You are on page 1of 6

Tajuk: Bahan api Tujuan: Menyiasat penyulingan berperingkat petroleum Bahan-bahan/alat radas: Petroleum, serpihan proselin, kertas turas,

kaki retot, condenser Libig, kelalang kon, kasa dawai, tungku kaki tiga tripod, piring penyejuk, dan penunu Bunsen Prosedur: Penyulingan berperingkat petroleum 1. Alat radas telah dipasangkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah. 2. Minyak petroleum telah dipanaskan dengan perlahan dalam kelalang penulingan. 3. Percahan pertama telah dikumpulkan pada suhu 30 80 darjah Celsius. 4. Pemanasan diteruskan dan pecahan yang telah disulingkan ke dalam kelalang yang berasingantelah dikumpulkan pada suhu yang berbeza iaitu 80 120 darjah Celsius, 120 160 darjah Celsius dan 160 200 darjah Celsius.

Ciri-ciri pecahan penyulingan berperingkat 1. Warna setiap pecahan telah diperhatikan. 2. Kelikatan setiap pecahan telah diperhatikan dengan mencodongkan kelalang kon. 3. Sedikit cecair setiap pecahan telah dituangklan ke dalam piring penyejat dan telah dinyalakan. Warna api dan jelaga yang dihasilkan telah diperhatikan. 4. Pemerhatian telah direkodkan. Keputusan: Pecahan Julat Suhu (oC) 30 - 80 80 -120 120 -160 160 -200 Warna Kelikatan Kebolehbakaran Kuantiti Jelaga Tiada Sedikit Banyak Amat banyak

1 2 3 4

Kuning muda Kuning muda Kuning Kuning tua

Tidak likat Tidak likat Agak likat Likat

Mudah terbakar Mudah terbakar Susah terbakar Tidak terbakar

Perbincangan: Dalam petroleum terdapat pelbagai pecahan hidrokarbon. Pecahan-pecahan hidrokarbon ini boleh diekstrak daripada petroleum melalui proses penyulingan berperingkat. Hal ini adalah kerana pecahan-pecahan hidrokarbon ini masingmasing mempunyai takat didih dan takat lebur yang berbeza. Oleh itu, pecahanpecahan hidrokarbon ini boleh diasingkan sekiranya suhu bahan itu dinaikkan ke suhu yang sesuai. Sebagai contohnya, untuk mengestrak gasoline daripada petroleum, suhu petroleum harus dinaikkan ke 40 darjah Celsius hingga 70 darjah selsius. Apabila suhu berada pada julat itu, maka gasoline akan menjadi

wap dan akan naik ke udara dan dipisahkan daripada petroleum mentah. Pecahan-pecahan hidrokarobon dalam petroleum mempunyai takat didih dan takat lebur yang berbeza kerana terdapat berbezaan dalam bilangan karbon dalam pecahan-pecahan tersebut. Pecahan-pecahan hidrokarbon yang mempunyai takat didh dan takat lebur yang rendah adalah hidrokarbon yang mempunyai bilangan atom karbon yang rendah. Gasoline dapat diesktrak daripada petroleum pada julat suhu 40-70 darjah selsius kerana ia mempunyai 8 atom karbon dalam rantai hidrokarbonnya. Selain terdapat perbezaan dalam takat didih dan takat lebur, pecahan-pecahan hidrokarbon juga mempunyai warna dan kelikatan yang berbeza. Hidrokarbon yang mempunyai bilangan atom karbon yang lebih banyak mempunyai warna yang gelap dan teksturnya adalah likat. Kelikatan cecair hidrokarbon yang berantai panjang adalah tinggi kerana bilangan atom karbon yang banyak telah memperkuatkan daya ikatan. Oleh itu, molekul-molekul hidrokarbon menjadi lebih sukar untuk mengelongsor antara satu sama lain. Hidrokarbon yang diekstrak dengan suhu yang tinggi juga adalah sukar untuk dinyalakan dan apabila dinyalakan, ia akan menghasilkan jelaga yang banyak. Hal ini disebabkan oleh bilangan atom karbon per molekul adalah banyak. Oleh itu, bedasarkan keputusan yang diperoleh, pecahan hidrokarbon keempat adalah hidrokarbon yang berantai panjang dan mempunyai bilangan atom karbon yang banyak manakala, pecahan hidrokarbon pertama adalah hidrokarbon yang berantai pendek dan mempuyai bilangan atom karbon yang lebih kurang. Semasa menjalankan aktiviti ini, pelbagai perkara perlu diperhatikan. Perkara pertama ialah kita haruslah memasikan bahawa setiap sambungan alat radas adalah ketat supaya wap gas yang dihasilkan tidak terbebas keluar. Serpiha porcelain juga hendaklah digunakan untuk mengelakkan petroleum daripada melompat masuk ke dalam salur pengantar apabila dididihkan. Selain itu, semasa pemanasan petroleum dilakukan, kita haruslah memastikan tenaga haba yang digunakan untuk memanaskan cecair petroleum itu adalah tinggi supaya

tenaga yang cukup dapat dibekalkan kepada pecahan-pecahan molekul untuk menjadi wap. Kesimpulan: Pecahan hidrokarbon yang mempunyai takat didih yang tinggi mempunyai kelikatan yang tinggi, adalah sukar untuk dinyalakan, menghasilkan jelaga yang banyak dan warnanya adalah gelap. Soalan pengayaan: 1. Bicangkan kebolehnyalaan pecahan petroleum. Molekul hidrokabon yang lebih panjang adalah lebih sukar untuk dinyalakan. Molekul hidrokarbon yang berantai panjang ialah hasil hidrokarbon yang memerlukan haba yang lebih banyak untuk diwapkan supaya dapat dipisahkan daripada minyak petroleum. 2. Bincangkan hubungan di atara tahap didih pecahan dengan: a. Warna pecahan Semakin tinggi takat didih sesuatu pecahan petroleum, semakin gelap warna hasil pecahan petroleum. Oleh itu, hasil pecahan petroleum 4 adalah paling gelap dan hasil pecahan petroleum 1 adalah paling jernih warnanya. b. Kelikatan pecahan Semakin tinggi takat didih pecahan petroleum, semakin likat hasil pecahan petroleum itu kerana rangtai hidrokarbon yang semakin panjang. Hasil pecahan petroleum 4 adalah paling likat dan hasil pecahan petroleum 1 adalah paling tidak likat. c. Penghasilan jelaga Semakin tinggi takat didih pecahan petroleum, semakin banyak jelaga yang dihasilkan oleh pecahan petroleum tersebut. Apabila

hasil pecahan petroleum 4 dinyalakan, ia menghasilkan paling banyak jelaga manakala hasil pecahan petroleum 1 menghasilkan paling kurang jelaga apabila dinyalakan. 3. Pecahan X mempunyai formula C6H14. Ramalkan warna, kelikatan dan jelaga yang dihasilkan oleh X. Pecahan petroleum X adalah jernih dan cecair ini adalah tidak likat dan apabila dinyalakan, ia akan menghasilkan jelaga yang kurang. 4. Tulis persamaan seimbang untuk mewakilkan pembakaran gasoline ( C8H18). 2 C8H18 + 25 O2 16 CO2 + 18 H2O 5. Pembakaran tidak lengkap gasoline menyababkan pembuangan gas beracun seperti karbon monoksida dan nitrik oksida. Tuliskan persamaan seimbang untuk mewakilkan pembakaran gasoline yang tidak lengkap ini ( C8H18). C8H18 + (17/2)O2 ---> 8CO + 9H2O 6. Apakah biodiesel?

7. Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding dengan bahan api petroleum?

Bibliografi Internet Freudenrich, C. (2012). How Oil Refining Works. Retrieved July 3, 2012, from http://science.howstuffworks.com/environmental/energy/oil-refining4.htm Hess, M. S. (2012). How Biodiesel Works. Retrieved July 6, 2012, from http://auto.howstuffworks.com/fuel-efficiency/alternativefuels/biodiesel.htm

You might also like