You are on page 1of 3

LAPORAN TEMUBUAL GURU PENDIDIKAN KHAS SK KEMEDAK

Pada tanggal 17 oktober yang lalu,kami pelajar PPG UTHM telah


menemubual seorang guru Pendidikan Khas terlatih iaitu Cikgu Elly Napsiah Binti
Tubin.Beliau berpengalaman mengajar kelas Pendidikan Khas selama 10 tahun di
dua buah sekolah iaitu SK Buloh Kasap merupakan sekolah yang
pertama,seterusnya apabila kelas pendidikan Khas hendak diwujudkan di SK
Kemedak maka beliau telah di tugaskan disekolah ini sehingga sekarang.
Kelas Pendidikan Khas ini telah di diwujudkan pada tahun 2005, kelas ini
asalnya merupakan bilik galeri sejarah dan bilik setiausaha periksaan dalaman
sekolah ,namun berdasarkan keperluan, bilik ini telah dipindahkan ke tingkat 2,Beliau
bersama beberapa orang guru telah memulakan kerja-kerja pengubahsuaian kelas
ini ,seperti mengecat,menyusun atur perabut dan sebagainya.
Proses pengubahsuaian kelas ini dilakukan mengikut kriteria yang diperlukan
bagi sesebuah kelas Pendidikan Khas ,dilengkapi dengan prasarana dan
kemudahan yang besesuaian serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi.
Dalam menguruskan kelas beliau amat menekankan beberapa aspek yang
perlu diberi perhatian,seperti pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi
pengurusan aspek fizikal bilik darjah seperti meja guru di letakkan di penjuru
hadapan supaya tidak mengganggu aktiviti kelas. Di samping itu guru dapat
menggunakan papan tulis serta memberikan sepenuh perhatian terhadap semua
murid di dalam kelas,kedudukan alatan seperti Skrin LCD juga diletakkan di tempat
yang sesuai berdekatan dengan kedudukan tempat duduk murid serta mudah dilihat
Terdapat pelbagai bentuk susunan tempat duduk yang telah dibentuk oleh
guru,antaranya susunan secara bulatan atau separuh bulatan,barisan, klauster atau
kelompok kumpulan dan dibentuk ladam kuda,kedudukan ini boleh diubah mengikut
kesesuaian.
Penggunaan ruang atau sudut pembelajaran yang lengkap dengan bahan
bantu mengajar khusus bagi satu mata pelajaran, penggunaan stesen kemahiran
sebagai alternatif kepada pengetahuan sedia ada,dimana murid-murid dapat
mengikuti keseluruhan kurikulum berdasarkan keupayaan dan kebolehan sedia ada
murid.
Beberapa sudut atau ruang yang telah diwujudkan di dalam kelas ini amat
bertepatan dan boleh menarik minat murid,seperti gambar beberapa jenis kereta
telah di padankan pada jadual bertugas harian murid,pengunaan jadual bertugas
harian murid dapat mendidik murid serta melahirkan mereka yang berdiplin serta
bertanggungjawab menjalankan amanah yang telah ditugaskan,susunan rak yang
mengandungi fail-fail serta lembaran kerja amat kemas dan rapi dan kesemuanya
telah dilabelkan,doa-doa atau mutiara kata diletakkan di ruangan yang amat sesuai
seperti pintu masuk dan sebagainya.

Beberapa patah perkataan telah digantung dibahagian atas,juga terdapat


sudut hasil kerja murid selaras dengan penggunaan ruang yang optimum bagi
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan didalam kelas.
Pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid bekeperluan khas
memerlukan guru membentuk semangat komuniti yang dapat menerima
kepelbagaian di kalangan murid dan membina persekitaran yang dapat memberikan
perhatian serta respon kepada keperluan individu.
Bagi pengurusan pengajaran dan pembelajaran pula,beberapa kaedah dan
teknik digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran danpat dijalankan dengan
lancar dan berkesan serta mencapai objektifnya diantaranya ialah beliau amat
menitikberatkan cetusan idea,pengetahuan dan kemahiran tentang strategi
pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza,
keupayaan menilai kemahiran yang diperlukan seseorang murid, menetapkan
objektif pembelajaran yang sesuai dan realistik, mengubahsuai aktiviti dan latihan di
dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira keperluan serta kebolehan murid
yang berada pada tahap berbeza didalam kelas, menstruktur persekitaran agar
dapat meransang pembelajaran muridnya,
Disamping itu beliau menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan
sebaya dan pembelajaran koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di
dalam bilik darjah, menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya,
menghargai perbezaan dalam kalangan individu, mempunyai harapan yang tinggi
atas kebolehan muridnya untuk berjaya,
Penggabungjalinan aktiviti pembelajaran dan aktiviti fizikal akan dapat
merangsang perkembangan sosial yang lebih baik,pengekalan sesuatu tingkah laku
yang diingini juga dapat diperkukuhkan melalui aktiviti ini. Kanak-kanak berkeperluan
khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan
yang ada bersama mereka.
Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran
bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani
kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu
menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber
dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai
Beliau juga menggunakan kaedah terapi, Terapi merupakan kaedah untuk
membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau
kemahiran. Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi
membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan
kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara
maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya pengamatan muridmurid, meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu

kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan


psikomotor mereka. Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih
murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan
dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif lagi menyeronokkan.

You might also like