang pendek.

Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mengubah dari
voltantinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka
bagikegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke
meja kerja.

Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka iaitu:1.


Jenis rectifier(DC)2.
Jenis alat ubah(AC)3.
Jenis kombinasi AC/DC4.
Jenis pacuan enjin (petrol atau diesel)5.
Jenis pacuan motor elektrik (janakuasa)Kimpalan gasKimpalan gas didefinasikan sebagai satu
proses penyambungan logam dengan kaedahmemanaskan kedua-dua bahagian logam yang
hendak disambung sehingga cair dan bercantummenjadi satu. Pada awal kurun kedua puluh
manusia telah mengetahui cara menyambung logamdengan memanaskan dua batang logam
hingga merah menyala dan seterusnya impak yang kuatdikenakan ke atas kedua-duanya
sehinggalah kedua-duanya bercantum menjadi satu. Proses inidipanggil sebagai kimpalan tempa.
Kaedah ini telah diperbaiki dari masa kesemasa seiringdengan perkembangan teknologi
sehinggalah kaedah terkini kimpalan gas telah dapat kita semuagunakan sekarang ini.

Kimpalan Gas adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan
dalam bidang industri terutamanya dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan
gasadalah didapati amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja
yangmelibatkan proses kimpalan gas ialah kerja membaik pulih badan kenderaan serta kerjakerjafabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam nipis.Terdapat dua jenis kimpalan
gas iaitu1.
Kimpalan gas tekanan rendah2.
Kimpalan gas tekanan tinggi.Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari
janakuasa gas asetilina yangmempunyai tekanan kurang dari 1.0psi atau 1.0Bar.
M

anakala kimpalan gas tekanan tinggimenerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang
mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1- 15bar
Kegunaan kimpalan gas dalam industri.Dalam bidang perindustrian kimpalan
gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yangmelibatkan kepingan
logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga
3.0mm.Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang
melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian
badan kenderaan yang rosak. Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam
kerja kimpalan gas adalah oksigen(O ) dan asetilina (C H ). Campurankeduadua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahan api
yang lainnya.Suhunya boleh mencapai sehingga 3316 celcius

Memahami
kepentingan
peraturan-peraturan
dan
amalan
keselamatan di dalam worksyop kejuruteraan am (memesin,
kimpalan, menggegas dan foundri)

Di akhir unit ini anda dapat :


Menyatakan langkah-langkah mencegah kemalangan am yang
bersabit dengan keselamatan diri semasa mengendalikan alat- alat
mesin, peralatan, bahan-bahan dan alatan pencegahan kebakaran.
Menerangkan kepentingan menggunakan gogal, cermin
keselamatan dan pengawal roda pencanai serta menjaga
kebersihan woksyop.
Menerangkan bahaya mengenai salah penggunaan sarung tangan,
kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan
memakai pakaian tidak sempurna.
Membezakan diantara keselamatan diri,alat,mesin,perkakasan
memesin,mesin kimpalan arka dan peralatan kimpalan gas
oksi asitelina.

INPUT

1.0

PENGENALAN

Para pengguna peralatan worksyop kejuruteraan am (memesin,


kimpalan, menggegas dan foundri) sentiasa terdedah kepada
berbagai-bagai
bahaya
sekiranya
peralatan
tersebut
disalahgunakan ataupun pelajar cuai semasa mengendalikan kerjakerja di dalam worksyop. Peraturan keselamatan dan
undang- undang keselamatan woksyop wajib diketahui,
dipelajari dan
dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi
tanggungjawab
setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di
dalam
bengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa
atau
pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat
dihindari.
1.1

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM


Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau
mencegah
sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku:
i.
ii.
iii.
iv.

1.2

Tabiat bekerja
Keselamatan diri sendiri
Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
Kekemasan tempat bekerja atau worsyop
Tabiat Berkerja

Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja


yang baik semasa di dalam woksyop bagi mencegah kemalangan
dianataranya:
i. Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii. Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri iii.
Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv. Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja v.
Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

1.3 Keselamatan Diri Sendiri


Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan
tidak
mengambil berat aspek keselamatan. Faktor
kemalangan ini dapat
dicegah dengan cara:
i. Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja
dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2).
Pakaian
keselamatan didalam bengkel kimpalan arka tidak sama dengan
pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.
ii.Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut
yang
panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alatalat
lain.
ii. Jangan bergurau senda dengan rakan samaada
melibatkan
peralatan woksyop ataupun tidak.
Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam
tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut

boleh
tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.
*
Gambar 1.3.1 Pakaian keselamatan

1.4 Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin


Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan
diterangkan pada unit-unit seterusnya walaubagaimanapun secara
umumnya kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:
i)

Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang


sempurna bagi mengelak bahayaelektrik.
ii) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam
seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.

Unit 1-1

Gambar 1.4.1 Penghadang Tali Sawat


1.5 Kekemasan Tempat Bekerja Atau Woksyop
kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat
mencegah daripada kemalangan tetapi juga meningkatkan
kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah diambil kira:

iv)

v)

i) Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.


ii) Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai.
Lap sehingga tiada kesan licin diatas lantai jika terdapat minyak
atau gris diatas lantai woksyop.
iii) Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas
lantai dan disekeliling mesin.
Ruang woksyop hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik.
Mempunyai tanda garis keselamatan kawasan
bekerja dan laluan berjalan.
Woksyop hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.

vi)

Alatan pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan ditempatkan yang sesuai,


mudah dilihat dan dicapai jika
berlaku kebakaran.

Gambar 1. 5.1 Tergelincir disebabkan lantai yang berminyak

1.6. Kepentingan Menggunakan


Kebersihan Woksyop.

Alat

Keselamatan

Dan

Menjaga

Menggunakan alat keselamatan seperti gogal, cermin keselamatan, pengawal roda


pencanai serta menjaga kebersihan woksyop amat penting bagi mengelakan
sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti berikut:

AKTIVITI 1A

1.1.

Terangkan mengapakah keselamatan itu penting dan perlu diambil perhatian yang
serius ketika berada di dalam bengkel?

1.2.

Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan diri dan keselamatan alat?

1.3

Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil ketika melangkah masuk ke dalam satusatu bengkel?

1.4.

Jika anda dapati sesebuah mesin yang hendak digunakan itu didapati tidak berfungsi
dengan baik , apakah langkah pertama yang perlu di ambil?

1.5.

Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya tiba-tiba rakan anda mendapat
kecederaan ketika menggunakan ssebuah mesin yang berputar?

1.1.

Keselamatan adalah satu perkara yang penting dan perlu diambil perhatian yang
serius kerana untuk mengelakkan berlakunya kecederaan yang serius dan kerugian
yang besar serta mungkin boleh menyebabkan kematian.

1.2.

Keselamatan diri adalah perkara yang berkaitan dengan sesuatu yang boleh
menyebabkan kecederaan berlaku keatas diri sendiri manakala keselamatan alat pula
adalah sesuatu perkara yang boleh menyebabkan alat atau mesin mengalami
kerosakan.

1.2

Langkah pertama yang perlu diambil ialah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang
diberikan dalam bengkel berkenaan.

1.4.

Jika sesuatu mesin yang hendak digunakan itu didapati tidak berfungsi dengan baik,
langkah awal yang perlu diambil ialah berhentikan kerja serta-merta
dan
laporkan kepada pensyarah atau juruteknik yang bertugas.

1.5.

Sekiranya seorang daripada rakan mengalami kecederaan ketika menggunakan mesin


yang berputar. Langkah pertama ialah matikan suis mesin berkenaan dan jauhkan
rakan anda itu dari mesin berkenaan dan segera laporkan kepada pensyarah bertugas.
Gogal
Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting diantaranya: Melindungi mata
daripada terkena percikan bunga api ketika kimpalan gas dilakukan.
Gambar 1.7.1 Pengunaan goggle

i)
ii)

Mengelakan daripada kerosakan


mata akibat daripada pancaran
yang terang ketika melakukan kimpalan gas.
Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketika operasi mesin larik.
iii) Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika
sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting kearah mata.
1.8

Cermin Keselamatan

cahaya

i.

Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai alat keselamatan yang
berkesan terhadap diri
ii .Cermin keselamatan pada CNC mesin akan dapat mengelakan diri daripada terkena
tatal atau serpihan tajam.
iii. Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan menghindarkan diri daripada
terkena percikan tatal
bahan kerja yang digerudi.
iv. Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan menghadang serpihan bunga api
atau bahan kerja yang terpelanting kearah pengguna.
1.9

Pengawal Roda Pencanai

Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna daripada kecederaan


yang lebih teruk jika roda pencanai
pecah. Disamping ini ianya sebagai penghadang roda pencanai ketika ianya
sedang berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda pencanai.
1.10.0

Menjaga Kebersihan Woksyop

Keadaan persekitaran woksyop yang bersih dan kemas akan memberi situasi
bekerja yang lebih selesa yang selamat. Sebagai contoh jika lantai woksyop penuh
dengan tompokan
minyak
ianya
sudah
pastinya
mengundang bahaya
tergelincir dan sebagainya. Dengan situasi yang bersih alat-alat tajam dan
merbahaya dapat dilihat dengan mudah dan ini sudah pastinya dapat mengelakan
daripada bahaya.

1.11.0

Akibat salah penggunaan alat keselamatan

Pakaian dan alat-alat keselamatan hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai
dengan keadaan kerja ayang dilakukan. Jika salah menggunakan sarung tangan,
kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakai pakaian
keselamatan
yang
tidak
sempurna
akan mengebabkan
bahaya
kepada diri sendiri atau rakan sekerja.
1.12.0

Sarung Tangan Keselamatan

Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz


dan
jenis
bahan
yang
berbeza-beza
mengikut penggunaan (Lihat Gambar
1.12.1.). Sebagai contoh sarung tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada
kain kasar
atau
kulit
tetapi
saiznya
agak
kecil
dan
nipis.
Sementara sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat daripada kulit
keras dan bersaiz panjang dan besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula
diperbuat daripada benang
kasar.
Oleh
itu seseorang
yang
menggunakan sarung tangan kimpalan gas
untuk
kerja kimpalan arka
kemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan. Perkara ini boleh berlaku
kerana sarung tangan keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk menahan
percikan api dari masuk kedalam pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak
sesuai boleh terbakar dengan mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang
bahan kerja panas ketika di woksyop foundri. Sarung tangan boleh tersangkut pada
roda pencanai dan akan meyebabkan
kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.
Sarung tangan kuklit yang digunakan untuk kimpalan arka
1.13.0 Kain Pengesat
Kain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai seperti membersihkan
minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Adakalanya jika menggunakan kain
Pengesat ditempat yang tidak sesuai kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai
contoh menggunakan kain pengesat untuk membersihkan tatal pada mesin larik
atau gerudi akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain
pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesat bahan kerja ketika bindu
mesin larik atau mesin gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana
kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.
1.14.0

Roda Pencanai Tanpa Pengadang

Pengadang roda pencanai digunakan untuk mengelakan percikan bunga api yang
keluar daripada pelelas mengenai pengguna. Disamping itu ianya digunakan
sebagai penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jika menggunakan roda
pencanai tanpa pengadang ianya adalah sangat berbahaya.
1.15.0

Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna

Pakaian keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan kemas dan sempurna.


Ini bagi memastikan persediaan keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara
yang tidak

diingini berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna
kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh
jika
kita
memakai
apron
kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang akan menyebabkan tali
bersebut
tersangkut
pada
mesin
ayang
berputar
dan sebagainya.
1.16.1

Perbezaan diantara keselamatan diri alat,mesin,perkakasan memesin,mesin kimpalan


arka dan kimpalan gas.
Perbezaan
diantara
keselamatan
diri,
alat,
mesin,
perkakasan
memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas adalah seperti berikut:
Peralatan
Diri
Perkakasan
Mesin Kimpalan Arka
Kimpalan
Memesin/
Gas
Mesin/Alat
Bagi menghidari
Bagi menghidari daripada
daripada
Bagi menghidari
Bagi menghidari
Kecederaan fizikal
Letupan atau
1.
daripada Kerosakan daripada Kerosakan
Kebakaran
Pastikan dalam
Pakaian hendaklah
Pastikan dalam
Pastikan dalam
keadaan baik
2. kemas dan sesuai
keadaan baik
keadaan baik
Sistem pengudaraan
Pakai pakaian
Pastikan dalam
yang baik bagi
Sistem
3. Keselamatan
keadaan baik
mengelak dari terhidu pengudaraan
gas beracun
yang baik
Periksa
peralatan
Pakaian keselamatan
sebelum
Tidak Rosak/
Mempunyai
yang dipakai hendaklah
digunakan
Penghadang
pembumian yang
sesuai dengan jenis kerja
dan pastikan
4.
keselamatan
sempurna bagi
yang dilakukan
tiada
ditempat yang betul mengelak bahaya
kebocoran gas
elektrik

AKTIVITI 1B

1.6 Apakah empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di
dalam woksyop berlaku

1.7 Apakah tabiat bekerja yang baik untuk keselamatan pelajar?

1.8 Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan peralatan mesin?

1.9 Apakah kegunaan gogal?

1.10 Apakah kegunaan cermin keselamatan?

MAKLUM BALAS 1B

1.61)
2)
3)
4)

1)
2)
3)
4)
5)

Tabiat bekerja
Keselamatan diri sendiri
Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
Kekemasan tempat bekerja atau worsyop

1.7 Tabiat bekerja yang baik untuk menjamin keselamatan ialah:


Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

1.8

langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan peralatan mesin


1) Pastikan mana-mana bahagian mesin yang merbahaya dipasang alat
pelindung (Lihat Gambar 1.3).
2) Mesin mestilah mempunyai suis keselamatan.
3) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak
bahaya elektrik.
4) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam
seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.

1.9

Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting untuk keselamatan.

1.10 Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai penghadang


alat keselamatan yang berkesan terhadap pengguna.

PENILAIAN KENDIRI 1

atau

1.1

Mengapakah keselamatan amat penting di


am(memesin, Kimpalan, Menggegas dan Foundri)?

dalam

woksyop kejuruteraan

1.2

Apakah tanggungjawab anda sebagai pelajar ketika berada di dalam woksyop


berkaiatan dengan keselamatan?

1.2

Nyatakan langkah-langkah mencegah kemalangan am yang bersabit dengan


keselamatan diri semasa mengendalikan alat-alat mesin, peralatan, bahan-bahan dan
alatan pencegahan kebakaran.
1.3

Apakah kepentingan menggunakan gogal?

1.4

Apakah kepentingan menggunakan cermin keselamatan?

1.5

Apakah kepentingan menggunakan pengawal roda pencanai?

1.7

Apakah kepentingan menjaga kebersihan woksyop?

1.8

Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung tangan?

1.9

Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan kain pengesat?

1.10

Apakah bahaya yang akan menimpa jika menggunakan roda pencanai tanda
penghadang?

1.11

Apakah bahaya yang akan menimpa jika memakai pakaian tidak sempurna ketika
berada
didalam
woksyop?

1.1

Dengan mematuhi
peraturan keselamatan di dalam bengkel sebarang
risiko
yang
melibatkan
kemalangan
jiwa
atau pencaindera, kerosakan
terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.

1.2

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar mengetahui, mempelajari, mematuhi


peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan woksyop bagi menjaga
keselamatan.

1.2

Langkah
keselamatan
kepada dua iaitu:

am

bersabit

dengan

keselamatan

diri terbahagi

i)

Tabiat Berkerja

Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di
dalam woksyop bagi mencegah kemalangan diantaranya:
i) Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii) Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri iii)
terhadap kebajikan rakan sekelas
iv) Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
v) Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

Bertimbang rasa

ii ) Keselamatan Diri Sendiri


Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat
aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:
i)

Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti amali yang
dilakukan (Lihat Gambar 1.1
& 1.2). Pakaian keselamatan didalam bengkel kimpalan arka
tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.

ii)

Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang panjang boleh
tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.
Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan woksyop ataupun
tidak.
iv) Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan
seperti jam tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut
pada mesin dan alat-alat lain.

iii)

1.3
i)

Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting diantaranya:

Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika kimpalan gas dilakukan.
ii) Mengelakan daripada kerosakan mata akibat daripada
pancaran cahaya yang terang ketika melakukan kimpalan gas.

iii)
iv)

1.5

Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketika operasi mesin larik.


Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika sesuatu alat atau peralatan tajam
terpelanting kearah mata.
Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai alat keselamatan yang
berkesan terhadap diri diantaranya:

i)

Cermin keselamatan pada CNC mesin akan dapat mengelakan diri daripada
terkena tatal atau serpihan tajam.
ii) Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan menghindarkan diri daripada
terkena percikan tatal bahan
kerja yang digerudi.
iii) Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan menghadang serpihan
bunga api atau bahan kerja yang
terpelanting kearah pengguna.
1.6

1.7

1.8
i)
ii)
iii)

Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna daripada kecederaan yang lebih
teruk jika roda pencanai pecah. Disamping ini ianya sebagai penghadang roda
pencanai ketika ianya sedang berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda
pencanai.
Keadaan persekitaran woksyop yang bersih dan kemas akan memberi situasi
bekerja yang lebih selesa yang selamat. Sebagai contoh jika lantai woksyop penuh
dengan tompokan minyak ianya sudah pastinya mengundang bahaya tergelincir dan
sebagainya. Dengan situasi yang bersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat dilihat
dengan mudah dan ini sudah pastinya dapat mengelakan daripada bahaya.

Bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung tangan seperti berikut:
Sarung tangan boleh tersangkut pada roda pencanai
dan akan meyebabkan
kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.
Percikan api boleh masuk kedalam pergelangan tangan jika menggunakan sarung
tangan yang tidak sesuai ketika kimpalan gas atau arka dilakukan.
Tangan boleh melecur jika memegang bahan kerja panas dengan memakai sarung
tangan yang tidak sesuai.

1.9

Jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak sesuai kecederaan atau
bahaya
akan berlaku. Sebagai
contoh menggunakan kain pengesat untuk
membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan meyebabkan tatal yang tajam
tersebut akan tersangkut pada kain pengesat dan boleh melukakan tangan.
Mengesat bahan kerja ketika bindu mesin larik atau mesin gerudi sedang berputar
boleh mengundang bahaya, kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan
kecederaan.

1.10 Jika menggunakan roda pencanai tanpa penghadang kemungkinan percikan bunga api
yang keluar daripada pelelas dan bahan kerja yang dicanai terpelanting akan mengenai
pancaindera pengguna.
1.11 Pakaian keselamatan dipakai bagi memastikan persediaan keselamatan yang
maksima jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Jika memakai pakaian
keselamatan dalam keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai
contoh jika kita memakai apron kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada
pinggang akan menyebabkan tali bersebut tersangkut pada mesin yang berputar dan
sebagainya.
1.9 Akibat salah penggunaan alat keselamatan
Pakaian dan alat-alat keselamatan hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai
dengan keadaan kerja ayang dilakukan. Jika salah menggunakan sarung tangan, kain
pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakai pakaian keselamatan yang
tidak sempurna akan mengebabkan bahaya kepada diri sendiri atau rakan sekerja.

1.3.1
ii)

Sarung Tangan Keselamatan

Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz dan jenis bahan yang
berbeza-beza mengikut penggunaan. Sebagai contoh sarung tangan keselamatan
kimpalan gas diperbuat daripada kain kasar atau kulit tetapi saiznya agak kecil dan
nipis. Sementara sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat daripada
kulit keras dan bersaiz panjang dan besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula
diperbuat daripada benang kasar. Oleh itu seseorang yang menggunakan sarung
tangan
kimpalan gas untuk kerja kimpalan arka
kemungkinan besar
akan menyebabkan kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan

keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk menahan percikan api dari masuk
kedalam pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar dengan
mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan kerja panas ketika di
woksyop foundri. Sarung tangan boleh tersangkut pada roda pencanai dan akan
meyebabkan kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung
tangan.
1.3.2

Kain Pengesat

Kain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai seperti membersihkan


minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Adakalanya jika menggunakan kain
Pengesat ditempat yang tidak sesuai kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai
contoh menggunakan kain pengesat untuk membersihkan tatal pada mesin larik
atau gerudi akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain
pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesat bahan kerja ketika bindu
mesin larik atau mesin gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana
kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

1.3.3

Roda Pencanai Tanpa Pengadang

Pengadang roda pencanai digunakan untuk mengelakan percikan bunga api yang
keluar daripada pelelas mengenai pengguna. Disamping itu ianya digunakan
sebagai penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jika menggunakan roda
pencanai tanpa pengadang ianya adalah sangat berbahaya.

1.3.4

Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna

Pakaian keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan kemas dan sempurna.


Ini bagi memastikan persediaan keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara
yang tidak diingini berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak
sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh jika kita memakai apron
kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang akan menyebabkan tali
bersebut tersangkut pada mesin ayang berputar dan sebagainya.

Sebelum

memasuki

bengkel,

kita

perlu

mengetahui

tentang

keselamtan di dalam bengkel tersebut. Di peringkat awal, tenaga


pengajar akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar.
Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari
semasa ke semasa.Ini kerana, kita akan memulakan kerja dengan
alatan mekanikal yang berisiko tinggi dan boleh mendatangkan
bahaya. Sewaktu kita bekerja, kita perlu berwaspada dengan bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Peralatan yang
telah digunakan haruslah disimpan kembali ke tempat asal bagi
memudahkan

pelajar

lain

mencari

dan

menggunakannya.

KESELAMATAN DIRI SENDIRI


1. Semasa melakukan kerja-kerja kimpalan, kita perlu memakai alat
pelindung mata.
2. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja serta memakai
pakaian yang sesuai semasa melakukan kerja-kerja bengkel.
3. Gunakan kasut yang bertutup dan bertapak getah semasa bekerja
di dalam bengkel.
4. Bagi pelajar yang berambut panjang, rambut mestilah diikat
dengan rapi supaya tidak menganggu kerja-kerja bengkel yang
dilakukan.
5. Elakkan daripada memakai perhiasan diri yang diperbuat
daripada logam seperti jam, rantai, emas, loket, cincin, dan lainlain.
KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT PROJEK

1. Keselamatan adalah perkara yang penting dalam membuat


sesuatu projek yang berkaitan mekanikal.
2. Semasa menjalankan kerja, para pelajar hendaklah mematuhi
langkah keselamatan untuk mengelakkan berlaku kemalangan.
3. Semasa menjalankan kerja juga, janganlah kita bersikap cuai atau
tidak bekerjasama supaya kemalangan dapat dielakkan.
KESELAMATAN SEMASA MENGENDALIKAN MESIN BERISIKO TINGGI
Peraturan keselamatan dalam bengkel meliputi beberapa aspek bagi
mengelakkan diri dari ditimpa kemalangan.
1. Aspek pertama ialah pemakaian dan penampilan diri semasa
berada di dalam bengkel.
Contoh: Kasut tapak getah, alas tangan, dan pelindung mata.
2. Peka dan patuh arahan yang diberikan.
3. Seterusnya melakukan aktiviti amali mengikut prosedur dan di
bawah perhatian pakar agar tidak berlaku sebarang kemalangan
yang tidak diingini.
4. Pastikan keselamatan diri dan rakan-rakan semasa
mengendalikan mesin.
5. Kemalangan yang perlu dielakkan.

~~Kebakaran atau letupan


~~Kecederaan terkena benda tajam
~~Renjatan eletrik
~~Terjatuh atau tergelincir
3.

Jenis kimpalan
Kimpalan merupakan kaedah sambungan yang penting yang sering digunakan di dalam
bidang kejuruteraan hari
ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal ,
industri automotif dan
Jenis-jenis kimpalan
Kaedah pemeriksaan kualiti kimpalan
Badan piawai
Analisis daya dan tegasan pada logam kimpal
Penentuan saiz kimpalan
Kimpalan merupakan kaedah penyambungan yang kekal di antara logam kimpal dan
benda kerja (work piece).
Kimpalan merupakan proses penting untuk industri seperti pembinaan kapal, industri
automotif, pesawat udara,
pembuatan tin dan penyambungan paip logam. Kaedah ini juga digunakan untuk
industri plastik seperti
kimpalan ultrasonik dan juga sebagai kaedah pemotongan logam.
MAKSUD KIMPALAN
Kimpalan ialah proses penyambungan bahan-bahan logam atau bukan logam dengan
menggunakan haba dan/atau tekanan. Proses kimpalan terdiri daripada berbagaibagai jenis. Rajah 4.3 menunjukkan jenis-jenis kimpalan yang dikategorikan mengikut
American Welding Society (AWS).
Kebanyakan daripada proses-proses kimpalan menggunakan haba sebagai tenaga
untuk meleburkan bendakerja yang akan dikimpalkan. Tenaga yang diperlukan untuk
menghasilkan haba boleh diperolehi melalui beberapa cara seperti ;

a) Mekanikal
b) Elektrik
c) Kimia
d) Optik
Walau apa jua sumber haba yang digunakan, ianya mestilah cukup tinggi untuk
meleburkan logam (biasanya di atas takat lebur), dapat ditumpukan pada sesuatu
kawasan, mencukupi di segi jumlah atau kadar yang diperlukan dan tidak kurang
pentingnya ialah sumber haba tersebut mestilah boleh dikawal.
Peleburan yang berkesan tidak sahaja bergantung kepada haba masukan. Terdapat
beberapa parameter/angkubah yang lain yang perlu diambil kira supaya sesuatu
proses kimpalan dapat dilakukan dengan berjaya, berkesan dan bermutu tinggi.
Angkubah-angkubah ini ialah seperti ;
a. Tebal logam ibu dan jenis sambungan
b. Keberaliran haba
c. Suhu lebur logam ibu
d. Jenis elektrod
e. Suhu bahan ibu sebelum dikimpal
f).Keadaan operasi - contohnya arus dan voltan arka, kadar kelajuan dan kadar uluran
elektrod.
4.4.1 Elektrod
Elektrod adalah merupakan salah satu elemen penting di dalam sesuatu proses
kimpalan. Ianya dawai logam yang mempunyai kandungan yang sama dengan
kandungan logam yang hendak dikimpal. Elektrod terbahagi kepada dua jenis
yang utama iaitu jenis yang bersalut dan tidak bersalut. Elektrod telah
digunakan sejak beberapa lama dahulu (1800) dan telah melalui banyak proses
pembangunan dan pembaikan sehinggalah seperti yang kita dapati pada hari
ini. Elektrod digunakan sebagai pengalir elektrik kepada arka dan membekalkan
logam yang sesuai untuk penyambungan. Salutan yang terdapat pada elektrod
jenis bersalut adalah secara umumnya untuk memperbaiki keadaan atau sifatsifat fizikal, mekanikal dan kimia sesuatu sambungan. Secara khususnya, fungsi
sesuatu salutan pada elektrod antaranya adalah seperti berikut ;
1) Memberikan medan pelindung semasa kimpalan.
2) Menyebabkan berlakunya kumai yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk
melindungi logam yang lebur.
3) Menstabilkan arka.
4) Menambahkan elemen aloi logam pada logam kimpalan.
5) Mengurangkan percikan logam kimpalan.
6) Meningkatkan kecekapan dan peleburan logam.
7) Mengeluarkan oksida dan kotoran.
8) Mempengaruhi kedalaman penembusan arka.
9) Mempengaruhi bentuk kimpalan yang terjadi.
10)Melambatkan kadar penyejukan kimpalan di mana ini akan mengelakkan
berlaku kerosakan pada sifat-sifat mekanikal seperti berlaku retak atau
bersifat rapuh.

Pemilihan terhadap sesuatu elektrod mestilah berdasarkan kepada


keupayaannya menghasilkan sambungan yang optima pada harga yang paling
ekonomik. Beberapa aspek penting seperti berikut hendaklah diambil kira iaitu ;
komposisi logam
sifat-sifat mekanikal yang diperlukan
arus terus atau arus ulang alik
kedudukan kimpalan
tebal logam ibu
jenis sambungan
haba masukan
4.4.2 Sumber Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik adalah merupakan salah satu daripada sumber tenaga yang
penting dan meluas penggunaannya di dalam proses-proses kimpalan. Tenaga
elektrik ditukar kepada haba. Terdapat dua jenis janaan tenaga elektrik iaitu
arus ulang alik (AC) dan aris terus (DC). Kedua-dua jenis arus ini mempunyai
kelebihan dan kekurangannya dan pemilihan bergantung kepada beberapa faktor
seperti keadaan operasi kimpalan dan juga kos.
Janaan Arus Terus
Janaan arus terus merupakan cara yang paling lazim digunakan. Unit kimpalan
jenis ini terdiri daripada motor elektrik arus terus atau enjin penjana arus
terus. Arus terus lebih baik dari arus ulangalik kerana nisbah tenaga arka yang
masuk ke dalam bendakerja ataupun elektrod boleh diubah melalui penukaran
kekutuban (polarity). Apabila kekutuban bendakerja positif, lebih kurang 2/3
daripada jumlah tenaga arka akan masuk ke dalam bendakerja manakala 1/3
daripada tenaga tersebut berada pada elektrod. Keadaan sebaliknya berlaku
bilaman kekutuban bendakerja ditukar kepada negatif, iaitu 1/3 masuk kepada
bendakerja dan bakinya kepada elektrod. Kekutuban elektrod negatif lebih sesuai
untuk bendakerja yang tebal dan sebaliknya untuk bendakerja yang nipis.
Kekurangan arus janaan jenis ini ialah harganya yang mahal berbanding janaan
arus ulangalik.
Janaan Arus Ulang Alik
Mesin kimpalan arus ulangalik tidak begitu meluas penggunaanya pada masa ini
oleh kerana arka yang dihasilkan kurang stabil apabila kekutuban voltan berubah
dari positif ke negatif. Akan tetapi masalah ini telah dapat diatasi dengan
menggunakan elektrod jenis salutan khas.
Unit kimpalan arus ulangalik lebih murah dari segi kos awal dan kos
penyelenggaraan. Kebanyakan proses kimpalan jenis automatik dilakukan
dengan menggunakan janaan arus ulangalik ini.
4.4.3 Prinsip-prinsip proses arka elektrik
Proses kimpalan yang menggunakan tenaga elektrik akan mempunyai litar
kimpalan asas seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.4. Apabila elektrod
disentuhkan kepada bendakerja arka akan terjadi dan litar pun tersambung
menyebabkan arus kimpalan mengalir melalui litar tersebut. Apabila arus yang
tinggi melalui elektrod, haba panas akanterhasil daripada arka yang melompat

melalui ruang udara di antara hujung elektrod dengan logam bendakerja. Ruang
udara merupakan perintang yang tinggi terhadap pengaliran arus. Rintangan ini
menghasilkan haba bersuhu sehingga lebih kurang 33000C - 55000C.
Arus kimpalan dibekalkan oleh mesin kimpalan. Voltan biasanya ialah 220V atau
440 V tetapi yang digunakan hanyalah sekitar 10 - 36 volt sahaja. Akan tetapi
arus yang digunakan adalah tinggi untuk menghasilkan haba yang tinggi. Haba
yang tinggi ini akan meleburkan hujung elektrod dan juga logam ibu di bawah
arka untuk membentuk lembah lebur. Tekanan arka masuk ke dalam logam ibi
dan membentuk penembusan (penetration). Timbunan kimpalan yang dikenali
sebagai kumai terjadi iaitu sebatian elektrod dan logam ibu yang lebur.
4.4.4 Proses-proses Kimpalan Arka
Kimpalan arka terdiri daripada beberapa jenis seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 4.4. Tidak semua daripada proses-proses ini yang akan diterangkan secara
terperinci. Hanya beberapa proses-proses sahaja yang dibincangkan seperti
kimpalan arka logam bersalut (shielded metal arc welding SMAW), kimpalan
arka gas logam (Gas metal arc welding GMAW), kimpalan arka gas tungsten
(Gas tungsten arc welding GTAW)dan kimpalan arka timbunan (Submerged
arc welding SAW).
a) Kimpalan Arka Logam Manual (SMAW)
Ini merupakan salah satu daripada proses yang paling lama digunakan dan
paling mudah. Pada masa ini lebih kurang 50 % daripada kerja-kerja kimpalan di
industri menggunakan proses ini. arka terjadi dengan menyentuhkan hujung
elektrod yang bersalut pada benda kerja dan diangkat dengan cepat pada jarak
yang sesuai untuk mendapatkan arka yang stabil. Haba yang terjadi meleburkan
hujung elektrod, salutannya dan logam ibu pada kawasan yang dikimpal
itu. Elektrod yang digunakan lazimnya bersaiz antara 9 - 18 inci panjang dan
3/32 - 1/4 inci garispusat.
Arus elektrik umumnya di dalam julat 50 - 300 A, bergantung kepada jenis dan
garispusat elektrod. Arus terus atau arus ulangalik boleh digunakan. Untuk
janaan arus terus, kekutuban (polarity) boleh jadi positif atau negatif bergantung kepada bahan yang akan dikimpal, jenis elektrod dan dalamnya zon
pemanasan.
Proses ini lazimnya digunakan di dalam industri pembinaan, membuat kapal,
paip dan lain-lain. Ianya sangat sesuai untuk bendakerja yang mempunyai tebal
di antara 1/8 - 3/4 inci.
b) Kimpalan Arka Gas Logam (GMAW)
Kimpalan jenis ini sesuai untuk pelbagai jenis logam ferus dan bukan
ferus. Ianya diperkenalkan pada tahun 1950an dan digunakan dengan meluas di
dalam industri penyambungan logam. Sama seperti proses kimpalan arka logam
manual, proses ini adalah agak mudah dan ekonomik. Ianya dapat
meningkatkan daya pengeluaran lebih kurang dua kali ganda berbanding dengan
proses arka logam manual.

Suhu yang digunakan adalah agak rendah, dengan sebab itu proses ini sesuai
untuk mengimpal logam yang nipis yang kurang daripada 1/4 inci tebal. Proses
ini mudah ditukarkan kepada automatik dan sesuai digunakan dengan
menggunakan robot.
c) Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW)
Proses ini boleh digunakan untuk mengimpal pelbagai jenis logam terutama
keluli yang tahan haba dan karatan, dan juga aloi aluminium, nikel dan tembaga.
Bahan yang sangat sukar dikimpalkan dengan menggunakan proses lain
terutama bahan yang digunakan pada industri angkasa lepas juga sesuai untuk
mengimpal bahan yang nipis yang bermutu tinggi dan kemasan permukaan yang
baik.
d) Kimpalan Arka Timbunan (SAW)
Di dalam proses ini fluks di dalam bentuk bijian (granular) digunakan. Arka yang
terjadi terbenam di dalam timbunan fluks tersebut (lihat Rajah
4.8). Arka akan meleburkan dawai elektrod jenis gunahabis (bergaris pusat 1/16
- 3/8 inci) yang juga bertindak sebagai logam pengisi dan juga logam ibu. Fluks
memberikan perlindungan kepada arka dari udarakasa. Arus elektrik yang tinggi
boleh digunakan (antara 600 - 1000A). Pada masa yang sama fluks
melindungkan haba yang terjadi dari arka. Ini membolehkan logam yang tebal
dikimpal dengan baik. Sesuai untuk plat yang lebih tebal daripada 18 inci.
Proses ini biasanya dilakukan secara automatik. Lazimnya plat dan tiub keluli
dikimpal dengan menggunakan proses ini. proses ini memang terkenal dapat
menghasilkan mutu kimpalan yang baik, menghasilkan sifat keliatan dan
kemuluran yang baik. Daya pengeluaran yang tinggi boleh dicapai dengan
menggunakan proses ini. Berbanding dengan proses arka logam manual
kimpalan arka timbunan adalah 4 - 10 kali ganda lebih baik.
e) Kimpalan Stad
Kimpalan Stad adalah kimpalan yang agak khusus penggunaannya di mana arka
terjadi di antara hujung stad dan benda kerja. Hujung stad pada mulanya
bersentuhan dengan bendakerja di mana arus elektrik akan dijanakan. Bila mana
arka terjadi, penembak (gun) akan menaikkan stad sehingga suhu mencapai
kepanasan yang secukupnya dan spring akan menolakkan stad ke permukaan
bendakerja yang telah lebur
Ferul (Ferrule) diperbuat daripada seramik. Ianya digunakan untuk melindungi
arka, melindungi kawasan dari pencemaran, melindungi dari percikan dan
menumpukan haba arka ke kawasan kimpalan. Rajah 4.10 menunjukkan contohcontoh stad yang boleh digunakan untuk kimpalan jenis ini.
f) Kimpalan Rintangan
Di dalam proses ini haba yang diperlukan dihasilkan melalui rintangan elektrik
pada dua bahagian yang akan disambungkan. Haba yang dihasilkan ialah dari
arus, rintangan dan masa aliran arus tersebut mengikut formula berikut ;
H = I2 x R x t, di mana

H = haba yang dihasilkan, J (Watt/saat)


I = arus, Ampiar
R = rintangan, Ohm
t = masa aliran arus, saat.
Masa meningkatnya suhu pada sambungan juga bergantung kepada haba tentu
dan keberaliran haba bahan yang akan disambungkan. Terdapat beberapa cara di
mana kimpalan jenis ini dilakukan. Antara cara yang paling lazim ialah kimpalan
bintik (spot), kimpalan kelim (seam), kimpalan unjuran (projection) dan
kimpalan kilat-temu (butt-flash). Rajah 4.11 - 4.14 menunjukkan contoh-contoh
proses kimpalan tersebut.
Semasa proses kimpalan ini dilakukan, haba yang terhasil perlu diikuti dengan
tekanan pada hujung elektrod atau hujung logam itu sendiri untuk mempastikan
ikatan yang kuat/baik. Kawalan yang tepat terhadap aliran arus dan penggunaan
tekanan yang sesuai adalah sangat penting di dalam proses kimpalan ini.
Kimpalan jenis ini sangat sesuai untuk mengimpal plat atau kepingan logam
yang nipis (1-4) mm. Hampir kesemua jenis logam boleh dikimpal. Akan tetapi
logam tembaga dan besi tuangan tidak sesuai digunakan. Ianya tiodak
memerlukan kemahiran yang tinggi. Pekerja yang tidak mahir atau separuh
mahir sudah memadai. Berbeza dengan proses kimpalan arka, kimpalan jenis ini
tidak memerlukan fkuks, logam pengisi atau elektrod dan gas pelindung. Akan
tetapi permukaan yang hendak dikimpal hendaklah dalam keadaan yang bersih
dari kotoran seperti minyak dan sebagainya. Proses ini dilakukan secara
automatik sepenuhnya dan tidak menimbulkan erotan pada sambungan.
g) Kimpalan Geseran
Kimpalan geseran adalah suatu jenis kimpalan yang agak khusus sepertimana
kimpalan stad. Haba untuk kimpalan jenis ini dijana dari geseran mekanikal
antara dua permukaan yang hendak disambungkan. Kedua-dua bahagian
tersebut dipegang dan diikat pada satah yang searas. Satu darinya diikat
pada bindu yang boleh berputar dengan roda tenaga dipandu oleh motor
elektrik dan satu lagi dalam keadaan pegun dan diikat bertentangan dengan
bahagian pertama pada satu nilai tekanan yang dipilih.
Geseran diantara kedua-dua permukaan tersebut dengan cepat meningkatkan
haba yang cukup tinggi sehingga ke paras suhu kimpalan. Sebaik sahaja suhu
kimpalan dicapai, putaran dihentikan serta-merta dan tekanan
dikenakan. Nilai tekanan adalah samada pada nilai yang dipilih diawal proses
bermula ataupun boleh ditinggikan untuk melengkapkan operasi
kimpalan. Rajah 4.15 menunjukkan prinsip kimpalan ini serta peralatan asas
yang digunakan.
Kitaran total untuk kimpalan jenis ini mencapai peringkat sempurna biasanya
kurang dari 25 saat dan masa sebenar yang diperlukan untuk pemanasan dan
kimpalan ialah 2 saat. Berbeza dengan kimpalan jenis lain, penyambungan
dengan operasi ini tidak memerlukan logam dileburkan. Keseluruhan proses
adalah dalam keadaan pejal. Disebabkan masa pemanasan yang singkat dan
juga kehilangan haba dari kawasan penyambungan adalah terhad, kecacatan
disebabkan oleh haba (rangkuman permukaan) adalah terhindar dalam

bentuk bengkakan. Bengkakan (upset) ini boleh dibuang selepas proses


sekiranya dikehendaki.
Proses ini adalah sungguk efisien kerana keseluruhan tenaga ditukarkan ke
dalam bentuk haba. Oleh itu ia boleh digunakan untuk menyambung banyak
logam yang sama jenis maupun yang tidak sama jenis. Dengan bentuk bijian
yang halus hasil kerja panas ini, kekuatan penyambungan adalah
menghampiri logam asas yang digunakan. Walaupunbagitu, proses ini terhad
untuk kimpalan bar bulat atau tiub yang sama saiz, atau menyambungkan bar
logam atau tiub dengan permukaan rata. Contoh penggunaan penyambungan
jenis ini ditunjukkan dalam rajah 4.16.
h) Kimpalan Oksi-bahanapi
Istilah kimpalan oksi-bahanapi boleh digunakan untuk mengkelaskan apa jua
jenis operasi kimpalan yang menggunakan bekalan gas bahanapi yang
bercampur dengan oksigen. Proses ini melibatkan peleburan logam ibu dan
logam pengisi (sekiranya digunakan) dengan menggunakan nyala-api yang
dikeluarkan pada hujung muncung pemegang.
Gas yang biasa digunakan ialah asetilena oleh kerana api oksi-asetilena (oxyacetylene) memberikan suhu pembakaran yang paling tinggi berbanding dengan
gas pembakar yang lain yang biasa digunakan. Gas dari jenis lain ialah seperti
methane, ethane dan propane. Selain daripada mengimpal,api oksi-asetilena
boleh juga digunakan untuk memotong dan membuat rawatan haba seperti
pengerasan (hardening) dan sepuh lazim (annealing).
Proses pembakaran berlaku di bahagian dalam teras nyala-api ;
C2H2 + O2 ----------->2CO2 + Haba
dan diikuti bahagian lain pada nyala-api iaitu ;
2CO + O2 ------------> 2CO2 + Haba
2H2 + O2 -----------> 2H2O + Haba
Nisbah campuran bagi kedua-dua jenis gas ini adalah sangat penting kerana
ianya akan menghasilkan nyala-api yang berbeza-beza. Dengan campuran yang
sesuai suhu yang terhasil daripada pembakaran gas oksigen dan asetilena sudah
mencukupi untuk meleburkan hampir semua jenis logam yang terdapat di
pasaran seperti besi, besi tuangan, keluli, tembaga dan aluminium. D dalam
banyak keadaan, nyala-api ini juga boleh digunakan untuk menyambungkan
logam yang tidak serupa seperti aloi keluli, tembaga-besi dan aloi-besi tuangan.
Kejayaan operasi kimpalan gas ini bergantung kepada pemilihan dan
penggunaan nyala-api yang bersesuaian. Terdapat tiga jenis nyala-api yang
lazimnya digunakan iaitu ;
1) nyala-api neutral
2) nyala-api pengoksidaan (oxidising)
3) nyala-api penyusukkarbonan(carburising)
Ketiga-tiga jenis nyala-api ini ditunjukkan pada Rajah 4.17.
Nyala-api Neutral

Iaitu bilamana nisbah campuran antara oksigen dan asetilena


adalah sama. Ianya merupakan jenis nyalaan yang paling meluas sekali
digunakan.
Nyala-api Pengoksidaan
Bilamana nisbah kuantiti oksigen lebih dari asetilena di dalam campuran gas
maka nyala api tersebut dikatakan teroksida. Nyalaan jenis ini tidak sesuai untuk
mengimpal keluli kerana ianya akan menyebabkan keluli menjadi
teroksida. Cuma tembaga dan aloi tembaga yang sesuai atau selamat
digunakan.
Nyala-api Penyusukkarbonan
Ianya terjadi bilamana kandungan gas asetilena melebihi oksigen di dalam
campuran. Ianya boleh dikenali dengan wujudnya tiga zon nyalaan. Disebabkan
kandungan oksigen yang kurang maka suhu yang dapat dihasilkan juga agak
rendah jika dibandingkan dengan kedua jenis nyalaan di atas. Ianya lazim
digunakan di dalam kerja mempateri lembut dan pateri keras.
Proses kimpalan gas boleh digunakan untuk mengimpal hampir kesemua jenis
logam ferus dan bukan ferus. Peralatan yang digunakan adalah mudah, murah
dan mudah alih (portable). Proses ini hanya dilakukan secara manual.
Penggunaannya tidaklah begitu meluas jika dibandingkan dengan kimpalan gas
kerana proses ini agak lambat, mudah menyebabkan terjadinya erotan dan mutu
kerja yang baik sangat bergantung kepada kemahiran pekerja yang tinggi.

4.4.5 Kualiti Kimpalan


Sesuatu bahagian yang disambungkan dengan baik akan menghasilkan
sambungan yang kuat yang sama kuat dengan bahagian yang tidak dikimpal.
Akan tetapi kecacatan akanberlaku sekiranya sambungan tersebut tidak dikimpal
dengan baik di mana mutu dan kekuatan sambungan akan terjejas. Jenis-jenis
kecacatan yang lazimnya ditemui di dalam kerja-kerja kimpalan disenaraikan
seperti di bawah ;
a) Retak (Rajah 4.18)
Retak adalah salah satu daripada jenis kecacatan yang sangat serius dan
merbahaya. Kecacatan jenis ini tidak pernah dan tidak mungkin diluluskan oleh
mana-mana badan pemeriksa kawalan mutu kimpalan. Retak berlaku
terutamanya bilamana terdapat tegasan pada kawasan kimpalan tersebut. Retak
boleh berlaku secara memanjang atau melintang, di permukaan atau di dalam
kimpalan pada kawasan sambungan. Lazimnya retak boleh berlaku sekiranya
teknik mengimpal yang digunakan adalah tidak betul untuk sesuatu keadaan
kimpalan dan bahan. Memberikan haba yang berlebihan atau sambungan yang
menyejuk terlalu cepat selalunya akan cepat atau mudah akan menyebabkan
terjadinya retak.
b) Keliangan (Porosity) (Rajah 4.19)

Keliangan berlaku akibat daripada wujudnya gas-gas di dalam kawasan


kimpalan. Keliangan selalunya terjadi bilamana kawasan sambungan tidak
dibersihkan dengan sempurna.Ianya juga boleh berlaku bilamana perlindungan
yang diberikan oleh gas pelindung tidak mencukupi semasa kimpalan dilakukan.
c) Rangkuman (Inclusion) (Rajah 4.20)
Rangkuman ialah satu lagi jenis kecacatan yang akan menyebabkan sambungan
kimpalan menjadi tidak kuat. Ianya berlaku bilamana bahan pepejal terangkum
di dalam logam kimpalan. Habuk, butiran seramik atau jermang (slag)
merupakan bahan-bahan bendasing yang lazimnya terangkum di dalam logam
kimpalan.
d) Lakuran tidak cukup (Lack Of fusion) (Rajah 4.21)
Kekuatan yang sempurna seperti semestinya pada sesuatu sambungan yang
dikimpal tidak tercapai sekiranya tidak terjadi 100% pelakuran di sepanjang
sambungan tersebut.Penembusan haba yang kurang menyebabkan terjadinya
lakuran yang tidak cukup. Dalamnya penembusan bergantung kepada jenis
sambungan - terutama bilamana mengimpal bahan yang tebal. Sekiranya jenis
sambungan yang digunakan tidak sesuai maka masalah lakuran yang tidak
cukup ini akan timbul.

e) Makan Bawah (Under Cut) (Rajah 4.22)


Sesuatu kimpalan dikatakan makan bawah bilamana sebahagian daripada
sambungan yang telah disambungkan tidak diisi sepenuhnya oleh logam
pengisi. Ianya lazim berlaku kerana kawalan ke atas elektrod atau pemegang
kimpalan yang tidak baik seperti menggunakan kelajuan dan sudut yang
salah. Makan bawah juga boleh berlaku sekiranya haba yang dikenakan adalah
terlalu tinggi untuk sesuatu keadaan kimpalan.
Jadual 4.1 menunjukkan rumusan beberapa jenis kecacatan, sebab-sebab ianya
terjadi dan cara-cara mengatasinya.
4.5 PENYAMBUNGAN SECARA MEKANIKAL
Hampir kesemua barangan yang diperbuat pada hari ini terdiri lebih daripada satu
bahagian di mana kesemuanya itu diikat atau disambungkan dengan berbagai teknik
dan cara dengan menggunakan berbagai-bagai jenis proses pula. Sambungan/ikatan
ini boleh jadi secara sementara atau kekal. Ini menunjukkan bahawa keperluan
kepada pengikatan adalah sangat banyak dan berbagai-bagai. Dengan itu alat
pengikat yang digunakan juga perlulah berbagai-bagai untuk memenuhi keperluan
tersebut. Seseorang jurutera perlulah arif tentang ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan
pelbagai alat dan teknik mengikat atau menyambungkan sesuatu barangan supaya
pemilihan yang tepat dapat dilakukan.
Seperti yang dinyatakan dia atas teknik menyambung atau mengikat boleh jadi secara
kekal atau sementara teknik menyambung secara mekanikal termasuklah
segala cara yang menggunakan alatan mekanikal untuk memegang dua atau lebih

bahagian bersama. Contoh-contoh jenis alat penyambung atau pengikat ini ialah
seperti skru, pin, paku, staple, rivet, kilp berspring dan lain-lain.
4.4.1 Pengikat Berulir (threaded fastener)
a) Bolt dan skru
Bolt dan skru adalah serupa di segi bentuk dan penggunaan. Ianya mengandungi
aci /batang yang berulir dan kepala. Rajah 4.23 menunjukkan sebilangan jenis
dan saiz bolt dan skru. Kebanyakan bolt dan skru diperbuat daripada keluli.
Ulirnya diperbuat dengan menggunakan proses menggelek atau menempa.
Secara umumnya skru adalah bersaiz kurang daripada 1/8 inci garis pusat dan
bolt pula lebih besar daripada itu. Rajah 4.24 menunjukkan spesifikasi untuk
asembli bolt dan nat. Bolt dan skru terdiri daripada beberapa jenis seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 4.25 - 4.28.
b) Nat
Nat adalah kepingan yang berulir yang menjadi pasangan kepada bolt. Rajah
4.29 menunjukkan beberapa jenis nat. Bilamana asembli bolt dan nat terdedah
kepada getaran yang boleh menyebabkan ianya menjadi longgar dan terbuka,
sesendal (Washer) perlulah digunakan. Rajah 4.30 menunjukkan beberapa jenis
sesendal yang lazimnya digunakan.
4.4.2 Staples
Staples juga digunakan dengan meluas di dalam industri pemasangan. Ianya
boleh digunakan pada kayu, kertas, kain, kulit, plastik, logam dan bahan-bahan
lain. Staple digunakan bersama dengan mesin yang khas. Satu contoh mesin
staple ialah seperti pada Rajah 4.31.
4.4.3 Rivet
Rivet ialah pin logam yang hampir sama dengan bolt- tetapi ianya tidak
mempunyai ulir atau kepala yang boleh diputarkan. Secara umumnya rivet
diperbuat daripada logam yang lembut dan logam boleh tempa (malleable).
Rajah 4.32 menunjukkan bentuk-bentuk rivet yang lazim digunakan. Rajah 4.33
- 4.34 pula menunjukkan jenis-jenis rivet yang lebih khusus.
4.4.4 Alat penahan (Retainer)
Hampir kesemua alat yang direkabentuk untuk memegang sesuatu pada
tempatnya boleh dikelaskan sebagai alat penahan. Jenis alat-alat penahan ialah
seperti pin, kekunci (Key), gelang penahan dan lain-lain. Rajah 4.35 - 4.38
menunjukkan contoh-contoh pelbagai jenis alat-alat penahan.
4.4.5 Klip dan Penutup
Kilp digunakan untuk mendudukkan dan memegang dua
atau lebih bahagian bersama dengan tidak menggunakan pengikat-pengikat
lain. ianya bergantung kepada geseran berspring yang terjadi untuk ianya tetap
kekal pada kedudukannya. Rajah 4.39 menunjukkan contoh-contoh klip.

Penutup pula berbeza dengan pengikat yang lain kerana ianya diperbuat supaya
bahagian yang ditutup dapat dibuka dengan cepat dan mudah. Rajah 4.40 - 4.42
menunjukkan contoh-contoh alat penutup.
4.6 IKATAN PEREKAT
Perekat digunakan untuk memberikan ikatan yang kekal
pada dua permukaan sambungan. Ikatan perekat sebenarnya ialah istilah moden
yang digunakan untuk menggam sesuatu benda. Teknik mengikat ini digunakan untuk
berbagai jenis bahan seperti kayu,getah, kulit, kertas dan juga logam. Terdapat
bermacam-macam jenis perekat di pasaran di mana sesetengahnya adalah untuk
kegunaan umum dan sesetengah yang lain untuk kegunaan yang lebih khusus. Jadual
4.2 - 4.4 menunjukkan beberapa jenis perekat, kebaikan dan kelemahan serta
bentuk perekat yang boleh didapati di pasaran. Rajah 4.43 menunjukkan beberapa
contoh penggunaan perekat. Rajah 4.44 - 4.45 menunjukkan contoh jenis-jenis
sambungan yang boleh digunakan dan bagaimana tegasan berlaku pada sambungan
yang berperekat.

JENIS MESIN KIMPALAN


Mesin kimpalan arka merupakan mesin yang direkabentuk untuk membekalkan
arus yang sesuai serta cukup bagi kerja kimpalan. Terdapat 3 jenis mesin kimpalan
yang biasa digunakan:
Jenis transformer
Jenis janakuasa
Jenis pelurus
Saiz mesin kimpalan ditentukan mengikut keupayaan pengeluaran arus elektrik
(ampere) maksimum mesin itu. Saiz biasa didapati ialah 150, 200, 250, 300, 400,
500
atau
600
ampere.

Mesin Kimpalan Jenis Transformer Arus Ulang-Alik


Voltan tinggi dan ampere rendah daripada pembekal kuasa diubah kepada voltan
rendah
dan
ampere
tinggi
yang
sesuai
untuk
kerja
kimpalan.
Kebaikan:
Tidak ada sumpitan arka,
Kos permulaan yang rendah,
Senyap,
kos penyenggaraan yang paling rendah,
sambungan fasa tunggal,
kos kendalian yang murah
sesuai untuk kerja kimpalan yang menggunakan arus elektrik yang tinggi dan
elektrod besar.

Keburukan:
tidak semua elektrod boleh digunakan pada mesin jenis ini.
diganggui oleh pembekal kuasa.
pemilihan sifat arka tidak boleh dibuat.

Mesin Kimpalan Jenis Janakuasa Bermotor Arus Terus


Mesin ini sesuai dan amat berkesan untuk membekalkan arus kimpalan yang
diperlukan (voltan rendah dan arus tinggi). Janakuasa mesin ini digerakkan oleh
motor elektrik dan ia memerlukan bekalan arus ulang alik, biasanya 220V, 440V
atau 550V 3 fasa untuk memusingkan motor dan menghasilkan arus terus.
Kebaikan:
Boleh menggunakan semua jenis elektrod,
Menghasilkan arka yang stabil dan lembut,
Tidak ada gangguan daripada bekalan kuasa,
Pemilihan arka yang sesuai boleh dibuat,
Amat sesuai digunakan untuk mengimpal kepingan logam,
Keburukan:
Mengeluarkan bunyi yang bising,
kos penyenggaraan yang mahal, kerana terdapat bahagian yang bergerak.
Walaupun kerja kimpalan tidak dilakukan, namum motor janakuasa tetap
bergerak. Ini merugikan kuasa elektrik.
Kos permulaan yang mahal.
terdapat sumpitan arka (arc blow)

Mesin
Kimpalan
Pergerakan

Jenis

Janakuasa

Arus

Terus
Enjin

Janakuasa mesin ini digerakkan oleh enjin pembakaran dalam (petrol atau diesel).
selain itu, mesin ini juga dikenali sebagai mesin kimpalan jenis mudah alih
Kebaikan:
tidak bergantung kepada bekalan kuasa elektrik,
pemilihan sifat arka dapat dibuat
semua jenis elektrik dapat digunakan
Keburukan:
Mengeluarkan bunyi bising

Kos penyenggaraan yang mahal


kos permulaan yang tinggi, memerlukan bahan api
terdapat sumpitan arka/ arc blow

Mesin
Kimpalan
Pergerakan

Jenis

Janakuasa

Arus

Terus
Enjin

Janakuasa mesin ini digerakkan oleh enjin pembakaran dalam (petrol atau diesel).
Mesin ini dikenali sebagai mesin kimpalan jenis mudah alih kerana ia boleh
digunakan untuk kerja luar atau mana-mana saja walaupun tempat itu tiada
bekalan
elektrik.
Kebaikan:
tidak bergantung kepada bekalan kuasa elektrik,
pemilihan sifat arka dapat dibuat
semua jenis elektrik dapat digunakan
Keburukan:
Mengeluarkan bunyi bising
Kos penyenggaraan yang mahal
kos permulaan yang tinggi, memerlukan bahan api
terdapat sumpitan arka/ arc blow
Anda mungkin juga meminati:
KIMPALAN ARKA
KIMPALAN ARKA LOGAM GAS (Metal Inert Gas: MIG)
KIMPALAN ARKA TUNGSTEN GAS (tungsten inert gas : TIG)
Linkwithin

KIMPALAN ARKA TUNGSTEN TIG


TIG adalah proses kimpalan yang menghasilkan tautan logam dengan
memanaskannya dengan arka di antara elektrod tungsten yang kekal dan benda
kerja. Gas lengai dibekalkan secara berasingan untuk memberi pelindungan kepada
leburan logam. Gas pelindung yang biasa digunakan ialah argon, argon + hidrogen,
helium dan campuran Ar & He.

Sistem kimpalan TIG terdiri daripada komponen-komponen:


Mesin Kimpalan
Bekalan gas lengai
Bekalan air penyejuk
Kepala kimpal (pemegang)

Benda kerja

Penggunaan

Boleh mengimpal pelbagai ketebalan logam.


Banyak digunakan untuk kepingan nipis yang mana mutu tinggi dan kemasan

yang diperlukan.
Boleh diguna untuk menyambung bahan yang berlainan.
Menyaluti permukaan keluli.
Mengeraskan permukaan keluli.

Kelebihan
Sesuai mengimpal kebanyakan logam (ferus dan bukan ferus : Keluli,

aluminium, magnesium, kuprum, gangsa, emas.)


Sambungan bermutu tinggi.
Tidak berlaku percikan logam semasa mengimpal.
Tidak perlu kerja pembersihan selepas kimpal.
Kimpalan boleh dilakukan pada pelbagai kedudukan.

Kekurangan
Prosesnya perlahan berbanding dengan proses yang menggunakan elektrod

guna habis.
Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
Tidak boleh digunakan untuk logam yang mempunyai suhu lebur yang
rendah.

Proses

sukar dilakukan secara automatik kerana logam pengisi perlu


dibekalkan secara berasingan ke medan kimpal.

Anda mungkin juga meminati:


KIMPALAN ARKA LOGAM GAS (Metal Inert Gas: MIG)
KIMPALAN ARKA
KIMPALAN STAD (STUD WEL

PENDAHULUAN
Para pengguna peralatan bengkel kejuruteraan am seperti kerja-kerja memesin,
menggegas,foundri dan termasuklah kerja kimpalan sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai
bahayasekiranya peralatan tersebut disalahgunakan ataupun pelajar cuai semasa mengendalikan
kerja- kerja di dalam bengkel. Peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan bengkel
wajibdiketahui, dipelajari dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab
setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di tempat kerja sebarang risiko yang
melibatkan kemalangan jiwa atau panca indera, kerosakan terhadap alat, mesin akan
dapatdihindari. Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan
dalamsemua hal. Semua pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatanse
masa bekerja, terutamanya ketika menggunakan alatan dan
mesin. Sehubungan dengan ituperaturan tentang keselamatan perlu dimaklumkan kepada penggu
na untuk dipatuhi bagi mengelakkan kemalangan di Tempat kerja.
Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja,umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis
1.Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak menggunakan alat
keselamatan seperti gogal dan pelindung muka.II.
2,Peralatan dan mesin yang digunakan tidak selamat seperti mesin pemampat udarayang
tidak mempunyai pelindung, atau menggunakan tukul yang mempunyai hulu yang telah
longgar.Persekitaran tempat kerja yang kurang selamat seperti bekerja di kawasan yanggelap,
sempit dan lantai yang berminyak

PENGENALAN
Para
pengguna
peralatan
worksyop
kejuruteraan
am
(memesin,k i m p a l a n , m e n g g e g a s d a n f o u n d r i ) s e n t i a s a t e r d e d a h k e
padab e r b a g a i - b a g a i b a h a y a s e k i r a n y a
p e r a l a t a n t e r s e b u t disalahgunakan ataupun pelajar cuai semasa
mengendalikan
kerjakerja di dalam worksyop. Peraturan keselamatan dan undang-u n d a n g
k e s e l a m a t a n w o k s y o p w a j i b d i k e t a h u i , d i p e l a j a r i d a n dipatuhi ke
rana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawabsetiap pelajar. Dengan
mematuhi
peraturan
keselamatan
di
dalambengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa ataupen
caindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.
1.1LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM
Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegahsebarang kemalangan di
dalam
woksyop
berlaku:i . T a b i a t
b e k e r j a ii. Keselamatan diri sen
diriiii. Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesiniv. Kekemasan tempat bekerja atau
worsyop1
.
2
T
a
b
i
a
t
B
e
r
k
e
r
j
a
Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerjayang baik
semasa di dalam woksyop bagi mencegah kemalangandianataranya:
Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaiani
i. Mempunyai
sikap dan
tanggungjawab terhadap diri sendiriiii. Bertimbang rasa
terhadap kebajikan
rakan sekelasiv.Menumpukan
sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerjav.Ti d a k
gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali
Keselamatan Diri Sendiri
Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidakmengambil
berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapatdicegah dengan cara
Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerjadan aktiviti amali
yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaiankeselamatan didalam bengkel
kimpalan arka tidak sama denganpakaian keselamatan di dalam bengkel mesin
larik.ii. Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yangpanjang boleh
tersangkut pada mesin yang berputar atau alatalatlain.ii.Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkanperalatan
woksyop ataupun tidak.Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti
jamtangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut bolehtersangkut pada
mesin dan alat-alat lain.

Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin


langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akanditerangkan pada unit-unit
seterusnya walaubagaimanapun secaraumumnya kemalangan ini dapat dicegah
dengan cara
Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yangsempurna bagi mengelak
bahaya elektrik.ii)Elakkan daripada memegang dan menyentuh alatalat tajamseperti mata pengisar, hujung mata penggari
Kekemasan Tempat Bekerja Atau Woksyopkekemasan dan kebersihan tempat kerja
bukan sahaja dapat
mencegah daripada kemalangan tetapi juga meningkatkankecekapan bekerja. Oleh
itu perkara berikut hendaklah diambil kira:
Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.ii)Elakan daripada minyak atau gris
tertumpah diatas lantai.Lap sehingga tiada kesan licin diatas lantai jika
terdapatminyak atau gris diatas lantai woksyop.iii)Jangan biarkan tatal atau
serpihan logam bersepah diataslantai dan disekeliling mesin.iv)Ruang woksyop
hendaklah mempunyai pengedaran
udarayang baik. Mempunyai tanda garis keselamatan kawasanbekerja dan laluan
berjalan.v)Woksyop hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta
pintukecemasan.vi)Alatan pencegahan kebakaran juga

hendaklah diletakkanditempatkan
yang sesuai, mudah dilihat dan dicapai jikaberlaku kebakaran.

Gambar 1. 5.1 Tergelincir disebabkan lantai yang berminyak

Kepentingan Menggunakan Alat Keselamatan Dan MenjagaKebersihan Woksyop


.
Menggunakan alat keselamatan seperti gogal, cermin keselamatan,pengawal roda
pencanai serta menjaga kebersihan woksyop
amatpenting bagi mengelakan sebarang kejadian yang tidak diinginiberlaku seperti
berikut

Keselamatan adalah satu perkara yang penting dan perlu diambilperhatian yang
serius kerana untuk mengelakkan berlakunya kecederaanyang serius dan kerugian
yang besar serta mungkin boleh
menyebabkankematian.1.2.Keselamatan diri adalah perkara yang
berkaitan dengan sesuatu yangboleh menyebabkan kecederaan berlaku keatas diri
sendiri manakalakeselamatan alat pula adalah sesuatu perkara yang boleh
menyebabkanalat atau mesin mengalami kerosakan.
1.2
Langkah pertama yang perlu diambil ialah mematuhi langkah-langkahkeselamatan
yang diberikan dalam bengkel berkenaan.1.4.Jika sesuatu mesin yang hendak
digunakan itu didapati tidak
berfungsidengan baik, langkah awal yang perlu diambil ialah berhentikan kerjaserta
-merta dan laporkan kepada pensyarah atau juruteknik yangbertugas

Sekiranya seorang daripada rakan mengalami kecederaan ketikamenggunakan


mesin yang berputar. Langkah pertama ialah matikan suismesin berkenaan dan
jauhkan rakan anda itu dari mesin berkenaan dansegera laporkan kepada
pensyarah bertugas

Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting diantaranya:


a.
Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketikakimpalan gas dilakukan.
Mengelakan daripada kerosakan mata akibatdaripada pancaran cahaya yang terang ketika
melakukan kimpalan gas.
b.
Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketikaoperasi mesin larik.
c.
Menyelamatkan mata daripada kecederaan jikasesuatu alat atau peralatan tajam
terpelanting kearah mata.
Cermin Keselamatan Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin
sebagai alat keselamatan yang berkesan terhadap diri.Cermin keselamatan pada CNC mesin
akan dapat mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan tajam.
.Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan
menghindarkan diri daripada terkena percikan tatal bahan kerja yang
digerudi.iv. Cermin keselamatan pada mesin rodapencanai akan menghadang serpihan
bunga api ataubahan kerja yang terpelanting kearah
pengguna.1.9Pengawal Roda PencanaiPengawal roda pencanai akan menghalang penggunad
aripada kecederaan yang lebih teruk jika
roda pencanaipecah. Disamping ini ianya sebagai penghadang rodapencanai ketika ianya
sedang berputar dan mengurangkankawasan bahaya pada roda pencanai.
Unit 1-1

Menjaga Kebersihan
WoksyopKeadaan persekitaran woksyop yang bersih dan kemasakan memberi situasi bekerja ya
ng lebih selesa yangselamat. Sebagai contoh jika lantai woksyop penuh
dengantompokan minyak ianya sudah pastinya mengundangbahaya tergelincir dan sebagainya. D
engan situasi yangbersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat dilihat denganmudah dan ini sudah
pastinya dapat mengelakan daripadabahaya.1.11.0Akibat salah penggunaan alat
keselamatanPakaian dan alat-alat keselamatan hendaklah
digunakandengan betul dan sesuai dengan keadaan kerja ayangdilakukan. Jika salah menggunaka
n sarung tangan, kainpengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakaipakaian keselamata
n yang tidak sempurna akanmengebabkan bahaya kepada diri sendiri atau rakansekerja.1.12.0Sar
ung Tangan KeselamatanSarung tangan keselamatan mempunyai berbagai
bentuk,saiz dan jenis bahan yang berbeza-beza mengikutpenggunaan (
Lihat Gambar 1.12.1.).

Sebagai contoh sarungtangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada


kaink a s a r a t a u k u l i t t e t a p i s a i z n y a a g a k k e c i l d a n n
i p i s . Sementara
sarung
tangan
keselamatan
bagi
kimpalan
arkad i p e r b u a t d a r i p a d a k u l i t k e r a s d a n b e r s a i z p a n j a n g d a n b e s a r
. Sarung tangan kerja-kerja umum pula diperbuatd a r i p a d a
b e n a n g k a s a r . O l e h i t u s e s e o r a n g y a n g mengguna
kan sarung tangan kimpalan gas untuk kerjakimpalan arka kem
u n g k i n a n b e s a r a k a n m e n y e b a b k a n kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana
sarung
tangankeselamatan
tersebut
tidak
cukup
panjang
untuk
menahanp e r c i k a n a p i d a r i m a s u k k e d a l a m p e r g e l a n g a n t a n g a n . Sar
ung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar denganmudah ketika aktiviti
kimpalan gas atau memegang bahankerja panas ketika di woksyop foundri. Sarung
tangan
boleht e r s a n g k u t p a d a r o d a p e n c a n a i d a n a k a n m e y e b a b k a n kemalang
an jika mengasah mata alat dengan menggunakansarung tangan

Kain PengesatKain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang


sesuaiseperti membersihkan minyak, lap tangan yang basah dansebagainya. Adakalanya
jika menggunakan kain Pengesatditempat yang tidak sesuai kecederaan atau
bahaya akanberlaku. Sebagai contoh menggunakan
kain pengesat untukmembersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akanmeyebabkan
tatal yang tajam tersebut akan tersangkut
padakain pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesatbahan kerja ketika bindu mesin
larik atau mesin gerudisedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kainp
engesat boleh tersangkut dan menyebabkan
kecederaan.1.14.0 Roda Pencanai Tanpa PengadangPengadang roda pencanai digun
akan untuk mengelakanpercikan bunga api yang keluar daripada pelelas
mengenaip e n g g u n a . D i s a m p i n g i t u i a n y a d i g u n a k a n s e b a
g a i penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jikamenggunakan roda
pencanai tanpa pengadang ianya adalahsangat
berbahaya.1.15.0 Pakaian Keselamatan Yang Tidak SempurnaPakaian keselamatan he
ndaklah dipakai dalam keadaankemas dan sempurna. Ini bagi memastikan persediaanke
selamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidakdiingini berlaku. Jika memakai
pakaian keselamatan dalamkeadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku.
Sebagaicontoh jika kita memakai apron kimpalan arka tanpamengikat tali pengikat pada
pinggang akan menyebabkan
tali bersebut tersangkut pada mesin ayang berputar dansebagainya.
1.16.1
Perbezaan diantara keselamatan diri alat,mesin,perkakasan

memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas


.
Perbezaan diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan m e m e s i n ,
m e s i n k i m p a l a n a r k a d a n k i m p a l a n g a s a d a l a h s e p e r t i berikut

Diri
Perkakasan Memesin / Mesin/Alat
Peralatan Kimpalan Gas
1.Bagi menghidaridaripada Kecederaanfizika
Bagi menghidaridaripada Kerosakan

Mesin Kimpalan Arka

Bagi menghidaridaripada Kerosakan


BagimenghidaridaripadaLetupan atauKebakaran
2.Pakaian hendaklahkemas dan sesuai
Pastikan dalamkeadaan baik
Pastikan dalamkeadaan baik
Pastikandalamkeadaanbaik
3.Pakai pakaianKeselamatan
Pastikan dalamkeadaan baik
Sistem pengudaraanyang baik bagimengelak dari terhidugas beracun
Sistempengudaraanyang baik
4.Pakaian keselamatanyang dipakaihendaklah sesuaidengan jenis kerjayang
dilakukan
Tidak Rosak/Penghadangkeselamatan ditempatyang betul
Mempunyai pembumianyang sempurna bagimengelak bahayaelektrik
Periksaperalatansebelumdigunakandan pastikantiadakebocorangas

You might also like