You are on page 1of 3

BICARA BUKU

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Nama saya Kishanthini


Letchemanan. Saya murid tahun 5. Umur saya 11 tahun. Saya bersekolah di SJKT
Tronoh, Jalan Bota, 31550 Tronoh, Perak.
Anda boleh lihat saya dalam pakaian seragam ini, saya seorang pengawas
sekolah. Saya pernah memasuki pertandingan bercerita Bahasa Melayu. Saya juga
telah memenangi banyak hadiah dalam beberapa pertandingan yang diadakan di
peringkat sekolah dan daerah. Hampir semua orang mempunyai hobi masing-
masing. Dengan bangganya saya boleh katakan, hobi saya ialah membaca. Saya
suka membaca buku-buku cerita yang terdapat di pusat sumber sekolah. Saya
mempunyai beberapa koleksi buku cerita di rumah saya.
Pada hari yang mulia ini, saya ingin mengulas buku yang telah memberi
inspirasi kepada saya untuk membacanya berkali-kali. Tajuk ceritanya iala ‘Raja
Rimba’. Buku ‘Raja Rimba’ ini merupakan salah sebuah buku dalam SIRI HAIWAN
TELADAN yang diterbitkan secara usaha sama oleh Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia Berhad. Buku cerita ini dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Buku ini mengandungi sebanyak 25 mukasurat.
Kisah ini digambarkan oleh Sakinah Nik Muhammad Naziman dan diilustrasi
oleh Muhammad Sahran Hasan. Mari saya kongsikan sinopsis cerita yang bermula
seperti ini….Di sebuah hutan, ada seekor harimau yang kejam. Ia akan meminta
haiwan lain mencarikan makanan untuknya. Jika haiwan itu enggan, ia akan
memakan pula haiwan itu. Semua haiwan di dalam hutan itu takut kepadanya.
Monyet memberi cadangan untuk meminta bantuan Sang Kancil. Sang Kancil
memahami kerisauan yang dialami oleh semua haiwan di rimba. Sang Kancil pun
telah berfikir cara untuk menyelesaikan masalah ini. Sang Tenggiling dipilih untuk
berjumpa dengan Sang Harimau. Tenggiling dengan ketakutan mengadu kepada
Sang Harimau bahawa dirinya dipukul oleh Sang Kancil kerana mengganggunya
melakukan satu tugas penting dan ia juga sanggup memukul Sang Harimau jika
mengganggunya. Sang Harimau dengan penuh geram berjumpa dengan Sang
Kancil dan menyoal Sang Kancil ‘Aku haiwan yang paling kuat di hutan. Berani kamu
nak pukul aku. Apakah kerja yang penting sehingga sanggup pukul aku?’. Sang
Kancil menyatakan bahawa dirinya sibuk memikirkan cara untuk memukul gong
untuk raja. Raja akan memberikan makanan yang lazat. Sang Harimau juga
mahukan makanan yang enak itu. Sang Harimau yang tidak pernah melihat gong
terpedaya dengan helah Sang Kancil yang menunjukkan sarang tebuan. Sang
Harimau memanjat pokok dan memukul sarang tebuan itu sekuat hati. Tiba-tiba,
beribu-ribu ekor tebuan keluar menggigit Sang Harimau. Ia melarikan diri dan terus
terjun ke dalam sungai. Sang Harimau disindir oleh Sang Kancil bahawa ‘haiwan
yang paling kuat pun takut’. Sang Harimau yang kesakitan mula sedar akan
perbuatannya selama ini. Ia meminta maaf kepada semua haiwan yang ada di
dalam rimba itu.

Dalam cerita ini, terdapat beberapa pengajaran:


Kita janganlah sombong dan bongkah atas kelebihan yang kita ada. Jadilah manusia
yang merendah diri supaya kita berusaha lagi untuk lebih berjaya.
Selain itu, kita hendaklah berfikir secara waras dan mendalam dahulu sebelum
mengambil keputusan atau melakukan sesuatu.

Seterusnya, kita juga hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Akhirnya, janganlah kita mudah mempercayai kata-kata seseorang tanpa usul


periksa.

Bukankah ini pengajaran yang indah? Setiap kali, semasa saya menghadapi
masalah, saya akan membaca buku ini supaya ia membuatkan saya bermotivasi
dan lebih yakin untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan bijak tanpa hilang
semangat.

Rakan-rakan yang dikasihi, jangan meremehkan bakat dan kemampuan anda.


Percaya pada diri sendiri.

Cuba pertimbangkan….! Terima kasih.

You might also like