You are on page 1of 2

Apabilaku mengenang sejarah kembali, ku berasa bangga kerana sepanjang hidup dapat berbakti.

Walaupun tubuhku tidak begitu sihat, namun aku tahu bahawa tempoh khidmatku sebagai pembantu pencegahan jenayah telah memadai. Sambil dibuai ombak air yang tenang di sebuah pusat pemulihan haiwan marin, ku berasa bahawa tempoh perkhidmatanku telah tamat selepas bartahun- tahun memberi bantuan kepada kaum manusia yang berusaha mempertahankan hak asasi kehidupan, sama ada di darat ataupun di lautan. Sepanjang 12 tahun, berbagai jenis misi telah aku ketuai untuk menghapuskan jenayah pemerdagangan wanita dan kanak- kanak.Ku telah berjaya menggagalkan penyeludupan haram seperti ini, menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa eksploitasi dalam sektor pelacuran. Sebagai seekor haiwan marin yang mempunyai daya ingatan dan perisikan setanding manusia sendiri, ku telah menjadi antara yang terpenting dalam unit pencegahan jenayah. Tetapi memandangkan usiaku yang semakin hari semakin panjang, badanku tidak boleh bertahan dalam operasi lasak lagi. Sekarang, mengimbas kembali kehidupanku sebagai seekor ikan lumba- lumba, ku berasa seolah- olah tujuan aku di atas muka bumi kali ini telah selesai dilaksanakan. Ketika aku hanya berumur beberapa bulan, ibuku telah menjadi mangsa kepada kaum manusia yang telah membunuhnya untuk tujuan hiburan. Mereka menggunakan senapang dan serampang, dan tanpa sebarang unsur belas kasihan, mereka telah meragut nyawanya dengan menembaknya. Semuanya berlaku dengan begitu pantas, ku tidak mempunyai masa untuk menunjukkkan apa- apa reaksi tetapi merenung ibuku tenggelam ke dasar laut. Darahnya telah menjadikan air lautan di sekeliling menjadi merah, dan aku tidak dapat menerima hakikat bahawa ku telah kehilangan insan yang seharusnya memberi perlindungan kepadaku, menyayangiku bagai menatang minyak yang penuh, dan mengajarku cara hidup yang betul sehingga aku boleh hidup dengan berdikari. Entah mengapa mereka telah melepaskan aku daripada tindakan kejam mereka. Mungkin kerana mereka tidak berperasaan kehadiranku, ataupun mengkin mereka telah puas mencari hiburan, tetapi dari saat itu, mulalah hidupku tanpa belaian kasih sayang seorang ibu. Untuk beberapa hari dan malam, aku mencari makan dan berenang dengan sendirian, mendukung harapan bahawa aku akan bertemu dengan spesis sejenisku yang lain. Pada suatu pagi yang cerah, ku telah ke sebuah kawasan terumbu karang yang luas. Cahaya matahari yang merusuk ke permukaan batu karang telah memantulkan warna hijau dan oren. Ikan-ikan yang lain berenang mengelilingi rumpai laut yang berbagai ragam disertai dengan riak air atasku, bertapa indahnya permandangan di sekeliling, bisik hatiku dengan gembira. Walaupun aku kehilangan teman yang tersayang, aku tahu, hidup ini mesti diteruskan dengan kekuatan jiwa. Ku pun mula mencari sarapanku, melibaskan batu boleh aku angkat untuk mendapatkan udang- udang di sebaliknya. Tetapi rezeki aku tidak sebanyak hari yang lain kerana terlalu kecil bilangan udang yang dapat aku jumpa. Aku memakan seberapa banyak yang boleh untuk mengisi perutku yang sedang memberontak kelaparan sejak hari masih gelap lagi. Setelah puas mencari, ku pun keluar dari tempat itu kerana ia terlalu dekat dengan permukaan air. Tidak selamat, ku ingat ibu memberitahuku dalam suaranya yang tenang. Aku sudah mula merindui ketiadaannya di pangkuanku. Aku ingat ketika aku telah ke perairan kawasan manusia. Tidak tahu apa alasanku ke sana, tetapi aku tahu aku telah muncul di hadapan mereka yang berbaju biru hitam. Terdapat suatu lambang yang dijahit di lengan kain yang dipakai mereka. Aku mempunyai perasaan bahawa mereka bukan jenis manusia yang akan mengambil nyawaku seperti nasib yang telah melanda ibu. Mereka mendekati

aku dari jeti, dan tidak lama kemudian, salah seorang daripada mereka membawa sebakul ikan dan melontarnya satu per satu ke mana saya berada. Ku menelannya dengan gelojoh kerana hanya ibu yang tahu menangkap ikan untuk aku dan sejak pemergiannya, aku hanya hidup dengan memakan udang dan tiram. Mulai hari itu, mulalah rutinku ke jeti yang sama setiap hari untuk mendapatkan makanan. Mereka juga membawa ikan untuk diberikan kepada aku setiap hari tanpa gagal. Aku menjalinkan sejenis persahabatan dengan mereka, menggunakan tiupan dan ekorku untuk berkommunikasi dengan mereka. Lama- kelamaan, aku mula memahami bahawa mereka mempunyai tanggungjawab membanteras perbuatan manusia yang melibatkan kanak- kanak dan wanita sejenis mereka. Aku telah mengikut bot yang dinaiki mereka dan juga telah membantu mereka mencari kapal yang mengangkut kontena berisi manusia hidup. Mengesan mereka bukan sukar bagiku kerana deria pendengaranku yang tajam mampu membawaku kepada mereka. Kejadian itu telah bertahun lama berlaku. Kini aku hanya boleh menghabiskan sehari demi sehari berenang di dalam sebuah kolam renang, diawasi orang yang menjagaku dengan baik. Mungkin inilah cara mereka membalas jasaku selama ini, menolong mereka menegakkan keadilan bagi umat mereka. Mungkin inilah sebabnya dunia masih dalam keadaan yang mampu meneruskan kehidupan, kerana masih mempunyai segelintir manusia yang tahu menghargai nyawa spesis selain daripada jenis mereka dan tidak memandang rendah terhadap haiwan yang lain sepertiku. Apapun alasan, aku bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada mereka yang telah berusaha menyelamatkan banyak nyawa dan memberi mereka peluang untuk memulakan kehidupan semula.

You might also like