You are on page 1of 2

TUTORIAL MINGGU 3

NAMA: ANIS FADHLIANA BT ZULKUFLI

1. Huraikan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian
Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia dalam aspek berikut:

Proses pemilihan murid Pendidikan Inklusif

Kriteria pemilihan

Antara kriteria pemilihan MBK ialah mestilah melepasi tahap penilaian menggunakan intrumen
yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya, umur MBK ikut kohort
umur murid dalam arus perdana atau tambah satu tahun daripada umur murid dalam arus
perdana. Sebagai contoh Tahun 2 (umur 8 atau 9 tahun). Selain itu, Jawatankuasa Program
Pendidikan Khas Sekolah akan memperaku dan meluluskan MPK yang layak mengikuti PPI
berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Manakala MBK yang telah ditempatkan dalam PPI perlu
menjalani tempoh percubaan maksimum 2 bulan. Setelah tamat tempoh percubaan, MBK yang
tidak sesuai untuk meneruskan pembelajaran di PPI akan ditempatkan ke kelas PPKI. Jika
sebaliknya, murid dikeluarkan di dalam kelas tersebut.

Penempatan

Penempatan MBK ke kelas inklusif perlu mengambil kira persetujuan daripada Jawatankuasa
Pendidikan Khas Sekolah (JPKS). Bagi inklusif penuh, umur MBK hendaklah mengikut kohort
umur murid arus perdana atau perbezaan satu tahun sahaja daripada umur murid arus perdana,
manakala bagi inklusif separa, umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid arus perdana
atau lebih daripada umur murid arus perdana. Saiz kelas arus perdana yang menempatkan MBK
hendaklah mempunyai bilangan murid yang bersesuaian. MBK yang ditempatkan di kelas inklusif
tidak lebih daripada lima (5) orang di setiap kelas. MPK juga ditempatkan di kelas yang setara
dengan keupayaan/ kemampuan mereka. Kelas inklusif ini sebaik-baiknya berada di aras bawah
bangunan sekolah bagi MBK yang menggunakan kerusi roda dan guru melengkapkan surat
penempatan MBK di PPI untuk mendapat persetujuan ibu bapa.

2. Perkhidmatan sokongan seperti peralatan, infrastruktur, masyarakat dalam personel merupakan


faktor kejayaan Pendidikan Inklusif.

Penerimaan pentadbir sekolah amat penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan PPI.
Semua pentadbir yang mempunyai MBK perlu menubuhkan JPKS supaya PPI dapat dijalankan
secara lebih terancang dan sistematik. Secara umumnya, JPKS berperanan merancang dan
mengurus pelaksanaan pendidikan khas di sekolah masing-masing. Selain daripada sokongan
pengurusan sekolah, sokongan kumpulan pelbagai disiplin merupakan satu keperluan bagi MBK
di PPI supaya mereka dapat mencapai potensi yang optimum. Pihak sekolah boleh mendapatkan
kumpulan pelbagai disiplin dari 3PK, hospital dan Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga
Negara (LPPKN). Manakala Pihak sekolah melalui JPN atau PPD boleh mendapatkan
perkhidmatan sokongan kepakaran intervensi dan rehabilitasi yang disediakan oleh pasukan
pelbagai disiplin atau multi-disciplinary team (MDT). MDT merupakan pasukan pakar daripada
pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Kerjasama melalui MDT membolehkan lebih ramai
MBK mendapat khidmat sokongan. Perkhidmatan kumpulan pelbagai disiplin terdiri daripada
audiologi, terapi pertuturan bahasa, terapi carakerja, psikologi, fisioterapi dan peripatetik.
Antara khidmat sokongan kumpulan pelbagai disiplin adalah seperti menyediakan perkhidmatan
sokongan dari segi intervensi/ (re)habilitasi, dan terapi melalui pasukan pelbagai disiplin
memberikan khidmat nasihat kepada pihak pentadbir, guru, ibu bapa, rakan sebaya serta
masyarakat setempat. Selain itu, menyediakan perkhidmatan sokongan dari segi pegawai
beredar (maksud pegawai beredar) dalam memastikan murid mampu mengadaptasikan diri di
sekolah dan memberikan khidmat nasihat dan cadangan keperluan peralatan khusus dalam
memastikan murid mampu mengikuti PdP secara optimum serta menjalankan program
intervensi secara bersepadu dan terancang dalam mempertingkatkan perkembangan MBK.
Kejayaan Pendidikan Inklusif juga hasil daripada kerjasama daripada pelbagai agensi. Jaringan
kerjasama memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan PPI. Jaringan dapat
membuka ruang antara masyarakat, sekolah dan keluarga untuk bekerjasama dalam aktiviti dan
program tertentu. Jaringan kerjasama boleh dilakukan dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan. Bentuk bantuan yang boleh diberi meliputi aspek kewangan, peralatan, latihan,
khidmat nasihat dan kepakaran (rujuk Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas). Akhir
sekali kejayaan Pendidikan Inklusif juga hasil daripada pelibatan aktif ibu bapa merupakan
kerjasama yang penting bagi memperkukuh pelaksanaan PPI. Kerjasama dan sokongan ibu bapa
MBK diperlukan bagi memastikan MBK berkeyakinan, bermotivasi dan dapat menyesuaikan diri
dalam PPI dan kerjasama dan sokongan ibu bapa murid arus perdana diperlukan untuK
membantu anak mereka memahami dan menerima MBK yang belajar bersama-sama anak
mereka. Ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan khas boleh dilibatkan
dalam pembelajaran MBK. Pihak sekolah boleh mendapatkan perkhidmatan kepakaran ibu bapa
melalui Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

Rujukan

Azad Athairi Anuar & Norsayyidatina Che Rozubi (2010). Keperluan pendidikan inklusif dalam program
pendidikan arus perdana di Malaysia. International Conference on Learner Diversity 2010. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mazlinah Abd.Mutalib. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dan Transisi Kerjaya Kanak-Kanak Bermasalah
Pembelajaran di Sebuah Sekolah Di Negeri Melaka. Prosiding Persidangan Serantau
Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak- kanak Berkeperluan Khas. 2009. 414-437. Bangi.
Selangor.

file:///C:/Users/Asus/Downloads/Minggu%203%20GARIS%20PANDUAN%20PPI%20MBK%20_EDISI%202
018.pdf diakses pada 10.9.2020

You might also like