You are on page 1of 2

UNTUK EDARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERIKUTAN PERLANJUTAN TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat tentang


pembelajaran murid. Dengan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), KPM komited untuk memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti
pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang selamat.
Bagi maksud ini, guru tidak dibenarkan ke sekolah dan hendaklah melaksanakan
semua tugasan dari rumah. Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan telah disediakan oleh
KPM. Garis panduan ini memperincikan peranan dan tanggungjawab pentadbir, guru,
ibu bapa dan murid untuk memastikan penyampaian PdP yang berkesan.
KPM menyedari bahawa wujud perbezaan dari segi akses kepada teknologi
komunikasi dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid. Sehubungan dengan itu, guru
boleh menggunakan pelbagai pelantar dalam talian serta media sosial yang
bersesuaian untuk merancang dan memberi arahan/tugasan/kerja rumah. Selain itu,
bagi mengambil kira murid dengan akses internet yang terhad, guru boleh meminta
murid melaksanakan aktiviti pembelajaran menggunakan buku teks, buku kerja, buku
ulang kaji dan buku aktiviti tanpa keluar dari rumah dan memastikan tiada murid yang
ketinggalan dalam pembelajaran.
Guru juga boleh merujuk kepada pelantar pembelajaran yang disediakan oleh KPM,
jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah atau pelantar
pembelajaran lain yang bersesuaian.

Pelantar pembelajaran yang disediakan oleh KPM ialah MOE-DL dan boleh diakses
melalui http://www.moe-dl.edu.my. Pelantar ini menyediakan pautan kepada Google
Classroom dan Microsoft Teams untuk tujuan PdP, buku teks digital, video PdP
(EduwebTV/CikgooTube) dan pautan aplikasi yang membantu PdP seperti Edpuzzle
(aplikasi pengajaran menggunakan video secara interaktif), Quizizz (kuiz berbentuk
permainan) dan Kahoot (pembelajaran berasaskan permainan).

Di samping itu, ibu bapa boleh mengakses EduwebTV (koleksi video) dan CikgooTube
(perkongsian koleksi video daya usaha kreativiti guru) bagi membantu pembelajaran
anak di rumah melalui http://eduwebtv.moe.edu.my dan http://bit.ly/cikgootube.
UNTUK EDARAN SEGERA

Guru diberi fleksibiliti dari segi masa PdP, kaedah membimbing murid, menyemak dan
memeriksa latihan/tugasan/kerja rumah murid.

Penghantaran dan pengambilan bahan cetak yang melibatkan pergerakan dalam


tempoh PKP adalah dilarang sama sekali.

Berkat kerjasama pentadbir, guru, ibu bapa dan murid, KPM yakin pembelajaran murid
dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun dalam keadaan yang mencabar ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia


27 Mac 2020

You might also like