You are on page 1of 12

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH DAN

MENENGAH

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling di sekolah
.
2. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

3. Merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid.

4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua


pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Kelompok dan tunjuk
ajar (instruksional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana, dan mengawal selia perkhidmatan bimbingan @ kaunseling


individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
murid.

8. Merancang, melaksana, mengawal selia, serta menilai program dan aktiviti selepas
peperiksaan UPSR @ PMR @ SPM @ STPM.

9. Merancang, melaksana, mengawal selia, dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas
UPSR @ PMR @ SPM @ STPM.

11. Merancang, melaksana, mengawal selia, dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan
Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawal selia, dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan, dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.
14. Merancang, menyelaras, dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan
Bimbingan di sekolah.

15. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah.

17. Mengenal pasti dan merujuk murid, guru, kakitangan, dan siapa sahaja yang
memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis.

18. Menjadi personel perhubungan @ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah (Tambahan Lembaga
Disiplin Sekolah).

21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,


motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan, dan sebagainya.

23. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar
Pendidikan Wajib, Matematik, dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa
Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke
semasa.
 
   

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU BIMBINGAN


 
Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab bersama
antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-
ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah mempunyai seorang guru
kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru itu, kadang-kadang guru biasa juga perlu
menjalankan fungsi-fungsi seorang guru bimbingan dan kaunseling. Peranan guru-guru
biasa adalah sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah
dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku
bermasalah semua murid-murid mereka.
 
Peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kauseling adalah seperti meneliti
kedua-dua keperluan intelektual dan psikologi murid-murid.  Guru-guru juga perlu
memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah yang berkaitan dengan
konsep kendiri yang rendah. Sebagai guru bimbingan, mereka perlu dibekalkan dengan
kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya mereka dapat
membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau mereka yang tidak
dapat menumpukan perhatian mereka dalam bilik darjah.

 
Guru juga perlu bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan menggendalikan sesi-
sesi konsultasi dengan ibu bapa. Selain daripada itu, mereka perlu mengendalikan
penyelidikan dalam sekolah yang membantu mereka untuk membantu keperluan dan
profil murid-murid mereka. Mereka juga perlu menjadi individu-individu yang kritikal dan
pembantu-pembantu yang efektif serta mempunyai kesedaran kendiri dalam aspek nilai
dan pandangan dunia berkaitan dengan prosedur-prosedur bimbingan dan kaunseling.
 
Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan prosedur-
prosedur berikut:

    Pertama sekali, mengenalpasti murid-murid yang memiliki konsep kendiri yang rendah
atau mereka yang menunjukkan tingkah lalu bermasalah di dalam bilik darjah.
    Kedua, mengumpul data mengenai murid-murid bermasalah yang berkait dengan
kebolehan dan pengalaman lampau dan
                Akhir sekali, memberikan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid
yang menunjukkan tingkah laku bermasalah secara individu atau pun secara kumpulan.
 

       Rajah 1: Prosedur dalam proses bimbingan dan kaunseling


 

       Peranan pertama: Sebagai Pengurus Bilik Darjah


 
            Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya
sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid
supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah
supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus
bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus
aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru
mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat,
disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
 
Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah:
 
Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi-eja murid,
alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan pengurusannya
ialah supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bili
darjah yang bersih kemas dan teratur. Di antaranya ialah kerja yang boleh guru
membimbing murid-murid ialah:
 
1) Menyapu lantai dan beranda.
2) Membersihkan papan kapur.
3) Menyusun kerusi-meja.
4) Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.
5) Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan.
6) Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.
7) Menjaga penggunaan lampu dan kipas.
8) Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.
 
Untuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut, guru hendaklah
menyediakan satu jadual kerja supaya setiap murid dapat melibatkan diri dalam
pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Prinsip
pembahagian kerja-kerja tersebut ialah tanggungjawab untuk setiap murid hendaklah adil
dan saksama supaya mereka dapat menjalankan kerja tanpa sebarang rungutan.
 
Pengurusan Persekitaran Pengajaran-Pembelajaran:
 
Organisasi bilik darjah KBSR dan KBSM mengandungi satu keistimewaan iaitu di
samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang
lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan itu,
banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti
sudut Matematik, Pendidikan seni, ruang bacaan dan sebagaiya.
 
Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan dalam sudut atau pembelajaran ialah aktiviti
pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan , aktiviti bacaan tambahan, perbincangan
dan sebagainya. Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk
mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.
 
Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru haruslah
membimbing dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam
keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaranyang
sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk
mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk
membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan
ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul.
 
Penguruan Peraturan Bilik Darjah:
            Peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas serta mudah
diikuti. Untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan bilik darjah, guru hendaklah
membimbing dan bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan tersebut.
Sekiranya semua murid bekerjasama dan rela mematuhi segala peraturan bilik darjah
yang ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat dikurangkan.
 
       Peranan Kedua: Sebagai perancang
 
            Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke
bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan
terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan
kemudahan.
 
            Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan
pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran
sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif
pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan
tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk
disampaikan hendaklah boleh membantu murid murid mencapai objektif pelajaran
mereka.
 
            Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan pencapaian
objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru
merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid
mencapai objetif pelajaran yang dikehendaki.
 
            Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan
bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya
bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
menarik , lebih bermaknadan lebih berkesan.
 
            Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan
dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang sesuai dengan
strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran.
 
            Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari
segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah
sesuai dan sistemaik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.
 
       Peranan ketiga: Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah
 
            Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada
masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta
keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai
pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi.
Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek,
membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing
menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya.
 
            Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan
dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya mereka
dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara
aktif dengan murid-murid yang lain.
 
            Sekiranya murid menghadapi masalah kelurga, guru perlu cuba menasihati dan
berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah keluarga. Guru boleh
membimbing murid sekiranya murid tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri .Jika
masalah adalah serius dan perjumpaan ibu-bapa perlu dilaksanakan..
 
Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan
tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi masalah , guru
perlu sebagai pembimbing , membimbing murid mencari cara menyelesaikan masalah
secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak menumpu
perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid lain
dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu murid
menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya
proses p& p dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan
objektif pembelajaran dapat dicapai.
 
       Peranan keempat: Mengembangkan kebolehan murid
 
            Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan.
Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar,
sederhana dan lemah. Maka, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk
mencabar pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan urid-murid secara aktif dalam
pembelajaran. Bagi murid yang lemah dalam matematik, guru perlu menjalankan aktiviti
pemulihan serta memberikan bimbingan matematik yang lebih banyak kepada mereka. Di
samping itu, guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk
melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayang dan
akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Tambahan pula, guru
boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi
dorongan kepada para murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid
mestilah dikembang dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan sosial).
 
       Peranan Kelima: Bimbing murid membuat keputusan
           
            Guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan
murid-murid. Maka guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang
bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya
mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan
kepada murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri. Guru
perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan dengan nilai-
nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental. Ini disebabkan nilai-nilai adalah
penting dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia.
 
Guru-guru biasa juga boleh membantu murid-murid untuk memilih mata pelajaran
–mata pelajaran yang mereka ingin belajar dan berkomunikasi dengan mereka secara
kerap untuk berfikir tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka akan ceburi pada masa
depan kelak.
 
Sebagai kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, guru mengambil pelbagai
peranan yang penting di bilik darjah. Beliau bertanggungjawab menyediakan suatu
persekitaran yang kondusif. Sebagai pembimbing murid-murid, guru bertindak sebagai
pengurus bilik darjah, sebagai perancang, membantu dan membimbing murid mengatasi
masalah, mengembangkan kebolehan murid, dan membimbing murid membuat
keputusan. Guru membimbing anak menjadi manusia dewasa susila yang cekap dan
mandiri.

 
 
"manusia adalah insan yang unik, boleh berubah ke arah yang lebih baik. Perubahan diri
ke arah positif, dimulai pembentukan sikap dan pemikiran yang positif".
CIRI-CIRI KAUNSELOR (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-
sifat kaunselor di samping kemahiran-kemahiran kaunseling yang dimiliki. Dalam
mewujudkan sesi kaunseling yang selesa, kaunselor terlatih dan berpengalaman sangat
diperlukan. Kaunselor berkesan merupakan individu yang mempunyai sifat-sifat yang
baik dalam profesion menolong orang lain yang memerlukan bantuan. Sifat-sifat ini
bertujuan untuk menarik orang lain mempercayai dirinya.

THE ASSOCIATION OF COUNSELOR AND SUPERVISION (2007)

1.  Kepercayaan kepada setiap individu, iaitu kaunselor harus mempercayai dan tidak
boleh  mempertikaikan atau membantah apa yang dikatakan oleh klien.
2.  Komitmen kepada nilai kemanusiaan, iaitu harus mempunyai dan menunjukkan sifat
kemanusiaannya seperti mengambil berat dan menumpukan perhatian kepada klien.
3.  Bersikap terbuka iaitu dalam setiap perkara di samping tidak boleh mengkritik dan
memperlekehkan kata-kata klien.
4.  Memahami diri sendiri dahulu sebelum memahami orang lain termasuklah klien.
5.  Peka kepada dunia
6.  Komitmen kepada profesion.

COMBS ET AL. (1994)

1. Kaunselor berkesan menganggap orang lain berkebolehan menyelesaikan masalahnya


dan boleh menangani hidupnya.
2. Kaunselor menganggap orang lain adalah boleh diharap, mesra dan berguna.
3. Mereka juga suka bersama orang lain berbanding bersama objek atau alat yang tidak
bernyawa bagi meluahkan masalah atau perasaan mereka.
CARL ROGERS

1. Penerimaan dan kemesraan iaitu kaunselor hendaklah mengalami dan menunjukkan


minat dan tumpuannya kepada klien.
2.   Kaunselor perlu memberitahu klien tentang sikapnya suka menerima, menghormati dan
suka klien secara jujur tanpa mengenakan sebarang syarat iaitu penerimaan tanpa
syarat (tanpa mengambil kira latar belakang, status sosioekonomi serta masalah yang
dihadapi.
3.  Kaunselor menerima klien dengan penuh kerelaan dan kemesraan supaya klien berasa
selesa, yakin dan bebas walaupun baru berjumpa kaunselor.
4.  Tidak menghukum klien iaitu kaunselor mengelak diri dari memberi label kepada klien
apabila klien mengemukakan masalah.
5.  Kaunselor tidak boleh membuat atau mengambil keputusan melainkan telah mendapat
bukti dan keterangan yang lengkap.
6.  Ciri ketulenan. Kaunselor hendaklah sentiasa seimbang semasa menjalankan sesi
kaunseling, iaitu tidak berpura-pura, tenang, asli, dan tidak menunjukkan
kecenderungan menguasai perhubungan kaunseling. Kaunselor yang asli dan tulen
akan diterima sebagai seorang yang jujur dan benar. Hal ini akan menimbulkan
perasaan selamat dan yakin dengan kebolehan kaunselornya.
7.  Rogers (1977) berpendapat kaunselor berkesan mestilah menarik, mudah mesra,
menunjukkan keyakinan, dan boleh dipercayai. Persepsi klien terhadap sikap klien lebih
penting daripada teori atau kaedah yang digunakan oleh kaunselor. Oleh itu, kaunselor
haruslah menjaga imejnya supaya tidak dipandang serong.

COREY (2001)

1.   Kaunselor perlu terus meningkatkan kesedaran untuk terus maju, bersedia menghadapi
sebarang perubahan dan menjadi model bagi tingkah laku yang baik dan aktiviti
berisiko.
2.   Menunjukkan minat dan terlibat dengan kebajikan serta memahami pengaruh budaya
ke atas klien.
3.   Pengetahuan serta kemahiran perlu ada bagi menggabungkan teori psikologi dan
latihan ke dalam proses kaunseling di samping sebagai satu kelebihan bagi
meningkatkan kefahaman dan kesedaran diri untuk menjadi lebih efektif.

IBRAHIM (2002)

1.  Memberikan pendapat menurut pandangan Islam. Contohnya ialah beriman dan


bertaqwa, jujur, berani, pemurah, ramah, sabar, tenang dalam menghalang daripada
perbuatan jahat, tabah membela kebenaran dan melindungi kepentingan ramai atau
umum.
2.  Berakhlak mulia, tidak berdendam, pemaaf, menghormati, dan berbelas kasihan.
3.  Bertutur dengan sopan, jelas dan berkebolehan menggunakan kiasan supaya tidak
menyinggung perasaan klien juga tergolong dalam ciri-ciri kaunselor berkesan.

SAPORA DAN WAN ANOR (2002)

1.  Berminat dan berkemahiran untuk bekerja dengan orang ramai dan dalam masa yang
sama lebih bersifat saintifik bagi mengimbangi penggunaan sains individu dan tingkah
lakunya.
2.  Kejujuran dan keikhlasan juga sangat penting untuk menghasilkan perhubungan
kaunselor-klien yang bersifat neutral, spontan, dan konsisten.

Kesimpulannya, kaunselor hendaklah memiliki ciri-ciri peribadi yang baik untuk berjaya
dalam profesion kaunseling. Disamping itu, kaunselor tidak boleh ketinggalan dengan
pelbagai pendekatan dan kaedah menolong yang begitu cepat berubah.
TAMBAHAN CIRI-CIRI KAUNSELOR BERKESAN

CIRI-CIRI PERIBADI KAUNSELOR


1. Berilmu dan bersifat lemah lembut
2. Bersifat pengasih dan penyayang
3. Mempunyai nilai moral yang tinggi
4. Sabar dan tenang fikiran, tidak gopoh dan tidak gemuruh
5. Tidak panas baran atau bengis
6. Manis lidah, tidak celupa dan bersih hati
7. Mempunyai keyakinan diri
8. Menyedari diri bahawa tugasnya untuk menolong
9. Bersifat amanah dan setia janji
10. Tidak mudah jemu dan tidak mudah bosan
11. Bijak menggunakan kata-kata halus dan menyenangkan hati orang lain
12. Berkebolehan untuk meyakinan individu yang bermasalah
13. Rasa kasih dan hormat kepada diri sendiri dan orang yang mempunyai masalah.
14. Kaunselor sebagai model.
15. Perhubungan kaunselor klien terjalin atas dasar profesional kaunseling.
16. Keberanian menjalankan proses kaunseling.

You might also like