You are on page 1of 16

KOD & NAMA KURSUS

KPR 3974
LATIHAN MENGAJAR
TAJUK


RANCANGAN MENGAJAR HARIAN MINGGU 6

KUMPULAN : UPSI 283
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
RIZAL BIN OSMAN D20102040998 013-3843929



NAMA TUTOR E-LEARNING : Prof. Madya Dr. Maria Binti Salih

TARIKH SERAH: 27 APRIL 2014















ISI KANDUNGAN


Bil Tajuk Halaman
1 Rancangan Pengajaran Harian Minggu 6 1- 6
2 Lampiran 1 Kad tugasan 1 7
3 Lampiran 2 Kad tugasan 2 8
3 Lampiran 3
Kad gambar 1
Kad gambar 2
Kad gambar 3
Kad gambar 4


9

10

11


12
Kad gambar 5 13
Kad gambar 6 14









1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS
TAHUN 4

Mata Pelajaran : Sains
Tema
:
Menyiasat alam bahan
Tajuk
:
Pengawetan makanan
Sub tajuk/ kemahiran
:
Mensintesis konsep pengawetan makanan
Tarikh
:
22.04.2014
Masa
:
1 Jam
Kelas
:
6 Kenanga
Bil. Murid
:
30 Orang
Standart Kandungan
:
1.2 Mensintesis konsep pengawetan makanan
Standart Pembelajaran
:
1.2.1Menyatakan cara-cara pengawetan makanan.
1.2.5merangka dan membuat projek pengawetan
makanan yang diberi.

Hasil Pembelajaran
:
A. Menguasai isi kandungan


1. Memahami bahawa pengawetan makanan
adalah cara untuk melambatkan makanan
daripada rosak
2. Mengenalpasti kaedah yang betul untuk
melakukan proses penjerukan


:
B. Membina Kemahiran Saintifik, berfikir dan strategi
berfikir


1. Murid dapat mengenalpasti jenis buah yang
sesuai untuk proses penjerukan
2. Murid dapat meramal apa yang akan terjadi
kepada buah yang dijeruk selepas seminggu.
3. Berkomunikasi menerusi perbincangan dan
merekod maklumat dapatan kajian bersama
rakan dan guru




2


:
C. Mengamalkan sifat saintifik dan nilai murni


1. Berhati-hari semasa menggunakan alat
terutama pisau untuk memotong buah-buahan.
2. Melibatkan diri secara aktif di dalam
kumpulan
3. Bekerjasama, hormat menghormati dan
mendengar arahan daripada guru dan ketua
kumpulan di dalam aktiviti pembelajaran
4. Berkomunikasi menerusi perbincangan dan
merekod maklumat dapatan kajian bersama
rakan dan guru.
5. Membersih dan menyimpan radas selepas
digunakan.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
1. Mengetahui pelbagai kaedah pengawetan
makanan.
2. Mengenapasti kaedah dan cara yang betuldi
dalam melakukan proses penjerukan buah buahan
Konsep/Prinsip/hukum/Teori
:
1. Penjerukan menjadikan makanan yang dijeruk
lebih tahan lama berbanding buah-buahan segar
2. Penjerukkan mengubah rasa buah-buahan yang
dijeruk
3. Gula adalah medium penjerukkan terbaik
Pendekatan

Berpusatkan murid, berkumpulan
Strategi pengajaran

Konstruktivisme
Kemahiran Proses Sains

Memerhati, berkomunikasi, merekod
EMK

Kreatif dan inovatif
Teknik

Inkuiri penemuan
Pengetahuan sedia ada

Murid mengetahui pengawetan makanan adalah kaedah
untuk menjadikan makanan lebih tahan lama
Penerapan nilai

kerjasama dan bantu membantu
Langkah berjaga-jaga

1. Berhati-hati semasa mengupas buah-buahan



3

menggunakan pisau
2. Susun radas dengan kemas dan teratur
3. Elakkan daripada berebut-rebut semasa
menjalankan aktiviti berkumpulan yang boleh
mengakibatkan kecederaa
4.Patuhi arahan guru disepanjang ujikaji sedang
dijalankan
ABM

Pisau,landas pemotong, buah-buahan, garam, gula,
cuka, air suam, balang berpenutup, penapis
Kaedah

Perbincangan, eksperimen





















4

Fasa Isi
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota










Set
Induksi
(5
Minit)
Penjerukkan
makanan
1. Guru memberi salam dan memastikan murid
bersedia untuk belajar
2. Guru mengeluarkan satu kotak legap yang di
dalamnya terdapat balang berisi jeruk buah-
buahan.
3. Seorang murid diminta tampil kehadapan untuk
menghidu bau jeruk di dalam kotak.
4. Beberapa orang murid lain diminta untuk
melakukan perkara yang sama
5. Soal jawab antara guru dan murid
a. Apakah bau yang kamu hidu
Bau buah-buahan, bau jeruk, bau manis
b. Apa agaknya yang ada di dalam kotak ini ?
Jeruk mangga, jeruk buah-buahan
c. Selain penjerukkan, apakah kaedah lain
pengawetan makanan ?
Pengasinan, penyalaian, pengeringan,
penyejukbekuan, pengetinan, pemvakuman

6. Guru menyatakan jawapan yang diberikan oleh
murid tepat dan sebagai hadiah, murid yang di
panggil kehadapan diberi peluang untuk merasa
jeruk yang disediakan.
7. Beberapa orang murid dipanggil untuk merasa
jeruk yang disediakan
8. Soal jawab antara guru dan murid
a. Apakah rasa makanan yang kamu makan ?
Masam, manis.
b. Adakah nama proses pengawetan makanan
yang dilakukan terhadap buah-buahan ini ?
Penjerukkan
c. Adakah rasa buah-buahan yang telah
dijerukkan ini sama seperti buah-buahan
segar?
Tidak
d. Adakah kamu ingin melakukan proses
penjerukkan ?
Ya
9. Guru mengaitkan kandungan aktiviti dengan
aktiviti yang akan dijalankan sebentar lagi

ABM : Kotak
berisi jeruk
buah-buahan

EMK : Kreatif
dan inovatif

Strategi :
penyoalan
seluruh kelas

KPS:
Berkomunikasi

PSA : Murid
mengetahui
penjerukkan
merupakan
salah satu
kaedah
pengawetan
makanan



Penjerukkan
buah buahan
1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
Aktiviti:
Ujikaji



5












Pencetusan
idea
(20 minit)

Langkah 1-3
Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli.
2. Guru mengedarkan kad tugasan 1 kepada murid.
3. Murid diminta untuk menyediakan alat dan bahan
seperti di dalam kad tugasan 1
4. murid diminta untuk menjalankan aktiviti seperti
yang di arahkan di dalam kad tugasan 1
5. Guru memantau proses yang di jalankan dan
memberi tunjuk ajar kepada murid mengenai kaedah
yang betul untuk mengupas buah-buahan
6. Buah-buahan yang telah dikupas perlu bersihkan.
Garam ditabur rata pada buah-buah dan dibiarkan
sebenrta untuk langkah berikutnya





Kaedah :
Inkuiri
penemuan

Nilai murni :
bekerjasama,
tolong
menolong

KPS :
Memerhati,
berkomunikasi

ABM : Pisau,
pelapik
pemotong,
buah betik dan
manga,
penapis, garam




Penstruktur
an semula
idea (20
minit)
Penjerukan
buah-buahan

Langkah 4-6
1. Guru mengedarkan kad tugasan 2 kepada murid
2. Murid di minta melakukan aktiviti berdasarkan
arahan dari kad tugasan 2
3. Garam pada buah-buahan perlu dibersihkan dahulu.
Bersihkan buah-buahan dan tos airnya
4. Bancuh air gula di dalam bekas dan masukkan buah-
buahan yang telah di tos ke dalam bekas berkenaan.
5. Masukkan sedikit cuka ke dalam bekas berkenaan
6. Tutup kemas bekas
7. Guru meminta murid untuk menghantar semula kad
tugasan kepada guru

Aktiviti :
Perbincangan

KPS:
Berkomunikasi
, merekod

Nilai murni :
mematuhi
arahan

KBKK :
Membuat
kesimpulan




Aplikasi
idea
(10 Minit)
Kaedah
pengawetan
makanan
1. Guru menampal beberapa keping kad gambar proses
penjerukkan di papan putih
2. Murid di minta untuk mengingat kembali proses yang
telah dilalui semasa menjalankan aktiviti membuat
jeruk sebentar tadi
3. Beberapa orang murid dipanggil untuk tampil
membantu guru menyusun kedudukan kad gambar
mengikut turutan yang betul
4. Guru mengucapkan tahniah kepada murid yang
berjaya menyusun kad dengan betul
Kaedah :
Penyoalan

KPS :
Berkomunikasi

ABM : Kad
gambar



6



Penutup
(5 minit)


Rumusan
Pengawetan
makanan adalah
salah satu cara
memastikan
makanan tahan
lebih lama

1. Guru dan murid berbincang mengenai aktiviti yang
telah mereka lakukan
2. Soal jawab antara guru dan murid
a. Apakah aktiviti yang telah kita laksanakan
sebentar tadi ?
Penjerukan buah-buahan
b. Apakah tujuan penjerukkan?
Buah menjadi tahan lama
c. Selain mangga dan betik, buah apakah yang juga
sesuai untuk dijerukkan ?
Sengkuang, nenas
d. Pada pendapat kamu, apakah rasa buah yang telah
dijerukkan sama seperti buah-buahan segar ?
Tidak sama
3. Guru membuat rumusan bahawa penjerukan
merupakan salah satu kaedah pengawetan makanan
yang mampu menambah jangka hayat makanan yang
diawet berbanding dalam keadaan segar.


Nilai murni:
Patuh pada
arahan

Kaedah :
Perbincangan























7

Lampiran
Kad tugasan 1

Kumpulan : __________________ Tarikh : _________

Proses penjerukan buah buahan
Arahan
Baca dan ikuti langkah untuk membuat jeruk buah-buahan berikut
Alat/Bahan : pisau, pelapik, buah-buahan, penapis, garam


1. Kupas buah dengan berhati-hati
* ambil langkah berhati-hati semasa menggunakan pisau
2. Potong buah yang telah dikupas menjadi kepingan kecil
3. Basuh buah berkenaan dengan air biasa
4. Tabur garam pada kepingan buah dengan rata dan biarkan sebentar
5. Basuh dan tuskan kepingan buah sehingga kering

6. Bersedia untuk melakukan aktiviti ke dua















8



Kad tugasan 2

Kumpulan : __________________ Tarikh : _________

Proses penjerukan buah buahan
Arahan
Baca dan ikuti langkah untuk membuat jeruk buah-buahan berikut
Alat/Bahan :Bekas berpenutup, gula, air suam,cuka














1. Bancuh air gula di dalam bekas yang disediakan
2. Masukkan buah yang telah dituskan ke dalam larutan berkenaan
3. Tambahkan sedikit cuka pada larutan berisi buad tadi
4. Tutup bekas dengan ketat dan simpan selama semingg



1


Lampiran 2
Kad gambar susun mengikut urutan





















2

























3

























4

























5

























6

You might also like