You are on page 1of 9

CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yan g dominan untuk menceriakan kawasan sekolah. Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotongroyong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang. Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga d i sekolah. Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku. Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , sekolahku syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar. Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikin kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah. Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Faedah Mengikuti Aktiviti Pasukan Beruniform


Kokurikulum berobjektif untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi fizikal serta mental. Terdapat pelbagai jenis aktiviti kokurikulum di sekolah, antaranya ialah pasukan unit beruniform sebagai contoh Pengakap, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Para pelajar seharusnya menyedari kepentingan serta faedah menyertai aktiviti pasukan beruniform.

Di antara faedah menyertai aktiviti pasukan beruniform ialah kegiatan serta aktiviti yang diadakan dalam pasukan beruniform dapat memupuk sikap disiplin murid yang menyertai aktiviti tersebut. Hal ini demikian kerana apabila pelajar menyertai pasukan beruniform, pelajar tersebut perlulah mematuhi kepada peraturan serta arahan yang telah ditetapkan. Perkara ini akan dipraktikkan dan secara tidak langsung sikap tersebut akan kekal dalam diri pelajar.

Kita juga dapat menimba ilmu pengetahuan apabila menyertai akitiviti pasukan beruniform. Pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang dipelajari akan menjadikan pengetahuan tersebut lebih mendalam serta lebih meluas. Pegetahuan tersebut juga akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kita dapat mengetahui langkah-langkah yang berkesan untuk membantu oseseorang yang mengalami kecederaan. Apabila berlaku situasi begitu, kita akan cuba membantu mangsa tersebut.

Selain itu, kegiatan dalam aktiviti pasukan beruniform dapat mengeratkan hubungan di antara para pelajar dengan guru. Hal ini demikian kerana lazimnya, pasukan beruniform sering mengadakan aktiviti seperti berkhemah, berkhelah serta ekspedisi di dalam hutan. Semangat kerjasama secara tidak langsung dapat dipupuk ibarat aur dengan tebing.Selain sikap kerjasama, sikap tabah, berani serta gigih juga dapat diterpkan.

Menyertai aktiviti pasukan beruniform dapat mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kita dapat memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pasukan. Aktiviti ini sunguh bermanfaat. Kita juga dapat dihindari daripada terjebak dengan gejala sosial yang sering menjadikan kita walang.Sebagai contoh, kita dapat bergaul dengan rakan sebaya yang dapat memupuk nilai murni dalam diri.

Intihanya, sudah ternyata bahawa menyertai pasukan aktiviti beruniform dapat memberikan banyak faedah. Tidak ada pembaziran atau apa sahaja yang negatif akan berlaku apabila menyertai aktiviti pasukan beruniform. Ingat, usia yang muda hanyalah sekali dan manfaatkanlah ia sebaik mungkin.

Faedah Membaca

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut. Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini. Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan. Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah. Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah. Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

Faedah Membaca
Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca seperti surat khabar, majalah, buku cerita, komik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini boleh didapati di perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku.

Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Antaranya membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan membaca buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang seperti bidang sejarah, ekonomi, perubatan dan sebagainya, menjadikan kita pelajar yang berpengetahuan luas dan otak cair. Secara tidak langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa serta guru-guru.

Dengan membaca juga kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa. Apabila kita membaca surat khabar, kita akan tahu berita semasa di dalam dan di luar negara. Contohnya berita tentang gempa bumi di Jepun, peperangan di Palestin, Banjir di Johor dan sebagainya.

Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa penat setelah menelaah pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh menghiburkan kita seperti komik, majalah dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat menghilangkan rasa penat.

Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita dapat mengelakkan diri kita daripada bergaul dengan kacang hantu atau kutu embun. Secara tidak langsung, kita tidak akan terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, bergaduh, vandalisme dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah tanamkan sikap suka membaca pada setiap masa. Rakyat yang suka membaca adalah rakyat yang berilmu.

SOALAN : Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang faedah-faedah yang diperoleh jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.

Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita.

Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.

SOALAN: Murid-murid sekolah kini digalakkan mengikuti kelas tambahan. Nyatakan Kepentingan mengikuti kelas tambahan.

Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar waktu persekolahan atau ketima musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan seakan-akan menjadi suatu kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula beranggapan kelas tambahan ini perlu bagi meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak. Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh diikuti oleh murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan ibu bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri. Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula. Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran. Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Ini dapat menghalang mereka terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen. Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak menberikan manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah.

25046,Kampung Bukit Banjar, 84900,Tangkak,Ledang, Johor Darul Takzim. 18 APRIL 2014

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera. Saudara, Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Surat saudara telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya. Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Hanya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menghadapi UPSR. Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah cuba bersedia dari awal lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya dapat berkongsi idea dengan rakanrakan dan bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak faham.Saya juga bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan soalan latih tubi saya. Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh pihak sekolah.Kami banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul. Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain. Sahabatmu, && (Alif bin Arif))

SOALAN : Anak yang baik akan sentiasa membalas jasa ibu bapanya. Berikan pendapat kamu, cara-cara yang patut dilakukan untuk membalas jasa kedua-dua orang tua kita.

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguhsungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita. Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita janganlah menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu. Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya. Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal dan sebagainya. Kita janganlah membandingkan kemampuan ibu bapa kita dengan kemampuan orang lain. Kita sepatutnya perlu ukur baju dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit. Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

You might also like