You are on page 1of 2

Daripada bacaan rambang, kita maklum bahawa buku- buku rujukan yang berada di pasaran telah menjadi sesuatu

keperluan bagi pelajar- pelajar sekolah generasi kini. Apa hendak disoalkan lagi ? Semua orang tahu bahawa tahap pendidikan telah menjadi semakin mencabar. Murid murid di sekolah perlu mempelajari lebih daripada kandungan yang berada dalam buku teks supaya dapat memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan mereka. Mereka bukan sahaja memerlukan bahan rujukan yang lebih terperinci, tetapi bahan rujukan tersebut perlulah mengandungi teks penjelasan yang sistematik serta mudah difahami agar pelajar dapat menguasai sesuatu konsep dengan mudah. Terdapat banyak buku rujukan di pasaran hari ini yang boleh memenuhi kehendak seseorang pelajar yang memerlukan bahan rujukan sebagai teman sewaktu membuat ulangkaji pelajaran. Namun ledakan buku rujukan di pasaran yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan telah memeningkan beberapa pihak, terutama ibu bapa dalam membuat pemilihan buku rujukan untuk anak- anak mereka. Apakah sebenarnya peranan ibu bapa untuk mengatasi kekangan tersebut? Resolusi perdana yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan menghantar anak- anak mereka ke kelas tambahan. Setiap ibu bapa akan mempunyai harapan agar anak mereka dapat menjadi seseorang yang berjaya pada masa akan datang. Walaupun kejayaan yang diperoleh tidak semestinya dari segi akademik, pendidikan yang diberikan di sekolah masih merupakan sesuatu aset yang harus dimiliki seorang pelajar untuk mengahadapi dunia luar yang penuh dengan pelbagai onak dan duri. Jika pelajar tersebut tidak mampu menguasai apa yang dipelajari di sekolah, ini akan membawa kepada keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan dan seterusnya menjejaskan rekod kurikulum pelajar tersebut. Umar al- Khattab pernah berkata, ajarlah anak- anakmu dengan zaman yang dihadapinya. Oleh demikan, wajarlah ibu bapa menyediakan payung sebeblum hujan dengan menghantar anak- anak ke pusat tuisyen .Keadaan ini dapat mengelakkan ibubapa daripada perlu mencari buku rujukan yang paling sesuai bagi anak mereka kerana pusat tuisyen akan memberi nota tambahan yang mempunyai kandungan akademik yang secukupnya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Kalau ibu bapa tidak mengikut perkembangan pelajaran anak- anak, bagaimanakah mereka dapat memahami kehendak anak- anak mereka dalam memilih buku rujukan? Setiap kanak- kanak dilahirkan dengan perbezaan mereka sendiri. Mereka mempunyai cita rasa mengikut acuan sendiri serta mempunyai cara mereka sendiri dalam mengulangkaji pelajaran. Oleh itu, buku rujukan yang digunakan oleh pelajar- pelajar lain tidak semestinya sesuai dengan anak mereka sendiri. Dalam konteks ini, ibu bapa perlulah mengamalkan nilai bertanggungjawab dengan meluangkan masa dengan anak- anak mereka supaya tahu serba sedikit akan cara anak mereka belajar. Cara ini boleh memudahkan ibu bapa dalam memilih buku rujukan yang sesuai untuk anak mereka. Keadaan ini juga umpama serampang dua mata kerana ibu bapa dapat membelikan buku yang diperlukan oleh anak mereka di samping dapat menunjukkan kepada anak mereka bahawa mereka mengambil berat akan pelajarannya. Sesungguhnya ibu bapa dapat memilih antara intan dan kaca untuk menyediakan kelengkapan pelajaran yang terbaik bagi anak mereka. Sebagaimana yang kita ketahui, perkembangan media massa telah mencapai tahap yang teramat memberangsangkan. Hampir setiap rumah kawasan bandar atau luar bandar, malah di ceruk- ceruk desa kini mempunyai alat jaringan kommunikasi seperti televisyen, radio dan kemudahan Internet. Hal ini bererti bahawa maklumat mengenai hampir apa sahaja mampu diperolehi oleh semua warga masyarakat, terutama berkaitan pendidikan bagi pelajar- pelajar di sekolah. Kadang kala, pelajar

pelajar akan berasa bosan terhadap cara mengulangkaji yang melibatkan buku-buku yang berlandak serta tempoh masa yang berjam- jam dalam menelaah kandungan bahan ilmiah. Program seperti Tutor TV oleh Astro telah banyak membantu pelajar- pelajar tahap UPSR, PMR dan SPM dalam memahami pelajaran mereka di samping mengajar dari sudut yang lebih menyeronokkan. Dalam soal ini, ibu bapa sebenarnya boleh mengelakkan diri mereka daripada dilema membeli bahan rujukan yang sesuai dengan adanya program- program seperti ini, persis kata orang yang mengantuk disorokkan bantal. Oleh demikian, kita menyimpulkan bahawa penggunaan media massa sebagai wadah untuk menyalurkan pelajaran dapat meringankan beban ibu bapa dalam memilih buku rujukan bagi anak- anak mereka. Izharnya, terdapat pelbagai jalan penyelesaian kepada masalah pemilihan bahan rujukan yang boleh diamalkan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Ibu bapa haruslah menggembleng semangat belajar dalam anak- anak mereka dengan mencari resolusi yang sebaiknya untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa haruslah mempunyai kemantapan strategi atau agenda bagi menyerlahkan potensi anak- anak mereka dalam pelajaran mereka kerana kecantikkan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilu seseorang, bukan terletak bada wajah dan pakaian. Intiharnya, ibu bapa menggalas amanah yang besar dalam memastikan anak- anak mereka mendapatkan kelengkapan pembelajaran yang sebaiknya agar dapat melahirkan generasi murabbi yang mengharapkan rida Tuhan.

You might also like