You are on page 1of 12

RANCANGAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata pelajaran : Pendidikan jasmani


Tunjang : Kemahiran
Kemahiran : Menolak
Tajuk : Permainan hoki
Tarikh : 25 Julai 2008
Masa : 7.45 – 8.15
Tahun :4
Bil murid : 35 orang
Pengalaman lepas : Murid pernah melihat pasukan sekolah bermain hoki
Objektif : Semasa pengajaran dan pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat :
Psikomotor : Melakukan kemahiran menolak bola dengan teknik yang betul sekurang-kurangnya 3
kali daripada 5 percubaan dalam jarak 3 meter.
Kognitif : Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan ketika
melakukan aktiviti menolak bola hoki.
Afektif : Menunjukkan sifat kesungguhan dan bekerjasama dengan ahli kumpulan semasa
melakukan aktiviti
Penerapan nilai : Kesungguhan, semangat berpasukan
Penggabungjalinan : Koordinasi
Kesepaduan : Matematik dan kemahiran berfikir
Alatan : 12 sketal, 35 biji bola getah, 35 batang kayu hoki, 12 gelung, 1 wisel
Bahagian/ masa Aktiviti Butiran mengajar Organisasi Alatan/catatan

Permulaan Memanaskan badan Alatan :


( 5 minit )  4 sketal
 36 biji bola getah
1. Bermain - Murid perlu berada dalam  Wisel
permainan 12 kumpulan. Iaitu 3 orang  12 gelung

“Pirate of 1 kumpulan. Kesepaduan :


Caribean” - Setiap kumpulan diberi 1 Kemahiran berfikir
(strategi)
gelung dan 3 biji bola
getah. Gelung diletakkan Petunjuk :

dilantai dan bola getah - sketal


diletakkan didalam gelung. - Guru
- Murid
- Jarak 1 kumpulan dengan 1 - gelung
kumpulan yang lain adalah
tidak terlalu dekat dan tidak
terlalu jauh.

Syarat permainan
- Murid berdiri diluar gelung
dan perlu menjaga bola
getah daripada diambil oleh
kumpulan lain

- Murid diberi masa selama


3 minit untuk cuba
mendapatkan ‘harta’
sebanyak mungkin dengan
mengambil bola getah dari
kumpulan-kumpulan lain.
- 2 orang perlu menjaga
harta mereka diluar gelung
dan seorang lagi perlu
mendapatkan harta mereka
dan membawa pulang ke
tempat masing-masing.
- Kumpulan yang paling
banyak dapat mengumpul
harta akan digelar sebagai
‘lanun yang rajin berusaha’

Regangan
1. Tangan - Murid membentuk bulatan
Alatan :
- Pegang kayu hoki dengan
 35 batang Kayu
kedua-dua belah tangan. hoki
- Hulurkan kedua-dua belah
tangan lurus kehadapan.
- Gerakkan tangan kekiri dan
kekanan seperti membawa
kereta sebanyak 4 kali.
- Luruskan tangan keatas
dan gerakkan tangan
keatas dan kebawah
dibelakang bahu sebanyak
4 kali
2. Pinggang - Tundukkan badan
kehadapan sambil
meluruskan kedua belah
tangan kehadapan
- Tundukkan badan kebawah
dan meluruskan tangan
kebawah hingga mencecah
lantai
- Luruskan tangan keatas
dan lentikkan badan
kekanan dan kekiri.
3. Kaki - Bengkokkan lutut kanan
kehadapan, luruskan kaki
kiri kebelakang.
- Letakkan tangan bersama
kayu hoki diatas peha
kanan.
- Rendahkan lagi badan
dengan menolak badan
kehadapan
- Tukar kaki dan lakukan
lakuan yang sama.

Perkembangan
Alatan :
 Langkah Menolak tanpa bola - Murid berkedudukan  35 batang kayu
hoki
1 separa bulatan dan
( 6 minit ) menghadap guru

Cara memegang kayu hoki


- Tangan kanan hendaklah
menggengam pada
pertengahan kayu hoki
- Tangan kiri pula hendaklah
menggenggam pada
pangkal kayu hoki

Cara menolak bola


- Kedudukan bola hendaklah
tidak terlalu jauh dan tidak
terlalu rapat dengan kayu
hoki.
- Permukaan kayu
hendaklah tegak dan
berada betul-betul di
belakang bola.
- bahu kiri hendaklah
menghadap sasaran
- mata perlu fokus pada bola
dan sasaran
- rendahkan badan dengan
membengkokkan lutut
kanan dan meluruskan kaki
kiri.
- Letakkan daya di kaki
kanan sebelum menolak
bola.
- Ketika menolak bola, bawa
daya di kaki kanan
kehadapan.
- Tolak bola dengan kuat
- Kayu ikut lajak
- Ulangi pelakuan sebanyak
5 kali
- Murid perlu berhati-hati
ketika menggunakan kayu
hoki agar tidak terkena
rakan-rakan

- Murid berpasangan dan


Menolak dengan menghadap antara satu Alatan
 4 sketal
bola dalam jarak 3 sama lain
 Langkah 2  17 biji bola
( 4 minit ) meter - Murid A akan menolak bola getah
kepada rakan pasanganya  35 batang
kayu hoki
 wisel
iaitu murid B
- Murid B akan menahan
bola dan menolaknya
kembali kepada murid A
- Aktiviti ini diulang sebanyak
10 kali
- Murid perlu menolak bola A B
lurus kehadapan dengan
menggunakan teknik yang
betul

- Aktiviti adalah seperti di


Menolak dengan langkah 2
bola dalam jarak 5 - Murid perlu bergerak 2
 Langkah 3
( 4 minit ) meter langkah kebelakang
- Aktiviti diulang sebanyak 6
kali
Kemuncak Pertandingan - Murid berada dalam 5 Alatan :
( 6 minit )  12 sketal
kumpulan iaitu 7 orang bagi
 35 bola gimrama
setiap kumpulan  35 kayu hoki
- Setiap 2 buah sketal yang  Wisel

berfungsi sebagai gol akan


diletakkan 3 meter Penggabungjalinan :
 Koordinasi
dihadapan setiap
kumpulan. Kesepaduan :
 Matematik
- Setiap murid dalam setiap
kumpulan perlu menolak Nilai :
 Kesungguhan
bola menuju ke gol.
 Semangat
- Setiap murid hanya berpasukan
dibenarkan menolak bola
sekali sahaja.
- Jumlah bola yang berjaya
dimasukkan kedalam gol
akan dikira.
- Kumpulan yang berjaya
memasukkan bola dengan
banyak akan dikira sebagai
pemenang.
Penutup Gerak kendur - Murid berselerak dalam
( 5 minit )
kawasan yang ditandakan

- Menggoyangkan kaki
1. Kaki
kanan dan kiri

2. Pinggang - Kaki dibuka seluas bahu.


Tundukkan badan kebawah
sehingga tangan mencecah
lantai.
- Tundukkan badan
kehadapan dengan tangan
diluruskan kehadapan
- Melentikkan badan
kebelakang dengan
meletakkan tangan
dipinggang

3. Tangan - Tolak tangan kanan kekiri


dengan tangan kiri dengan
kiraan 4.
- Begitu juga sebaliknya.
- Bengkokkan tangan kanan
kebelakang dan tarik siku
kanan ke kiri dengan
tangan kiri. Kira dengan
kiraan 4. begitu juga
sebaliknya.
- Luruskan tangan kanan
kehadapan.
- Tarik 4 jari kebelakang.
Begitu juga dengan tangan
kiri.

- Tarik nafas ikut hidung dan


4. Tarik dan
hembus nafas hembus nafas ikut mulut.
- Ulang sebanyak 3 kali.

- Menyoal murid tentang


Refleksi
teknik yang betul dalam
melakukan aktiviti menolak
bola hoki
- Menekankan aspek
keselamatan ketika
melakukan aktiviti
menyangga.
- Memberi lembaran kerja

You might also like