You are on page 1of 18

1.

0 Tajuk
1.1 Penghabluran semula sebagai satu proses penulenan.

2.0 Tujuan
2.1 Untuk menulenkan kalium nitrat, KNO3 melalui proses penghabluran.
2.2 Untuk menulenkan magnesium klorida, MgCl 2 melalui proses
penghabluran.
3.0 Bahan dan Radas
3.1.1 Garam kalium nitrat, KNO3, yang dicampur dengan kalsium karbonat,
CaCO3.
3.1.2 Garam magnesium klorida, MgCl 2, yang dicampur dengan kalsium
karbonat, CaCO3.
3.1.3 Air suling
3.1.4 Neraca elektronik
3.1.5 Bikar 100 cm3
3.1.6 Corong turas
3.1.7 Kertas turas
3.1.8 Rod kaca
3.1.9 Spatula
3.1.10 Penunu bunsen
3.1.11 Tungku kaki tiga
3.1.12 Kasa dawai
3.1.13 Mancis
3.1.14 Pemegang tabung uji
3.1.15 Papan asbestos
3.1.16 Kaca
3.1.17 Termometer
3.1.18 Kaki retort
3.1.19 Mikroskop cahaya
3.1.20 Penutup hidung dan sarung tangan

4.0 Langkah berjaga-jaga:

4.1.1 Pakai alatan tambahan seperti sarung tangan,penutup hidung dan baju
makmal semasa mengendalikan eksperimen.
4.1.2 Elakkan daripada memegang bahan kimia dengan menggunakan tangan.
Gunakan spatula bagi mengeluarkan bahan kimia daripada bekasnya.
4.1.3 Bikar mesti dibasuh dan dibersihkan dengan air suling sebelum digunakan.
4.1.4 Baca label pada bahan terlebih dan kenali jenis bahan terlebih dahulu untuk
memastikan bahan yang dipilih ialah bahan yang betul dan bagi
mengelakkan daripada kemalangan semasa menjalankan ekperimen
kerana kecuaian.
4.1.5 Pastikan garam yang dicampur dengan air suling ditambah sehingga
berlebihan
4.1.6 Elakkan daripada menggunakan air suling dalam kuantiti yang banyak.
4.1.7 Air suling mesti ditambah sedikit demi sedikit bagi mengelakkan larutan
menjadi cair. Hentikan penambahan air apabila campuran mula bertindak
balas.
4.1.8 Rujuk rajah keterlarutan bagi menentukan isipadu air suling yang mesti
ditambah.
4.1.9 Panaskan larutan pada suhu yang rendah atau sederhana kerana suhu
yang tinggi akan menyebabkan larutan kalium nitrat, KNO 3, bertukar kepada
gas nitrogen.
4.1.10 Biarkan larutan tepu tersejat dengan sendiri bagi megelakkan larutan
bertukar kepada gas yang menyebabkan hablur tidak akan terbentuk.
4.1.11 Pastikan bahan yang reaktif seperti kalium kloria, KCl dekendalikan
sebaiknya bagi mengelakkan kemalangan semasa menjalankan
eksperimen.
4.1.12 Pastikan hablur dibilas dengan air suling yang sejuk bagi mengelakkan
hablur kembali menjadi larutan.
4.1.13 Keringkan hablur dengan kertas turas untuk mendapatkan hablur yang
tulen.
4.1.14 Basuh tangan dengan sebersihnya selepas ekserimen siap dijalankan.
Jangan sesekali makan selepas menjalankan eksperimen tanpa
membasuh tangan terlebih dahulu.

5.0 Laporan amali


5.1.1 Bikar 100 cm3 dibasuh dan dicuci dengan air suling.
5.1.2 Jisim bikar 100 cm3 ditimbang dan dicatatkan.
5.1.3 Jisim bikar yang mengandungi campuran kalium nitrat, KNO 3, dengan
kalsium karbonat, CaCO3 , ditimbang dan dicatatkan.
5.1.4 Air suling ditambah sedikit demi sedikit sehingga campuran bahan mula
bertindak balas dengan air.
5.1.5 Campuran bahan dikacau dengan rod kaca sehingga sebati dan
dituraskan ke dalam bikar 100 cm3 dengan menggunakan kertas turas.
5.1.6 Kaki retort digunakan untuk memegang corong turas semasa proses
turasan.
5.1.7 Kalsium karbonat, CaCO3 ,yang tidak larut dalam air suling diasingkan dan
ditimbang dengan menggunakan neraca elektronik. Jisim kalsium
karbonat CaCO3 dicatatkan.
5.1.8 Hasil turasan dituras untuk kali kedua bagi mendapatkan larutan kalium
nitrat, KNO3, yang tulen,jernih dan bebas daripada campuran bahan asing.
5.1.9 Hasil turasan kedua yang telah dipastikan bebas daripada campuran
bahan asing dipanaskan dengan menggunakan penunu bunsen. Bacaan
awal larutan dicatatkan.
5.1.10 Termometer diapit pada kaki retort untuk mengukur suhu larutan sebelum
dan semasa pemanasan. Bacaan awal suhu larutan dicatakan.
5.1.11 Suhu larutan dikawal sebaiknya dan dipastikan tidak melebihi 100 0c, api
pembakaran dikawal dengan memperlahankan api setiap kali larutan
mencapai 950c bagi mengelakkan larutan kalium nitrat, KNO 3, bertindak
balas dan membebaskan gas nitrogen dioksida ,NO 2, pembebasan gas
nitrogen dioksidas ,NO2, akan mengakibatkan bahan lain terhasil.
5.1.12 Larutan dipanaskan sehingga 1/3 daripada larutan asal. Bacaan suhu
akhir dicatatkan.
5.1.13 Larutan yang masih panas dituang dan diratakan ke atas cermin untuk
disejukkan.
5.1.14 Prosedur amali dijalankan seperti dalam rajah 4.1.11(a)
Rajah 4.1.11 (a)

5.1.15 Hablur yang telah terbentuk selepas disejukkan, diperiksa di bawah


mikroskop cahaya dan ditentukan sifat-sifat fiziknya. Ciri-ciri hablur kalium
nitrat, KNO3, dicatatkan.
5.1.16 Langkah 1 hingga langkah 14 diulang dengan menggunakan garam
magnesium klorida, MgCl2, yang telah dicampur dengan kalsium
karbonat, CaCO3.

6.0 Data eksperimen

Kalium Nitrat, KNO3, Magnesium Klorida, MgCl2,


Garam
selepas ditolak dengan selepas ditolak dengan kalsium
Perkara
kalsium karbonat, karbonat, CaCO3.
CaCO3.
Jisim (g) 21.86 23.58

Warna larutan Putih susu Putih susu


selepas dicampur
dengan air suling
Warna larutan Jernih Jernih
selepas dituras
Suhu awal 31 32
larutan(0c)

Suhu akhir 98 97
larutan (0c)

Isipadu awal 90 60
larutan(ml)
Isipadu akhir 30 20
larutan (ml)
Jadual 6.0

6.1 Data dan Pemerhatian


Garam Kalium nitrat, KNO3 Magnesium klorida, MgCl2

Bentuk
hablur

Struktur
Hablur

Rajah 6.1
7.0 Perbincangan
7.1.1 teori garam
Garam ialah suatu sebatian ion, anionnya berasal dari asid
manakala kationnya berasal daripada bes(Low Swee Neo,2012).
Contohnya, kalium klorida, KCl, ialah garam yang terbentuk daripada
tindak balas antara kalium hidroksida dengan , KOH dengan asid
hidroklorik, HCl.

KOH(ak) + HCl(ak) KCl(ak) + H2O(ak)

Maka garam dapat ditakrifkan seperti berikut

Garam ialah suatu sebatian yang terbentuk apabila ion hydrogen H +


Dalam asid digantikan dengan dengan ion logam atau ion ammonium,
NH+ (,2012)

Garam tak terlarutkan ialah garam yang larut dalam di dalam air
pada suhu bilik, garam tak terlarutkan pula ialah garam yang tak larut
dalam air pada suhu bilik. (Cikgu Adijuana,2013). Garam larut dan
garam tak larut dibahagikan kepada bberapa bahagian. Antaranya
ialah:

a. Semua garam nitrat larut dalam air.


b. Semua garam klorida larut dalam air kecuali Plumbum(II)
klorida,Pb2Cl, Argentum klorida, AgCl, dan Merkuri(II) Klorida,HgCl
c. Semua garam sulfat larut dalam air kecuali Plumbum(II) sulfat,
PbSO4, Barium sulfat,BaSO4 ,dan Kalsium sulfat,CaSO4.
d. Semua garam karbonat tidak larut dalam air kecuali Natrium
karbonat (NaCO3), Kalium karbonat (KCO3) dan Ammonium
karbonat (NHCO3).

Garam terlarutkan dapat disediakan melalui pelbagai kaedah Antaranya:

Rajah 7.1 (b)


Garam terlarutkan yang terbentuk semasa proses penyediaannya
mengandungi bendasing .Maka, garam tersebut perlu ditulenkan melalui
proses penghabluran semula(Yeap Tok Kheng,2009).

Dalam eksperimen ini, garam tak terlarutkan telah dicampurkan


dengan garam terlarutkan. Jadi untuk mengasingkan garam tak
terlarutkan daripada garam terlarutkan yang telah dicampurkan bersama,
maka air suling mesti ditambah pada campuran itu dan dikacau dengan
menggunakan rod kaca. Hal ini kerana, garam tak terlarutkan yang
digunakan dalam eksperimen ini iaitu kalsium karbonat tidak larut dalam
air pada suhu bilik. Melalui proses turasan, garam tak terlarutkan dapat
diasingkan daripada garam terlarutkan. Namun air suling yang ditambah
pada campuran itu mesti pada isipadu tertentu bagi mengelakkan garam
terlarutkan menjadi larutan cair.

7.1.2 Ralat dalam eksperimen

Semasa penyediaan hablur magnesium klorida, larutan yang


terbentuk hasil daripada proses turasan tidak membentuk hablur walaupun
setelah dipanaskan dan disejukkan. Hal ini kerana, air yang ditambah pada
campuran itu untuk mengasingkan bendasing dengan garam telah
berlebihan menyebabkan larutan menjadi cair. Larutan yang tidak tepu telah
menghalang hablur daripada terbentuk kerana zat terlarut lebih rendah
daripada pelarut.

Larutan tepu atau larutan pekat ialah larutan yang mempunyai zat
terlarut yang maksimum. Larutan tepu tidak dapat melarutkan lagi zat
terlarut yang ditambahkan padanya. Walau bagaimanapun, kadar
keterlarutan zat terlarut dalam pelarut bertambah jika pelarut
dipanaskan(Irwan,2013). Larutan cair pula ialah larutan yang mempunyai
kandungan zat terlarut yang lebih sedikit dalam pelarut . Sebagai contoh,
garam natrium klorida dan air. Jika natrium klorida dicampurkan dan
dikacau pada suhu 30⁰c, komposisi keseimbangan bagi fasa larutan akan
menjadi 36 g NaCl per 100g air. Ini adalah kebolehlarutan bagi natrium
klorida dalam air pada suhu 30⁰c. Namun, jika komposisi bagi air telah
berubah sama ada menerusi pertambahan asid hidroklorik (HCl) ataupun
pertambahan isipadu air pada suhu 30⁰c, maka keseimbangan atau
kebolehlarutan kandungan NaCl bagi menjadi larutan tepu akan berubah.
Setiap garam mempunyai tahap ketepuan yang berbeza
(Penghabluran,2012).Rajah 7.1.2 (c) menunjukkan graf keterlarutan garam
dalam 100 cm3 air.

Rajah 7.1.2 (c)

Keterlarutan pula bermaksud kuantiti maksimum bagi sesuatu bahan


yang dapat dilarutkan dalam pelarut pada suhu yang tertentu. Faktor yang
mempengaruhi kadar keterlarutan adalah (i) suhu pelarut, (ii) kadar
kacauan dan (iii) saiz zat terlarut( Ooi Yong Seang,2009).

i) Suhu Pelarut
Semakin tinggi suhu pelarut, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
kerana lebih banyak zat terlarut yang boleh larut pada suhu lebih tinggi.

ii) Kadar Kacauan


Semakin tinggi kadar kacauan, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
kerana proses mengacau dapat mempercepatkan lagi kadar melarut

iii) Saiz Zat Terlarut


Semakin kecil saiz zat terlarut, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
lebih cepat melarut kerana luas permukaan yang lebih besar. Saiz zat
terlarut dapat dikecilkan dengan menumbuk bahan atau garam dengan
menggunakan mortar.

7.1.3 Teori Hablur

Hablur atau kristal merupakan bahan pepejal yang terdiri daripada


gugusan atom, molekul atau ion yang tersusun dalam susunan tertib yang
boleh menjangkau ketiga-tiga bentuk iaitu,atom,molekul atau ion. Selain
struktur mikroskopik, hablur besar lazimnya boleh dikenal pasti dengan
bentuk geometri makroskopik yang terdiri daripada bentuk leper dengan
orientasi yang tertentu(Wikipedia,2011). Gambar rajah 6.1.2 (d) merupakan
bentuk-bentuk geometri hablur.

Setiap hablur mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat fiziknya yang


tersendiri(Low Swee Neo,2012). Antara sifat fizik hablur ialah:

i) Halbur mempunyai bentuk geometri yang tertentu seperti kiub,


rombus, atau prisma..
ii) Hablur mempunyai permukaan yang rata, sisi yang lurus, dan bucu
yang tajam.
iii) Hablur mempunyai bentuk geometri yang sama tetapi saiznya
mungkin berbeza.
iv) Hablur mempunyai sudut antara dua permukaan yang
bersebelahan yang tetap.
Rajah 7.1.3 (d)

Dalam eksperimen ini, hablur bagi garam kalium nitrat, KNO 3, ialah otrombos.
Manakala, bagi garam magnesium klorida struktur hablur yang sepatutnnya terbentuk
ialah kiub mudah(Wikipedia,2011) Namun, larutan magnesium klorida yang tidak
membeku menyebabkan bentuk hablur magnesium klorida tidak dapat ditentukan.

Garam Struktur

Kalium Nitrat,KNO3 Ortorombik

Magnesium Klorida, MgCl2 Kiub mudah


8.0 Kesimpulan
8.1 Bentuk hablur bagi garam kalium nitrat tulen ialah otrombus.
8.2 Bentuk hablur bagi garam magnesium klorida ialah kiub mudah.
9.0 Soalan
9.1 Garam Aluminium Nitrat, Al(NO3)2, dan Natrium Nitrat.

Garam Aluminium Nitrat, Al(NO3)2 Natrium Nitrat,NaNO3

Bentuk
hablur

Sifat
Fizik
Hablur
9.2 Garam Kuprum Sulfat,CuSO4, dan Garam Natrium Klorida, NaCl
Garam Kuprum Sulfat,CuSO4 Natrium Klorida, NaCl

Bentuk
hablur

Sifat
Fizik
Hablur

9.3 Garam Zink Sulfat, ZnSO4, dan Garam Aluminium Nitrat, Al(NO3)2
Garam Zink Sulfat, ZnSO4 Aluminium Nitrat, Al(NO3)2

Bentuk
hablur

Sifat
Fizik
Hablur

9.4 Garam Kalium Iodida, KI, dan Garam Kalium Dikromat, K2Cr2O7

Garam Kalium Iodida, KI Kalium Dikromat, K2Cr2O7


Bentuk
hablur

Sifat
Fizik
Hablur

10.0 Rujukan

Cikgu Adijuana.2011. Kaedah mengingat garam larut dan garam Dilayari pada 20
Ogos 2014 di laman web http://cikgudianasaujana.blogspot.com/2011/01/
kaedah-mengingat-garam-larut-dan-garam.html
Hailmi.(2013). Menganalisis larutan dan keterlarutan. Dilayari pada 20 ogos 2014
di laman web http://www.cikguhailmi.com/2013/07/menganalisa-larutan-dan-
keterlarutan.html

Irwan.(2013). Teori hablur Dilayari pada 20 Ogos 2014 di laman web

http://cikguirwanspm.blogspot.com/2013/02/koleksi-nota-ringkas-kimia-f4-
dan-f5.html

Low Swee Neo, Lim Yean Ching, Eng Nguan Hong, LIim Eng Wah, Umi Kalthom
Bt Ahmad.(2012). Buku Teks Kimia Tingkatan Empat, Abadi Ilmu Sdn. Bhd,
Selangor Darul Ihsan
Ooi Yong Seang & Darric Lim, (2009), Spotlight SPM Chemistry, Pan Asia
Publication Sdn. Bhd. Selangor. Malaysia.
Penghabluran.2012. Dilayari pad.htmla 20 Ogos 2014 di laman web
www.penghabluran.blogspot

Wikipidea.2012. Garam. Dilayari pada 20 Ogos 2014 di laman web


http://ms.wikipedia.org/wiki/Garam

Yeap Tok Kheng, (2009), Longman Essential Chemistry SPM, Pearson Malaysia
Sdn. Bhd. Selangor. Malaysia.

11.0 Lampiran

You might also like