You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan hak asasi setiap manusia. Semua individu yang ada di dunia ini
layak untuk mendapatkan pendidikan termasuklah individu yang berkeperluan khas. Oleh
yang demikian, mereka memerlukan kepada pengubahsuaian kurikulum, kaedah mengajar
dan bantuan yang bersesuaian agar mereka dapat mengikuti pendidikan dengan baik.
Maka, program pendidikan inklusif diperkenalkan sebagai satu usaha murni yang diberikan
kepada murid berkeperluan khas untuk mengambil peluang dalam mendapatkan pendidikan
tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Justeru itu, institusi pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam menyediakan segala kemudahan dan persekitaran
yang sesuai dengan murid berkeperluan khas.

2.0 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


2.1 SEPARA

Program Pendidikan Inklusif Separa merupakan salah satu kaedah yang digunakan
untuk PPI. Inklusif separa ini adalah di mana murid berkeperluan khas belajar
bersama-sama murid aliran atau arus perdana. Pengajaran dan pembelajaran
inklusif separa ini melibatkan bagi mata pelajaran, aktiviti koakademik dan aktiviti
kokurikulum yang tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. MBK yang mengikuti
program inklusif separa bagi mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum
kebangsaan atau kurikulum yang diubah dengan sedikit atau tanpa perkhidmatan
sokongan manakal bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah mengikut bakat
dan keupayaan mereka.

2.2 PENUH
Program Pendidikan Inklusif Penuh adalah kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Inklusif penuh adalah
murid berkeperluan khas belajar bersama murid arus perdana. MBK bagi inklusif
penuh mengikuti semua mata pelajaran berasaskan kurikulum kebangsaan atau
kurikulum yang diubah dengan bantuan atau tanpa perkhidmatan sokongan.

3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN


3.1 BADAN KERAJAAN

Badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan program pendidikan


inklusif (PPI) adalah di bawah pengelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1
Antara badan kerajaan yang bertangggungjawab adalah Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN). Peranan JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) didapati mempunyai
peranan yang sama. Peranan tersebut adalah menyediakan perkhidmatan sokongan
bagi PPI mengikut keperluan. Sokongan yang diberikan adalah seperti
pembangunan fizikal, infrastruktur dan aset mengikut keperluan. Perbezaan antara
JPN dan PPD adalah JPN bertanggungjawab untuk mengumpul data dan
dipanjangkan terus kepada KPM. Hal ini dapat memastikan segala keperluan untuk
melaksanakan PPI dapat dipenuhi oleh pihak sekolah.

3.2 PENTADBIR SEKOLAH

Pentadbir sekolah merupakan salah satu pihak yang bertanggungjawab dalam


pelaksanaan PPI. Pentadbir sekolah diketuai oleh pengetua sekolah atau guru besar
dan dibantu oleh penolong kanan (PK) pentadbiran, hal ehwal murid dan
kokurikulum. Peranan guru besar dalam pelaksanaan PPI adalah melaksanakan PPI
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM. Pelaksanaan PPI ini akan
dibantu oleh PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid dan PK Kokurikulum. Dengan
adanya kerjasama antara guru besar dan guru-guru penolong kanan, pelaksanaan
PPI tidak akan tergendala dan murid berkeperluan khas boleh mendapat peluang
untuk terus belajar.

3.3 GURU PENDIDIKAN KHAS

Guru pendidikan khas mempunyai peranan yang signifikan dalam melaksanakan


PPI. Hal ini kerana guru pendidikan khas merupakan guru yang berkemahiran dalam
mengendalikan MBK. Antara peranan guru pendidikan khas adalah membimbing dan
membantu MBK semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru pendidikan khas
perlulah sentiasa memberikan bimbingan secara berterusan kepada MBK. Di
samping itu, guru pendidikan khas juga boleh bekerjasama dengan guru arus
perdana tentang perkembangan MBK. Hal ini supaya mereka dapat memastikan
pendidikan MBK terjaga dan tidak tercicir.

3.4 GURU ARUS PERDANA


Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan PPI adalah guru arus perdana.
Guru arus perdana terdiri daripada guru mata pelajaran, guru bimbingan dan

2
kaunseling, guru disiplin dan guru pemulihan khas. Setiap guru arus perdana
mestilah diberikan latihan dalam mengendalikan MBK sekiranya mengajar di kelas
inklusif. Hal ini adalah untuk memastikan kebajikan MBK sentiasa terjaga di dalam
kelas. Selain itu, guru arus perdana akan menyediakan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) seperti biasa dengan memasukkan keperluan pengajaran yang
bersesuaian dengan MBK. Sebagai contoh, guru mata pelajaran akan menyediakan
RPH dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk MBK di dalam
kelas inklusif. Oleh itu, objektif dan matlamat PPI dapat dicapai dengan lebih
berkesan hasil daripada kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru arus
perdana.

4.0 RUMUSAN

Fenomena pendidikan telah membuka peluang kepada semua individu untuk mendapatkan
hak pendidikan. PPI menjadi salah satu program pendidikan yang telah dilaksanakan di
sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu
bapa. Pelbagai pihak mestilah berkolaborasi dalam melaksanakan PPI demi mencapai
falsafah pendidikan kebangsaan yang mementingkan semua murid mendapat pendidikan
yang seimbang. Justeru itu, semua pihak perlu berganding bahu tanpa mengira apa jua
keadaan supaya semua rakyat Malaysia mendapat pendidikan untuk mencapai sebuah
negara maju.

3
RUJUKAN

Aina Ramli & Rosadah Majid. (2021). Pelaksanaan Terapi Pertuturan Kepada Murid
Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 475-486.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12942/6675.
Atiqah Aziz & Noornajihan Jaafar. (2018). Penguasaan Pembelajaran Al-Quran Berbantukan
Aplikasi Multimedia Interaktif Smart Iqra’: Kajian Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Alma, Pulau Pinang. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs,
2(2), 24-36. https://jqss.usim.edu.my/index.php/jqss/article/view/16/15.
Azman Jongkulin, Roslee Talip & Suhaimi Taat. (2019). Pendidikan Inklusif: Efikasi Kendiri
Guru Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
4(7), 87-95. https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i7.307.
Intan Tormudzi. (2022). Golden Dream Wheel Meningkatkan Kehadiran dan Kefahaman
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan
Inklusif (Negeri Melaka), 1(1), 89-94.
https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/288/292.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif
Murid Berkeperluan Khas. Bahagian Pendidikan Khas.
https://anyflip.com/grrjl/dqga/basic.

You might also like