You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN


(PPISMP)
AMBILAN JUN 2019
SEMESTER 2 TAHUN 1

TUGASAN 1

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HASIF BIN MOHD ASRI


ANGKA GILIRAN : 2019092350211
NO KAD PENGENALAN : 011022-03-0969
KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 6
KOD DAN NAMA KURSUS : PIM 1064 TARIKH ISLAMI

NAMA PENSYARAH : USTAZ AZLAN BIN JAAFAR


TARIKH HANTAR : 25 MAC 2020
TARIKH TERIMA : 1 MAC 2020

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian dan
syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana memberi kekuatan kepada saya dalam
usaha menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Azlan bin Jaafar selaku


pensyarah bagi kursus Tarikh Islami (PIM 1064) yang telah banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Semoga segala tunjuk ajar dan
pengorbanan tuan kepada saya akan dibalas oleh Allah. Selain itu, saya mendedikasikan
ucapan terima kasih kepada pusat pengajian Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail kerana telah membekalkan dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada saya
dalam usaha melengkapkan tugasan kerja kursus ini dengan efisien.

Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan kepada keluarga saya


terutamanya ibu saya, Mazidah Binti Ali dan bapa saya, Mohd Asri Bin Ab Rahman yang
menjadi tulang belakang dan sentiasa memberi sokongan moral kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak dilupakan kepada semua sahabat yang telah
membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung
dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

1
Isi Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat

Penghargaan 1

Isi Kandungan 2

Pengenalan 3

Ketokohan Umar al-Khattab 3-4

Kejayaan Dakwah dalam Sumbangan dan 5-6


Pembaharuan Pentadbiran

Penutup 6

Rujukan 7

2
1.0 Pengenalan

Khulafa’ al-Rasyidin yang kedua iaitu Umar al-Khattab atau nama sebenarnya Umar bin al-
Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qarth bin Razah bin Adly bin
Kaab yang berasal daripada Bani Adi. Beliau merupakan salah satu tokoh Islam yang telah
berjaya menaikkan dakwah dan nama baik Islam di seluruh Semenanjung Arab dan di luar
Semenanjung Arab seperti Rom,Parsi, Mesir, Palestin dan banyak lagi. Peribadi Saidina
Umar telah dibentuk atas beberapa aspek seperti pengaruh keluarga, kehidupan sosial
dengan masyarakat, gaya dan cara hidup dan ajaran agama Islam. Aspek-aspek ini
menjadikan beliau menjadi seorang tokoh Islam yang paling disegani dan digeruni oleh
kawan mahupun lawan termasuklah syaitan. Saidina Umar juga merupakan salah seorang
daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah. Beliau juga merupakan
bapa pembangunan bagi umat Islam kerana perubahan dan pembangunan dalam bidang
ekonomi, politik, sosial dan agama. Oleh itu, Saidina Umar al-Khattab merupakan seorang
yang sangat komited dalam perjuangan dakwah Islam sehingga sanggup berbuat apa
sahaja demi Islam dengan mematuhi hukum-hukum Islam.

2.0 Ketokohan Umar al-Khattab

Menurut Abdul Rani (2003), Khalifah Umar al-Khattab merupakan seorang yang adil dan
saksama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah Islam. Sifat adil yang
dimiliki oleh Khalifah Umar al-Khattab tidak mengenal ketinggian pangkat, kedudukan dan
hubungan kekeluargaan. Malah, sekiranya terdapat ahli keluarganya yang melakukan
kesalahan, Umar tetap akan menjalankan hukuman terhadap ahli keluarganya kerana
mereka adalah rakyat di bawah pemerintahan Islam dan sama sahaja dengan rakyat lain.
Hal ini dapat dikuatkan lagi dengan peristiwa dua orang pemuda yang telah meminum arak.
Pemuda tersebut ialah Abdul Rahman bin Umar dan Abu Saru’ah. Abdul Rahman
merupakan anak lelaki kepada Umar al-Khattab. Dua orang pemuda tersebut telah berjumpa
dengan Gabenor Mesir iaitu Amru bin al-As dan mereka memohon agar dihukum kerana
telah melanggar syariat Islam. Hukuman terhadap dua orang pemuda tersebut tetap
dijalankan akan tetapi hukuman yang dikenakan terhadap mereka telah diringankan oleh
Amru bin al-As yang mana sepatutnya dilakukan di khalayak ramai tetapi dilakukan di rumah
Amru al-As. Perkara ini kemudian sampai kepada penngetahuan Khalifah Umar al-Khattab
yang mengutuk perbuatan Amru bin al-As kerana telah melanggar arahan Umar. Akhirnya,
Amru bin al-As membawa Abdul Rahman pulang kepada bapanya. Umar bertanya kepada
Abdul Rahman tentang perkara yang dilakukan olehnya dan Abdul Rahman mengiyakan
pertanyaan bapanya. Kemudian, sekali lagi Khalifah Umar mengenakan hukuman terhadap

3
Abdul Rahman dan memenjarakannya. Akibat daripada hukuman tersebut Abdul Rahman
jatuh sakit dan meninggal dunia. Peristiwa ini menjelaskan bahawa sifat adil dan saksama
Umar sememangnya tidak mengira pangkat, kedudukan dan keturunan.

Menurut Abdul Rani (2003), Khalifah Umar merupakan seorang yang jujur dalam
pemerintahannya. Perkara ini dapat dibuktikan bahawa Umar tidak pernah mengambil harta
daripada Baitulmal melainkan untuk keperluan negara Islam sahaja. Sebelum beliau dilantik
menjadi Amirul Mukminin, Umar seorang peniaga yang kaya akan tetapi setelah dilantik
menjadi ketua umat Islam, beliau tidak meneruskan perniagaannya dan fokus dengan
tanggungjawabnya sebagai Khalifah. Gaji yang diambil oleh Umar sangat sedikit dan hanya
digunakan untuk keperluan dirinya sahaja. Bahkan ada yang memberi cadangan agar gaji
Umar ditambah tetapi beliau menolak cadangan tersebut dengan berkata, “Nabi Muhammad
meninggalkan contoh peribadi yang terbaik, saya mesti mengikut jejaknya.” Begitulah sifat
jujur Umar sehinggakan gaji yang diambil olehnya hanya untuk keperluan harian sahaja
bukan untuk menambah kekayaan diri.

Seterusnya, Khalifah Umar juga merupakan seorang yang berilmu dalam


menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah. (Umar Hafiz, 2011). Pernyataan
ini dapat dibuktikan dengan khutbah yang telah disampaikan oleh Umar apabila beliau mula
menyedari bahawa masyarakat kecil dan dewasa mahupun orang tua mula menjauhinya
kerana sifatnya terlalu keras. Menyedari perkara ini, Umar lantas menyampaikan
khutbahnya di khalayak ramai. Khutbah yang disampaikan oleh Umar penuh dengan
pemahamannya terhadap agama Islam. Isi khutbah yang disampaikan oleh Umar adalah
semasa Rasulullah dan Abu Bakar masih hidup dan menjadi ketua kepada umat Islam,
beliau merupakan pembantu kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Kedua-dua mereka
merupakan insan yang bersikap lemah lembut dan Umar mencampurkan sifat kerasnya ke
dalam sifat lemah lembut yang dimiliki oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Maka, kesimpulan
khutbah tersebut adalah beliau akan berlembut dengan semua orang kecuali mereka yang
melanggar hukum-hukum Allah dan berbuat kezaliman di muka bumi. Sejurus khutbah
tersebut, takbir bergema dari lisan umat Islam di dalam masjid. Khutbah ini jelas
menunjukkan bahawa Umar al-Khattab merupakan seorang yang mahir dan bijak dalam
ilmu dan hal-hal agama Islam menjadikan beliau sesuai sebagai seorang Amirul Mukminin
iaitu ketua orang mukmin.

4
3.0 Kejayaan Dakwah dalam Sumbangan dan Pembaharuan Pentadbiran

Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, zaman tersebut dipanggil zaman
kegemilangan dan keemasan Islam. Hal ini kerana Khalifah Umar telah melakukan banyak
perubahan dalam pentadbiran Islam dan menyalurkan pelbagai sumbangan demi
memastikan dakwah Islam sentiasa berkembang maju ke hadapan. Antara sumbangan dan
pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar adalah pemantapan majlis Syura.
Majlis Syura merupakan sebuah platform yang mana kepimpinan umat Islam berkumpul dan
berbincang hal ehwal agama Islam dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebajikan serta
konflik dalaman dan luaran negara Islam. (Muhammad Ash-Shalabi, 2008). Umar telah
memantapkan Majlis Syura dengan membahagikannya kepada dua jenis iaitu Majlis Syura
Tinggi dan Majlis Syura Am. Dengan pemantapan Majlis Syura ini, organisasi umat Islam
menjadi lebih kemas dan padu dari segi kepimpinan. Dalam Majlis Syura ini, kepimpinan
umat Islam dapat mengemukakan pendapat mereka dalam pelbagai hal seperti strategi
untuk meningkatkan dakwah Islam. Pendapat yang saling dilontarkan oleh kepimpinan
Majlis Syura dapat didengari oleh semua ahli dan pendapat yang paling banyak memberi
kebaikan kepada dakwah Islam akan dipersetujui oleh semua pihak tanpa sebarang
bantahan. Oleh itu, Majlis Syura dapat membantu proses penyeberan dakwah dengan
mengemukakan strategi yang paling berkesan, efektif dan efisien dalam menggerakkan
dakwah Islam ke seluruh dunia ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

Seterusnya, Khalifah Umar al-Khattab juga memantapkan semula organisasi


Baitulmal. Baitulmal merupakan sebuah kementerian kewangan dalam menguruskan
kewangan dan kebajikan umat Islam. Baitulmal juga berfungsi untuk menyimpan harta-harta
umat Islam yang diperoleh daripada peperangan seperti ghanimah dan kutipan zakat umat
Islam. Baitulmal telah diwujudkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi dan ketika itu
pengurusan Baitulmal hanya tertumpu kepada beberapa aspek yang kecil sahaja. Akan
tetapi, setelah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah melakukan banyak
perubahan kepada Baitulmal. Antaranya adalah melantik seorang pegawai yang
bertanggungjawab dalam hal-hal kewangan dan kebajikan harta umat Islam demi memberi
manfaat kepada keseluruhan umat Islam tanpa mengira kaum,bangsa dan agama. Oleh itu,
kesan pemantapan Baitulmal terhadap dakwah adalah semua rakyat negara Islam terutama
orang bukan Islam dapat merasai nikmat dan rahmat ketika berada di bawah pemerintahan
Islam. Maka, perkara ini akan menimbulkan rasa takjub terhadap keindahan Islam. Oleh itu,
mereka akan menyampaikan kepada bangsa mereka tentang kemuliaan dan keadilan Islam
yang menyebabkan populasi bangsa bukan Arab yang memeluk Islam semakin bertambah.
Maka, dakwah Islam turut berkembang dengan kelahiran umat Islam yang baru.

5
Selain itu, kalender pertama umat Islam telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-
Khattab. Kalender tersebut dikenali sebagai takwim Islam. Takwim ini dicipta oleh Khalifah
Umar kerana umat Islam yang pelbagai bangsa menggunakan pelbagai kalender mengikut
wilayah mereka. Hal ini telah menjadikan waktu ibadah dan tarikh penting Islam sukar untuk
diketahui. Oleh itu, Khalifah Umar megambil pendekatan dengan memperkenalkan system
takwim Islam yang pertama. Takwim ini bertujuan untuk menyelaraskan sistem kalender
umat Islam menjadi satu sistem sahaja bagi memudahkan umat Islam untuk mengetahui
tarikh-tarikh penting Islam dan waktu ibadah. Tahun pertama takwim adalah tahun pertama
kali umat Islam hijrah kerana pada tahun itu buat pertama kali tertubuhnya negara Islam
secara rasmi. Dengan adanya takwim, umat Islam semakin mudah untuk beribadah.
Sebagai contoh, umat Islam dapat mengetahui tarikh melakukan haji. Maka seluruh umat
Islam akan berkumpul di kota Mekah. Dengan itu, dakwah Islam dapat berkembang dengan
lebih pesat lagi melalui perkumpulan beramai-ramai umat Islam.

Akhir sekali, telah berlaku penaklukan ketika pemerintahan Khalifah Umar al-
Khattab. Antara wilayah yang ditakluk oleh Islam adalah Iraq di bawah kuasa Parsi dan
Syria dan Mesir di bawah kuasa Rom Byzantine. Penaklukan ini merupakan kejayaan
terbesar umat Islam. Hal ini kerana melalui penaklukan tersebut, jajahan takluk Islam
semakin meluas menyebabkan Islam semakin kuat dan kukuh di mata kuasa-kuasa besar
ketika itu. Dengan penaklukan ini juga, umat Islam dapat menyebarkan dakwah mereka
kepada bangsa bukan Arab. Oleh itu, dakwah Islam semakin berkembang pesat di seluruh
dunia kerana ramai orang bukan berbangsa Arab mengenal dan memeluk Islam.

4.0 Penutup

Tidak disangkal lagi tentang ketokohan dan kemampuan Khalifah Umar al-Khattab dalam
melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang besar sebagai Khalifah atau Amirul
Mukminin bagi umat Islam. Beliau telah melakukan pelbagai perubahan dalam pentadbiran
umat Islam dari aspek politik,sosial, ekonomi dan agama. Pembaharuan ini menyebabkan
prestasi negara Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, pimpinan hari
ini wajar mencontohi ketokohan Umar al-Khattab dalam memerintah negara agar Islam
semakin kuat dan utuh.

6
Rujukan

Abdul Latip Talib. (2009). Umar al-Khattab:Reformis Dunia Islam. Selangor: PTS
Publications.
Abdul Rani Mustaffa. (2003). Umar al-Khattab:Tegas dan Adil. Selangor: K Publishing Sdn
Bhd.
Khairuddin Muhammad. (1982). Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad ash-Shalabi. (2008). The Great Leader of Umar bin al-Khattab. Jakarta: Pustaka
al-Kautsar.
Umar Hafiz. (2011). 4 Pemimpin Ajaib Khulafa' Ar-Rasyidin. Selangor: Pustaka Al-Ehsan.

You might also like