You are on page 1of 5

LAPORAN PROGRAM KECERIAAN KELAS PEMULIHAN CAHAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SEMBILAN (“KELASKU RUMAHKU”)


( 10 JULAI 2012)

Papan kenyataan di sekolah merupakan satu tempat yang menyediakan


kemudahan serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara
sistematik. Sehubungan dengan itu, keceriaan papan kenyataan adalah salah satu
aspek penting dalam menarik minat murid-murid untuk menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran secara berkesan. Aktiviti keceriaan papan kenyataan ini merupakan
satu keperluan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih teratur, menarik
dan efektif.

Oleh itu, pada 12 Oktober 2015 hingga 15 Oktober 2015 yang lalu, saya dan rakan
praktikum telah menjalankan program keceriaan papan di Sekolah Jenis Kebangsaan
Ladang Mentakab. Program ini berlangsung sekitar pukul 2.30 petang hingga 5.30
petang. Program keceriaan ini bertujuan untuk melahirkan kesedaran dalam diri murid-
murid berkaitan kepentingan penjagaan bilik darjah dan luar dengan selesa, kondusif,
ceria dan rapi untuk suasana pembelajaran mereka. Program ini juga dapat
memberikan pengalaman dan peluang kepada murid untuk menyumbang sesuatu
tanpa meminta sebarang ganjaran atau bayaran. Di samping itu, program ini turut
bertujuan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah dalam menceriakan papan
kenyataan di sekolah berkenaan.

Selain itu, program ini bermatlamat dalam mewujudkan suasana yang lebih ceria
dan berinformasi dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, program ini mempunyai beberapa
objektif yang ingin dicapai. Antaranya ialah merapatkan hubungan silaturrahim di antara
guru dan murid-murid, memberi peluang kepada murid bekerjasama dengan guru-guru
secara optimum dalam menceriakan papan kenyataan. Seterusnya, memulihara,
menceriakan dan membersihkan papan kenyataan sekolah agar murid dapat menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif .
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang berlangsungnya program
berkenaan. Antaranya ialah susun atur bilik darjah, menyediakan carta organisasi
pemulihan Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan, menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran bagi kelas pemulihan tersebut, menyediakan sudut Mata Pelajaran
seperti sudut Bahasa Melayu, sudut Matematik dan ruang ICT. Di samping itu, aktiviti
menghias, mengemas dan mencantikkan kelas pemulihan berkenaan turut
dilaksanakan.
Murid terlibat secara langsung ketika waktu pembelajaran mereka di kelas
pemulihan. Murid diberikan tugas mengikut kemampuan mereka seperti menyusun
bahan-bahan pengajaran contohnya kad-kad abjad, pembilang untuk mengira dan
sebagainya. Program dimulakan dengan aktiviti menampal carta organisasi pada papan
kenyataan yang telah disediakan dalam kelas pemulihan berkenaan. Carta organisasi
disediakan terlebih dahulu pada hari sebelumnya supaya masa dapat diperuntukkan
untuk melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang. Kemudian, aktiviti diteruskan
dengan mengubahsuai susun atur bilik darjah pada susunan yang lebih teratur dan
kemas. Untuk aktiviti ini saya, rakan praktikum dan guru pembimbing bekerjasama
untuk memindahkan papan tulis kepada kedudukannya yang asal sebelum ini.
Pemindahan papan tulis tersebut bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran
berlangsung pada satu ruang sahaja. seterusnya, kami telah berbincang bersama-sama
untuk mewujudkan sudut Bahasa Melayu, Matematik dan sudut ICT. ruang ini
diwujudkan bagi memudahkan guru untuk melaksanakan aktivti pengajaran dan
pembelajaran serta membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti pengukuhan dan
pengayaan seperti permainan dan sebagainya.

Aktiviti seterusnya ialah membalut meja dan menyusun meja. Meja yang digunakan
adalah sebanyak 10 buah. Setiap meja dialas dengan tikar getah. Setelah selesai
membalut meja, kami menyusun meja tersebut secara dua-dua menghadap papan tulis.
Susunan seperti ini kelihatan lebih kemas dan teratur. Untuk menambahkan lagi
kekemasan meja tersebut, kami telah meletakkan kain sebagai hiasan meja berkenaan.
Program keceriaan disambung dengan aktiviti menghias ruang yang terdapat dalam
kelas pemulihan tersebut. Antaranya ialah membuat permainan teng-teng pada ruang
hadapan pintu masuk kelas tersebut. Permainan tersebut bertujuan sebagai hiasan dan
aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid bagi proses pengajaran dan pembelajaran
sebagai aktiviti pengukuhan. Selain itu, kami turut menghias pintu kelas pemulihan agar
kelihatan lebih ceria dan menarik.

Aktiviti menceriakan dan mencantikkan kelas pemulihan Cahaya akhirnya berjaya


diselesaikan dan mengambil masa selama 3 hari. Diharapakan dengan program
keceriaan yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada guru-guru dan murid-murid
bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran murid-murid pemulihan di sekolah ini. Di
samping itu, program ini adalah sebagai usaha memupuk kesedaran murid dalam
memastikan bilik darjah dalam keadaan ceria dan selesa supaya proses P & P dapat
dijalankan dengan berkesan. Semoga rancangan ini dapat membantu dalam
meningkatkan keceriaan bilik pemulihan Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan agar
mencapai slogan "Kelas, rumahku"

You might also like