You are on page 1of 27

1.

Pengenalan

Tadika adalah singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak.Tadika boleh didefinasikan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Penubuhan Tadika swasta perlu didaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta. Oleh yang demikian semua hal berkaitan dengan tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (dulu dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).

Pendidikan awal menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina day keintelektualan. Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkatperingkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang. Mengikut kajian, 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kongitif yang pesat.

Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat menggembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebabsebab sesuatu, ruang, dan masa yang kemudiannya menjadi asas untuk perkembangan hidup. Oleh itu, kualiti sesebuah tadika adalah sangat penting

dalam mendidik generasi mudah ini kerana dengan pengurusan tadika yang baik, barulah tadika tersebut mempunyai potensi untuk melahirkan generasi mudah yang berkualiti dan proaktif.

Dalam sebuah tadika, pentadbiran dan pengurusan merupakan bahagian yang besar dalam sesebuah organisasi dan tidak boleh di pisahkan. Kedua-dua bahagian ini sangat penting di dalam usaha untuk menegak dan mengukuhkan lagi sesebuah tadika. Tanpa salah satu bahagian ini, maka sesebuah organisasi yang

wujud tidak akan lengkap, bermasalah dan tidak bertahan lama. Organisasi seperti tadika memerlukan pengurusan dan pentadbiran yang kuat agar mampu mencapai objektifnya yang tersendiri. Dalam organisasi yang berorientasikan fungsi perkhidmatan, pengurusan merupakan sebahagian daripada pentadbiran tetapi bagi institusi swasta yang mementingkan keuntungan, pentadbiran merupakan sebahagian daripada pengurusan, kerana ia lebih kepada pencapaian matlamat organisasi melalui penggunaan sumber-sumber secara ekonomi.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau prasekolah tentu saja memberikan peranan yang besar dalam menentukan segala pencapaian dan kemajuan yang dikecapi oleh negara pada zaman kini. Pendidikan masih lagi dipercayai sebagai agen pengubah taraf sosial yang paling berkesan dan telah dibuktikan berjaya hampir di seluruh dunia. Perkembangan penubuhan tadika yang semakin pesat di negara kita telah membawa kemajuan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dengan ada bilangan tadika yang banyak, barulah persaingan positif boleh berlaku. Kesedaran masyarakat terhadap perlunya pendidikan di peringkat awal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan penubuhan pusat-pusat prasekolah yang menjadi seperti cendawan tumbuh sekarang. Oleh itu, perancangan sesebuah tadika haruslah dirancang dengan cantik sekali supaya dapat memenuhi keperluan kanakkanak apabila tadika mula berniaga.

2.0

Perancangan Penubuhan Prasekolah

Kualiti pendidikan prasekolah adalah bergantung kepada bagaimana pengurusan prasekolah itu dirancang secara keseluruhannya. Di Malaysia pendidikan prasekolah adalah tertakluk kepada akta 550 (akta Pendidikan 1996) dibawah sistem pendidikan kebangsaan.Dalam akta ini juga Menteri diberi kuasa dalam menubuhkan dan menyenggarakan prasekolah. Prasekolah merupakan satu program di luar sistem pendidikan formal yang tidak dicapai oleh pendidikan. Oleh itu, kesedaran masyarakat terhadap perlunya pendidikan di peringkat awal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan penubuhan pusat-pusat prasekolah yang menjadi seperti cendawan tumbuh sekarang. Semasa merancang penubuhan sesebuah prasekolah perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah:

Perancangan Penubuhan Prasekolah

Rajah 2.0 Perancangan Penubuhan Prasekolah

2.1 Menentukan Matlamat dan Objektif

a) Matlamat

Pendidikan formal pada peringkat awal kanak-kanak lagi adalah elemen yang sangat penting. Pendidikan prasekolah memberi pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan tidak formal. Kanak-kanak belajar dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan belajar sambil bermain. Pengurusan pendidikan prasekolah ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu pengurusan TASKA dan Tadika.

Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-kanak. Akta Pendidikan 1961 tidak menyatakan takrif tadika dengan jelas. Bagaimana pun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal sebelum mereka menjejaki kaki di alam persekolahan formal ketika kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun. Sehubungan dengan itu, kami telah memilih untuk membina sebuah tadika yang bernama Tadika Faith, Hope & Love di Kulim, Kedah.

Pembelajaran tadika ini lebih berpandukan kepada sistem prasekolah barat iaitu mengutamakan kaedah penerokaan serta menggalakkan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kami berharap tadika ini akan mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Pelbagai usaha akan terus dilaksanakan bagi

meningkatkan kualiti dan prestasi perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di Tadika Faith, Hope & Love serta membuka cawangan-cawangan lain di seluruh Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

b) Objektif

Tadika Faith, Hope & Love dapat memberi pelbagai impak positif kepada masa depan kanak-kanak. Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah:

1. Memberi peluang yang saksama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaikbaiknya.

2. Memastikan semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan mengikut takwim perancangan tahunan.

3. Membentuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak ke arah pencapaian potensi yang cemerlang dari aspek fizikal, kognitif, sosio emosi, bahasa, kegiatan kreatif dan agama.

4. Menyediakan guru yang mencukupi, bersifat penyayang, bertanggungjawab, berdisiplin, berdedikasi, komited, terlatih dan produktif bagi meningkatkan profesionalisme dan martabat keguruan.

5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal sebagai persediaan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah.

6. Menyediakan

proses

pendidikan

awal

yang

berorientasikan

sistem

pendidikan yang dapat melahirkan anak yang berilmu, mempunyai sifat kasih sayang, bersahsiah baik, berdikari, kreatif dan inovatif.

7. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, dinamik dan berteraskan kepada penambahbaikan dan pembaharuan yang

berterusan.

8. Melatih kanak-kanak bukan Islam mengamalkan nilai moral dan kehidupan harian. Manakala bagi murid Islam, dapat membaca, menghafaz dan

menghayati Al-Quran , doa dan zikir bagi murid Islam.

9. Mewujudkan

suasana

dan

persekitaran

yang

dapat

membantu

perkembangan kanak-kanak seawal usia 4 tahun.

10. Menerapkan elemen kecintaan terhadap alam dan penciptanya.

11. Membina keberanian dan keyakinan diri.

12. Menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi, selamat, lengkap dan selesa.

13. Melahirkan modal insan ibarat PERMATA buat agama dan negara.

2.2 Tinjauan Kebolehbinaan

Semasa merancang penubuhan Tadika Faith, Hope & Love, tinjauan kebolehbinaan telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa perkara. Antaranya adalah kesesuaian tapak dan lokasi tadika, kumpulan sasaran atau pelanggan, sumber kewangan, prasarana atau infrastruktur, kurikulum atau perancangan, sumber manusia, peraturan dan perundangan dan peralatan dan perabot.

a) Tempat Kesesuaian Tapak dan Lokasi Tadika

Tapak tadika ialah di sebuah rumah banglo satu tingkat di Taman Angsana disewa oleh tadika dengan kadar sewa sebanyak RM1200 sebulan. Tapak

bangunan ini beralamat di No. 706 Lorong Kenari 10/2A, Taman Kenari, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman. Dengan menggunakan premis yang disewa ini, Tadika Faith, Hope & Love ini dapat mengorak langkah dalam mendidik anakanak berusia 4 tahun hingga 6 tahun di sekitar kawasan tersebut. Lokasi bangunan ini terlelak di sebelah Bas Station dan Dewan Bandaran Kulim, Kedah.

b) Kumpulan Sasaran atau Pelanggan

Kumpulan sasaran yang diberi keutamaan oleh tadika ini adalah kanakkanak yang berusia empat hingga enam yang tinggal di kawasan Kulim, Kedah. Kanak-kanak dari negeri lain juga digalakkan.

2.3

Kemudahan Infrastruktur

a) Bahagian Dalam Tadika

Kami menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur di kawasan dalam dan di luar Tadika ini seperti yang ditunjukkan dalan pelan bahagian dalam dan luar bangunan Tadika ini. B angunan ini adalah seluas 50 X 50 kaki persegi di atas sebidang tanah seluas 50 X 60 kaki persegi. Pengubahsuaian bangunan telah dilakukan untuk menjadikan ruang bilik darjah yang lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Sebelum ini, bangunan ini merupakan sebuah rumah banglo satu tingkat. Terdapat empat buah bilik seluas 10 x 10 kaki persegi dan sebuah bilik utama seluas 10 x 12 kaki persegi. Bangunan ini juga memiliki sebuah tandas yang terletak bersebelahan sebuah dapur yang seluas 9 x 14 kaki persegi.

Kami telah mengubahsuai rumah ini untuk kegunaan tadika. Contohnya, salah satu bilik di ruang tamu telah digunakan untuk urusan pejabat serta bilik guru dan ibu bapa. Kami telah mengubahsuai tapak perumahan ini menjadi sebuah tadika yang mempunyai 1 bilik aktiviti khas, 1 bilik dapur, 1 bilik rawatan, ruang makan, ruang main peranan, sudut 1 Malaysia, 2 tandas murid dan sebuah lagi bilik pembelajaran.

Bilik pembelajaran adalah bilik yang utama dalam tadika ini yang seluas 20 x 10 kaki persegi. Bilik pembelajaran ini ditutupi dengan permaidani pelbagai warna supaya kanak-kanak berasa selesa membuat aktiviti pembelajaran seperti perbualan pagi. Bilik ini digunakan untuk aktiviti permainan dalam, kerja berkumpulan, perbualan pagi, membina yakin diri, membina personaliti diri, main peranan, simulasi, demonstrasi dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian sama ada secara individu, kumpulan ataupun kelas. Bilik ini juga mempunyai ruang kreativiti dan estetika di mana kanak-kanak boleh melakukan aktiviti kreatif. Peralatan-peralatan muzik, warna dan

kraftangan telah disediakan di sudut estetika. Terdapat lima buah meja dan dua puluh lapan kerusi untuk kanak-kanak. Meja guru dan papan putih juga terdapat di bahagian hadapan ruang pembelajaran ini.

Tadika ini merangkumi sebuah dewan mini teater yang mempunyai pentas, kerusi dan meja yang seluas 8 X 12 kaki persegi. Bilik ini digunakan semasa melakukan aktiviti bercerita dan lakonan. pembelajaran juga dilengkapi dengan sebuah Selain itu, bilik bacaan yang

sudut

mempunyai tempat duduk, permaidani tebal, satu tilam berbentuk bulat, bantal pelbagai bentuk dan warna dan rak-rak yang mempunyai dengan pelbagai bahan bacaan. Sudut Sains dan Matematik pula adalah seluas 6 x 6 kaki persegi dan terletak bersebelahan dengan ruang kreativiti. Di sini, kanak-kanak dapat meluangkan masa lapang mereka dengan berfaedah.

Terdapat sebuah bilik rawatan yang merangkumi satu katil yang bersaiz kecil dan satu rak. Bilik ini digunakan untuk kanak-kanak yang sakit berehat serta untuk kanak-kanak lain berehat di waktu senggang. Bilik ini terletak bersebelahan dapur dan dinding yang menyambungkan bilik ini dengan dapur diperbuat dengan kaca yang tebal supaya pembantu dapat memantau keadaan kanak-kanak dari dapur. Bilik dapur dilengkapi dengan satu set kabinet dapur beserta ketuhar, dapur dan sinki, sebuah peti ais serta sebuah rak pinggan mangkuk.

Terdapat satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran kanak-kanak dan untuk keselamatan terdapat satu lagi pintu menghala ke bahagian belakang bangunan. Tambahan pula, keduadua tandas yang terdapat di dalam tadika ini dilengkapi dengan tingkap kecil dan kipas pengalir udara serta dilabel mengikut jantina. Terdapat sinki, mangkuk tandas dan cermin yang mengikut saiz dan ketinggian kanak-kanak supaya mudah digunakan oleh kanak-kanak.

Seterusnya, bilik pembelajaran khas digunakan sebagai bilik ICT yang mempunyai sebuah LCD. Billik ini seluas 8 X 8 kaki persegi. Bilik ICT Dengan ini,

berfungsi sebagai aktiviti tambahan kepada kanak-kanak.

kanak-kanak dapat didedahkan dengan penggunaan komputer sejak berusia kecil lagi. Kami menghiasi dinding bilik tadika dengan pelbagai gambar yang berwarna-warni supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang ceria. Lantainya pula dipasang dengan jubin anti lumut dan tidak licin bagi mengelakkan kemalangan. Selain itu, terdapat juga beberapa tingkap untuk pengaliran udara dan satu pintu masuk.

Tingkat atas pula, meliputi kawasan pejabat dan bilik guru dan ibu bapa. Bilik guru dan ibu bapa di tadika kami adalah seluas 10 X 10 kaki persegi. Bilik ini menempatkan sebuah meja guru, sebuah kerusi beroda untuk guru dan sebuah rak fail. Satu set sofa untuk ibu bapa juga disediakan

di bilik itu.

Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi

keselesaan kepada guru dan ibu bapa.

b) Bahagian Luar Tadika

Terdapat juga pelbagai kemudahan di bahagian luar tadika Faith, Hope & Love. Di bahagian luar prasekolah pula terdapat sebuah kolam renang di mana kanak-kanak boleh melakukan aktiviti main air. Tapak kolam renang ini

diperbuat daripada mozek supaya kelihatan cantik dan bersih. Sebelah kolam renang pula, terdapat sebuah ruang untuk main pasir. Tempat ini digunakan untuk kanak-kanak membuat aktiviti main pasir. Kedua-dua kemudahan ini dapat mengembangkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak boleh belajar melalui bermain. Selain itu, sebuah kolam air terjun juga disediakan di bahagian luar tadika ini. Kolam air terjun ini berfungsi sebagai tempat kanak-kanak memelihara mereka dan juga sebagai perhiasan yang memberi pandangan yang indah kepada tadika ini. Dengan memelihara ikan di kolam, kanak-kanak dapat mengoptimumkan pengalaman mereka tentang hidupan laut.

Tambahan pula, kami juga telah sediakan tempat duduk di sebelah kolam air pancut tersebut. Ibu bapa boleh berehat di sini semasa menunggu anak-anak mereka keluar dari bilik darjah. Selain itu, taman permainan terletak bersebelahan laluan masuk ke tadika. Taman permainan ini mengandungi jongkang-jongket, pengelongsor dan satu set buaian. Kawasan sekeliling taman ini pula ditutupi dengan rumput jenis permaidani bagi mengurangkan kecederaan jika kanak-kanak terjatuh ketika mereka sedang menjalankan aktiviti bermain.

Di bahagian sebelah lagi, terdapat sebuah kebun sayur untuk kanak-kanak melakukan tugasan projek seperti bercucuk tanam. Kanak-kanak akan membina sendiri kebun sayur itu. Hal ini kerana kami ingin memberikan lebih banyak

pengalaman langsung kepada mereka sekali gus kami akan mengembangkan lagi kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Sebagai tambahan, kebun ini juga akan menjadikan pemandangan tadika ini lebih menarik.

Di samping itu, tadika kami ini juga mengandungi sebuah Mini Zoo di bahagian hadapan tadika. Zoo tersebut merangkumi beberapa sangkar

berkunci untuk menempatkan beberapa haiwan jinak seperti arnab, kura-kura, burung dan ayam. Kanak-kanak akan diberi tugas secara bergilir untuk memberi makanan kepada haiwan-haiwan jinak yang terdapat dalam Mini Zoo tersebut. Tadika ini juga mempunyai sebuah pintu utama dan pintu yang lain bagi laluan kecemasan. Terdapat juga rak kasut untuk kanak-kanak di depan tadika

berdekatandengan pintu masuk tadika ini serta tempat mencuci tangan yang terletak bersebelahan taman permainan.

Selain daripada itu, kami juga memberi keutamaan kepada aspek kebersihan kawasan tadika ini. Oleh hal yang demikian, kami akan melantik pekerja khas untuk membersihkan kawasan luar prasekolah kami agar kebersihan tadika ini terpelihara.

Secara keseluruhannya, Tadika Faith, Hope & Love mempunyai kawasan seluas 60 x50 kaki persegi. Kami juga memagarkan keseluruhan kawasan tadika ini demi menjaga keselamatan kanak-kanak dan harta benda yang terdapat di bahagian dalam dan luar tadika ini. Di bahagian luar tadika, kami juga menyediakan sebuah taman permainan yang dapat membantu

perkembangan motor kasar kanak-kanak.

Hal ini juga mampu memberikan

keseronokkan kepada mereka semasa bermain.

Penyediaan pelan lantai tadika kami ini

mempunyai beberapa bahagian

penting yang terasing iaitu bahagian dalam kelas yang merangkumi ruang pembelajaran, ruang dapur, ruang makan, bilik air, ruang rehat bagi kes

kecemasan dan stor. Pelan lantai luar kelas juga juga perlu di sediakan bagi reka letak alatan permainan untuk taman permainan kanak-kanak. Masalah utama dalam penyediaan pelan lantai ini ialah saiz kelas prasekolah yang selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru untuk merancang susun atur peralatan dan perabot. Oleh itu, kami telanh menggunakan kreativiti kami

sendiri dalam menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk keselesaan murid kami dan menepati kehendak komponen-komponen

pembelajaran.

2,5

Pelan Lantai Tadika Faith, Hope & Love

Rujuk Lampiran 1

2.6

Sumber Kewangan

Sumber kewangan sesebuah tadika biasanya adalah daripada kutipan yuran pada setiap bulan di samping sumbangan dan derma daripada seseorang individu mahupun pertubuhan dan badan-badan khas seperti kumpulan korporat, ahli politik dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat pengusaha yang mendapatkan pinjaman bank untuk melicinkan pelaksanaan tadika mereka. Tadika kami telah memperolehi sumber kewangan melalui pinjaman daripada institusi kewangan tertentu bagi memastikan kelancaran tadika kami dapat beroperasi dengan baik. Pinjaman ini diperolehi didapati program usahawan MARA, institusi perbankan.

2.6.1

Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

A) PENDAPATAN 1) Modal permulaan 2) Yuran Pendaftaran RM 50 x 25 RM28000 RM1250

3) Yuran Bulanan 4) Bayaran Buku Kerja 5) Bayaran Alatan tulis 6) Bayaran Uniform

RM 220 x 11 x 25 RM 280 X 25 RM 80 X 25 RM 58 X 25

RM60500 RM7000 RM2000 RM1450 JUMLAH:RM100200

B) PERBELANJAAN 1) Bilik IT -komputer -meja dan kerusi -papan putih 2) Bilik Wayang -LCD 3) Perpustakaan -meja dan kerusi -rak buku -buku-buku cerita -air-con 4) Bilik rawatan -katil -almari 5) Ruang makan -meja 6) Ruang belajar -meja dan kerusi 7) Ruang Tamu -sofa -meja RM 300 x 1 RM 100 x 1 RM300 RM100 RM100 x 25 RM2500 RM400 x3 RM1200 RM200 x1 RM300 x1 RM200 RM300 RM200 x 20 RM500 x 10 RM6x 1000 RM1500 x 2 RM4000 RM5000 RM6000 RM3000 RM1200 x 1 RM1200 RM1500X 25 RM50x 25 RM40 x 1 RM37500 RM1250 RM40

8) Dewan -pentas RM500 x 1 RM500

9) Studio -keyboard -radio 10) Bilik Guru -meja dan kerusi -almari RM200 x 4 RM100x 3 RM800 RM300 JUMLAH: RM 64770 RM500 x1 RM80 x 1 RM500 RM80

2.7

Organisasi Pengurusan

Pengelolaan

adalah

peraturan,

penyusunan

dan

pelaksanaan

perancangan yang dibuat

dan melibatkan pengembelengan semua elemen

yang ada di sesebuah tadika adalah terdiri daripada guru, pelajar, staf sokongan, bangunan, kewangan, peralatan dan kawasan tadika. Malah,

pengelolaan tadika ini ialah salah satu daripada enam peranan penting pengurusan sekolah selain daripada perancangan, penyelarasan,

perhubungan, penyeliaan dan penilaian. Pengelolaan tadika yang berkesan adalah meliputi aspek yang paling asas dalam pengurusan sekolah. Aspekaspeknya yang kami titik beratkan ialah akauntabiliti, pencapaian akademik, piawaian hasil kerja, skor ujian, aktiviti pembelajaran dan pengajaran, kadar keciciran pelajaran, kepuasan bekerja dan budaya pembelajaran produktif. Aspek ini akan sentiasa berubah mengikut keperluan semasa dan situasi kerana setiap sekolah mencapai keberkesanan dalam pengurusan sekolah dengan kadar yang berbeza. Lantaran itu, satu model organisasi berasaskan garis panduan telah diwujudkan bagi mengukur dan menandai aras keberkesanan pengelolaan tadika ini serta cara-cara untuk mempertingkatkan keberkesanan tersebut.

2.8

Peraturan dan Undang-undang

Tadika yang kami ditubuhkan ini adalah mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami telah mengikuti dan akur dengan segala pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan keberkesanan perjalanan pendidikan di tadika. Tadika kami telah

menyediakan perkara-perkara berikut yang perlu dipatuhi:

a) Pemilihan kanak-kanak

1. Kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun layak untuk belajar di pusat pendidikan awal kanak-kanak. 2. Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa ataupun penjaganya yang berpendapatan sebanyak RM400.00 ke bawah dan diikuti dengan pendapatan di antara RM401.00 hingga RM800.00 ke bawah yang ibu bapanya berpendapatan

jika masih ada tempat. Kanak-kanak

sebanyak RM1000.00 ke atas boleh juga diterima. 3. Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal kanakkanak ditentukan oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh guru besar atau pegawai perpaduan, penolong kanan atau penolong pegawai perpaduan dan guru prasekolah. 4. Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara 15 hingga 25 orang.

b) Semasa di Tadika i. ii. iii. iv. Waktu belajar tidak melebihi empat jam Pakaian seragam telah ditetapkan oleh tadika ini. Makanan akan disediakan sekiranya ibu bapa membayar yuran makan. Bayaran yuran dikenankan mengikut jumlah yang ditetapkan

v.

Pembantu guru tadika akan ditempatkan di setiap pusat pendidikan awal kanak-kanak.

vi.

Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh guru opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak.

c) Kemudahan di Pusat pendidikan awal kanak-kanak

i.

Kemudahan yang disediakan termasuklah alat permainan di luar bilik darjah dan digunakan dengan baik. Alat permainan luar yang telah rosak akan dibaiki dengan segera.

ii.

Kawasan dan alat permainan di luar bilik darjah perlulah akan dibersihkan selepas digunakan.

iii. iv. v.

Keselamatan murid akan diberikan perhatian yang serius. Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjaga sebelum

bermulanya sesi persekolahan

2.9 Peralatan dan Sumber

Alat-alat dan bahan-bahan adalah penting dalam sesebuah tadika kerana ia boleh memberikan panduan untuk pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat

pembelajaran juga boleh membantu mengembangkan perkembangan kanak-kanak samada dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi ataupun keharmonian. Peralatan yang disediakan dalam tadika ini meliputi perabot-perabot seperti kerusi, meja, almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti pensil, buku, pembaris, gam dan juga menjadi bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru dan murid.

Sebagai penganjur sesebuah tadika, kami telah memilih peralatan dan bahan-bahan yang terbaik untuk digunakan di tadika ini. Bahan-bahan yang kami sediakan adalah berkualiti, menarik, elok disentuh atau dipegang serta kukuh.

Bahan-bahan juga perlu mampu memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alat-alat tersebut telah kami fikirkan terutama apabila semasa kanakkanak bermain dan berinteraksi dengan alat-alat tersebut. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran yang kami pilih adalah tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang mampu menarik perhatian kanak-kanak.

3.0 Kriteria Penubuhan Prasekolah

Dalam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu difikirkan ialah adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan prasekolah. Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan untuk dijadikan tapak bangunan prasekolah. Mengikut Akta 267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19); sesebuah bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik. Setiap bangunan pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan juga keselamatan. Memandangkan di Malaysia

kemudahan prasekolah adalah berbeza, maka pihak berkuasa tempatan telah menetapkan beberapa kategori bangunan yang digunakan sebagai prasekolah.

Menurut Bustam dan Puteri Zabariah (2005) dalam modul PRA 3110, berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian untuk mendapatkan kelulusan penubuhan prasekolah.

3.1

Fizikal

Fizikal merupakan salah satu daripada kriteria utama yang perlu diberi perhatian dalam penubuhan sesebuah pusat prasekolah. Ia merangkumi infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang. persekitaran dan bangunan. Bangunan yang kami pilih adalah daripada rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan kawasan yang tidak kurang dari 3000 kaki persegi.

Bangunan ini telah mendapat kelulusan dan pemantauan daripada Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat.

i)

Kesan Persekitaran Kepada Murid-murid

Selain daripada spesifikasi bangunan yang sesuai, faktor persekitaran juga merupakan kriteria penting yang amat kami perhatikan dalam

penubuhan tadika ini. Perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran adalah seperti tempat yang selamat iaitu tadika kami jauh daripada kesibukan jalan raya, persekitaran dan udara di sekitar tempat tersebut adalah bersih dan jauh daripada pusat hiburan. Kawasan ini juga bebas daripada pencemaran bunyi seperti kilang kuari dan bunyi-bunyi kesesakkan jalan raya. Selain itu, tadika kami juga hanya satu-satunya tadika yang

dibina di kawasan perumahan tersebut iaitu 1 tadika bersamaan dengan 300 buah rumah. Di sebabkan tadika kami berhampiran dengan kawasan

perumahan, oleh itu, ibu bapa mudah untuk menghantar anak-anak mereka ke sini. Kesemua perkara di atas perlu diberikan perhatian supaya tidak memberikan kesan kepada murid-murid dan guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

3.2 Kemudahan Asas

Kemudahan asas juga perlu dititikberatkan dalam penubuhan sebuah tadika. Tadika kami ini menyediakan kemudahan asas yang penting seperti ruang pembelajaran, dapur, ruang makan, bilik air, tandas, bilik sakit dan taman permainan. Perkara yang paling penting diberi perhatian semasa

merancang penubuhan tadika ini ialah aspek keselamatan dan keselesaan murid-murid secara keseluruhannya.

3.3 Keselamatan

Antara

apsek

keselamatan

yang

kami

titikberatkan

adalah

kami

menyediakan dua buah pintu yang mudah dibuka tanpa halangan. Pintu ini disediakan dan boleh digunakan ketika berlakunya waktu-waktu kecemasan seperti kebakaran. Selain itu, tadika ini juga menyediakan alat pemadam api dan kami juga turut menampalkan cara-cara menggunakan alat pemadam ini sekiranya berlaku kebakaran. Alat ini sentiasa diperiksa oleh pihak Jabatan Bomba. Selain itu, persekitaran dari segi keselamatan tentang tadika ini juga telah mendapat kelulusan dan telah diiktiraf oleh pihak Jabatan Bomba.

Tadika ini juga turut menyediakan sebuah kawasan dapur yang diasingkan dengan kelas tadika. Kami juga memastikan bahawa segala peralataan

tajam dan bahaya disimpan di tempat yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. Di samping itu, alat permainan dan bahan pengajaran juga selamat digunakan. Kolam atau tempat menampung air juga adalah

mengikut ukuran yang ditetapkan dan di sekelilingnya adalah berpagar. Tadika ini juga telah dipantau dan mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Tenaga Nasional.

Aspek keselamatan juga boleh dibahagikan kepada beberapa aspek utama iaitu aspek bangunan, perabot dan peralatan, bahan bantu mengajar, bahan makanan, jalan raya dan lalu lintas, serta aspek emosi kanak-kanak. Dari segi bangunan, terdapat pelbagai perkara yang telah kami ambil kira. Antaranya seperti pemilihan jubin lantai. Di tadikah kami, kami telah memilih jubin yang sederhana kesat untuk memastikan lantai tadika ini tidak licin. Jubin jenis ini kami letakkan di bahagian bilik pembelajaran, bilik penyediaan makanan, bilik aktiviti khas, dan ruang pembelajaran terbuka. Di bahagian tandas pula, kami memilih jubin kesat kerana kedua-dua kawasan ini lebih kerap untuk terkena air.

Selain lantai, punca kuasa juga amat kami titik beratkan.

Kami

memastikan setiap punca kuasa mempunyai penutup bagi mengelakkan berlaku renjatan elektrik. Setiap punca kuasa juga ditempatkan di ketinggian yang tidak mudah untuk dicapai oleh kanak-kanak dan diletakkan jauh dari sumber air demi menjaga keselamatan prasekolah kami.

Sekeliling bangunan kami pula dilengkapi dengan tingkap-tingkap kaca jenis bagi membolehkan cahaya dan udara memasuki ruang bangunan kami. Setiap tingkap dan pintu pula dipasang grill yang boleh dibuka dan dikunci dari dalam bangunan. Grill jenis ini adalah cadangan dan saranan dari pihak bomba kerana Menurut pihak bomba, jika berlaku kebakaran, grill dari jenis tidak boleh dibuka akan menyekat laluan kecemasan dan melambatkan proses menyelamat. Dengan menggunakan grill seperti yang disarankan oleh pihak bomba berkenaan, kami dapat mencegah dari berlakunya kecurian sekaligus dapat membantu pihak bomba dan

penyelamat menyelamatkan kanak-kanak dengan lebih cepat.

Dari aspek perabot dan peralatan pula, kami memilih perabot dan peralatan yang sesuai dengan saiz kanak-kanak, kukuh dan tegap, tidak tajam dan berat, bebas selumbar, tidak mudah terbalik, bebas bahan kimia merbahaya, bebas karat, memenuhi keperluan dan standard,serta

susunannya tidak menghalang pergerakan kanak-kanak. Selain itu, kami memilih perabot pelbagai warna menarik dapat menceriakan kelas tadika kami.

Dari aspek bahan bantu mengajar, kami memilih bahan-bahan yang sesuai dengan saiz dan keperluan kanak-kanak. Setiap bahan disimpan

ditempat yang selamat dan dilabelkan. Selain itu, bahan basah dan kering juga di simpan di tempat berasingan bagi mengekalkan kualiti bahan dan memudahkan pengurusan bahan tersebut.

Dari aspek bahan makanan pula, kami menyediakan tempat menyimpan bahan makanan di bilik penyediaan makanan. Bahan kering di simpan di dalam cabinet dapur manakala bahan basah di simpan dalam peti ais. Bahan kering dibeli secara borong sebulan sekali manakala bahan

basah pula dibeli secara mingguan bagi memastikan kesegaran makanan tersebut sekaligus mengelakkan keracunan makanan.

Beralih kepada aspek jalan raya dan lalu lintas pula, kami menetapkan satu peraturan agar ibu bapa atau penjaga kanak-kanak perlu menunggu dan mengambil anak masing-masing di dalam kawasan sekolah. Mereka tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah mahupun di hadapan pintu pagar utama tadika. Kanak-

kanak hanya dibenarkan pulang setelah diambil sendiri oleh ibu bapa dan penjaga mereka.

Akhir sekali ialah dari segi aspek keselamatan emosi.

Walaupun

tidak dapat di lihat secara luaran, kami tetap menitik beratkan aspek ini kerana tanpa emosi yang stabil, adalah mustahil untuk kanak-kanak itu belajar dengan selesa dan mudah. Untuk memastikan keselamatan emosi kanak-kanak di tadika kami, kami memilih bahan pengajaran yang sesuai dengan kehendak, minat dan keperluan mereka. Kami turut mengaitkan

pengajaran kami dengan isu-isu semasa yang tidak terlalu berat dan tidak sensitif.

Selain itu, kami juga menyediakan peralatan bagi mencegah dan memadam kebakaran seperti alat pemadam api, sprinkler di syiling, pengesan asap dan haba serta pelan laluan kecemasan. Setiap tiga bulan, pihak bomba dan penyelamat akan dating untuk memeriksa alat-alat berkenaan dan setiap tahun, pihak bomba juga akan mengadakan ceramah kebakaran untuk kanak-kanak dan ibu bapa serta di ikuti dengan latihan kebakaran buat untuk melatih kanak-kanak.

3.4

Keselesaan

Semua kemudahan asas yang terdapat di tadika ini bertujuan memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada murid-murid dan guru tadika. Susun atur perabot yang sesuai serta ruang pembelajaran yang terancang juga memainkan peranan penting bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kelas tadika kami, kami memastikan bahawa susuan perabot tidak sesak dan tidak menghalang murid untuk melakukan pergerakan semasa di dalam kelas. Ruang bilik darjah yang

sesuai dan selesa adalah berdasarkan saiz kelas, pusat-pusat pembelajaran, jenis perabut, lantai, warna dinding, jumlah pencahayaan dan bilangan tingkap bilangan tingkap yang membolehkan berlakunya peredaran udara. Kesemua faktor tersebut mempengaruhi kebolehan pembelajaran kanakkanak.

3.5

Keceriaan

Kami juga memastikan kelas kami kelihatan ceria dan dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Kami juga menghias kelas kami mengikut sudut-sudut yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Persekitaran tadika inspira permata menyediakan ruang yang selesa, menarik dan kemas untuk membantu merangsang proses pengajaran dam pembelajaran kanakkanak. Ruang persekitaran tadika dibahagikan kepada dua, iaitu ruang dalam bangunan dan luar bangunan. Ruang dalam bangunan meliputi ruang bilik darjah, penyediaan makanan (dapur) dan bilik air. Ruang luar bangunan pula adalah persekitaran luar bilik darjah termasuklah pusat mainan pasir, pusat permainan luar, pusat peliharaan haiwan dan pusat tanaman. Ruang dalam bilik darjah tadika ini juga dibahagikan kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan:

i.

Kanak-kanak boleh lihat dengan lebih jelas pilihan ruang agar mereka dapat menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.

ii.

Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian. Contohnya, alat perrmainan blok disimpan di rak pusat manipulatif.

iii.

Kanak-kanak dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan aktiviti bebas.

iv.

Pusat pembelajaran yang ada dalam kelas tadika kami ialah:

a) Sudut bahasa

Ia merangkumi pusat bacaan dan bercerita. Sudut bahasa di kelas tadika ini mampu membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran

bahasa dan komunikasi mereka. Selain itu, mereka juga boleh belajar berinteraksi dengan bahan bacaan, bahan bergambar dan bahan bercetak. Di samping itu, mereka juga dapat menambahkan

perbendaharaan kata dan mengukuhkan kemahiran bahasa dan dapat memupuk minat membaca dan sayangkan buku.

Peralatan yang diperlukan untuk sudut bahasa kelas ini adalah rak buku untuk buku cerita, buku bergambar, buku besar, buku bersiri dan ensiklopedia. Selain itu, kad bacaan seperti kad huruf, kad sukukata, kad perkataan, kad cantum, kad imbasan dan kad bergambar turut disediakan.

b) Sudut Sains dan Teknologi

Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di mana kanak-kanak meneroka, membuat penemuan, menilai dan membuat

keputusan tentang bahan dan peralatan.

Setiap kanak-kanak boleh

membuat penemuan. Alatan dan bahan sesuai yang disediakan akan membolehkan mereka membuat percubaan. Adakalanya, alatan tersebut tidak perlu canggih. Contohnya dengan alat seperti kanta pembesar

kanak-kanak boleh memerhatikan air, bayang-bayang, matahari, langit, bumi dan membuat penemuan sendiri selepas pemerhatian. Contoh alat yang disediakan untuk sudut sains ialah alat pengukur seperti pembaris, peta, timbang, penimbang berat badan, sudu besar atau kecil, cawan atau sudu pengukur dan alat mengukur suhu. Alat-alat lain seperti kanta pembesar, alat mudah (seperti roda, skru, spring), bateri, tembikar, mangkuk, jam, glob, cermin, kompas, teropong, lampu picit, telefon dan akuarium jga turut disediakan bagi membantu pembelajaran kanak-kanak secara optimum.

c) Sudut Dramatik

Kami juga menyediakan alat permainan seperti dapur bersaiz kanakkanak yang terdiri daripada peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkuk. Terdapat juga pentas disediakan bagi kanak-kanak menunjukkan bakat dan keupyaan mereka. Peralatan tambahan juga turut disediakan seperti pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakan untuk membolehkan kanakkanak mengembangkan aktiviti kerjaya. Segala bahan yang terdapat dalam kotak props disusun atau disimpan dengan baik .

d) Sudut Kognitif dan Manipulatif

Pusat Kognitif penting kerana ia dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak dan menyokong pembelajaran matematik melalui aktiviti

pra-matematik dan pengukuran. Selain itu, ia berfungsi untuk menyokong

pembelajaran asas sains melalui aktiviti pengelasan, perbandingan, pemerhatian dan eksperimen.

3.6

Kebersihan Alam Sekitar

Dari aspek kebersihan, kami membuat keputusan untuk mengupah pekerja kontrak bagi membersihkan dan menyelenggara kawasan luar bangunan tadika kami manakala bagi bahagian dalam bangunan, kami akan bergilir-gilir sesama kami dalam menyelenggara, mengurus dan

membersihkan bangunan kami. Kami juga berhasrat untuk melibatkan ibu bapa pada hujung minggu tertentu setiap bulan untuk membantu kami membersihkan kawasan sekolah dan menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pembelajaran anak-anak mereka.

4.0

Penutup

Pendidikan tadika adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. I a menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu perancang sesebuah tadika perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan tadika yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi

pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat tadika dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan tadika. Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat

sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke enam tahun

Di Negara Malaysia, terdapat banyak jenis tadika termasuklah tadika swasta dan prasekolah kerajaan. Kepelbagaian penduduk di Malaysia telah

mewujudkan corak pentadbiran dan pengurusan yang berlainan di setiap jenis tadika dan prasekolah. Sebagai contoh, terdapat tadika yang dibina dengan tujuan mengeratkan pertalian dari segi perkauman di Malaysia. Hal ini memberikan kesan yang positif. Sungguhpun corak pentadbiran dan

pengurusan yang berlainan, pegurusan sesebuah tadika haruslah bijak menyelesaikan masalah yang tidak dapat dikawal yang akan berlaku dalam tadika seperti masalah ibubapa yang tidak ingin memberi kerjasama.

Sebagai perancang penubuhan sesebuah tadika, kita harus menyedari kepentingan di peringkat awal kanak-kanak, guru juga berusaha untuk mempertingkatkan usaha murni mendidik warga Malaysia dengan pendidikan yang berkualiti.

Seringkali yang telah kita ketahui, ibu bapa mempunyai motif dan matlamat bagi menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan, taska atau tadika. dan sudah pasti harapan mereka adalah memiliki cahaya mata yang mampu berbakti kepada nusa, bangsa dan agama. selaras juga dengan falsafah pendidikan negara, pembesaran anak-anak yang sempurna itu bermula dari bimbingan dan perkembangan yang holistik. Oleh itu ibu bapa harus bijak memilih tadika/ taska yang terbaik bagi menjadikan pusat perkembangan anak yang terbaik.

Namun, ibu bapa pada masa kini masih tidak mempunyai kesedaran bahawa pembesaran anak-anak yang holistik itu bermula dari persekitaran yang baik dan cara pendekatan guru atau pusat jagaan yang baik. masih ramai juga ibu

bapa memilih kepentingan akademik daripada kepentingan sosio emosi dan perkembangan-perkembangan lain kanak-kanak.

Oleh itu, perancang sesebuah tadika haruslah menitikberatkan aspek -aspek semasa menubuhkan tadika atau taska yang terbaik untuk anak-anak. Antaranya adalah bagaimana aktiviti atau pendekatan yang dijalankan, cara penyimpanan rekod yang pihak tadika guna seperti rekod peribadi anak, hal-hal peribadi yang disulitkan dan rekod perkembangan kanak-kanak. Seterusnya pengurusan tadika harus mengetahui nisabah guru dan kanak-kanak bagi memastikan kanak-kanak mendapat perhatian yang sama rata.

Kesimpulannya, untuk menubuhkan sesebuah prasekolah mahupun tadika, seseorang perlu menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan

pengetahuanserta mengetahui prosedur sebenar permohonan untuk penubuhan tadika agar segala kerja dan proses dapat berjalan dengan lancar dan cepat.

You might also like