You are on page 1of 4

PERATURAN KESELAMATAN UNTUK MELAKUKAN KERJA KIMPALAN DAN MENGGUNAKAN ALAT OXYACETYLENE o Sebelum melakukan kerja kimpalan, pemeterian,

pemotongan dan pemanasan dengan menggunakan mesin kimpal atau alat Oxy-Acetylene, anda dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada pegawai anda dengan mengisi borang Hot Work Permit. Kerja kimpalan arka perlu dikendalikan oleh pekerja teknikal yang berkelayakan dan mahir. Alat perlindungan keselamatan yang sesuai iaitu alat perlindungan muka dan mata seperti welding shield dan safety goggles, sarung tangan dan kasut keselamatan serta lain-lain alat perlindungan dipakai di sepanjang masa kerja. Kerja kimpalan mesti dilakukan di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik untuk mengurangkan pendedahan dan terhidu asap kimpalan serta untuk mencegah kewujudan kadar oksigen yang tinggi serta wap beracun. Tempat kerja mesti beralaskan lantai yang kalis api seperti lantai konkrit dan ianya mesti jauh daripada sumber-sumber yang mudah terbakar.

Langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Kimpalan Arka


Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh. Jangan sentuh bahagian elektrik yang terdedah dan mengalirkan arus Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam keadaan yang baik.

Elakkan daripada mengimpal ditempat yang basah atau lembap. Jika ianya tidak dapat dielakkan, pakai kasut getah dan berdiri di atas platform yang kering Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang dikimpal dan seberapa dekat yang boleh dengan tempat kimpalan dilakukan. Gunakan pemegang elektrod yang mempunyai salutan penebat Pastikan semua sambungan elektrik adalah kemas, bersih, kering dan berpenebat Jangan cuba untuk membaiki bahagian elektrik di dalam mesin kimpalan atau di dalam panel kawalan. Pastikan kabel bekalan kuasa dan kabel kimpalan mempunyai salutan penebat. Jangan belitkan kabel di keliling badan anda. Jangan gunakan kabel yang penebatnya telah haus, merekah atau terkoyak Pastikan kabel mesin kimpalan tidak menghalang laluan pekerja lain dan gulungkan kabel tersebut selepas digunakan. Matikan suis mesin kimpalan apabila tidak digunakan Awas! Pancaran arka boleh merosakkan mata dan membakar kulit Lindungi mata anda daripada pancaran arka. Pakai pelindung muka (welding shield) yang mempunyai penapis gelap (filter shade) yang sesuai Pakai alat perlindungan keselamatan yang sesuai untuk kerja kimpalan dan pastikan ianya berada di dalam keadaan yang baik Jangan lakukan kerja kimpalan berdekatan dengan tempat operasi menukar gris kerana pancaran arka boleh menukarkan wap menjadi gas yang bahaya Lindungi orang lain daripada pancaran arka dengan menggunakan skrin pelindung atau penghadang. Awas! Wap dan gas yang wujud semasa proses kimpalan boleh membahayakan kesihatan anda. Jauhkan kepala anda dari terhidu asap kimpalan. Jangan berada terlalu dekat dengan arka. Adakan pengudaraan (ventilation) atau penyedutan asap (exhaust) yang mencukupi untuk mengalihkan asap dan gas dari zon pernafasan anda.

Awas! Arka kimpalan dan pemotong api mengujudkan kawasan besuhu tinggi dan nyalaan terbuka yang boleh mengakibatkan kebakaran. Pastikan tempat kerja bersih, kering dan jauh daripada sebarang bahaya. Adakan alat pemadam api yang bersesuaian berdekatan dengan sumber api, bersedia untuk tindakan dan perlu tahu menggunakannya. Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan cecair atau gas yang mudah terbakar, mudah meruap atau mudah meletup. Alihkan semua barangan yang mempunyai kemungkinan bahaya terbakar daripada kawasan kimpalan. Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan tangki bahanapi. Jangan lakukan kimpalan pada bekas, tong atau tangki yang mengandungi bahan mudah terbakar atau bahan yang merbahaya.

Langkah keselamatan semasa menggunakan alat OxyAcetylene

Gas bertekanan tinggi tidak boleh digunakan terus daripada selinder tanpa alat pelaras pengurangan tekanan. (Pressure Reducing Regulator) Awas! Minyak atau gris akan menjadi sangat mudah terbakar atau meletup dengan kehadiran oksigen Sentiasa pastikan alat pelaras bebas dari minyak atau gris. Jangan gunakan minyak atau gris pada alat pelaras, selinder dan sambungan. Jangan rosakkan relief valve atau alihkannya daripada alat pelaras. Relief valve bertindak sebagai pelindung kepada kawasan tekanan rendah pada pelaras daripada tekanan tinggi. Pastikan selinder sentiasa berada didalam keadaan tegak dan terkawal Jangan hentam, jatuhkan atau kenakan api pada mana-mana injap di selinder. Sentiasa pastikan tudung keselamatan untuk injap berada pada kedudukannya semasa selinder dipindahkan atau distorkan (samada penuh ataupun kosong) Jangan berdiri di hadapan atau di belakang alat pelaras semasa membuka injap selinder; sebaiknya berdiri di dalam

keadaan injap selinder berada di antara anda dan alat pelaras. Sentiasa buka injap selinder dengan perlahan dan cermat Sentiasa adakan ujian kebocoran pada sistem sebelum muncung (torch) dinyalakan. Periksa kebocoran pada alat pelaras dan sambungan injap selinder. Jangan lakukan ujian dengan menggunakan api, sebaliknya gunakan larutan khas untuk mengesan kebocoran. Semasa menyalakan gas, arahkan nyalaan jauh dari orang, perkakasan dan sebarang bahan yang mudah terbakar. Apabila kerja telah selesai, periksa tempat lerja daripada kemungkinan api atau bahan yang membara.

You might also like