Professional Documents
Culture Documents
Disediakan oleh: MOHAMAD FAUZAN BIN RAMLI MUHAMAD RIZDUAN BIN ISHAK
Pengenalan
Kepimpinan di sesebuah sekolah dan di dalam sesebuah bilik darjah adalah antara faktor penentu kewujudan persekitaran bilik darjah yang memiliki budaya mesra dan kondusif yang menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Konsep
Persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan.
Mesra
Menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan dan dalam hubungan tersebut nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan itu terbina persefahaman, toleransi dan hormat-menghormati.
Budaya
Nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakaioleh sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut.
Unsur-unsur
Ruang fizikal dan perlatan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran Amalan nilai-nilai murni sewaktu melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Peraturan di bilik darjah yang ditetapkan dan diamalkan. Amalan pedagogi terbaik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hubungan kemanusiaa antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru dan murid dengan komuniti sekolah.
Perkembangan Sosial
Menurut Woolfolk (2001: 437) menyatakan pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif. Guru perlu jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri yang mempunyai perkaitan dan pertatutan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-benda bernyawa, iaitu guru dan murid.
Pelan Lantai
Mengambil kira keluasan bilik darjah, susun atur perabot dan perlatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap kelas dan gaya pengajaran. Contoh:
Ruang bacaan, ruang aktiviti melukis dan kraf tangan, ruang bercerita dan lakonan serta ruang bekerja dalam kumpulan. Ruang aktiviti melukis dan kraf tangan berdekatan dengan sinki dan bakul sampah. Ruang aktiviti berkumpulan perlu berjauhan dengan kumpulan murid yang sedang menajalani aktiviti pembelajaran kendiri.
Pengudaraan
Mendapat bekalan udara yang bersih dan segar. Tingkap-tingkap perlu dibuka bagi bilik yang tiada penghawa dingin. Mengelakkan sebarang penyakit Murid berada dalam keadaan sihat dan selesa.
Pengcahayaan
Keadaan yang terlalu terang atau terlalu suram akan menimbulkan ketidakselesaan dan melemahkan minat murid untuk belajar.
Tradisional
Ladam Kuda
Kumpulan
Antara kebebasan yang boleh diberikan: Menyediakan sendiri jadual bertugas. Menghias meja guru dengan las meja dan jambangan bunga. Mengecat bilik darjah. Mengalas meja kumpulan atau meja semua murid di dalam bilik darjah. Menggantung langsir yang sesuai dengan suasana bilik darjah sebagai ruang pembelajaran. Menghias dinding dan papan kenyataan dengan mural, poster, keratan akhbar dan majalah serta lat-alat visual yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan pengetahuan am. Menyediakan ruang untuk mempamerkan artifak-artifak budaya dan sejarah. Contoh: pakaian tradisional Menghias bilik darjah dengan pasu-pasu bunga dan tumbuhan hijau .
Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku murid. Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dll. Peneguhan Positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid.
Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti. Murid yang mempunyai emosi yang stabil mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi kawan, boleh menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka serta menanggung konflik yang berlaku dalam bilik darjah. Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.
Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah dibina terlebih dahulu. Guru mestilah mengamalkan kepimpinan Demokrasi serta mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid. Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P. Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan orang lain.
Perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah mengembangkan Nilai Kendiri (SelfEsteem) dan perasaan hormat-menghormati di kalangan kanak-kanak. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri, inisiatif persefahaman antara mereka perlu diperkembang bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan.
Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.
Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama mampu menanggung konflik yang berlaku
Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.
(Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979)
Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah, kecewa dan lain-lain.
Ciri Emosi;
Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana. Nada suara Kesederhanaan Bersikap kawalan positif Kepimpinan demokratik