You are on page 1of 8

ARNAB DENGAN BUAYA

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah Arnab dengn Buaya.

Di dalam sebuah hutan, terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada


arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya
pula tersusun rapi dan putih berseri. Binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu
memuji kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin
sombong. Arnab itu mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini.
Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh itu,
tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan
bersendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya
sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani untuk mendekati
buaya itu.

“Hai Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti
aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh
gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.

“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi.
Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata: “Engkau
mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong


periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir
panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu.
Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu.
Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal
itu.
Itulah akibatnya jika sombong. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah
kita jangan sekali-kali bersikap sombong. Sikap sombong boleh membawa kerugian.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

SINGA YANG SOMBONG

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah Singa yang Sombong.

Di sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya besar


menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan telah menjadi
mangsanya. Pada suatu hari, semua haiwan di rimba mengadakan sebuah
perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang
sombong itu.

Tiba-tiba, Sang Kancil bangun dan bersuara. “Wahai kawan-kawan kehidupan


kita sekarang semakin terancam. Ramai kawan kita akan menjadi mangsa singa
yang zalim itu. Oleh itu, marilah kita berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa
itu.

“Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba
tebuan bersuara, “Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.”
Haiwan ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan


mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tiada
haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita menyokong Sang Tebuan
sebagai wira kita.” kata Sang Kancil itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan


pertarungan antara Singa dan Tebuan. Mereka ternampak Singa masih tidur di
bawah pokok. Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

“Hai Singa, hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” kata
tebuan dengan berani. “Engkau nak berlawan denganku?” tanya Singa sambil
ketawa. “Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil, tapi azam aku boleh
menewaskan kemalasanmu.” Jawab Tebuan. “Baiklah, kalau engkau berani
marilah.” kata Singa.

Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa berpusing-pusing untuk


menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Singa menjadi letih. Tepuan mengambil
kesempatan masuk ke dalam lubang hidung Singa dan menyengat Singa dari
lubang hidungnya. Semakin lama semakin kuat gigitan Tebuan itu. Akhirnya, Singa
mati disebabkan kesakitan yang kuat. Semua binatang bersorak kegembiraan.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita jangan sekali-kali bersikap sombong.
Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah.

Sekian, terima kasih.


KURA-KURA INGIN TERBANG

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah Kura-kura Ingin Terbang.

Pada suatu hari, Sang Kura-kura ternampak seekor helang terbang tinggi. Ia
juga berasa ingin terbang.

“Ajarkan aku terbang,” ujar Sang kura-kura kepada Sang Helang.

“Kamu tidak mempunyai sayap,” balas Sang Helang.

Namun Sang Kura-kura terus merayu. Akhirnya, Sang Helang bersetuju.

Sang Helang pun mengangkat Sang Kura-kura hingga ke udara. Kemudian,


Sang Helang melepaskan Sang Kura-kura dan menyuruhnya mengibarkan kakinya
seperti sayap.

Malangnya, Sang Kura-kura jatuh menjunam ke bumi. Mujurlah dia terjatuh di


dalam sebuah kolam. Sejak itu, ia sedar akan kelemahan dirinya.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita perlu sentiasa bersyukur terhadap apa-
apa Tuhan yang dikurniakan kepada kita.

Sekian, terima kasih.


ANJING DENGAN AYAM JANTAN

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah Anjing dengan Ayam Jantan.

Pada suatu hari, anjing dan ayam jantan pergi berjalan-jalan di dalam hutan.
Mereka berjalan-jalan hingga senja. Kemudian, mereka mencari tempat untuk tidur.

Anjing tidur di pangkal pokok yang besar. Ayam jantan tidur di atas dahan
pokok yang tinggi. Apabila matahari naik pada keesokan paginya, ayam jantan
berkokok, “Kuk-kerek-kok, kuk-kerek-kok.”

Suara ayam jantan menyebabkan rubah terjaga, Ia terus pergi tempat di


mana suara ayam jantan itu untuk makan ayam jantan itu! Apabila mendapati ayam
jantan ada di dahan yang tinggi, ia mendapat akal.

Rubah bercakap dengan lembut kepada ayam jantan, “Turunlah ayam jantan.
Mari kita bersahabat.”

Ayam jantan menjawab, “Saya akan turun. Tetapi sebelum itu kejutkan
kawanku di pangkal pokok.”

Rubah buat sebagaimana disuruh ayam jantan. Anjing sangat marah kerana
dikejutkan daripada tidur. Ia menyalak pada rubah. Rubah sangat takut,
menyebabkan ia lari dari situ.

Ayam jantan dan anjing itu pun pergi mencari makanan.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita perlu pandai memilih sahabat.

Sekian, terima kasih.


SEMUT DENGAN MERPATI

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah Semut dengan Merpati.

Pada suatu hari yang panas, semut sedang mencari air untuk minum. Setelah
berjalan jauh, semut terjumpa sebuah kolam.

Semut memanjat rumput untuk masuk ke dalam kolam itu. Semasa semut
memanjat rumput, ia tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam.

Semut ditolong oleh merpati yang sedang duduk di atas pokok di tepi tasik itu.
Merpati menggigit sehelai daun, lalu menjatuhkannya dekat semut yang sedang
terkapai-kapai itu. Semut bergerak ke arah daun, lalu memanjat daun itu. Akhirnya,
semut menghanyut ke tebing kolam, lalu berjalan ke pangkal pokok.

Pada ketika itu, seorang pemburu burung hendak melemparkan jeratnya ke


arah merpati. Semut menggigit kaki pemburu itu. Penburu berasa sakit lalu
melepaskan jeratnya. Merpati terbang dari situ untuk menyelamatkan diri.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita perlu sentiasa mengingati bahawa
perbuatan yang baik, mesti dibalas baik.

Sekian, terima kasih.


SERIGALA DENGAN ANAK BIRI-BIRI

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah Serigala dengan Anak Biri-biri.

Pada suatu hari, seekor anak biri-biri sedang meragut rumput dengan
sekawan biri-biri. Ia nampak rumput yang segar di tepi padang itu. Ia pun meragut
rumput itu. Semakin lama, ia semakin jauh daripada biri-biri lain.

Anak biri-biri makan rumput dengan gembira. Ia tidak sedar seekor serigala
datang hamper dengannya. Apabila serigala itu menerkam anak biri-biri itu, anak
biri-biri itu cepat merayu, “Tolong, jangan makan saya. Sekarang perut saya penuh
dengan rumput. Jika kamu tunggu sekejap, saya lagi sedap dimakan.”

Serigala pun setuju dan tunggu. Kemudian, anak biri-biri berkata “Jika kamu
membenarkan saya menari, rumput di dalam perut saya akan dihadam dengan lebih
cepat.” Serigala pun setuju dengan permintaan anak biri-biri.

Anak biri-biri mendapat sebuah akal yang baik. Dia berkata “Tolong ambil
loceng pada leher saya. Jika kamu bunyikan loceng itu sekuat mungkin, saya boleh
menari dengan lebih rancak.”

Serigala pun mengambil loceng pada leher anak biri-biri dan


membunyikannya sekuat mungkin. Gembala biri-biri mendengar bunyi loceng, lalu
menyuruh anjingnya mencari anak biri-biri yang hilang itu. Salakan anjing
menakutkan serigala. Serigala pun melarikan diri dan anak biri-biri pun selamat.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita bahawa kita perlu mengguna
kepandaian kita semasa menghadapi sesuatu masalah.

Sekian, terima kasih.

You might also like