You are on page 1of 1

Bangau Menipu Semut

Salam sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, para


hakim yang arif, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
“Bangau Menipu Semut”.
Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah
hampir kering. Semua ikan berasa susah hati. Pada
suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau
berpura-pura mahu menolong ikan.
"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain.
Kolam itu tidak kering," kata bangau. Semua ikan
bersetuju. Mereka sangat gembira.
Bangau menolong ikan berpindah dari situ.
Tetapi semua ikan itu dimakannya. Kemudian
tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu
dibawa pergi oleh bangau.
Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan.
Ketam tahu bangau itu penipu. Bangau mahu
makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit
leher bangau. Matilah bangau itu.
Hai kawan-kawan pengajaran daripada cerita
ini adalah jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap
perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk
daripada Tuhan.
Sekian, terima kasih.

You might also like