You are on page 1of 6

LAPORAN PAMERAN SAINS

Pameran Sains peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail telah berlangsung pada 10 Mac 2013. Program ini merupakan anjuran Jabatan Sains, guru pelatih Sains Semester 5 dan juga dengan kerjasama pihak SK IPG. Pameran Sains ini diadakan kerana ianya merupakan salah satu tugasan bagi subjek Kimia Perasmian Pameran Sains ini telah berjalan dengan lancar. Perasmian pameran ini bertempat di dewan terbuka SK IPG dan Tuan Haji Sabri, selaku pensyarah di Jabatan Sains telah merasmikan Pameran Sains ini. Sejurus selepas perasmian , Tuan Haji Sabri diiringi Puan Badrul telah melakukan lawatan ke semua ruang pameran termasuklah ruang pameran kami iaitu pameran tenaga nuklear. Tenaga Dalam

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya pameran Sains ini. Setiap guru pelatih menunjukkan kreativiti masing-masing bagi penarik perhatian muridmurid sekolah. Antaranya aktiviti yang disediakan oleh guru pelatih ialah pameran Sains, demonstrasi berkaitan Sains dan juga cabutan bertuah. Aktiviti yang menjadi daya penarik murid-murid sekolah ialah aktiviti pelancaran roket. Pameran yang diadakan berjaya menarik minat murid-murid untuk datang berkunjung ke dewan terbuka SK IPG. Pameran kumpulan kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid walaupun kumpulan kami tidak menyediakan demonstrasi. Daya penarik bagi pameran kami ialah permainan dam ular yang diubahsuai supaya bersesuaian dengan pameran kami iaitu tenaga nukear. Setiap murid yang ingin menyertai permainan dam ular tersebut haruslan membacaa info yang terdapat di ruang pameran kami kerana soalan yang diajukan adalah berkaitan info tenaga nukear yang dipamerkan. Melalui pembacaan tersebut, murid-murid akan

mengetahui mengenai sejarah tenaga nuclear, bagaimana tenaga nuclear terhasil, kebaikan dan keburukan tenaga nuclear, penggunaan tenaga nuclear dan juga negaranegara yang telah menggunakan tenaga nuclear. Selain itu kami juga menampal gambar-gambar mangsa radiasi tenaga nuclear yang berlaku di Chernobyll. Kami juga menyediakan satu tayangan video mengenai bom nuclear. Berikut merupakan gambargambar sekitar pameran di ruang pameran kumpulan kami.

You might also like