You are on page 1of 1

Marcapada ini,seiring dan selari dengan arus pemodenan Negara,kerajaan Malaysia di

bawah Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula system pendidikan secara
menyeluruh pada oktober 2011 dan hasilnya ialah penubuhan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia pada Disember 2012.(PPPM,2012).Pelan Pembangunan ini,telah menilai prestasi
semasa system pendidikan Negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.Pelan ini juga melakarkan visi
pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan Negara pada masa
depan.Terdapat 11 anjakan strategik dan operasi yang dicandangkan oleh pelan ini yang perlu
dilaksanakan oleh kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.Mentranformasikan
Profession Keguruan menjadi profesion pilihan merupakan anjakan ke 4 dalam anjakan
strategic.Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan factor berasaskan
sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid.Kualiti system tidak boleh
melangkaui kualiti guru.Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam system pendidikan
Malaysia,kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan
berkesan.Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid
secukupnya,dan cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan.Mata pelajaran yang
disampaikan lebih berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam dan tidak
memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi.Statistik ini juga menunjukkan cabaran
besar yang akan dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi
tempoh 20 tahun lagi.

You might also like