You are on page 1of 3

PERANAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI

SEKOLAH-SEKOLAH


Membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik,
sahsiah, kepimpinan, kokurikulum dan pembangunan diri murid yang seimbang dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek selaras dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).


SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH DAN
MENENGAH


1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.

2. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir,
kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

3. Merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid.

4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua
pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Kelompok dan tunjuk
ajar (instruksional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana, dan mengawal selia perkhidmatan bimbingan @ kaunseling
individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
murid.

8. Merancang, melaksana, mengawal selia, serta menilai program dan aktiviti selepas
peperiksaan UPSR @ PMR @ SPM @ STPM.

9. Merancang, melaksana, mengawal selia, dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas
UPSR @ PMR @ SPM @ STPM.

11. Merancang, melaksana, mengawal selia, dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan
konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawal selia, dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan, dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.

14. Merancang, menyelaras, dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan
di sekolah.

15. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah.

17. Mengenal pasti dan merujuk murid, guru, kakitangan, dan siapa sahaja yang
memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis.

18. Menjadi personel perhubungan @ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah (Tambahan Lembaga
Disiplin Sekolah).

21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,
motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan, dan sebagainya.

23. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan
Wajib, Matematik, dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan,
Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

You might also like