You are on page 1of 16

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020

FIZIK Tingkatan 4
5.4: Pembiasan Gelombang

0
5.4 Pembiasan Gelombang

Standard Pembelajaran:
Murid boleh:
• menghuraikan pembiasan gelomang dari aspek:
(i) sudut tuju, i
(ii) sudut biasan, r
(iii) panjang gelombang, λ
(iv) frekuensi, f
(v) Laju, v
(vi) arah perambatan gelombang
• melukis gambar rajah untuk menunjukkan pembiasan gelombang bagi dua kedalaman
yang berbeza.
• menjelaskan fenomena semula jadi akibat pembiasan gelombang dalam kehidupan
harian.
• menyelesaikan masalah melibatkan pembiasan gelombang.

1
5.4 Pembiasan Gelombang
1. Gambar 1 menunjukkan gelombang laut melengkung semasa menuju tepi pantai.

Gambar 1. Pembiasan gelombang laut

2. Fenomena kelengkungan muka gelombang adalah disebabkan oleh pembiasan


gelombang.

3. Definisi pembiasan gelombang: Perubahan arah perambatan gelombang yang


disebabkan oleh perubahan halaju gelombang apabila gelombang merambat dari satu
medium ke medium yang lain.

4. Info tambahan:
(i) Laju gelombang air dipengaruhi oleh kedalaman air.
(ii) Laju gelombang bunyi dipengaruhi oleh ketumpatan udara.
(iii) Laju gelombang cahaya dipengaruhi oleh ketumpatan optic medium

5. Kesan pembiasan terhadap ciri-ciri gelombang air:


(i) Rajah 1 menunjukkan perambatan gelombang air dari kawasan air dalam ke
kawasan air cetek.

Laju gelombang, V1
= besar

Laju gelombang, V2
= kecil
Rajah 1. Perambatan gelombang air dari kawasan air dalam ke cetek.

2
(ii) Rajah 2 menunjukkan perambatan gelombang air dari kawasan air ke kawasan
air dalam.

Laju gelombang, V1
= kecil

Laju gelombang, V2
= besar

Rajah 2. Perambatan gelombang air dari kawasan air cetek ke dalam.

(iii) Jadual 1 menunjukkan kesan pembiasan ke atas ciri-ciri gelombang

Jadual 1. Kesan pembiasan ke atas ciri-ciri gelombang.

3
6. Cara melukis gambar rajah pembiasan gelombang air satah:

22 Garis normal berserenjang


Anak panah AB dengan sempadan kawasan
berserenjang dengan 1 A
dalam dan cetek di B
muka gelombang tuju,
mewakili arah Garis normal
perambatan gelombang
tuju. Berserenjang/ 90° Berserenjang/ 90°
B
Lukis 3 garis berserenjang
dengan BC mewakili muka
4 gelombang biasan.

Garis lebih rapat berbanding


muka gelombang tuju

Lukis anak panah BC, lebih


3 mendekati normal daripada AB,
C
mewakili arah perambatan
gelombang biasan.

7. Jika gelombang air merambat dari kawasan yang cetek ke kawasan yang dalam, arah
perambatan gelombang biasan haruslah menjauhi garis normal.

8. Fenomena pembiasan gelombang dalam kehidupan:


(i) Pada waktu siang, udara berhampiran permukaan Bumi lebih panas, bunyi
bergerak dengan lebih laju dalam udara panas berbanding udara sejuk.
Gelombang bunyi dibias menjauhi permukaan Bumi.
Oleh itu, pemerhati mendengar bunyi lebih lemah pada waktu siang seperti
pada Rajah 3.

Rajah 3. Bunyi tidak kedengaran dengan jelas pada waktu siang.

4
(ii) Pada waktu malam, udara berhampiran permukaan Bumi lebih sejuk, bunyi
bergerak dengan lebih perlahan dalam udara sejuk.
Gelombang bunyi dibias mendekati permukaan Bumi.
Pemerhati mendengar bunyi yang lebih kuat pada waktu malam seperti pada
Rajah 4.

Rajah 4. Bunyi kedengaran dengan lebih jelas pada waktu malam.

(iii) Fenomena pembiasan gelombang air laut adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5. Muka
gelombang
membengkok
Kawasan dalam
& mengikut
bentuk tepi
Laju gelombang air Kawasan cetek
pantai
berkurang, panjang
gelombang menjadi lebih
kecil.
Laju gelombang
air bertambah,
panjang
gelombang
menjadi lebih
Muka gelombang air besar.
hampir lurus dan selari
kerana gelombang air
bergerak pada kelajuan
seragam

Rajah 5. Pembiasan gelomabang air laut


 Pembiasan gelombang menyebabkan tenaga gelombang ditumpukan
pada kawasan tanjung, menyebabkan amplitud ombak lebih tinggi.
 Di kawasan teluk, tenaga gelombang disebarkan ke kawasan yang
lebih luas menyebabkan amplitud ombak lebih rendah & air lebih
tenang.

5
9. Penyelesaian masalah melibatkan pembiasan gelombang:

(i) Rajah 6 menunjukkan perubahan laju dan panjang gelombang apabila


gelombang air merambat dari kawasan dalam ke kawasan cetek.

Rajah 6. Perambatan gelombang air dari kawasan dalam ke kawasan cetek

(ii) Pembiasan gelombang berlaku disebabkan oleh perubahan laju gelombang:


 Laju gelombang, 𝑣𝑣1 & 𝑣𝑣2 berubah apabila kedalaman air berubah,
 Panjang gelombang, ƛ1 & ƛ2 turut berubah,
 Frekuensi gelombang, 𝑓𝑓 tidak berubah sebab frekuensi gelombang
adalah ditentukan oleh frekuensi getaran di sumber gelombang itu.

6
10. Contoh 1:
Satu gelombang satah mempunyai panjang gelombang 2 𝑐𝑐𝑐𝑐 dan laju 8 𝑐𝑐𝑐𝑐𝑠𝑠 −1 merambat
merentasi kawasan cetek. Apabila gelombang tersebut memasuki ke kawasan dalam, laju
gelombang menjadi 12 𝑐𝑐𝑐𝑐𝑠𝑠 −1, tentukan nilai panjang gelombang di kawasan dalam.

Kawasan cetek: Kawasan dalam:


𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝 𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔, ƛ1 = 2 𝑐𝑐𝑐𝑐 𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝𝑝 𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔𝑔, ƛ2 =? 𝑐𝑐𝑐𝑐
𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙, 𝑣𝑣1 = 8 𝑐𝑐𝑐𝑐𝑠𝑠 −1 𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙, 𝑣𝑣2 = 12 𝑐𝑐𝑐𝑐𝑠𝑠 −1

𝑣𝑣1 𝑣𝑣2
=
ƛ1 ƛ2
2 12
=
8 ƛ2
2
ƛ = 12
8 2
8
ƛ2 = 12 × = 3 𝑐𝑐𝑐𝑐
2
11. Contoh 2:
Rajah 7 menunjukkan perambatan gelombang air dari kawasan P ke kawasan Q yang
berbeza kedalaman. Laju gelombang tersebut ialah 18 𝑐𝑐𝑐𝑐𝑠𝑠 −1 di kawasan P. Tentukan
laju gelombang tersebut di kawasan Q.

ƛ1 ƛ2

Rajah 7

8 ƛ2 = 12 𝑐𝑐𝑐𝑐
4 ƛ1 = 12 𝑐𝑐𝑐𝑐
12 12
ƛ1 = 4 ƛ2 = 8
ƛ1 = 3 𝑐𝑐𝑐𝑐 ƛ2 = 1.5 𝑐𝑐𝑐𝑐
𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙, 𝑣𝑣1 = 18 𝑐𝑐𝑐𝑐𝑠𝑠 −1 𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙𝑙, 𝑣𝑣2 = ? 𝑐𝑐𝑐𝑐𝑠𝑠 −1

𝑣𝑣1 𝑣𝑣2
=
ƛ1 ƛ2
18 𝑣𝑣2
=
3 1.5

18
𝑣𝑣2 = × 1.5 = 9 𝑐𝑐𝑐𝑐𝑠𝑠 −1
3

7
5.4 MIND MAP

8
5.4 FAQ

No Soalan dan Jawapan


1 S Apakah pembiasan gelombang?

J Pembiasan gelombang melibatkan perubahan arah gelombang apabila


bergerak dari satu medium ke medium yang lain. Pembiasan gelombang
disertai dengan perubahan halaju gelombang dan panjang gelombang.

2 S Apakah faktor utama pembiasan?

J Pembiasan adalah fenomena pembengkokan gelombang pada sempadan


dua medium. Pembiasan disebabkan oleh perubahan halaju cahaya ketika
masuk dari satu medium ke medium yang lain.

3 S Mengapa tiada pembiasan pada sudut tuju sifar?

J Apabila sudut tuju adalah sifar, maka sudut pembiasan juga sifar. Dengan
kata lain, sinar yang biasanya menuju berserenjang di antara dua medium
yang berlainan, merambat tanpa menyimpang dari satu medium ke medium
yang lain dan tidak ada pembiasan.

4 S Adakah panjang gelombang berubah semasa pembiasan?

J Pembiasan adalah kesan yang berlaku apabila gelombang cahaya, yang


terjadi pada sudut yang jauh dari yang normal, memasuki sempadan dari
satu medium ke medium yang lain di mana terdapat perubahan dalam halaju
cahaya. Panjang gelombang berkurang apabila cahaya memasuki medium
dan gelombang cahaya berubah arah.

5 S Mengapa bunyi didengar lebih baik pada waktu malam daripada waktu siang?

J Sebenarnya, penghantaran gelombang bunyi lebih jauh pada waktu malam


mungkin berkaitan dengan pembiasan gelombang bunyi. Pertama, bunyi
adalah getaran udara, dan ia adalah sejenis gerakan gelombang. Penyebaran
gelombang bunyi lebih cepat di udara panas dan lebih perlahan di udara
sejuk.

6 S Apakah contoh-contoh pembiasan?

J Logamaya, pensil bengkok di dalam segelas air, pelangi, matahari terbenam


adalah beberapa contoh pembiasan cahaya.

9
5.4 LATIHAN

BAHAGIAN A

1. Ciri manakah yang tidak berubah apabila gelombang air dibiaskan?


[MENGETAHUI]
A Laju
B Frekuensi
C panjang gelombang
D Arah perambatan

2. Rajah menunjukkan perambatan gelombang air dari kawasan X ke Y.

X Y
vX = laju gelombang di X

vy = laju gelombang di Y

vX

vY

Perbandingan yang manakah betul bagi laju gelombang dan kedalaman air di X
dan Y?
[MENGANALISIS]
Laju gelombang Kedalaman air
A vX < vY X <Y
B vX > vY X<Y
C vX < vY X>Y
D vX > vY X>Y

10
3. Rajah menunjukkan muka gelombang merambat menuju pantai dari laut.
Adalah diperhatikan laut lebih tenang di teluk berbanding di tanjung.

Tanjung

Pantai
Laut

Teluk

Fenomena ini dikenali


[MENGETAHUI]
A Pantulan
B Pembiasan
C Pembelauan
D Interferens

4. Antara set halaju, panjang gelombang dan frekuensi gelombang air yang bergerak
dari kawasan dalam ke kawasan cetek, yang manakah betul?
[MENGANALISIS]
Frekuensi Panjang gelombang Halaju
A Tiada perubahan Berkurang Berkurang
B Tiada perubahan Bertambah Bertambah
C Berkurang Berkurang Berkurang
D Tiada perubahan Bertambah Berkurang

11
5. Rajah di bawah menunjukkan halaju gelombang air apabila ia merambat dari air
dalam ke air cetek.

Jika panjang gelombang air di kawasan air dalam ialah 3 cm, apakah panjang
gelombang air di kawasan air cetek?
[MENGANALISIS KUANTITATIF]
A 0.16 cm
B 1.8 cm
C 2.0 cm
D 5.0 cm

BAHAGIAN B

1. Rajah 1.1 menunjukkan pandangan sisi sebahagian dari dua buah tangki riak.
Gelombang air dengan frekuensi yang sama dihasilkan apabila suis motor dihidupkan.

Rajah1.1

Rajah 1.2 menunjukkan gelombang yang terbentuk pada skrin di bawah tangki riak.

Rajah1.2

12
(a) Nyatakan maksud frekuensi?
[MENGETAHUI]
…………………………………………….…………………………………………
[1 markah]

(b) Berdasarkan Rajah 1.1 dan Rajah 1.2, [MENGANALISIS]


(i) Apakah yang berlaku kepada panjang gelombang di kawasan X dan kawasan
Y?

…………………………………………….…………………………………………
[1 markah]

(ii) Bandingkan kedalaman air di kawasan X dan kawasan Y.

…………………………………………….…………………………………………
[1 markah]

(iii) Hubungkaitkan panjang gelombang dan kedalaman air di kawasan X dan


kawasan Y.

…………………………………………….…………………………………………
[1 markah]

(iv) Nyatakan fenomena gelombang yang berlaku.


[MENGETAHUI]
…………………………………………….…………………………………………
[1 markah]

(c) Dalam Rajah 1.3, muka gelombang air laut mengikut bentuk pantai apabila
menghampiri pantai.

Rajah1.3

Terangkan pemerhatian ini.


[MEMAHAMI]
…………………………………………….…………………………………………
…………………………………………….…………………………………………
…………………………………………….…………………………………………
…………………………………………….…………………………………………
[3 markah]

13
5.4 QR CODE

5.4 Pembiasan Gelombang

Title link QR CODE

Pembiasan https://youtu.be/5emrmWDUXxI
Gelombang

Pembiasan https://youtu.be/ffYh7ZUn0xE
gelombang air

Pembiasan https://youtu.be/ZcjDSGX24sE
Gelombang
Tangki Riak

Latihan https://drive.google.com/file/d/1pMKQr28-
Pengukuhan W8ItwjzGJELJfJeeSFTlUIP2/view?usp=sharing

Jawapan Latihan https://drive.google.com/file/d/1Xs3XLLXmaZvzOCe2


Pengukuhan NKG8v8j0K3wyUyaY/view?usp=sharing

14
5.4 JAWAPAN

BAHAGIAN A

1 B
2 D
3 B
4 A
5 B

BAHAGIAN B

1 (a) Bilangan ayunan lengkap yang dilakukan oleh suatu zarah atau bilangan
gelombang yang dihasilkan oleh suatu sumber gelombang dalam satu saat /
Bilangan ayunan lengkap dalam satu saat.
.
(b)(i) panjang gelombang di kawasan X dan kawasan Y menjadi lebih pendek
(b)(ii) kedalaman air di kawasan X lebih cetek daripada kawasan Y.
(b)(iii) Semakin bertambah kedalaman air, semakin besar panjang gelombang
(b)(iv) Pembiasan gelombang,
(c) - Di tengah laut, muka gelombang adalah hampir lurus kerana kedalaman
air
adalah hampir sama.

- Apabila gelombang menghampiri pantai, kedalaman air laut berkurang


dan ini menyebabkan laju gelombang berkurang.

- Pembiasan berlaku dan gelombang dibiaskan mendekati normal. Muka


gelombang mengikut bentuk pantai.

15

You might also like