You are on page 1of 5

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

59990 Lembah Pantai,


Kuala Lumpur

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: Siti Noor Fatiah Binti Mohamed Yusoff

PROGRAM

: PISMP (PSV / PJ / BM )

NAMA SEKOLAH

: SK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur

NAMA PROJEK

: Papan Enrolmen Maklumat Murid di Sekolah

TEMPOH PELAKSAAN

: 08 12. Julai. 2013

Papan Enrolem Murid

1.0 - OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROJEK


Objektif pertama perlaksanaan projek ini adalah untuk mewujudkan suasana
sekolah yang bermaklumat. Papan maklumat enrolemen murid ini memudahkan
guru, pihak pentadbiran, para pelawat, dan ibu bapa untuk mengetahui maklumat
asas mengenai bilangan kelas, bilangan keseluruhan murid, dan memudahkan
pihak pentadbiran untuk sentiasa memberikan maklumat baharu kepada warga
sekolah. Selain itu, papan maklumat enrolemen murid ini juga memberikan
gambaran awal kepada warga sekolah mengenai status bilangan murid di dalam
setiap tahun dan kelas.
Objektif yang kedua adalah untuk mewujudkan satu papan maklumat
enrolmen murid yang teratur dan kemas. Papan maklumat yang kemas dan
teratur memberikan gambaran bahawa warga SKSP mengamalkan budaya kerja
yang kondusif dan sistematik. Budaya kerja yang sistematik akan memberikan
gambaran yang baik kepada pihak luar seperti ibu bapa bahawa sekolah ini
merupakan satu sekolah yang terbaik dalam pengurusan sekolah. Ini
bersesuaian dengan penyertaan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah
berkualiti di bawah program sistem pengurusan sekolah kualiti.
Objektif perlaksanaan projek yang ketiga adalah melengkapkan papan
maklumat enrolemen murid dengan informasi dan maklumat yang berkaitan.
Papan enrolemen merupakan satu papan maklumat yang penting supaya warga
sekolah mendapat maklumat yang tepat berkaitan dengan bilangan murid,
bilangan kelas, dan guru kelas. Ini bertujuan untuk memudahkan warga sekolah
untuk merujuk maklumat yang lengkap tanpa perlu mencari pihak yang
bertanggungjawab.

Selain

itu,

informasi

yang

dilengkapkan

juga

akan

memberikan kelebihan kepada guru kelas untuk sentiasa mengemas kini


maklumat berkaitan murid di dalam kelas masing-masing.

Gambar 1 menunjukkan papan maklumat enrolemen yang dilengkapkan.

Gambar 2 menunjukkan proses menyiapkan papan enrolemen murid

2.0 STRATEGI PERLAKSAAN PROJEK


Pada mulanya, kami berempat telah berbincang dan merancang satu draf
awal mengenai apa projek yang akan dilaksanakan oleh kami semasa menjalani
tempoh perlaksanaan intership ini. Kami telah merancang untuk melaksanakan
empat projek iaitu mural, sudut bacaan, papan enrolmen maklumat murid, dan
program tazkirah dan kuiz sempena bulan Ramadhan. Kami telah mengadakan
perbincangan bersama dan bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan
Azah Binti Syed Mohamed untuk mendapatkan kelulusan mengenai projek yang
akan dilaksanakan oleh kami. Setelah kertas kerja yang dibentangkan oleh kami
disahkan, kami merujuk kepada Puan Khatijah Bt Maulud untuk maklumat lanjut
perlaksanaan projek kecil ini.
Projek mengemas kini papan enrolemen murid ini merupakan cadangan
daripada Puan Khatijah iaitu GPK HEM. Beliau memberikan rasional bahawa
projek ini akan memudahkan warga sekolah merujuk maklumat apabila ia
dikemas kini sepenuhnya. Projek enrolemen murid ini memberikan gambaran
awal kepada kami mengenai cara pengurusan maklumat murid-murid di
sesebuah sekolah. Kami juga telah berbincang bersama Puan Khatijah
mengenai susun atur, jenis kertas warna yang akan digunakan, serta
penambahbaikan yang akan dilaksanakan pada papan maklumat ini. Kami
mengambil keputusan untuk menyusun atur maklumat murid mengikut kelas
serta menyediakan bersama nama guru kelas untuk memudahkan rujukan di
masa hadapan. Kami memilih konsep warna terang supaya papan enrolemen
ini menarik perhatian guru-guru kelas untuk sentiasa mengemas kini maklumat
terbaharu jika terdapat pertukaran ataupun penambahan murid di dalam kelas.
Selain itu, konsep warna ini juga bertujuan untuk menarik perhatian semua pihak
yang melihat maklumat terbabit.

Kami mula melaksanakan aktiviti projek pada 08. Julai. 2013 . Aktiviti
dimulakan dengan memadamkan maklumat asal dan merangka kotak-kotak
yang akan di isi dengan maklumat murid. Kami merancang draf awal di atas
kertas supaya tiada kesilapan akan berlaku apabila dihasilkan pada papan putih.
Draf awal ini memberikan gambaran awal kepada kami merancang dengan
sangat teliti dan mendapatkan persetujuan pihak sekolah sebelum dilaksanakan
proses seterusnya.

Pada minggu berikutnya, iaitu pada 19 Julai kami telah mewarnakan


dinding tersebut dengan warna kuning kerana latar belakang lukisan tersebut
adalah berwarna kuning. Keesokkan harinya, kami telah melukis lukisan mural di
dinding dengan menggunakan bantuan LCD projektor. Dengan menggunakan
bantuan teknologi ini, bebanan kerja kami telah menjadi sedikit ringan.
Seterusnya, kami telah mula mewarnakan mural tersebut. Kami perlu bergilir-gilir
untuk mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing mempunyai tanggung
jawab lain seperti kelas ganti dan sebagainya.
Mural tersebut mengambil masa untuk siap lebih awal daripada yang
dijangkakan. Kami telah menyiapkan mural tersebut pada 22 Julai iaitu 6 hari
lebih awal daripada jangkaan. Diharapkan mural tersebut berguna kepada
sekolah khususnya dalam membentuk sahsiah murid-murid supaya menjadi
insan berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

You might also like