You are on page 1of 6

1

1.0 PENGENALAN
Penulisan ini membincangkan mengenai pelaksanaan program pendidikan inklusif yang
dilaksanakan di sekolah rendah untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam kajian ini,
pengkaji akan menghurai dengan lebih lanjut mengenai dasar-dasar yang ditekan dalam
pendidikan inklusif dan faktor yang mempengaruhi kejayaan program inklusif dalam
membantu Murid Berkeperluan Khas (MBK) menikmati hak pendidikan yang sama
dengan orang normal. Menurut Aziz Sulaiman (2018), pendidikan merupakan salah satu
hak asasi yang seharusnya dinikmati oleh setiap golongan. Penulisan ini juga akan
menekan tanggungjawab yang dipikul oleh pelbagai pihak dalam memastikan
keberhasilan program pendidikan inklusif di negara kita khususnya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah.

2.0 ISI UTAMA


Florian (2005) melihat program pendidikan inklusif memberi peluang untuk orang tidak
berupaya melibatkan diri sepenuhnya dalam semua aktiviti pendidikan, kerjaya, rekreasi,
komuniti dan domestik yang dilakukan oleh ahli masyarakat. PPI adalah ruang murid
kelainan upaya bersama murid normal yang lain belajar dalam kelas yang sama tanpa
halangan.

2.1 KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF


Secara konseptual, menurut Norliah Mohd Amin et. Al (2016) Program
Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan satu program yang ditawarkan kepada MBK
untuk belajar bersama-sama dan sekolah yang sama untuk menikmati semua
kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira kaum, latar belakang,
status ekonomi dan ketidakupayaan.

Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras dengan penyataan


dalam Peraturan- peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang
menyatakan Program Pendidikan Inklusif ialah suatu program pendidikan bagi
murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas
bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan
atau sekolah bantuan kerajaan.

Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu, pendidikan ini melibatkan pelajar-


pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang
sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bersama rakan sebaya mereka.
2

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) digunakan sebagai


platform dalam pengajaran Bahasa Melayu bagi membolehkan MBK dapat
belajar bersama-sama dengan murid arus perdana (K.A Razhiyah, 2005).

2.2 MATLAMAT
Program Pendidikan Inklusif diperkenalkan sebagai matlamat kepada usaha
murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid
berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka (Mohd
Zuri et.al ,2013). Matlamat yang ditekankan oleh Bahagian Pendidikan Khas
(2013) dalam Program Pendidikan Inklusif ini adalah untuk meningkatkan
penyertaan dan memberikan peluang MBK menyertai program akademik dan
bukan akademik bersama-sama murid normal.

Program ini bermatlamat memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya


dapat melihat potensi sebenar MBK dan menanam kepercayaan kepada
masyarakat bahawa ketidakupayaan tidak menghalang mereka untuk berjaya
seperti orang normal (Azad Athairi et.al, 2010). Dalam pengajaran Bahasa
Melayu, kepelbagaian kaedah, pendekatan dan teknik yang digunakan oleh guru
perlulah bersesuai dengan keupayaan dan kecacatan murid supaya mereka
dapat memahami isi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.

2.3 DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF


Dasar Pendidikan Inklusif adalah untuk memastikan MBK mendapatkan hak yang
sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan dan dapat
menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran
kehidupan harian mereka. Pelaksanaan PPI mengambil kira dasar dalam dan
luar negara. Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa PPI merupakan satu
pendekatan pendidikan yang terbaik bagi MBK. Di Malaysia, dasar-dasar yang
menyokong pelaksanaan PPI seperti yang berikut:

Dasar-dasar PPI di
Malaysia

Peraturan-peraturan Kod Amalan


Pelan Pembangunan
Akta Orang Kurang Pendidikan Pendidikan Murid
Pendidikan Malaysia
Upaya 2008 (Pendidikan Khas) Berkerperluan Khas
2013-2025
2013 (2015)
3

Rajah 1.0: Dasar-dasar PPI di Malaysia

Berdasarkan rajah di atas, kita dapat betapa komited dan prihatinnya


kerajaan dalam membantu golongan MBK belajar tanpa halangan. Di
peringkat antarabangsa pula, pernyataan Salamanca (1994) menjadi dasar
pendidikan inklusif. Melalui dasar ini, peruntukan kewangan diberikan dalam
sistem pendidikan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi
membolehkan kanak-kank berkeprkuan khas diserap dalam sistem
pendidikan tanpa mengira perbezaaan individu dan masalah ketidakupayaan
mereka.

2.4 PENDEKATAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Inklusif
Separa

Inklusif
Penuh

Pendekatan PPI

Terdapat dua pendekatan bagi Program Pendidikan Inkusif iaitu inklusif penuh
dan inklusif separa. Menurut (Zalizan Mohd Jelas, 2009) inklusif penuh ialah MBK
belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana dan mengikuti
pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum
kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau
tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.

Inklusif Separa pula membolehkan MBK belajar bersama-sama murid arus


perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti
kokurikulum tertentu sahaja. Selain itu, MBK yang mengikuti inklusif separa bagi
mata pelajaran akademik adalah berasaskan kurikulum kebangsaan atau
kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan
perkhidmatan sokongan.

2.5 FAKTOR MEMPENGARUHI KEJAYAAN


Terdapat beberapa faktor mempengaruhi kejayaan pelaksanaan PPI di sekolah.
Antaranya ialah sokongan dari segi peralatan seperti penyediaan mesin braille
4

dan kanta pembesar yang membantu MBK yang mempunyai masalah


penglihatan dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk meningkatkan kemahiran
membaca dan menulis. Penyediaan infrastruktur dan prasarana seperti
kemudahan asas seperti kerusi, rak buku, almari dan meja yang mencukupi serta
susun atur meja dapat memudahkan pergerakan MBK juga merupakan salah
satu faktor kejayaan dalam pelaksanaaan PPI di Malaysia. Hal ini disokong oleh
(Lee et.al, 2018) yang menyatakan bantuan sesuai yang diberikan kepada murid
berkeperluan khas bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran secara inklusif bersama rakan sebaya mereka

Namun faktor utama yang menyumbang dalam kejayaan pelaksanaan PPI


ialah dorongan ibu bapa dan masyarakat yang dapat menerima secara terbuka
golongan MBK ini dan pandangan positif terhadap pelaksanaan program ini. Hal
ini memberikan satu nafas baharu untuk mengubah persepsi masyarakat yang
suka melabelkan golongan OKU tidak punya harapan untuk mengubah hidup
mereka menjadi lebih senang. Masyarakat mula membuka mata mereka dan
mula melihat sisi baik pelaksanaan PPI di sekolah. Pelaksanaan program inklusif
banyak memberi kebaikan kepada MBK malah mampu bersaing dengan rakan
sebaya normal yang lain (Zaharah, 2014).

2.5 TANGGUNGJAWAB PELBAGAI PIHAK DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Pentadbir
sekolah

Peranan
pelbagai
pihak

Badan Tenaga
kerajaan pengajar

Rajah 2.0 : Tanggungjawab pelbagai pihak dalam PPI

Kejayaaan PPI banyak bergantung kepada komitmen semua pihak yang terlibat.
Tanggungjawab pihak pentadbiran sekolah dalam pelaksanaan PPI adalah
5

untuk mewujudkan iklim yang mesra kepada pendidikan seperti menambah baik
pengajaran dan pengajaran PPI dengan memantau kerja guru dalam bilik darjah
melalui pernilaian berbentuk interaksi seperti soal jawab. Hal ini disokong oleh
Hunt (1961) yang menyatakan kecerdasan kanak-kanak ditentukan oleh
stimluasi yang diterima dari alam sekitar. Tenaga pengajar guru arus perdana
seperti guru mata pelajaran, guru resos dan guru pendidikan khas haruslah
berupaya bekerjasama dalam menguruskan MBKK demi memastikan
keberhasilan pelaksanaan program ini. Misalnya, kerjasama ini dapat membantu
meringankan tugas guru dalam penyediaan Rancangan Pendidikan Individu utk
MBK melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan yang sangat


penting dalam membawa perubahan dalam pelaksanaan program pendidikan
inklusif di Malaysia sejak sekian lama yang membawa misi untuk
membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah satu dasar
kerajaan yang sangat baik kerana memberi kesamarataan pendidikan kepada
semua pelajar yang ada di Malaysia. Dalam PPPM, terdapat strategi
membekalkan alternatif berdasarkan kurikulum pendidikan kebangsaan.
Modifikasi dibuat terhadap kurikulum kebangsaann untuk mengakomodasi
kebolehan MBK. Dalam konteks PdP, penggunaan DSKP Bahasa Melayu boleh
diubahsuai sesuai dengan keupayaan murid MBK supaya dapat mencapai
objektif PdP pada hari tersebut.

3.0 KESIMPULAN
Di Malaysia, pendidikan untuk golongan orang kurang upaya secara umumnya dan PPI
secara khususnya masih melalui jalan panjang yang berliku. Banyak isu dan cabaran
yang melingkari sepanjang pelaksanaan PPI bukan hanya di negara ini malah dunia juga
menghadapi masalah ini. Oleh itu, semua pihak perlulah bersifat positif serta memahami
pelaksanaan PPI ini dilaksanakan. Hal ini kerana sokongan daripada semua pihak
khususnya pihak pentadbiran, guru, masyarakat, ibu bapa dan murid memainkan
peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan PPI di sekolah.
6

RUJUKAN
Azad Athairi Anuar & Norsayyidatina Che Rozubi. (2010). Keperluan pendidikan inklusif
dalam program pendidikan arus perdana di Malaysia. International Conference on
Learner Diversity 2010. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aziz Sulaiman. (2018). Pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi murid berkeperluan
khas bermasalah pembelajaran di Malaysia satu tinjauan. Dipetik daripada
https://www.unisza.edu.my/sq2018/images/Kertas_Kerja/032-040-Ab-Aziz-Sulaiman.pdf.
Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis panduan program pendidikan inklusif murid
berkerperluan khas. Putrajaya: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran Bahasa Melayu. Dipetik daripada
https://www.sistemguruonline.my/2019/12/dskp-bahasa-melayu-tahun-1.html
Florian (2005). Inclusive pedagogy across the curriculum. USA: Hart publication.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan. Dipetik pada 16
Februari 2020 daripada https://www.moe.gov.my/dasarmenu/pelan-pembangunan-
pendidikan-2013-2025.
Lee Keok Cheong & Sailajah nair Sukumaran. (2018). Pendidikan inklusif. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad & Zainuddin Mohd Isa. (2013). Masalah pembelajaran.
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pernyataan Salamanca. Dipetik pada 16 Februari 2020 daripada
https://unesdoc.unesco.org/ark:/48223/pf0000098427
Razhiyah, K. A. (2005). Menjadi guru pendidikan khas. Selangor: PTS Professional.
Zaharah. (2014). Kajian Kes Ke Atas Program Pendidikan Inklusif Di Sekolah
Aliran Perdana. Jurnal Pendidikan. 1-14
Zalizan Mohd Jelas. (2009). Pendidikan Inklusif dan Murid Berkeperluan Khas. UKM: Bangi.
______. https://www.slideshare.net/harryadie73/pendidikan-inklusif-isu-cabaran-dan-
langkah-mengatasi-faktor-kritikal-kejayaan-pendidikan-inklusif
_______.https://www.moe.gov.my/pekeliling/pendidikan-khas/926-bpkhasinklusifprogram/file
_______.https://www.moe.gov.my/pekeliling/pendidikan-khas/926-bpkhasinklusifprogram/file

You might also like