You are on page 1of 5

Amali 3 : Penyediaan etanol.

Tujuan : Mengakaji penyediaan etanol dalam makmal.

Penyata : Proses apakah yang digunakan untuk penapaian etanol ?

Masalah

Hipotesis : Etanol dihasilkan melalui proses panapaian karbohidrat oleh yis.

Teori :

Alkohol etil merupakan satu sebatian kimia yang boleh didapati dalam minuman
beralkohol. Ethanol adalah alkohol rantai lurus, dan formula molekul ialah CHOH. Formula
empirik adalah CHO. ,CH-CH-OH, yang menunjukkan bahawa karbon kumpulan metil
(CH). Etanol asli merupakan cecair jernih yang mudah terbakar dengan titik didih pada 78.5
C dan titik bekupada - 114.5 C. Etanol juga digunakan sebagai bahan anti- beku dan
mempunyai bau vodka. Etanol merupakan satu cecair yang mempunyai ketumpatan sebanyak
789g/1 iaitu kurang 20 peratus daripada ketumpatan air. Sehubungan itu, etanol larut dalam air
dengan mudah dan juga merupakan pelarut yang baik untuk pewangi, cat,dan tinktur. Hal ini
menyebabkan perisa ditambah ke dalam etanol semasa proses brewing. Etanol juga
digunakan sebagai pembasmi kuman (70%hingga 85% etanol). Larutan tersebut boleh
membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut lipid, dan menghalang
kebanyakan bakteria, kulat,dan sesetengah virus. Walaubagaimanapun, etanol tidak berkesan
terhadap spora bakteria. Sifat ini menyebabkan, etanol boleh disimpan untuk tempoh masa
yang lama yang menjadi minuman alkohol. Etanol juga digunakan dalam sebagai bahan api
yang digantikan dengan gasolin. Sebagai contoh Etanol telah digunakan sebagai bahan api
lampu di Amerika Syarikat seawal sebagai 1840.
Pembolehubah

Dimanipulasikan : Jenis karbohidrat

Bergerak balas : Penghasilan etanol

Dimalarkan : Kehadiran yis

Bahan : Glukosa, air suling, yis, dan air kapur

Radas : kelalang kon 150 cm, Tiub penyambung dengan penyumbat getah,

Penimbang digital, kelalang kon , bikar, selinder penyukat, kelalang

Penyulingan, tiub penyambung dengan penyumbat getah, thermometer,

condenser liebig, turus pemeringkat, kaki retort dengan pengapit, tungku

kaki tiga, kasa dawai, penunu Bunsen, corong turas, kertas turas,

tabung didih.

Prosedur 1. 30 g glukosa dilarutkan dalam 100 cm3 air suling dalam sebuah

kelalang kon.

2. 10 g yis dimasukkan ke dalam kon dan campuran dikacau dengan

sekata.

3. Kelalang ditutup dengan penyumbat yang dipasangkan dengan salur

penghantar. Hujung salur penghantar yang satu lagi dimasukkan ke

dalam sebuahtabung didih yang berisi air kapur

4. Susunan radas diletakkan di tempat hangat sekitar 35C selama

seminggu.
5. Dari semasa ke semasa sebarang perubahan yang berlaku

dikenalpasti

.6. Selepas seminggu, ditapiskan bahan hasil penapaian dengan

Menuangkannya melalui sehelai kain kasa, dan hasil tapisan

dikumpulkan dalam sebuah kelalang berdasar bulat.

7. Hasil tapisan itu kemudian disulingkan .Melalui penyulingan ini, etanol

95% diperoleh pada suhu kira- kira 78 darjah selsius.

8. Hasil sulingan tersebut diperiksa dari segi warna dan baunya.

Pemerhatian : 1) Air kapur dalam bikar menjadi keruh. Ini menunjukkan gas karbon

dioksida dibebaskan semasa proses penapaian.

2) Cecair hasil sulingan yang diperoleh pada suhu 78 darjah selsius tidak
berwarna, berbau tajam (alkohol), mudah terbakar dan mendidik

pada suhu 78 darjah selsius. Ini menunjukkan cecair itu ialah etanol.

Perbincangan : Gas yang dibebaskan semasa penapaian ialah gas karbon


dioksida. Proses penyulingan akan menghasilkan etanol. Dalam proses
penapaian ini yis berfungsi sebagai agen penguraian. Yis mengandungi
enzim Zymase yang menguraikan glukosa kepada etanol. Langkah
keselamatan juga dibuat semasa menyukat isipadu yis dan glukosa.
Seterusnya campuran larutan glukosa dan yis di tutup dengan penutup
getah yang disambung dengan salur kaca. Hujung salur kaca di sambung
pada sebuah tabung uji yang mengandungi air kapur..Air kapur
digunakan kerana ia adalah penguji karbon dioksida. Hujung jalu kaca
tersebut dipastikan sentiasa direndam dalam air kapur. Penyulingan
berperingkat digunakan untuk menyuling etanol. Setelah
satumingguproses penapaian, hasil turasan yang diperoleh dimasukkan
ke dalam radas penyulingan. Kelalalng penyulingan dipanaskan sehinnga
campuran mendidih.Etanol yang disulingkan keluar pada julat suhu 78-
80C 4.

Tuliskan persamaan lengkap bagi pembakaran etanol.

CH3CH2OH (ce) +3O2(g) 2CO2(g) + 3H2O(ce)

Sifat-sifat kimia etanol

1. Tindak balas pembakaran

(a) Seperti bahan organic yang lain, etanol juga mudah terbakar. Hasil
pembakarannya ialah air dan karbon dioksida.

C2H5OH(ce) + 3O2 (g) 2CO2 (g) + 3H2O(ce)

Apabila sedikit etanol dibakar dalam sebuah piring kaca, permerhatian-permerhatian berikut

akan diperoleh.

Ujian sifat Pemerhatian


(a) Keadaan nyala Tiada jelaga
(b) Warna nyala
Biru
(c) Kebolehbakaran
Mudah dibakar

(C) Pembakaran lengkap etanol dalam oksigen yang berlebihan menunjukkan bahawa etanol
ialah suatu bahan api yang baik.
Kesimpulan : Semasa penapaian, glukosa ditukarkan kepada etanol dan karbon

dioksida dibawah tindakan enzim daripada yis mengikut persamaan

berikut :

CHO (ak) 2CH0H (ak) + 2CO (g)

You might also like