You are on page 1of 8

Standard Operational Procedures of Welding

PERATURAN KESELAMATAN UNTUK MELAKUKAN KERJA KIMPALAN DAN MENGGUNAKAN ALAT OXY-ACETYLENE
Sebelum melakukan kerja kimpalan, pemeterian, pemotongan dan pemanasan dengan menggunakan mesin kimpal atau alatan OxyAcetylene, pekerja dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada pegawai anda dengan mengisi borang Hot Work Permit. Tetapi jika di Pusat Latihan anda hanya dikehendki dan dimestikan mengikuti langkahlangkah seperti dibawah ini:

Lakukan kerja-kerja mengimpal mengikut prosedur atau langkahlangkah keselamatan dengan betul. Alat perlindungan keselamatan yang sesuai iaitu alat perlindungan muka dan mata seperti welding shield dan safety goggles, sarung tangan dan kasut keselamatan serta lain-lain alat perlindungan dipakai di sepanjang masa kerja. Kerja kimpalan mesti dilakukan di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik untuk mengurangkan pendedahan dan terhidu asap kimpalan serta untuk mencegah kewujudan kadar oksigen yang tinggi serta wap beracun. Tempat kerja mestilah jauh daripada sumber-sumber yang mudah terbakar; benda-benda tajam, bulat yang mudah bergolek.

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGENDALIKAN KIMPALAN ARKA (ARC / STICK WELDING)


Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh. Jangan sentuh bahagian elektrik yang terdedah dan mengalirkan arus Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam keadaan yang baik. Elakkan daripada mengimpal ditempat yang basah atau lembap. Jika ianya tidak dapat dielakkan, pakai kasut getah dan berdiri di atas platform yang kering Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang dikimpal dan seberapa dekat yang boleh dengan tempat kimpalan dilakukan. Gunakan pemegang elektrod yang mempunyai salutan penebat Pastikan semua sambungan elektrik adalah kemas, bersih, kering dan berpenebat Jangan cuba untuk membaiki bahagian elektrik di dalam mesin kimpalan atau di dalam panel kawalan. Pastikan kabel bekalan kuasa dan kabel kimpalan mempunyai salutan penebat. Jangan belitkan kabel di keliling badan anda. Jangan gunakan kabel yang penebatnya telah haus, merekah atau terkoyak Pastikan kabel mesin kimpalan tidak menghalang laluan pekerja lain dan gulungkan kabel tersebut selepas digunakan. Matikan suis mesin kimpalan apabila tidak digunakan Awas! Pancaran arka boleh merosakkan mata dan membakar kulit Lindungi mata anda daripada pancaran arka. Pakai pelindung muka (welding shield) yang mempunyai penapis gelap (filter shade) yang sesuai Pakai alat perlindungan keselamatan yang sesuai untuk kerja kimpalan dan pastikan ianya berada di dalam keadaan yang baik Jangan lakukan kerja kimpalan berdekatan dengan tempat operasi menukar gris kerana pancaran arka boleh menukarkan wap menjadi gas yang bahaya

Lindungi orang lain daripada pancaran arka dengan menggunakan skrin pelindung atau penghadang. Awas! Wap dan gas yang wujud semasa proses kimpalan boleh membahayakan kesihatan anda. Jauhkan kepala anda dari terhidu asap kimpalan. Jangan berada terlalu dekat dengan arka. Adakan pengudaraan (ventilation) atau penyedutan asap (exhaust) yang mencukupi untuk mengalihkan asap dan gas dari zon pernafasan anda. Awas! Arka kimpalan dan pemotong api mengujudkan kawasan besuhu tinggi dan nyalaan terbuka yang boleh mengakibatkan kebakaran. Pastikan tempat kerja bersih, kering dan jauh daripada sebarang bahaya. Adakan alat pemadam api yang bersesuaian berdekatan dengan sumber api, bersedia untuk tindakan dan perlu tahu menggunakannya. Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan cecair atau gas yang mudah terbakar, mudah meruap atau mudah meletup. Alihkan semua barangan yang mempunyai kemungkinan bahaya terbakar daripada kawasan kimpalan. Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan tangki bahanapi. Jangan lakukan kimpalan pada bekas, tong atau tangki yang mengandungi bahan mudah terbakar atau bahan yang merbahaya.

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN OKSI ASITILINA (OXY-ACETYLENE)

Gas bertekanan tinggi tidak boleh digunakan terus daripada selinder tanpa alat pelaras pengurangan tekanan. (Pressure Reducing Regulator) Awas! Minyak atau gris akan menjadi sangat mudah terbakar atau meletup dengan kehadiran oksigen Sentiasa pastikan alat pelaras bebas dari minyak atau gris. Jangan gunakan minyak atau gris pada alat pelaras, selinder dan sambungan. Jangan rosakkan relief valve atau alihkannya daripada alat pelaras. Relief valve bertindak sebagai pelindung kepada kawasan tekanan rendah pada pelaras daripada tekanan tinggi. Pastikan selinder sentiasa berada didalam keadaan tegak dan terkawal Jangan hentam, jatuhkan atau kenakan api pada mana-mana injap di selinder. Sentiasa pastikan tudung keselamatan untuk injap berada pada kedudukannya semasa selinder dipindahkan atau distorkan (samada penuh ataupun kosong) Jangan berdiri di hadapan atau di belakang alat pelaras semasa membuka injap selinder; sebaiknya berdiri di dalam keadaan injap selinder berada di antara anda dan alat pelaras. Sentiasa buka injap selinder dengan perlahan dan cermat Sentiasa adakan ujian kebocoran pada sistem sebelum muncung (torch) dinyalakan. Periksa kebocoran pada alat pelaras dan sambungan injap selinder. Jangan lakukan ujian dengan menggunakan api, sebaliknya gunakan larutan khas untuk mengesan kebocoran. Semasa menyalakan gas, arahkan nyalaan jauh dari orang, perkakasan dan sebarang bahan yang mudah terbakar. Apabila kerja telah selesai, periksa tempat lerja daripada kemungkinan api atau bahan yang membara.

KESELAMATAN DIRI DAN RAKAN Mematuhi peraturan keselamatan diri dan rakan sekerja merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap individu yang bekerja di bengkel. Cara berpakaian dan tatacara kerja yang tidak betul merupakan penyebab berlakunya kemalangan diri. A. Pakaian. Ciri-ciri pakaian yang sesuai adalah seperti berikut; 1. Pakaian hendaklah sesuai dengan kerja yang dilakukan 2. Pakaian yang tidak terlalu ketat atau longgar 3. Memakai sarung tangan yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan 4. Memakai kasut keselamatan 5. Memakai topi keselamatan (jika perlu) 6. Memakai tali pinggan keselamatan (Jika Perlu) 7. Selain itu penampilan diri hendaklah sentiasa kemas, berambut pendek dan menjaga kebersihan diri. B. Budaya Kerja yang baik Amalan budaya yang baik adalah seperti berikut; 1. Mematuhi arahan dan prosedur yang ditetapkan 2. Sentiasa bertertib dan berdisiplin semasa bekerja 3. Teliti dan bertanggung jawab 4. Menggunakan peralatan mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan 5. Memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan kemas 6. Menggunakan pelindung muka, gogal atau cermin mata pelindung semasa menggerudi dan mencanai. 7. Tidak memakai sarung tangan ketika menggunakan mesin yang berputar seperti mesin gerudi dan mesin pencanai. Memakai peralatan keselamatan tambahan atau khas apabila perlu seperti fon telinga dan topeng penapis pernafasan apabila melakukan kerja yang terdedah pada bunyi bising yang melampau atau udara yang kotor.

KESELAMATAN AM DI TEMPAT KERJA. UTAMAKAN KESELAMATAN. Slogan ini merupakan peringatan kepada semua pekerja dan pelawat apabila berada di tapak binaan, bengkel dan kilang. Selain slogan dan tanda amaran Poster dan pelbagai simbol keselamatan juga di pamirkan sebagai ingatan dan amaran pentingnya Keselamatan. Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 juga diwujudkan bertujuan untuk melindungi dan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja yang sedang bekerja terjamin. Untuk memastikan risiko kemalangan dalam bengkel dapat dielakkan, semua pihak perlu mengambil tanggung jawab dengan mematuhi peraturan keselamatan ditempat kerja. Kemalangan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan kecederaan, malah boleh menyebabkan kematian. AWAS !!!. PUNCA KEMALANGAN. Kemalangan industri berpunca dari tiga aspek utama iaitu A. B. C. Kecuaian manusia Keadaan tempat kerja dan Keadaan peralatan atau mesin

A. Kecuaian manusia

Tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja yang sedang dilakukan. Tumpukan perhatian dengan sewajarnya. Tidak merancang dengan teliti sebelum melaksanakan kerja. Rancang terlebih dahulu kerja-kerja anda. Tiada pengetahuan yang mengcukupi apabila mengendalikan peralatan atau mesin. Tanya dengan Jurulatih jika anda masih ragu-ragu. Tidak mematuhi peraturan bengkel dan tanda amaran yang ditetapkan. Tumpukan perhatian anda pada tandaanda amaran UTAMAKAN KESELAMATAN yang dipamirkan di dinding-dinding bengkel.
6

Tiada tanda amaran keselamatan di tempat kerja. Jangan mencari alasan jika berlaku kemalangan di dalam bengkel terhadap anda. Menyalahgunakan peralatan tidak mengikut kegunaan sebenarnya. Pastikan kesemua peralatan yang anda gunakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Gagal mematuhi prosedur penggunaan peralatan atau mesin. Penggunaan yang tidak betul boleh merosakkan mesin dan peralatan dan mungkin akan membahayakan keselamatan anda.

B. Keadaan tempat kerja

Keadaan lantai yang licin. Pastikan tiada tumpahan sebarang cecair. keadaan lantai yang kotor. Pastikan selepas bekerja lantai disapu dengan bersih. kawasan kerja yang terhad, tiada ruang bergerak dengan selesa. Pastikan dan perhatikan anda bekerja pada ruang yang luas dan selesa. Persekitaran kerja yang tidak mempunyai pengalihudaraan dan pencahayaan yang baik. Pastikan ventilation dan lampu menyela ketika bekerja untuk keselesaan bekerja dan keselamatan. Kawasan kerja yang terlalu bising. Jangan jadikan kawasaan bekerja tempat bermain-main agar tidak terjadi kemalangan.

C. Keadaan Mesin dan peralatan

Bahagian mesin yang bergerak tidak dilindungi penghadang keselamatan. Gunakan pengadang. Mesin tidak diselenggarakan dengan baik. Periksa mesin terlebih dahulu sebelum digunakan.

Kedudukan dan susunan mesin tidak teratur. Periksa kedudukan dan susunatur mesin-mesin. Menggunakan mesin yang tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Jangan gunakan peralatan lain selain yang ada di dalam bengkel sahaja sebab kesemua mesin mengikut piawaian yang diperlukan. Kerosakan pada alat atau kebocoran litar elektrik. Jangan cuba membaikinya sendiri dan beritahu jurulatih jika berlaku demikian. Menggunakan alat yang rosak. Jangan gunakan peralatan yang sudah rosak sebab ia akan mengundang bahaya pada diri anda.

You might also like