You are on page 1of 2

KARANGAN CONTOH 13 - CARA-CARA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH ANDA

Soalan:
Anda telah menyertai pertandingan menulis esei sempena program bulan bahasa di sekolah
anda. Tajuk esei anda ialah ‘ cara-cara menceriakan kawasan sekolah’. Tulis esei anda
selengkapnya.

Analisis soalan:
Tema/isu : keceriaan kawasan sekolah
Tugasan : menulis esei tentang cara-cara menceriakan kawasan sekolah.
Format : rencana

sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya persekitaran
kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi keselesaan dan keberkesanan pelajar
menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga
kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran
sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengatur strategi yang berkesan untuk menceriakan
kawasan sekolah.

salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan
mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan secara
berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga
sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat
bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan
cepat dan mudah, bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan
dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong.
Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “program


sekolah dalamtaman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-
tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih
nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok
bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut
dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk
membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran
seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat


bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke
sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan
bantuan persatuan ibu bapa dan guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat.
Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga
digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,
pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan
lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui
aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas
mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan memastikan susunan meja
dan kerusi sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan teratur. Guru bertugas harian
akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Nama kelas yang terbersih dan
terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil
penghargaan sebagai ganjaran. Sebaliknya kelas terkotor pula perlu diberi hukuman
sebagai pengajaran supaya pelajar-pelajar lebih prihatin akan kebersihan kelas mereka
pada masa yang akan datang. Contohnya, antara bentuk denda yang boleh dilaksanakan
ialah dengan menjalankan aktiviti pembersihan, seperti mencuci tandas, kantin,
membersihkan kawasan padang dan sebagainya. Memang tidak syak lagi, dengan adanya
aktiviti seumpama ini pelajar akan terdidik dan terbiasa untuk sentiasa mengamalkan tabiat
menjaga kebersihan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

selain itu, sekolah juga perlu menjalankan program 3k. Program 3k bermaksud
mengutamakan kebersihan, keindahan dan keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah
perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini
demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari
semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak kementerian pelajaran akan membuat
pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan menjadi pemangikin dan meniup
Semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Namun demikian,
program 3k memerlukan komitmen daripada seluruh warga sekolah. Sebagai impaknya,
sekiranya semua warga sekolah bekerja sama dan berganding bahu bagai aur dengan
tebing dalam melaksanakan program ini, impian untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah
tempat menuntut ilmu yang indah, bersih dan selamat akan tercapai

intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah


kerana sekolah yang bersih dan ceria akan menyediakan suasana yang sangat kondusif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Dalam hal ini,
guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sokongan sekolah perlu melangkah sederap untuk
sentiasa menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria. Sekolah ceria, pelajar
gembira, guru bahagia.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

You might also like