You are on page 1of 2

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

Anjing Yang Tamak

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-
rakan. Selamat pagi saya ucapkan. Pada hari ini, saya akan
menyampaikan cerita yang bertajuk Anjing Yang Tamak.

Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi mencari makanan. Sang


Anjing terjumpa seketul tulang. Hatinya sangat gembira. Sang Anjing
menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera beredar dari situ. Sang
Anjing lalu di atas sebatang titi.

Tiba-tiba Sang Anjing terpandang bayangnya sendiri di dalam air.


Sang Anjing menyangka ada anjing lain yang menggonggong tulang.
Sang Anjing ingin merampas tulang itu. Akibat sifat tamaknya, Sang
Anjing menyalak ke arah anjing itu. “Kong kong”. Sewaktu Sang Anjing
membuka mulutnya, tulang yang digonggongnya jatuh ke dalam air.
Sang Anjing berasa sangat menyesal. Bayang-bayang itu rupa-rupanya
ialah bayang-bayangnya sendiri.

Itulah akibatnya jika tamak. Nilai murni yang terdapat dalam cerita
ini ialah kita janganlah sekali-kali mengamalkan sikap tamak. Sikap
tamak boleh membawa kerugian.

Sekian, terima kasih.


Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru dan


rakan-rakan. Selamat pagi saya ucapkan. Pada hari ini, saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Bangau Menipu Ikan.

Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering.


Semua ikan berasa susah hati. Pada suatu hari, datang seekor burung
bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.
"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak
kering," kata bangau. Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira.
Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu
dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya. Kemudian tibalah
giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau.
Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau
itu penipu. Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera
menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.
Pengajaran daripada cerita ini ialah kita jangan sekali-kali berbuat
jahat. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk
daripada Tuhan.

Sekian, terima kasih.

You might also like