You are on page 1of 108

FIZIK TINGKATAN 5

TEKANAN
2.5 PRINSIP ARCHIMEDES
2.5 PRINSIP ARCHIMEDES
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
2.5.1 Memerihalkan perkaitan antara daya
apungan dengan perbezaan tekanan
cecair pada aras kedalaman yang
berbeza bagi objek yang terendam

BI
Sebuah kapal besar
yang diperbuat
daripada kepingan
keluli mempunyai berat
beberapa puluh ribu
tan. Bagaimanakah
kapal yang sebegitu
berat dapat terapung di
laut sedangkan seketul
keluli akan tenggelam?
Aktiviti 1 Tujuan: Membincangkan daya apungan bagi objek yang terendam di
dalam cecair
1. Penuhkan suatu bekas dengan air.
Tolak sebuah botol minuman kosong
ke dalam air dengan perlahan-lahan.

(a) Adakah tangan anda merasa sebarang


daya semasa botol ditolak ke bawa?
Nyatakan arah daya itu.

Rasa satu daya ke atas


(b) Apabila anda menolak botol itu lebih
dalam, apakah yang berlaku kepada:
(i) Daya? Bertambah
(ii) Isi padu air disesarkan? Bertambah
Aktiviti 1 Tujuan: Membincangkan daya apungan bagi objek yang terendam di
dalam cecair
(c) Nyatakan hubungan antara daya
keapungan ke atas botol dengan isi
padu air yang disesarkan.

Semakin bertambah daya apungan


semakin banyak isi padu air
disesarkan
(d) Apa yang berlaku kepada botol
apabila anda melepaskan tangan
anda?
Memecut ke atas
Aktiviti 1 Tujuan: Membincangkan daya apungan bagi objek yang terendam di
dalam cecair
2. Ikat seketul batu dengan benang dan
gantungkan pada neraca spring. Ukur
dan rekodkan berat batu di udara.
Rendamkan batu ke dalam bikar berisi air.

(a) Bandingkan W1 dan W2 .

W 1 > W2
(b) Apakah kesimpulan yang boleh Berat batu di udara, W1 = 0.8 N
dibuat mengenai berat objek di dalam
air. Berat batu dalam air, W2 = 0.6 N

Berat objek dalam air lebih rendah disebabkan


daya apungan dalam air.
Aktiviti 1 Tujuan: Membincangkan daya apungan bagi objek yang terendam di
dalam cecair
3. Suatu objek berbentuk silinder
tenggelam sepenuhnya di dalam air.
(a) Bandingkan kedalaman pada
permukaan atas, h1 dengan permukaan
bawah, h2

h2 > h 1

(b) Tekanan pada permukaan atas ialah


P1 dan tekanan pada permukaan P2 > P1
bawah ialah P2 . Bandingkan P1
Bertambah
dengan P2. Berikan sebab jawapan Semakin dalam,
anda. semakin tinggi tekanan
Aktiviti 1 Tujuan: Membincangkan daya apungan bagi objek yang terendam di
dalam cecair
Bandingkan daya pada permukaan
atas,F1 dengan daya pada permukaan
bawah silinder, F2.

F2 > F1
Nyatakan arah daya paduan yang
bertindak ke atas silinder disebabkan
perbezaan tekanan cecair.

Ke atas
Namakan daya paduan yang dihasilkan itu.
Daya apungan
Daya Apungan

Daya apungan ialah daya


yang bertindak ke atas
apabila terdapat perbezaan
tekanan antara permukaan
atas dengan permukaan
bawah suatu objek yang
terendam di dalam suatu
cecair.
Terbitkan rumus bagi daya apungan:
Nota: tinggi silinder, h = h2 – h1
Isi padu silinder, V = Ah = isi padu air disesarkan
Ketumpatan cecair, ρ tekanan cecair = ρgh
Tekanan pada permukaan atas, P1 P1 = ρgh1
Daya bertindak pada permukaan atas, F1
F1 = P1 A = ρgAh1
Tekanan pada permukaan bawah, P2 P2 = ρgh2
Daya bertindak pada permukaan bawah, F2
F2 = P2 A = ρgAh2
Daya paduan ke atas: F = ρgA[h2 - h1] = ρgAh
F2 – F 1 = F F = ρgV
= ρgAh2 - ρgAh1
Daya Apungan, FB
= daya paduan ke atas FB = ρgV
ρ= ketumpatan cecair disesarkan
V= isi padu cecair disesarkan
= isipadu objek dalam cecair
g= pecutan graviti Jisim cecair
disesarkan, m = ρV

Berat cecair
FB = ρgV FB = mg = W disesarkan, W = mg

Daya Apungan, FB = Berat cecair disesarkan

Prinsip Archimedes
Aktiviti 2 Tujuan: Kaji hubungan antara isipadu objek yang tenggelam dengan
isipadu air yang disesarkan dan kehilangan berat

1. Apakah yang berlaku


kepada aras air apabila
objek dimasukkan ke
dalam air?

Meningkat

2. Objek akan
sesarkan
………………. cecair
apabila ia direndam ke
dalam cecair.
Aktiviti 2 Tujuan: Kaji hubungan antara isipadu objek yang tenggelam dengan
isipadu air yang disesarkan dan kehilangan berat

  Isi padu /
cm3
Isi padu air tanpa epal  
  500
Isi padu air + epal  
700
200
Isi padu air disesarkan   Kesimpulan:

Isi padu epal yang   200 Isipadu air disesarkan =


tenggelam dalam air isipadu objek dalam air
Keapungan dan Kehilangan berat

Apabila objek direndam ke Objek mengalami pengurangan berat yang


dalam air, terdapat dua disebabkan oleh daya apungan. Berat
pemerhatian. objek dalam air lebih ringang daripada
berat sebenar di udara.
 
Daya apungan = Berat objek - Berat objek
Di udara dalam air
 

Objek yang berada di dalam air akan


menyesarkan air.
Isipadu cecair = isipadu bahagian objek
disesarkan yang tenggelam dalam air
 
  
It is very much easier to lift object when it is beneath the
water surface. Why?
Observe the shape of the fishing rod as the ship comes out of the water.
Berat batu di  
udara 25 N
 
Berat batu dalam  
air 15 N
 
‘kehilangan’  
berat
  10 N
Daya apungan  
  10 N
Prinsip Archimedes: objek yang terendam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu
bendalir mengalami daya apungan yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan.
Aktiviti 3 Tujuan: Menentukan hubungan antara daya apungan dengan berat
cecair yang disesarkan.
Radas: Pemberat berslot, tin Eureka, bikar, neraca spring,
neraca elektronik, kaki retort dan bongkah kayu & Air

1. Tuangkan air perlahan-lahan ke dalam tin


eureka sehingga ia mengalir keluar melalui
corong.
2. Timbang berat bikar kosong dan letakkan di
bawah corong tin eureka.
3. Gantungkan pemberat berslot 100 g kepada
neraca spring dengan tali dan timbang
beratnya di udara.
4. Turunkan plastisin ke dalam tin eureka
sehingga ia tenggelam sepenuhnya di dalam
air. Rekodkan bacaan neraca spring.
5. Apabila tiada lagi air keluar melalui corong,
timbang bikar yang berisi air yang disesarkan.
Weight , W1 Measure

Measure
 
Berat pemberat berslot di
2.2
 

udara / N
 
Berat pemberat berslot dalam  

air / N 2.0
 
Kehilangan berat , / N  

0.2
 
Daya apungan / N
 
 
0.2
 
 
Jisim bikar kosong / g  

 
11.0
Jisim bikar + air disesarkan / g  

 
31.0
Jisim air disesarkan / kg  

 
0.02
Berat air disesarkan / N  

0.2
1. Daripada analisis data, apakah hubungan antara:

(a) Berat ketara plastisin yang hilang dan daya apungan? Sama
(b) Berat ketara plastisin yang hilang dengan berat air
yang disesarkan? Sama
(c) Berat air disesarkan dengan daya apungan? Sama

Apakah kesimpulan daripada eksperimen ini?

Daya apungan = berat air disesarkan


Ingat !!!
Prinsip Archimedes
Daya Apungan = Berat air disesarkan.
8N 6N

1N
3N

Lost in weight = bouyant force = 8 – 6 = 2 N


Weight of displaced water = 2 N = bouyant force
2.5 PRINSIP ARCHIMEDES
STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:
2.5.2 Mengaitkan keseimbangan daya
dengan keadaan keapungan suatu
objek dalam bendalir
Aktiviti 4 Tujuan: Hubungan antara keseimbangan daya dengan keadaan
keapungan suatu objek dalam bendalir
1. Kesemua objek sedang terapung pegun.
(a) Tunjuk dan labelkan dua daya yang
bertindak pada setiap keadaan. FB
Daya apungan & berat objek
W
(b) Apakah hubungan antara kedua-
dua daya in?

W = FB FB
FB FB

W
W W
Aktiviti 4 Tujuan: Hubungan antara keseimbangan daya dengan keadaan
keapungan suatu objek dalam bendalir
2. Sebiji epal terapung pegun di
dalam air.

Jisim bikar kosong / kg


 
 

0.13
 
Jisim bikar + air  

disesarkan / kg 0.33
0.2 kg
 

Jisim epal = ………………. Jisim air disesarkan /kg


  0.20
2.0 N
 Berat epal = ……………….  
Berat air disesarka / N
Bandingkan berat epal dengan berat 2.0 N
air yang disesarkan.
W epal = W air disesarkan
Aktiviti 4 Tujuan: Hubungan antara keseimbangan daya dengan keadaan
keapungan suatu objek dalam bendalir

3. Nyatakan syarat supaya 4. Lengkapkan jadual untuk menentukan keadaan


objek boleh terapung keapungan suatu objek di dalam bendalir.
pegun atas air.. Banding daya Arah Daya Apa
apungan dan daya seimbang berlaku
Berat objek = Daya apungan berat objek paduan atau pada
tidak? objek?
Daya apungan  
Daya    
= berat objek  
paduan seimbang pegun
= 0
Daya apungan Ke   Tidak  Objek  pecut
< berat objek  
bawah seimbang ke bawah
 
Daya apungan   Tidak  Objek 
> berat objek  
Ke atas seimbang pecut ke
  atas
Weight of water displaced = Buoyant force
= weight of the boy + weight of the float

Weight of
iceberg =
Buoyant force
= Weight of sea
water displaced
Hubungan antara daya apungan, ketumpatan bendalir dan isipadu bendalir
tersesar.
 
Daripada Prinsip Archimedes, tulis persamaan untuk
daya apungan. Daya apungan = berat air disesarkan
FB = Wberat air disesarkan = Wwater displaced
 
Tulis persamaan untuk daya apungan, FB dalam
sebutan jisim air disesarkan, m dan pecutan graviti, g FB = Berat air disesarkan = mg
 
Tulis persamaan untuk daya apungan, FB , isipadu air
disesarkan, V, pecutan graviti g dan ketumpatan m = jisim air disesarkan
cecair disesarkan ρ (m=ƿV)
 
FB = ρVg
Tulis persamaan untuk daya apungan FB dalam
sebutan berat objek di udara, Wsebenar dan berat objek
dalam air, Wketara FB= Wudara – Wair
 
Tulis persamaan untuk daya apungan, FB apabila 1.
 

objek terapung pegun di permukaan air  


2.
 
 
FB= Berat objek
FB= Berat objek = ρVg
2.5 PRINSIP ARCHIMEDES
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
2.5.3 Berkomunikasi mengenai aplikasi prinsip
Archimedes dalam kehidupan

BI
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes

Kapal terapung

(a) Nyatakan syarat untuk kapal


terapung pegun.

Berat kapal = Berat air laut disesarkan


Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal terapung
(b)Terangkan mengapa kapal dibuat
daripada keluli akan terapung atas air
tetapi sebongkah keluli akan tenggelam.

Keluli lebih tumpat dari air. Sebongkah keluli


akan sesarkan sedikit isipadu air sahaja
Berat air disesarkan sangat besar, jadi
daya apungan ke atas kapal sangat besar.

Berat kapal = berat air disesarkan


Kapal menyesarkan banyak air untuk mendapatkan daya apungan
yang besar
Kapal menyesarkan banyak air untuk mendapatkan daya
apungan besar
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal terapung
(c) Seorang nelayan mendapat botnya pada aras
yang berbeza semasa di laut dan di sungai
walaupun bot itu membawa muatan yang sama.

Bandingkan daya apungan yang


bertindak ke atas bot dalam air laut
dengan air sungai. Beri sebab.

Daya apungan yang bertindak ke atas bot:


dalam air laut = dalam air sungai.
Berat bot dalam air laut dan air sungai adalah sama (bot yang sama)
Berat bot = berat air disesarkan = daya apungan
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal terapung
(c) Seorang nelayan mendapat botnya pada aras
yang berbeza semasa di laut dan di sungai
walaupun bot itu membawa muatan yang sama.
Bandingkan aras bot.
Aras bot dalam air laut lebih tinggi / bot
lebih tenggelam dalam air sungai
Bandingkan ketumpatan air laut dengan
sungai.
Ketumpatan air sungai rendah
Bandingkan isipadu air yang disesarkan
oleh bot itu.
Isipadu air sungai disesarkan lebih banyak.
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal terapung
(c) Seorang nelayan mendapat botnya pada aras
yang berbeza semasa di laut dan di sungai
walaupun bot itu membawa muatan yang sama.
Hubungkaitkan antara isipadu air
disesarkan dengan ketumpatan air
untuk menerangkan mengapa bot
tenggelam lebih dalam sungai.

• Daya apungan adalah sama kerana bot yang sama


• Semakin kurang ketumpatan air, semakin banyak air
yang disesarkan.
• Oleh itu bot tenggelam lebih dalam di dalam air
sungai.
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal terapung
(d) Jika beban tambahan diletakkan ke dalam boat, mengapa
boat terapung lebih dalam dalam di permukaan air?

Bot menyesarkan lebih banyak air bagi


mendapatkan daya apungan lebih besar
untuk menyokong berat tambahan
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal terapung
(e) Apakah fungsi garis Plimsoll pada kapal.
Membantu menentukan aras
selamat bagi sebuah kapal
untuk terapung
Mengapakah garis-garis berada pada
aras yang berbeza?

• Terdapat perbezaan suhu


air laut berbeza.
• Oleh itu ketumpatan air
laut berbeza dengan lokasi.
• Ketumpatan air bergantung
pada suhu air.
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal terapung
Apabila kapal yang dimuatkan sehingga garis T di
Pelabuhan Kelang belayar masuk ke Sungai Klang,
aras air sungai mencecah garis TF. Jelaskan sebabnya.

Ketumpatan air sungai lebih


rendah, ia tenggelam lebih dalam.

Jika kapal itu belayar ke England pada


musim sejuk, aras air laut di England
melepasi garis W, Mengapa?

• Pada musim sejuk, ketumpatan air laut tinggi


• bahagian kapal yang tenggelam kurang. (sesarkan
sedikit air)
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal Selam
Tujuan: Membina penyelam Cartesian untuk menunjukkan
prinsip kerja tangki balast di dalam kapal selam
Radas: 1.5 litre botol plastik, tabung uji
Bahan: pita pelekat, air dan pewarna makanan

(a) Isikan tabung uji dengan air sehingga ¾ penuh.


Telangkupkan tabung uji itu dan masukkan
dengan cepat ke dalam botol plastik. Tabung uji
itu akan terapung di permukaan air.
(b) Perhatikan aras air di dalam tabung uji.
(c) Tekan bahagian bawah botol supaya tabung uji
tenggelam dengan perlahan-lahan ke dasar
botol. Perhatikan aras air di dalam tabung uji.
(d) Lepaskan tekanan pada botol sedikit demi
sedikit supaya tabung uji naik semula ke
permukaan air. Perhatikan perubahan aras air di
dalam tabung uji.
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal Selam
Bandingkan aras air di dalam tabung uji
semasa terapung di permukaan air, H1 dan
tenggelam ke dasar botol, H2
H2 > H1
Bandingkan isi padu air di dalam tabung
uji semasa terapung di atas, V1 dan
tenggelam di dasar botol, V2
V2 > V1
Bagaimanakah isi padu udara di dalam tabung
uji berubah semasa tabung uji itu bergerak
naik dari dasar botol ke permukaan air?
Semasa tabung uji bergerak naik, isipadu
udara dalam tabung uji semakin bertambah /
isipadu air berkurang
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal Selam
Terangkan gerakan tabung uji itu dengan
menggunakan prinsip Archimedes.

Apabila tabung uji terapung di


permukaan air, jumlah berat
tabung uji + berat air di dalamnya
= daya apungan
Tekanan yang dikenakan pada
dinding botol sebabkan air ditolak
masuk ke dalam tabung uji.
Berat air dalam tabung didih Daya paduan ke bawah.
bertambah. Tabung uji tenggelam ke
Jumlah berat tabung uji + berat airdasar botol.
di dalamnya > daya apungan
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Kapal Selam
Sebuah kapal selam boleh belayar di
permukaan laut dan di dalam laut.
Apakah fungsi tangki ballast?

Mengawal kedudukan dan


kedalaman kapal selam
dalam air dengan mengawal
kuantiti air diisi.
Terangkan cara bagaimana • Apabila air diisi dalam tangki
suatu kapal selam yang ballast, berat kapal selam
berada di permukaan laut bertambah, ia tenggelam.
tenggelam ke dalam laut dan • Apabila air dikeluarkan, daya
kemudian naik ke atas
apungan lebih besar dari
berat, ia naik ke atas
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Hidrometer
Apakah fungsi sebuah hidrometer?
Mengukur ketumpatan cecair

Apakah fungsi bebuli plumbum yang


diletakkan ke dalam kelalang kaca?
Hidrometer terapung tegak

Mengapa saiz kelalang kaca yang


dipenuhi udara itu besar?
Daya apungan yang besar
Mengapa batang kaca halus dan
panjang?

Dapat mengesan perubahan kecil / lebih peka


Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Hidrometer
Tujuan: Menggunakan hidrometer untuk
menentukan ketumpatan pelbagai cecair
Radas: Hidrometer dan tiga silinder penyukat 100 ml
Bahan: Air suling, alkohol, air laut

(a) Isi tiga silinder penyukat dengan air suling,


alkohol dan air laut.
(b) Masukkan hidrometer secara perlahan-lahan ke
dalam air suling. Apabila hidrometer berada
dalam keadaan pegun, rekodkan bacaan
hidrometer.
(c) Ulang untuk alkohol dan air laut. Jenis cecair Ketumpatan /
g cm-3
Air suling  
 
Alkohol  
 
Air laut  
 
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Hidrometer
Bandingkan daya apungan pada cecair A
dengan cecair B. Beri sebab untuk
jawapan anda.
• Daya apungan sama kerana berat
hydrometer yang sama.
• Berat objek sama dengan daya apungan
bila objek terapung.
Apa yang berlaku kepada hydrometer apabila
dimasukkan ke dalam cecair yang kurang tumpat? Jenis cecair Ketumpatan /
g cm-3
Hydrometer akan sesarkan Air suling  
banyak air, jadi lebih tenggelam.  
Alkohol  
Bandingkan ketumpatan cecair A dan cecair B.  
Air laut  
Cecair A lebih tumpat  
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Belon Udara Panas
Namakan dua daya yang bertindak pada
belon.
Berat dan daya apungan
Bandingkan ketumpatan udara di dalam
belon dengan udara di luar.
Ketumpatan udara di dalam belon
kurang tumpat

Beri dua cara yang perlu dibuat kepada


udara dalam belon untuk memastikan
belon naik ke atas.

Panaskan udara di dalam,


besarkan saiz belon
FB = ρVg
Daya apung bergantung kepada
ketumpatan udara disesarkan
yang berada di luar belon.
Panaskan udara di dalam,
ketumpatan di dalam belon
kurang berbanding
ketumpatan udara di luar.
Oleh itu daya apungan pun
bertambah dan buatkan belon
naik ke atas.
Aktiviti 5 Tujuan: Aplikasi Prinsip Archimedes Belon Udara Panas
Beri sebab mengapa saiz belon besar.
Untuk menambahkan isipadu
udara yang disesarkan, oleh itu
daya apungan bertambah. F = ρVg
Bandingkan daya apung pada belon
dengan berat udara yang disesarkan.
Sama
Apakah yang berlaku pada belon jika:
Daya apungan > berat belon?
Belon naik ke atas
Apakah yang berlaku pada belon jika:
Daya apungan = berat belon?
Belon terapung pegun di udara.
2.5 PRINSIP ARCHIMEDES
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
2.5.4 Menyelesaikan masalah yang
melibatkan prinsip Archimedes dan
keapungan.
Aktiviti 6 Tujuan: Menyelesaikan masalah yang melibatkan Prinsip Archimedes
dan keapungan

1. Suatu objek digantung daripada neraca spring.

(a)Berapakah daya apungan ke objek di


dalam air?
65 – 30 = 35 N
(b) Berapakah berat air disesarkan? 35 N
(c) Tentukan isi padu air disesarkan.
[ketumpatan air = 1000 kgm-3]
Fb = ƿVg (d) Berapakah isi padu objek?
1000 V 10 = 35 Isipadu objek dlm air
V = 3.5 x 10 -3 m3 = isipadu air sesar
= 3.5 x 10 -3 m3
Aktiviti 6 Tujuan: Menyelesaikan masalah yang melibatkan Prinsip Archimedes
dan keapungan

Berat seketul batu ialah 2.5 N. Apabila ia tenggelam


sepenuhnya dalam suatu cecair, berat ketaranya ialah
2.2 N. Hitung ketumpatan cecair jika isipadu cecair
disesarkan oleh batu ialah 25 cm3.
(25 x 10-6 m3). g = 9.81 m s-2

Daya apungan, FB = ρVg


= Berat objek di udara – berat objek dalam air
2.5 – 2.2 = ρ x 25 x 10-6 x 9.81
0.3 = ρ x 0.00024525
ρ = 1223.24 kg m-3
Aktiviti 6 Tujuan: Menyelesaikan masalah yang melibatkan Prinsip Archimedes
dan keapungan

3. Sebuah bot kecil dengan berat 900 N sedang terapung pegun di


atas air sungai.

(a)Berapakah daya apungan bot itu?


Daya apungan = berat bot = 900 N
(b) Berapakah berat air disesarkan?
Daya apungan = berat air disesarkan = 900 N
Daya apungan, FB = ρVg
(c) Hitung isi padu air disesarkan oleh bot.
[ketumpatan air sungai = 1000 kg m-3 dan g 900 = (1000) V x 9.81
= 9.81 m s-2] 9,810 V = 900
V = 0.091743 m3
Aktiviti 6 Tujuan: Menyelesaikan masalah yang melibatkan Prinsip Archimedes
dan keapungan
4. Sebatang tiub kaca berjisim 0.012 kg dengan luas
keratan rentas 4 x 10-4 m2, dan diisi dengan butir-
butir plumbum supaya ia terapung tegak di dalam
bikar berisi air. [ketumpatan air = 1000 kg m-3 ]
Tentukan:
V = Ah = 0.08 x 4 x 10-4
(a)Isi padu air disesarkan = 3.2 x 10-5 m3
(b) Berat air disesarkan W = ρVg = 1000 x 0.000032 x 10
= 0.32 N
(c) Daya apungan
(d) Jisim bebuli plumbum di dalam tiub kaca
Daya apungan Daya apungan = berat tiub + berat plumbum
= Berat air disesarkan 0.32 = (0.012 x 10) + Wpb
= 0.32 N
W = 0.32 – 0.12 = 0.20 N
jisim plumbum = 0.2/10 = 0.02 kg = 20 g
Aktiviti 6 Tujuan: Menyelesaikan masalah yang melibatkan Prinsip Archimedes
dan keapungan

5. Belon udara panas berjisim 100 kg


terapung pegun di udara. Berapakah
daya apungan ke atas belon itu?

Daya apungan = berat belon = mg


= 100 x 9.81
= 981 N
Aktiviti 6 Tujuan: Menyelesaikan masalah yang melibatkan Prinsip Archimedes
dan keapungan

6. Terangkan mengapa lebih mudah bagi


pemancing untuk menarik ikan yang
sudah lemah semasa berada di dalam air.

Berat ikan dalam air lebih ringan


Mengapakah joran melentur dengan
lebih banyak apabila ikan yang
dipancing berada di atas permukaan air?

Daya apungan hanya bertindak ke atas ikan semasa di


dalam air. Ikan lebih berat di udara. Joran lentur lebih
banyak untuk seimbangkan berat ikat yang lebih berat.
Berat ikan sebenar adalah berat semasa di udara.
Aktiviti 6 Tujuan: Menyelesaikan masalah yang melibatkan Prinsip Archimedes
dan keapungan

7. Sebiji belon udara panas mempunyai


isipadu 2080 m3 dan mengandungi udara
panas berjisim 1900 kg. Berapahah
beban tambahan yang perlu dibawa oleh
belon itu supaya belon itu terapung
pegun dalam udara yang berketumpatan
1.3 kgm-3?
 

FB = 1.3 x 2080 x 10 = (1900 x 10) + WTambahan


W = 8 040 N
Daya apungan = ρVg
= 1000 x 0.002 x 10
= 20 N
FB= ρVg = Wsampan + Wbeban
1000 x 4 x 10 = (200 x 10) + Wbeban
40000 = 2000 + Wbeban
Wbeban = 38,000 N
mbeban = 3800 kg
FB + T= Wlogam
[1000 x 0.5 x 10] + T = (8000 x 0.5) x 10
5000 + T = 40,000
T = 40000 – 5000
= 35,000
Daya apungan, tegangan tali, berat
Buoyant force, tension, weight

Daya apungan + teganan = Berat.


Keseimbangan daya
Buoyant force + tension = Weight
Equilibrium of forces

Figure (a) > figure (b)


Prinsip Archimedes / Archimedes principle

Berkurang / Decrease

Daya apungan bertambah kerana air garam lebih tumpat


Buoyant force increases because salt solution is denser.
Gravitational force acts on an object
Daya tarikan gravity yang bertindak
ke atas objek
2N

Buoyant force / Daya apungan

2N
Weight of water displaced
berat air yang disesarkan
Weight of water displaced = buoyant force
berat air yang disesarkan = daya apungan

Archimedes’ principle
Prinsip Archimedes

Unchanged / tidak berubah


2
Buoyant force
Daya apungan

Weight / Berat

Buoyant force /
Weight / daya
apungan / Berat
Buoyant force = Weight of the log
Daya apungan = berat kayu balak
2

Buoyant force = Weight


ƿVg = mg
1000 x V x 10 = 1200 x 10
V = 12000/10000
= 1.2 m3

Decrease / berkurang
M1: (1.5 x 107) (10) / F = W = mg

M2: 1.5
F = xρVg
108 N

F = ρVg
(1.5 x 108) = (1.03 x 103)(V)(10)
Prinsip Archimedes / 1.5 x 107
keseimbangan daya 1.03 x 103
V = 1.456 X 104 m3
Berat > daya Apungan
jisim per unit isipadu
• Ketinggian belon: 9.2 > 9.1
• ketumpatan udara: 9.2 > 9.1
• suhu udara di luar belon:
9.2 < 9.1
• Semakin rendah suhu udara,
semakin tinggi ketumpatan
• (suhu udara berkadar
songsang dengan ketumpatan)
• Semakin rendah suhu udara di
sekeliling, semakin bertambah
daya apungan
(daya apungan berkadar
songsang dengan suhu udara)
• ketumpatan gas rendah
• berat belon rendah
• daya apung = (isipadu udara
disesarkan) x (ketumpatan
udara) x pecutan gravity / daya
apung berkadar terus dengan
ketumpatan udara / daya apung
= berat udara disesarkan
• daya apung > jumlah berat belon
Characteristics reason
Helium / hidrogen ketumpatan rendah/ ringan

Gas berketumpatan rendah ringan

Bahan belon kenyal / kuat tahan lama / tahan lasak /


tidak bocor

Bahan belon ketumpatan ringan


rendah
Belon kalis air / kalis udara elak resapan
Belon nylon kenyal / ringan/tahan koyak/
kuat
daya apung lebih besar /
Belon saiz besar
isipadu udara sesar lebih besar
Gravitational force acts on an object
Daya tarikan yang bertindak ke atas
objek
Berat ayah lebih besar

Isipadu air disesarkan

Daya apungan

Isipadu air disesarkan berkadar


terus dengan daya apungan

Berat air disesarkan


= daya apungan
Archimedes’ principle
Prinsip Archimedes
1st : Daya apung bertambah apabila isipadu blok
kayu yang terendam dalam air bertambah
2nd : daya apung lebih besar daripada berat
apabila bongkah kayu bergerak ke atas
3rd : daya apung sama dengan berat bongkah
kayu semasa terapung atas permukaan air.
Modificationr Reason
Bentuk larus Kurang rintangan air
Bahan ketumpatan rendah Boleh terapung dengan
mudah
Saiz besar Boleh menampung ramai
peserta
Beberapa lapis Menyesarkan lebih air/
daya tujah yang tinggi
Pasang botol plastik/ Menambahkan daya tujah
polisterene
Tambah layar/ pengayuh/ Increase speed
kipas /motor
• panjang
• julat besar / lebih peka / skala lebih kecil
• plastic / kaca
• elak hakisan asid
• diameter kecil / sempit
• lebih peka / kesan perubahan kecil
• bebuli besar
• daya apungan tinggi / lebih banyak air disesarkan
• banyak bilangan butir2 plumbum
• terapung tegak / lebih stabil

You might also like