You are on page 1of 23

TUGASAN : 1.

PEMBENTANGAN : 17 OGOS 2009

2. PENULISAN ILMIAH : 5 OKTOBER 2009

TAJUK : ISU-ISU YANG WUJUD DALAM DAN LUAR NEGARA DI

PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

NAMA : 1. ASMA’ MUNIRAH TAJUDIN

2. NADIRAH IBRAHIM

3. FAZIELAH MOHD TAIB

4. SHAMSUL HIDAYAT ABD HAMID

5. MOHD SYAFIQ MOHD NASIR

FAKULTI : SENI DAN MUZIK

JABATAN : TEKNIK DAN VOKASIONAL

TEMPAT : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMAKAN : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD SALAM

1
1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia

persekolahan kepada seseorang kanak–kanak. Pengalaman persekolahan dan

pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan

mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk

memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak–kanak tanpa

mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental

dan fizikal kanak–kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak–kanak

berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas

khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.

Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan

kanak–kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak

yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang

optimun. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada

perkembangan kanak–kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Pendekatan pembelajaran fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa, selamat

dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan

menjejak serta memberi pengalaman baru kepada kanak–kanak (Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan 2003).

2
Namun, terdapat beberapa isu yang timbul berkenaan pendidikan prasekolah.Hal

yang demikian, menyebabkan terdapat pelbagai spekulasi daripada pihak–pihak

tertentu. Antara isu pendidikan yang sering diperkatakan ialah perbezaan antara tabika

kerajaan dan tabika swasta.

2.0 ISU-ISU YANG WUJUD DALAM/LUAR NEGARA DI PERINGKAT AWAL KANAK-

KANAK

2.1 ISU IBU BAPA LEBIH GEMAR MENGHANTAR ANAK-ANAK KE TADIKA

SWASTA BERBANDING TADIKA KEMAS

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat khususnya dalam

Program Pengasuhan Kanak-Kanak atau lebih dikenali sebagai Taman Asuhan Kanak-

Kanak (TASKA) dan Program Pendidikan Prasekolah atau lebih terkenal dengan nama

Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) (Jabatan Perdana Menteri 2008). Fenomena

yang dapat dilihat sekarang ialah keperluan Taska dan Tadika ini sangat mendesak dan

diperlukan oleh ibu bapa. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial,

emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-

kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Tadika berkonsepkan memberi

pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya

diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M iaitu Membaca, Mengira dan Menulis.

Kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun di kedua-dua Taman

Asuhan dan Taman Didikan ini tidak memanfaatkan secara maksimum mengasuh dan

3
mendidik kanak-kanak ke arah melahirkan insan yang soleh dan solehah (Azizi Yahaya

& Jamaludin Ramli 2001)

Apabila berkata tentang pendidikan prasekolah ia akan menjadi satu topik yang

amat menarik kerana seakan menjadi trend masa kini di mana ibu bapa berlumba-

lumba untuk menghantar anak-anak ke institusi prasekolah atau ‘kindergarten’ yang

menawarkan pelbagai pakej yang mampu untuk membentuk anak-anak ini menguasai

ilmu yang sepatutnya bukan di tahap mereka. Permintaan yang tinggi di kalangan ibu

bapa yang ingin anak mereka menjadi ‘brilliant’ telah menyebabkan pelbagai institusi

pendidikan prasekolah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Di samping ia akan

menuju ke arah persaingan yang sihat di kalangan institusi ini, ia juga akan

menguntungkan ibu bapa kerana mereka mempunyai banyak pilihan dan mampu

memilih yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kerajaan

ada menyediakan institusi pendidikan prasekolah yang dikenali sebagai Tadika Kemas,

Perpaduan dan prasekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan. Namun begitu dengan

kemunculan institusi pendidikan prasekolah swasta telah meninggalkan impak yang

amat besar kepada sistem pendidikan prasekolah yang dibangunkan oleh kerajaan.

Perbezaan antara tadika kerajaan dan tadika swasta amat ketara terutamanya dari segi

kurikulum, kelayakan dan latihan guru, kemudahan dan kelengkapan serta sumber

kewangan. Ibu bapa ini tidak berminat menghantar anak mereka ke tadika kerajaan

sedangkan bayaran yang dikenakan adalah minimum (Mariani Md. Nor 2006).

4
Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu

yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu

tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang

dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada

seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan

kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya. Selain itu, tahap kemudahan yang

disediakan adalah berbeza atau persekitaran juga kemungkinan menjadi faktor

penggalak ibu bapa memilih tadika swasta. Kemampuan anak-anak menguasai sesuatu

ilmu yang bukan di tahap mereka akan menjadi satu kebanggaan kepada para ibu bapa

sedangkan tadika kerajaan terutama Tadika Kemas mengajar sesuatu yang relevan

dengan usia anak-anak ini. Persoalan ini akan menjadi pro dan kontra kepada ibu bapa

dan anak-anak (Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli 2001).

Isu yang jelas dilihat adalah mengenai sikap ibu bapa yang lebih gemar

menghantar anak-anak mereka ke institusi pendidikan prasekolah swasta berbanding

ke tadika yang dianjurkan oleh kerajaan. Apabila meninjau dengan lebih dekat lagi,

terdapat jurang yang amat luas dalam pendidikan prasekolah antara kerajaan dan

swasta. Secara umumnya perbezaan pembentukan pendidikan akan dapat dilihat

daripada kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Kemas atau mana-mana tadika

swasta yang dianjurkan oleh pihak swasta (Mariani Md. Nor 2006).

Lawatan telah dilakukan pada 14 Ogos 2009 di PASTI Al – Husna dan Tabika

Kemas SungaiBehrang. Hasil lawatan yang dijalankan oleh penulis mendapati

seharusnya Tadika dan Taska anjuran Kemas ini perlu mengemaskinikan lagi pengisian

pendidikan awal kanak-kanak menjurus ibu bapa lebih selesa menghantar anak-anak

5
mereka ke PASTI atau Tadika Islam swasta yang lain kerana tadika-tadika ini lebih

berjaya membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak mereka walaupun mereka terpaksa

membayar lebih. Pendidikan awal kanak-kanak di Tadika Kemas banyak meniru

kepada sistem pendidikan barat maka seharusnya Tadika Kemas berani berubah untuk

kembali kepada sistem Pendidikan Islam yang menjadi teras kepada kehidupan orang

Melayu. Kebanyakan pendapat beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan

dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan

kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak

sesuai untuk diajarkan al-Quran, akidah, akhlak dan tauhid kerana mereka tidak boleh

memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka

bermain daripada belajar. Namun begitu, kebanyakkan ibu bapa kini telah

menitikberatkan aspek kerohanian untuk anak-anak mereka. Dengan ini ibu bapa lebih

cenderung menghantar anak-anak mereka ke Tadika Swasta seperti PASTI kerana

hasil pembelajaran yang diperolehi lebih baik berbanding menghantar ke Tadika

Kerajaan seperti Tadika Kemas. Kanak-kanak yang berusia empat tahun mampu

membaca surah al-Fatihah dengan lengkap. Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke

Tadika Swasta lebih berpuas hati kerana apabila tamat sahaja pembelajaran di

peringkat prasekolah ini, anak-anak mereka mampu membaca Ayat Kursi, Ayat Seribu

Dinar, Doa Qunut, doa-doa harian, amalan kehidupan orang Islam dan sebagainya.

Selain itu mereka bukan dididik dengan agama sahaja, malah turut merangkumi

akademik yang sama diajar di tadika kerajaan. Tadika Swasta seperti PASTI

mempunyai sukatan pembelajaran dan buku latihan yang tersendiri yang diterbitkan

oleh Pusat Asuhan Tunas Islam. Purata buku bagi setiap pelajar yang belajar di PASTI

6
ialah 20 buah buku. Walaupun bilangan itu dilihat terlalu banyak, namun pada tahap

inilah segala pembelajaran perlu diberikan. Hal ini bertepatan dengan pendapat (Glenn

Doman 2006) yang menyatakan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari

segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak. Peringkat ini

merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan

otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk

rangsangan. Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan

terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak. Antara

rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah:

1. Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar,

mengkaji, mencuba dan menyelidik.

2. Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima

pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.

3. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima

rangsangan pendengaran percakapan.

4. Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak

akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap.

Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.

5. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak

berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini.

6. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar

kelak.

7
7. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya

semasa kecil.

8. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam

panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur

persekolahan.

Menurut Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli (2001), menyatakan kurikulum yang

digunakan, terdapat juga perbezaan daripada kelayakan dan latihan guru, kemudahan

dan kelengkapan dan sumber kewangan. Namun begitu, faktor lain dilihat sebagai

sampingan sahaja kerana boleh dikatakan hampir tiada langsung perbezaan faktor-

faktor berikut di antara Tadika Kerajaan dan Tadika Swasta. Hal ini jelas bahawa ia

berkaitan dengan kurikulum penyebab utama ibu bapa lebih gemar menghantar anak-

anak ke tadika swasta berbanding tadika kemas. Selain itu, kemungkinan lain adalah

disebabkan kurangnya populariti Tadika Kemas adalah kerana tiada publisiti terhadap

tadika ini. Sehingga kini ibu bapa masih tertanya-tanya tentang Tadika Kemas.

Berdasarkan maklum balas yang didapati, ramai di antara responden yang memberikan

maklum balas “tidak pasti” terhadap soalan yang dikemukakan tentang Tabika Kemas.

Hal ini membawa maksud bahawa ibu bapa mempunyai kurang maklumat terhadap

Tadika Kemas. Dengan ini dicadangkan agar kerajaan mengadakan publisiti secara

besar-besaran terhadap Tadika Kemas dengan memberikan maklumat yang jelas

terhadap ibu bapa berkenaan dengan kurikulum, kelayakan guru dan kemudahan yang

disediakan oleh KEMAS. Selain itu, pihak berwajib sepatutnya mempelbagaikan lagi

pembelajaran bagi merapatkan jurang pembelajaran antara Tadika Kerajaan dengan

Tadika Swasta dapat dirapatkan.

8
2.2 ISU PENGGUNAAN PORTFOLIO BAGI PENILAIAN KANAK-KANAK

PRASEKOLAH

Satu isu yang sering dibangkitkan dalam penilaian ialah kejituan (authenticity)

sesuatu bentuk penilaian itu. Ramai yang berpendapat peperiksaan atau ujian bertulis

yang diberikan secara berkumpulan, seperti mana diamalkan dalam sistem pendidikan

rendah dan menengah di Malaysia ini, tidak sesuai digunakan dalam pendidikan awal

kanak-kanak. Biasa dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan

pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat juga boleh mempengaruhi kesahan

sesuatu ujian (Pearson, P. D. & Stallman, A. C. 1990). Tambahan lagi, lebih muda usia

kanak-kanak itu, lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan

kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian (Ratclif 1995). Hal yang demikian,

boleh menjadikan keputusan serta kebolehgunaan penilaian itu diragui.

Kajian di Malaysia menunjukkan penilaian yang dijalankan di kebanyakan tadika

lebih banyak menjurus pada perkembangan akademik dan kognitif. Kajian Rohaty

(2003) mendapati penggunaan penilaian lebih menumpu pada melaporkan kemajuan

kanak-kanak kepada ibu bapa, sedangkan ianya mempunyai skop yang lebih luas.

Penilaian dijalankan secara formal dengan cara menduduki ujian yang kemudiannya

diberikan gred markah dan kedudukan. Kesan daripada kemasukan gred dan markah

adalah penglabelan ke atas kanak-kanak secara langsung terlalu awal. Melabel kanak-

kanak hasil satu dua ujian adalah perbuatan yang tidak sesuai. Ianya boleh

memberikan tekanan-tekanan kepada ibu bapa dan guru yang inginkan anak-anak

mereka maju.

9
Didapati cara pentaksiran yang amat popular menyebabkan tabika adalah ujian

yang dijalankan secara berkala bagi mengukur kepandaian kanak–kanak. Apa yang di

ukur adalah kebolehan 3M iaitu kebolehan membaca, menulis dan mengira kanak–

kanak. Metode ini menyimpang daripada konsep pendidikan prasekolah yang

sepatutnya membantu perkembangan keseluruhan kanak–kanak yang meliputi enam

aspek iaitu perkembangan komunikasi, dan bahasa, kognitif, kerohanian dan moral,

sosioemosi, fizikal juga kreativiti dan estetika (Saayah Abu et al 2006).

Ujian mempunyai kelemahan kerana ujian dan keputusannya tidak memberi

makna dan manfaat sebenar pada kanak–kanak. Ianya hanya memuaskan kehendak

ibu bapa terutamanya yang ingin melihat kebolehan anak mereka. Markah yang tinggi

tidak bermakna kanak–kanak itu adalah pelajar yang cemerlang dan sebaliknya bagi

kanak–kanak yang memperoleh markah yang rendah. Terdapat banyak faktor lain

seperti emosi, keletihan dan keselesaan kanak–kanak yang menyumbang kepada

markah yang diperoleh (Saayah Abu et al 2006).

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) dalam menghuraikan kurikulum

prasekolah menyatakan bahawa penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah

adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu

dijalankan secara berterusan. Selain bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan

dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan di dalam kesemua domain-

domain kognitif, afektif dan psikomotor, penilaian tersebut juga memberi maklumat

untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif dan hala tuju pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Zurida et al (2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah

lebih bercorak rujukan kriteria kerana ia memberi ruang bagi guru untuk memantau

10
kemajuan kanak-kanak secara individu. Membandingkan perkembangan kanak-kanak

mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu

mengikut umur membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran

yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Proses pemerhatian, mengenal

pasti, mengumpul dan menganalisis rekod perkembangan kanak-kanak membolehkan

guru memahami perkembangan serta kemajuan pembelajarankanak-kanak.

Kajian-kajian menunjukkan penggunaan portfolio membawa kesan positif dalam

kurikulum dan pengajaran walaupun penggunaannya berhadapan dengan beberapa

masalah. Dalam penilaian berasaskan portfolio pelajar menunjukkan apa yang mereka

boleh buat dan pelajar dinilai berdasarkan apa yang mereka sepadukan dalam

membina portfolio dan bukan apa yang mereka dapat ingat kembali. Hal yang demikian,

disebabkan portfolio sebagai alat penilaian adalah untuk mengumpul bukti tentang

bagaimana pelajar mengolah, memproses dan menyempurnakan tugasan dalam

sesuatu domain.

Portfolio mengandungi hasil kerja kanak-kanak yang memenuhi tujuan dan

objektif pembelajaran harian kanak-kanak. Hasil kerja tersebut menggambarkan

pengalaman yangdialami dan yang ingin dicapai. Contoh hasil kerja adalah seperti

lukisan, kraftangan, gambar foto, sampel daripada aktiviti, hasil penulisan dan laporan

dari pemerhatian (Kementerian Pendidikan Malaysia 2003). Hasil kerja yang dikumpul

dapat menggambarkan kemajuan atau perkembangan seseorang kanak-kanak.

Lukisan, contohnya menunjukkan kesedaran dan keperihatinan tentang sesuatu objek

manakala hasil tulisan pula menunjukkan tahap literasi kanak-kanak (Rohani Abdullah

2001).

11
Wortham (2002) menjelaskan portfolio mampu merekod perkembangan kanak-

kanak dari pelbagai hasil kerja yang terkumpul. Melalui hasil kerja dan eviden

perkembangan yang ada dapat dikenal pasti perkembangan yang telah berlaku. Ianya

membolehkan pelajar mengesan, mengikuti perkembangan dan melihat kemajuan

mereka sendiri dalam satu tempoh. Dengan itu pelajar dapat berusaha untuk

meningkatkan pencapaian dengan menggunakan potensi diri mereka dalam

menyelesaikan tugasan yang diberi.

Kajian Surayah Zaidon (2004) mendapati guru-guru prasekolah menggunakan

portfolio untuk tujuan-tujuan yang sejajar dengan konsep penggunaan portfolio. Namun,

hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk

lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku

rujukan di pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut

prosedur tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara

menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara

memberi ganjaran.

Penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara

hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio

adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Kajian beliau

telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan

portfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang

terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-

kanak dan limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara

keseluruhan (Surayah Zaidon 2004).

12
Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad

dalam aspek penilaian perkembangan kanak–kanak akibat pendekatan latihan pra

perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan

pengaplikasian teori. Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat

merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian. Kanak–kanak mempunyai repertoir

tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru, guru perlu didedahkan kepada pelbagai

alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan pratikal seperti rekod

anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu

dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan

menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanak–kanak

(Saayah Abu et al 2003).

2.3 ISU PELAKSANAAN AKTIVITI BELAJAR MELALUI BERMAIN UNTUK


PRASEKOLAH

Bagi kanak-kanak ‘main’ merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian

mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam

persekitarannya. Malangnya ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai

sedikit atau tiada pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap ‘main’

tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Guru-guru

harus peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah

perkembangan kanak-kanak secara total dan menyeluruh dari aspek mental, fizikal,

sosial dan emosi terutama bagi mereka yang berumur di antara empat hingga enam

tahun.

13
Menurut Vygotsky (1966), main merupakan satu cara kanak-kanak belajar apa

yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Mereka juga suka mencari dan mendapatkan

maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling. Mereka belajar dari tindakan mereka

sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang dewasa. Satu daripada strategi

yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah belajar melalui bermain .

Pendidikan tadika adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-

kanak, selepas yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu, guru tadika haruslah

memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha

mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-

mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus

dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana ia boleh

menghilangkan minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran yang

difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain

(Saayah Abu 2003).

Di peringkat prasekolah, tumpuan pendidikan kepada kesediaan belajar. Aktiviti

yang dijalankan berpandukan konsep belajar melalui bermain iaitu proses pembelajaran

secara tidak formal tetapi berstruktur, terancang dan ada tujuan tertentu. Unsur mudah

ubah atau ‘fleksible’ ditegaskan semasa menjalankan aktiviti prasekolah. Belajar melalui

bermain ,memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan

individu secara menyeluruh dan seimbang (Saayah Abu 2003).

Melalui permainan juga dapat memupuk kepimpinan murid dan menghilangkan

rasa kekecewaan atau kegelisahan. Justeru itu dalam Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) telah menghuraikan

14
Pendekatan Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan

prasekolah. Penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain

menjadi fitrah kanak-kanak. Aktiviti ini mengembirakan dan memberi peluang kepada

kanak-kanak membuat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Permainan

bebas dan terancang. Tidak ‘rigid’ iaitu mempunyai kelonggaran masa di samping

memberi peluang mencuba idea sendiri dan memberi peluang membuat pemerhatian

dan tumpuan bagi mencari sesuatu jawapan.

Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003), belajar

melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi

peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,

menggembirakan dan bermakna.

Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi

memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan

bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kerana melalui bermain mereka dengan gembira

dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman

langsung secara semulajadi. Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan

kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran

motor kasar dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan

inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar

sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-

15
kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi

peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa bermain.

2.4 ISU PENGLIBATAN IBU BAPA

Sebenarnya hubungan ibu bapa dan pihak tadika penting dan saling perlu

memerlukan dalam erti kata bekerjasama. Ini bertujuan bagi mempertingkatkan tahap

perkembangan anak anak mereka. Tetapi sebaliknya berlaku di negara kita. Faktor

yang menghalang penglibatan ibu bapa dapat dipecahkan kepada beberapa persoalan

(Saayah Abu et al 2006).

Ibu bapa berpuas hati dengan pengendalian tadika dan tidak perlu melibatkan

diri dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika. Biasanya di Malaysia, Ibu bapa

melihat pada matlamat mereka menghantar anak ke tadika supaya mereka boleh

bergaul dan menguasai kemahiran 3M sahaja. Dengan ini mereka merasakan tadika

dapat menjalankannya secara bersendirian tanpa bantuan mereka. Sebilangan ibu

bapa menganggap pengajaran dan pembelajaran di tadika adalah mudah. Apabila

ditinjau daripada kelayakan guru di tadika, rata-rata serendah kelulusan darjah enam.

Dengan itu, mereka menganggap kerjaya ini mudah kerjanya dan tidak memerlukan

penglibatan mereka (Saayah Abu et al 2006).

Ada pula sesetengah tadika itu sendiri terutama guru tidak begitu suka apabila

ada ibu bapa yang datang melawat kerana ini mengganggu tugas mereka. Mereka tidak

mahu ada kecacatan semasa mengajar itu menjadi bualan di kalangan ibu bapa yang

akhirnya menjatuhkan reputasi tadika dan seterusnya mengakibatkan tadika tidak

16
mendapat sambutan daripada ibu bapa bagi pendaftaran seterusnya (Saayah Abu et al

2006).

Faktor tidak cukup masa yang dikemukakan oleh tadika dan ibu bapa juga

merupakan faktor penghalang. Pihak tadika yang mengajar sukatan pelajaran dan ibu

bapa yang sibuk bekerja menyebabkan mereka tidak ada masa untuk berjumpa. Maka,

ibu bapa tidak dapat mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka. Ibu bapa

hanya mengharapkan guru di sekolah dapat mendidik dan mengajar anak mereka

sehingga anak-anak memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira tanpa

mengambil kira kesusahan yang ditanggung oleh pihak sekolah. Ibu bapa hanya

berperanan mengambil dan menghantar anak mereka dari sekolah tanpa mengikuti

perkembangan dan bertanya kepada guru tentang perkembangan anak mereka

(Saayah Abu et al 2006).

Bayaran yuran yang tinggi juga menyebabkan ibu bapa tidak mahu melibatkan

diri di tadika. Sesetengah mereka beranggapan yuran yang tinggi itu meliputi kesemua

perkhidmatan termasuk pembelajaran anak mereka, kesihatan, makanan, kesihatan

dan keselamatan. Sesetengahnya pula menganggap tadika sebagai tempat bagi anak

mereka semasa ketiadaan mereka bagi bekerja. Mereka hanya menghantar dan

mengambil anak mereka dari tadika dalam keadaan selamat serta yang penting sekali

mempunyai peningkatan tahap perkembangan intelektual mereka sahaja (Saayah Abu

et al 2006).

17
Polisi tadika juga memainkan peranan yang penting dalam penglibatan ibu bapa.

Sesetengah tadika yang mengenakan yuran yang tinggi menyebabkan ibu bapa

menjadi cerewet terutamanya berkenaan program tadika, kebersihan, penjagaan dan

keselamatan. Jadi, bagi memudahkan kerja pihak pengurusan tadika, mereka tidak

membenarkan ibu bapa masuk ke tadika, terhad hanya di muka pintu tadika sahaja

tidak mahu melayan kerenah ibu bapa yang cerewet ini (Saayah Abu et al 2006).

Infrastruktur tadika juga menyumbang pada masalah penglibatan ibu bapa di

tadika. Ibu bapa tidak digalakkan masuk kerana ruang kelas tadika sempit. Apabila

anak mereka belajar dalam tidak selesa dan berhimpit, maka ibu bapa meminta tadika

mengurangkan jumlah bilangan kanak kanak di dalam kelas itu. Hal itu menyebabkan

tadika mengalami kerugian (Saayah Abu et al 2006).

Terdapat banyak isu penglibatan ibu bapa di tadika kerana ketidakfahaman

pengurus tadika dan juga ibu bapa pada matlamat pendidikan tadika itu sendiri. Maka

dengan itu, memang terdapat jurang antara tadika dengan ibu bapa dan akhirnya ia

tidak membantu sama sekali tahap perkembangan kanak–kanak (Saayah Abu et al

2006).

18
2.5 ISU PENDIDIKAN DI LUAR NEGARA

BAYARAN YURAN TASKA YANG TINGGI DI SINGAPURA

Di taska di Singapura, kanak-kanak dikenakan kadar yuran bulanan yang tinggi.

Bagi seorang kanak-kanak yang ditempatkan di taska dalam satu maklumat yang

diperoleh, yuran yang dikenakan adalah sebanyak SD440 (RM 968). Walaupun kanak-

kanak di Singapura berhak mendapat subsidi kerajaan, ada subsidi yang diberikan oleh

kerajaan kepada rakyat / pemegang status PR, iaitu SD150 (RM330) untuk ibu yang

berkerja dan SD75 (RM165), untuk ibu yang tidak bekerja. Namun yuran yang

dikenakan itu masih dianggap tinggi dengan kos sara hidup yang tinggi di negara

tersebut (Laporan oleh : Hamidah Mohd Jamil).

Hal ini akan membebankan ibu bapa. Walaupun dikenakan yuran yang tinggi, ibu

bapa tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menghantar anak mereka bagi

memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya (Laporan oleh :

Hamidah Mohd Jamil).

Walaupun demikian, dengan yuran yang dikenakan tinggi, ia adalah sesuai

dengan tahap pengasuhan yang professional yang mempunyai pengasuh yang

bertahap professional dengan kelayakan minimum pengasuh bertaraf sijil dan diploma

pendidikan awal kanak-kanak (Laporan oleh : Hamidah Mohd Jamil).

Selain itu, kemudahan infrastuktur yang disediakan adalah dan pengurusan

taska adalah berkualiti. Pusat ini mempunyai ruang yang luas untuk setiap kumpulan

tahap umur kanak-kanak, bilik rekreasi, bilik latihan pengasuh, ruang pejabat dan

19
dapur, serta ruang makan yang tersusun dan kemas (Laporan oleh : Hamidah Mohd

Jamil).

3.0 KESIMPULAN

Trend dan isu pendidikan awal kanak-kanak tidak akan ada noktah perbincangan

kerana trend tetap berubah dan isu tetap diperkatakan. Yang penting pihak tertentu

yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak perlu memikirkan perkara yang

harus dilakukan berdasarkan pengalaman, aspek teori dan komuniti di persekitaran

sesebuah prasekolah itu. Persekitaran kanak-kanak itu banyak mempengaruhi

perkembangan dan pertumbuhan mereka dalam proses pembelajaran yang

merangkumi keluarga, jaringan sosial, masyarakat dan aspek pendidikan itu sendiri.

Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang tertentu

malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan

kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang

bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang

lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah.

Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud

dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di

Malaysia.

20
4 . 0 BIBLIOGRAFI

Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli. 2001. Keberkesanan Pendidikan Prasekolah KEMAS
dan Swasta: Perbandingan Mengikut Persepsi Ibu bapa. Skudai,Johor :
Universiti Teknologi Malaysia.

Bruce, T and Meggit, C. 2005. Child Care and Education. London: Hodder & Stoughton.

Glenn Doman. 2006. How to Teach Your Baby to Read . New York : John Wiley.

Jabatan Perdana Menteri. 2008. Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan Permata Negara. Selangor : Enterprise Building 1.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Kebangsaan


Prasekolah.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Kuala


Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Maznah Ali, Sharifah Norhaidah Syed Idros & Zurida Ismail. 2003. Pendidikan Sains
Prasekolah.Bentong : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Nik Asiah. 2005. Persepsi guru-guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendekatan


bertema dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah di Negeri Kelantan.
Laporan Projek Sarjana Pendidikan . Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Nordin Mamat. 2005 . Asas Sosial Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Pearson, P. D. & Stallman, A. C., (1990). Formal measures of early literacy.

21
Dalam L. M. Morrow & J. K. Smith (Eds.), Assessment for instruction in early
literacy. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall, pp.7-44.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum


Prasekolah Kebangsaan .Perpustakaan Negara Malaysia.

Ratcliff, N. 1995. The need for alternative techniques for assessing young children's
emergent literacy skills. Contemporary Education, 66 (3), 169-171.

Rohani Abdullah. 2001. Perkembangan kanak-kanak. Penilaian secara portfolio.


Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Rohaty Mohd. Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi:


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saayah Bt Abu . 2003. Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tabika –


Tabika Kawasan Melaka Tengah. Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan
Islam.

Saayah Abu, Siti Saleha Samsuri & Surayah Zaidon. 2006. Panduan Untuk
Pengusaha Tabika.Kuala Lumpur : PTS PROFESSIONAL.

Surayah Zaidon. Satu Tinjauan Penggunaan Protfolio Kanak – Kanak Prasekolah.


Maktab Penguruan Islam : Jabatan Bahasa.

Surayah Zaidon. 2003. Persepsi guru parasekolah terhadap penggunaan portfolio.


Disertasi Sarjana Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wortham, S. C. 2002 . Early childhood curriculum: Developmental bases for learning


and teaching.Ed. Ke-3. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

22
Menimbu Ilmu Ke TASKA Koperasi Di Singapura Laporan oleh : Hamidah Mohd Jamil.
Ketua Unit Wanita dan TCM.
Diperolehi pada 6 Ogos 2009 daripada
(http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jul000-2007)

Lawatan kerja ke Tadika Kemas Sungai Behrang dan PASTI Al-Husna pada
14 Ogos 2009

23

You might also like