You are on page 1of 26

SOALAN TUGASAN

1. Pendidikan pergerakan merupakan aktiviti yang mempunyai potensi membantu


murid meningkatkan kemahiran individu dalam melakukan aktiviti harian dan
sukan. Sebagai seorang pendidik Pendidikan Jasmani di sekolah rendah, anda
dikhendaki menjelaskan :

a) Perbezaan maksud di antara pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor


serta berikan contoh-contohnya.
b) Tiga nilai positif yang boleh diterapkan melalui aktiviti-aktivitii pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor
c) Lima kepentingan kemahiran pergerakan asas dari aspek psikomotor kanak-
kanak

2. a) Rancang dan bentuk satu rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk


melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk-tajuk berikut :

i. Lokomotor
ii. Bukan lokomotor
iii. Manipulasi alatan

b) Berdasarkan kepada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah


dibentuk, anda dikhendaki melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
untuk tempoh 30 minit.

1.0 PENGENALAN

Pergerakan-pergerakan asas perlu didedahkan kepada kanak-kanak ketika


mereka masih kecil kerana ketika itu, tulang kanak-kanak masih lembut dan mudah
untuk dilenturkan. Sebagai penyelesaiannya, pergerakan asas perlu didedahkan
kepada kanak-kanak ketika mereka berada di bangku sekolah. Oleh yang demikian,
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memasukkan tajuk pergerakan asas di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani
(KBSR).

Tajuk pergerakan asas meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan


lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas merupakan landasan awal kepada
kanak-kanak untuk melibatkan diri secara mendalam dalam aktiviti gimnastik yang
memerlukan pelbagai bentuk pergerakan yang melibatkan pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor serta memanipulasi alatan. Tidak hairanlah jika kanak-kanak sekarang
mampu menaikkan nama negara di mata dunia dalam bidang gimnastik

2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR

2.1 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor adalah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak


dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dengan kata lain dasar menyokong pelaku
pergerakan berubah mengikut pergerakan. Pergerakan-pergerakan ini melibatkan arah,
haluan dan masa. Arah mungkin ke hadapan, ke belakang, ke kanan mahupun ke kiri.
Selain itu, haluan juga boleh dalam keadaan lurus, bengkang bengkok, zig zag dan
sebagainya. Pergerakan-pergerakan ini boleh dilakukan dengan cepat, perlahan,
secara tiba-tiba mahupun terkawal

Ke hadapan Ke kanan

Ke kiri Ke belakang

Rajah 1 : Arah pergerakan


Rajah 2 : Haluan lurus

Rajah 3 : Haluan bengkang bengkok

Rajah 4 : Haluan zigzag


2.2 CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

Antara contoh-contoh pergerakan lokomotor adalah seperti rajah di bawah :

Merangkak Mengesot Berjalan


Merangkak Mengesot Berjalan
Berlari
Berlari
Menyusur
Menyusur
Melompat
PERGERAKAN Melompat
Guling LOKOMOTOR
Guling
Skip
Skip
Memanjat Melongsor Gallop
Memanjat Melongsor Gallop

Rajah 1 : Contoh pergerakan lokomotor

3.0 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan


memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor melibatkan
pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Badan
harus berkeadaan fleksibel dan seimbang untuk memastikan bentuk badan disenangi
apabila dilihat. Walau apa pun jua pergerakan bukan lokomotor yang dilakukan dalam
pelbagai posisi, ia harus dilakukan dalam keadaan tenang tanpa sebarang tekanan
pada mana-mana bahagian badan yang mungkin akan mengganggu imbangan yang
baik.

3.1 CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Antara contoh pergerakan bukan lokomotor adalah seperti dalam rajah dibawah :

Membongkok
Membongkok
Mengembang Meregang
Mengembang PERGERAKAN Meregang
BUKAN
Duduk
Lari
Mengelak Menarik
LOKOMOTOR Menolak Menghayun
Mengilas
Memusing
Duduk
Lari
Mengelak Menarik Menolak Menghayun
Mengilas
Memusing
Rajah 2 : Contoh pergerakan bukan lokomotor

4.0 PERBEZAAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor boleh dibezakan dengan definisi, konsep
serta contoh. Perbezaan kedua-duanya ditunjukkan dalam jadual dibawah

Pergerakan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor


 Pergerakan yang bergerak dari
 Pergerakan tubuh badan tanpa
Definisi satu tempat ke satu tempat yang
bergerak ke tempat yang lain
lain

 Pergerakan dalam keadaan statik


 Pergerakan lokomotor berkaitan dan memberi penekanan kepada
dengan gerakan atau aliran. keseimbangan
Konsep
 Pergerakan ini melibatkan arah,  Gerakan aktiviti perlu dibuat dalam
aliran, haluan dan masa keadaan tenang dan kurang
tekanan

 Berlari  Berpusing
 Berjalan  Mengilas
Contoh
 Merangkak  Melentik
 Melompat  Mengembang

Jadual 1 : Perbezaan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

5.0 PENERAPAN NILAI POSITIF MELALUI PERGERAKAN LOKOMOTOR


DAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokmotor dan bukan lokomotor mempunyai banyak nilai-nilai positif yang
boleh diterapkan agar ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kanak-kanak.
Antara nilai positif tersebut adalah :

 Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan


 Keseronokkan dan kepuasan

 Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi

3 Nilai Positif
Pergerakan
Lokomotor dan
Bukan Lokomotor

Keyakinan diri dalam Keseronokkan dan


Keyakinan diri dalam Keseronokkan dan
melakukan kepuasan
melakukan kepuasan
pergerakan
pergerakan
Kebebasan mencurahkan
Kebebasan mencurahkan
perasaan, idea dan emosi
perasaan, idea dan emosi

Rajah 3 : 3 Nilai positif pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

5.1 Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan

Dalam melakukan sesuatu pergerakan terutamanya dalam pergerakan bukan


lokomotor yang memerlukan pengimbangan badan, kanak-kanak perlu melakukan
sesuatu itu dengan penuh yakin diri agar pergerakan itu dapat dilakukan dengan
jayanya. Pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mendidik kanak-
kanak melakukan sesuatu pergerakan yang sukar bagi mereka dengan penuh yakin
diri.

Kanak-kanak tidak tahu bahawa mereka mampu melakukan sesuatu dengan


baik sekiranya mereka tidak didedahkan dan tidak yakin akan kebolehan diri. Oleh yang
demikian, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dapat menerapkan keyakinan diri
dalam diri kanak-kanak bagi melakukan pergerakan-pergerakan lain dalam kehidupan
seharian seperti melangkah longkang, memanjat pokok, mengambil barang yang jatuh,
menolak pintu dan sebagainya.

5.2 Keseronokkan dan kepuasan

Pendidikan pergerakan sebenarnya memberi keseronokkan kepada kanak-kanak


kerana ia melibatkan pelbagai jenis pergerakan yang boleh diubah suai mengikut
kreativiti kanak-kanak tersebut. Pergerakan asas telah sebati dalam kehidupan kanak-
kanak dan apabila ia diaplikasikan ke dalam pendidikan maka, kanak-kanak dapat
menujukkan kehebatan mereka melakukan pergerakan. Apabila mereka mampu
melakukan pergerakan tersebut mengikut cara yang mereka khendaki maka mereka
akan merasa puas dan seronok.

5.3 Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi

Kanak-kanak dalam usia yang masih muda seringkali berkata benar dalam apa
jua keadaan terutamanya perasaan serta emosi. Sukar untuk mereka nafikan keadaan
emosi mereka. Mereka secara tidak langsung sering menunjukkan perasaan terhadap
sesuatu perkara dengan jujurnya. Oleh yang demikian, mudah bagi kita untuk
mengetahui perasaan dan emosi yang melanda kanak-kanak ketika itu.
Begitu juga dalam aktiviti pendidikan pergerakan ini. Murid dapat meluahkan
perasaan mereka melalui bentuk-bentuk pergerakan. Pendidikan pergerakan menjadi
landasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka kerana ia dapat
mengelakkan kanak-kanak mencurahkan perasaan pada perkara-perkara yang kurang
bermoral. Selain daripada itu, ia dapat mengasah minda kanak-kanak dalam mencari
idea yang lebih baru dalam membentuk pergerakan.

6.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN PERGERAKAN KEPADA KANAK-


KANAK DARI ASPEK PSIKOMOTOR

Kanak-kanak perlu mempelajari kemahiran pergerakan kerana bayak


kepentinganya. Terdapat 5 kepentingan kemahiran pergerakan kepada kanak-kanak
dari aspek psikomotor dijelaskan dibawah.

6.1 Melakukan pergerakan dengan teknik yang betul

Kemahiran pergerakan penting kepada kanak-kanak kerana ia mengajar kanak-kanak


melakukan pergerakan dengan teknik yang betul. Sebagai contohnya, walaupun kanak-
kanak sudah pandai berlari sedari kecil lagi namun, masih ada lagi antara mereka yang
tidak tahu cara berlari dengan betul kerana apabila berlari dengan cara yang salah ia
boleh menyebabkan kecederaan kepada tubuh badan. Oleh yang demikian, kanak-
kanak perlu diajar dengan teknik yang betul kerana teknik berlari adalah berbeza
mengikut jenis larian. Apabila kanak-kanak mengetahui cara berlari dengan betul
mengikut jenis larian, kanak-kanak sudah mampu untuk meneruskan aktiviti ini pada
peringkat yang lebih tinggi.

6.2 Mengaplikasikan pergerakan dalam kehidupan seharian


Apabila kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai jenis pergerakan pada peringkat
awal, mereka dapat mengaplikasikan jenis-jenis pergerakan tersebut dalam kehidupan
seharian. Contohnya, kanak-kanak telah diajar cara menolak. Oleh yang demikian
mereka boleh menolak troli pasaraya berdasarkan kepada pergerakan yang telah diajar
itu. Begitu juga dengan pergerakan menyusup. Mereka menggunakan pergerakan
tersebut untuk mengambil barang yang berada di bawah katil. Mereka sudah mampu
untuk mengenalpasti pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk di aplikasikan dalam
kehidupan mereka.

6.3 Meningkatkan tahap kecergasan fizikal

Seterusnya, kepentingan kemahiran pergerakan kepada kanak-kanak adalah


meningkatkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan motor.
Dengan adanya pendidikan pergerakan, kanak-kanak sentiasa mempunyai idea untuk
melakukan sesuatu permainan berdasarkan kepada pergerak-pergerakan yang telah
mereka pelajari. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kecergasan fizikal
mereka terutamanya daya tahan kardiovaskular, koordinasi (mata, tangan dan kaki),
kepantasan, ketangkasan, kelenturan, masa tindak balas serta imbangan.

6.4 Melatih kanak-kanak pergerakan-pergerakan baru

Seperti yang diketahui pergerakan mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Oleh
itu, apabila kanak-kanak telah mengetahui cara untuk melakukan pergerakan-
pergerakan asas maka mereka sudah boleh diajar untuk melakukan pergerakan-
pergerakan baru yang lebih sukar. Maka pentingya pergerakan asas terhadap kanak-
kanak adalah ia menjadi landasan kepada kanak-kanak untuk mencuba pergerakan
baru yang bersesuaian dengan mereka.

6.5 Meningkatkan kemahiran pergerakan

Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran pergerakan mereka. Apabila


mereka sering melakukan pergerakan tersebut ketika waktu belajar mahupun latihan,
secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemahiran pergerakan mereka dan
menjadikan pergerakan mereka menjadi lebih sempurna.
7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata pelajaran : Pendidikan jasmani

Tunjang : Kecergasan

Kemahiran : Kecergasan fizikal

Tajuk : Daya tahan kardiovaskular

Tarikh : 25 Julai 2008

Masa : 7.45 – 8.15

Tahun :5

Bil murid : 22 orang

Pengalaman lepas : Murid pernah mempelajari aktiviti daya tahan kardiovaskular pada tahap 1
Objektif : Semasa pengajaran dan pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat :

Psikomotor : Melakukan 2 aktiviti daya tahan kardiovaskular secara berterusan dalam jarak 30
meter

Kognitif : Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan ketika


melakukan daya tahan kardiovaskular.

Afektif : Menunjukkan sifat daya usaha untuk meningkatkan kecergasan

Penerapan nilai : Kesungguhan

Penggabungjalinan : pergerakan lokomotor

Kesepaduan : Bahasa Inggeris

Alatan : sketal,
Bahagian/
Aktiviti Butiran mengajar Organisasi Alatan/catatan
masa

Permulaan
Pemanasan badan Alatan :
( 5 minit )
 4 sketal
 35 biji bola
1. Lari zigzag antara - Murid perlu membentuk 5 gimrama
kawan barisan  Wisel

- Jarak di antara seorang murid


dengan murid di hadapan Kesepaduan :

adalah 1 depaan tangan Bahasa Melayu


- Murid di hadapan perlu berlari (peka dalam
mendengar
di antara kawan-kawan dan
arahan)
kemudian pulang ke tempat
asal dan begitulah seterusnya
sehingga semua ahli dalam Petunjuk :
barisan melakukanya.

- sketal
2. Lompat bintang - Lompat dengan kaki di buka
dan tangan lurus ke atas dan - Guru
- Murid
tepuk.
- Kemudian jatuhkan tangan ke
sisi dan rapatkan kaki
- Aktiviti dilakukan sebanyak 8
kiraan dengan 3 set ulangan
Regangan

1. Tangan
- Luruskan tangan kanan ke
hadapan dan tolak ke kiri
dengan tangan kiri.
- Begitu juga sebaliknya

2. Pinggang - Lentikkan badan ke kiri dan ke


kanan
Perkembangan

 Langkah Menyangga tanpa - Murid dalam kedudukan


1 separa bulatan menghadap
Bola
( 6 minit ) guru
Posisi bersedia

- Kaki hendaklah dalam


kedudukan berkoordinasi iaitu
satu kaki dihadapan dan satu
kaki dibelakang.
- Kaki berjarak seluas bahu
- Lutut dibengkokkkan sedikit
dan badan ditegakkan
- Lengan diluruskan dan siku

dirapatkan serta dikuncikan

- Letakkan belakang sebelah


tangan di atas tapak tangan
sebelah tangan yang lain
- Lipatkan ibu jari kedalam
dengan rata.
- Kuncikan pergelangan tangan.
- Letakkan berat badan pada
bebola kaki.

Posisi menyangga

- hulurkan lengan kehadapan


- rendahkan badan sedikit
dengan membengkokkan lutut
- Mata pandang pada bola.
- Sekiranya bola perlahan,
langkah satu kaki kehadapan
dan sekiranya bola laju, undur
kaki kebelakang sedikit.

Kontek bola

- Sangga bola dihadapan


badan.
- Kontek bola pada bahagian
tangan yang berisi.
- Mata sentiasa pandang pada
bola yang hendak dihantar.
- Kesemua pergerakkan ini
diulang sebanyak 5 kali tanpa
bola.

- Murid berpasangan dan


menghadap antara satu sama
lain
- Murid A akan melambung bola
kepada rakan pasanganya
iaitu murid B
- Murid B akan menyangga bola
kehadapan dan sasaranya
adalah rakan

dihadapanya.

- Aktiviti ini diulang sebanyak 5


kali sebelum memberi peluang
kepada murid A untuk
menyangga.
- Murid perlu menyangga
dengan menggunakan tangan
yang betul. Jika menyangga
dengan menggunakan jari, ia
boleh membawa kepada
kecederaan
- Murid berada dalam kumpulan
yang dipecahkan kepada 5
orang sekumpulan
- Murid membentuk bulatan
- Murid perlu menyangga bola
sebanyak mungkin tanpa
menjatuhkan bola tersebut.
- Setiap murid dalam kumpulan
tersebut hanya dibenarkan
menyangga sekali sahaja
setelah mendapat bola.
- Murid perlu menyangga
dengan menggunakan teknik
yang betul yang telah diajar
pada awal pengajaran

 Langkah 2 Menyangga dengan


( 3 minit ) bola dalam jarak 3
meter
Alatan

 4 sketal
 17 biji bola
gimrama
 wisel
Menyangga dalam
kumpulan

 Langkah 3
( 4 minit )

Alatan :

 4 sketal
 7 bola gimrama
 Wisel

Kemuncak Pertandingan - Murid masih berada dalam Alatan :


kumpulan berlima.
 4 sketal
( 6 minit ) - Murid perlu menyangga bola  2 bola gimrama
sebanyak mungkin dalam  Wisel

masa 1 minit.
- 2 kumpulan akan menyangga
secara serentak
- Setelah tamat 1 minit,
kumpulan berikutnya akan
menyangga.
- Kumpulan yang berjaya
menyangga dengan bilangan
yang banyak akan berlawan
dengan kumpulan yang kedua
terbanyak.
- Mereka akan menyangga bola
dalam masa 1 minit juga.
Kumpulan yang berjaya
menyangga bola paling banyak
akan dikira menang.

Penutup Gerak kendur - Murid berselerak dalam


kawasan yang ditandakan
( 6 minit )

- Menggoyangkan kaki kanan


dan kiri

1. Kaki
- Kaki dibuka seluas bahu.
Tundukkan badan kebawah
sehingga tangan mencecah
lantai.
2. Pinggang - Tundukkan badan kehadapan
dengan tangan diluruskan
kehadapan

- Melentikkan badan kebelakang


dengan meletakkan tangan
dipinggang

- Tolak tangan kanan kekiri


dengan tangan kiri dengan
kiraan 4.
- Begitu juga sebaliknya.
- Bengkokkan tangan kanan
kebelakang dan tarik siku
kanan ke kiri dengan tangan
kiri. Kira dengan kiraan 4.
begitu juga sebaliknya.
- Luruskan tangan kanan
kehadapan.
- Tarik 4 jari kebelakang. Begitu
juga dengan tangan kiri.

3. Tangan

- Tarik nafas ikut hidung dan


hembus nafas ikut mulut.
- Ulang sebanyak 3 kali.

- Menyoal murid tentang teknik


yang betul dalam melakukan
aktiviti menyangga
- Menekankan aspek
keselamatan ketika melakukan
aktiviti menyangga.
4. Tarik dan
hembus nafas

Refleksi

You might also like