You are on page 1of 4

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

PENYELIA KIMPALAN

Disediakan Oleh:
Ts. Mohamad Riza Bin Ismail

Unit Kimpalan
Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Shah Alam
Peranan Dan Tanggungjawab Penyelia Kimpalan

1. Pengenalan

Penyelia Kimpalan ialah seorang yang mempunyai kemahiran pengurusan dengan


pengetahuan yang luas dalam proses kimpalan. Mereka untuk merancang
penggunaan sumber seperti pekerja, mesin dan bahan mentah. Selain itu, mereka
juga perlu memantau dan menyelia projek dengan selamat dan mengikut jadual
serta bajet yang telah ditetapkan.

Mereka juga bertanggungjawab untuk melatih pekerja berkaitan teknik yang


betul, pemilihan bahan, peralatan, dan teknik fabrikasi. Tanggungjawab ini
meletakkan Penyelia Kimpalan dalam kedudukan yang penting dan kritikal untuk
meningkatkan produktiviti dan kualiti produk dalam setiap industri yang
menggunakan kimpalan sebagai proses teras dalam pembuatan produk.

2. Persekitaran Kerja Penyelia Kimpalan

Penyelia kimpalan bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kualiti kerja


kimpalan yang dilakukan di kilang atau persekitaran industri. Mereka mengawasi
pasukan pengimpal dan memastikan mereka dilatih dengan betul dan mengikut
semua prosedur keselamatan.

Penyelia kimpalan juga membangunkan dan melaksanakan prosedur kawalan


kualiti untuk memastikan produk memenuhi piawaian syarikat. Penyelia kimpalan
biasanya bekerja di pejabat berhampiran kawasan kimpalan dan mungkin
terdedah kepada bunyi bising dan haba dari proses kimpalan. Dia juga mungkin
terdedah kepada bahan berbahaya seperti asap daripada proses kimpalan.

Penyelia kimpalan biasanya bekerja lapan jam sehari, tetapi mungkin dikehendaki
bekerja lebih masa untuk memenuhi tarikh akhir pengeluaran.

2
Peranan Dan Tanggungjawab Penyelia Kimpalan

3. Kemahiran Utama Penyelia Kimpalan

Bagi memastikan penyelia kimpalan mampu melaksanakan tugas dengan baik,


mereka perlu memiliki pelbagai kemahiran, diantaranya ialah;

 Boleh melaksanakan kerja dengan tersusun dan berorientasikan perincian


 Mempunyai sifat kepimpinan dan boleh memberi tunjuk ajar
 Mampu mengoptimumkan produktiviti dan prestasi kimpalan
 Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan sama ada secara lisan
atau bertulis
 Boleh bekerja secara berkumpulan dan dalam tekanan kerja yang tinggi
 Boleh memahami spesifikasi dan lukisan kejuruteraan seperti mengaplikasi
spesifikasi, membaca lukisan beserta pengetahuan istilah kimpalan dan
simbol kimpalan
 Boleh mentafsir kod dan standard kimpalan
 Memiliki pengetahuan tentang standard dan prosedur keselamatan
 Mempunyai pengetahuan tentang kimpalan dan bahan termasuk metalurgi
bahan, kebolehkimpalan bahan, jenis logam pengisi kimpalan, ujian bahan
dan spesifikasi bahan
 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan projek
 Boleh menyelesaiakan masalah dengan berkesan

4. Peranan & Tanggungjawab Penyelia Kimpalan

Penyelia kimpalan mempunyai pelbagai tanggungjawab termasuk:

 Memantau kualiti kerja kimpalan untuk memastikan ia menepati piawaian


industri
 Membangun dan melaksanakan dasar, prosedur dan amalan keselamatan
untuk tempat kerja
 Melaporkan kepada pihak pengurusan tentang status projek, termasuk
kelewatan yang mungkin berlaku disebabkan masalah peralatan atau isu
lain

3
Peranan Dan Tanggungjawab Penyelia Kimpalan

 Melatih pengimpal baru dalam teknik kimpalan dan prosedur keselamatan


yang betul
 Menyemak dan bertindak balas dengan berkesan kepada pelan tindakan
(blueprint), jadual dan aliran produk yang penting agar penyeliaan operasi
dapat dilaksanakan dengan produktif, kos yang efektif dan berorientasikan
kualiti
 Memberi bantuan teknikal kepada pengimpal apabila diperlukan
 Memastikan langkah keselamatan yang betul diambil semasa kimpalan
dilakukan
 Menyiasat kemalangan atau insiden untuk menentukan punca dan
mengambil tindakan pembetulan
 Melatih pengimpal tentang peralatan dan teknologi baharu apabila ia
tersedia
 Mengekalkan rekod aktiviti kimpalan, termasuk bahan yang digunakan dan
kelayakan pengimpal
 Berunding dengan pengurus, kakitangan kejuruteraan atau pelanggan
untuk membincangkan rancangan atau cadangan projek

Tugasan

Terangkan dengan terperinci terma-terma berikut beserta gambarajah, contoh,


pengiraan dan lain-lain maklumat yang berkaitan.

1. Inspection Test Plan (ITP)


2. Work In Progress (WIP)
3. Critical Path Analysis (CPA)
4. Gantt Chart
5. Material Take Off (MTO)
6. Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)
7. Permit To Work (PTW)

You might also like