You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul Belajar melalui Bermain: prinsip 3. Bidang: Pendidikan Awal


utama kurikulum pendidikan awal Kanak-kanak
kanak-kanak

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku setebal 113 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis yang arif dalam dunia pendidikan iaitu
Dr. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali. Dr. Sharifah mempunyai pengalaman luas dalam bidang
pembangunan kurikulum. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Penulis Aliza Ali pula kini bertugas di Universiti Tunku Abdul Rahman
sebagai pensyarah pendidikan awal kanak-kanak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang
latihan guru prasekolah swasta dan pembangunan bahan pendidikan awal kanak-kanak.

Buku ini mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan bab-bab
tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain, hubungan bermain
dengan perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada perspektif teori,
kurikulum berasaskan pendekatan bermain, bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai
pelaksana pengajaran dan pembelajaran melalui bermain,

ruang pembelajaran, bahan dan alat permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan.Belajar
melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-
kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka
dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan
kanak-kanakmenguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Pendidikan awal kanak-kanak

- Belajar sambil bermain

- Penguasaan bahasa melalui permainan bahasa

- Perkembangan kemahiran fizikal melalui permainan


9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberikan panduan kepada pendidik sama ada yang terlibat dengan pendidikan awal
kanak-kanak mahupun guru sekolah rendah malah boleh digunakan oleh ibu bapa dalam
memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Maklumat di dalam buku ini sesuai dijadikan
panduan kepada pendidik untuk melaksanakan aktiviti belajar melalui permainan. Fitrah kanak-
kanak yang suka bermain sambil belajar telah diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak
dapat membantu kanak-kanak untuk membiina minda mereka disamping menyediakan merek
untuk alam persekolahan sebenar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

You might also like