You are on page 1of 1

Tajuk : Sang Kancil Yang Bijaksana

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Sang Kancil Yang Bijaksana.

Pada suatu hari, Sang Kancil pergi ke tepi sungai untuk


menghilangkan dahaga. Setibanya di sungai, Sang Kancil terus
meneguk air sepuas-puas hatinya.

Tiba-tiba, dia ternampak sebatang pokok jambu air yang sedang


masak ranum di seberang sungai. Hatinya gembira bukan kepalang
kerana mendapat durian runtuh.

Setelah puas berjalan ke hulu ke hilir, malangnya Sang Kancil


tidak menemui jambatan yang membolehkannya menyeberangi sungai.
Setelah berfikir sejenak, akhirnya dia mendapat satu akal.

Sang Kancil memanggil semua buaya supaya berkumpul. Sang


Kancil memberitahu semua buaya bahawa Raja Sulaiman memintanya
mengira jumlah buaya kerana hendak diberi makanan.

Bagi memudahkan pengiraan, Sang Kancil meminta Sang Buaya


berbaris sehingga ke seberang sungai. Sang Kancil melompat ke
belakang buaya berpura-pura mengira jumlah buaya.

Setibanya di seberang sungai, Sang Kancil terus menuju ke


bawah pokok jambu air dan menikmati buah jambu yang masak.
Kebijaksanaannya telah berjaya memperdayakan Sang Buaya.

Nilai moral di dalam cerita ini ialah sebelum melakukan sesuatu


kita mestilah kita berfikir dengan bijaksana supaya akhirnya kita
mendapat faedah yang berguna. Sekian, terima kasih.

You might also like